Bab 72

Romance Completed 59279

Sofia terdiam kaku di atas katil, telefonnya di tangannya digengam kemas seolah-olah ia boleh memberi jawapan kepada segala kekusutan di hatinya. Pandangannya kabur dengan air mata yang terus mengalir tanpa henti. Kata-kata dalam mesej tadi terngiang-ngiang di kepalanya, mencengkam jiwanya dengan rasa sakit yang sukar digambarkan.

Sabby was his ex-girlfriend. She is comforting him now because of you and Nadhir. Well done, dear!

Dia memejamkan matanya erat, cuba memadamkan imej yang terpampang di skrin telefon sebentar tadi – Sabby, tangan lembutnya di belakang Emir, wajah mereka yang mesra bertentangan mata.

Sofia menarik nafas dalam-dalam tetapi ia terasa seperti tidak sampai ke paru-parunya. Jantungnya berdegup kencang, terlalu pantas hingga dia rasa seperti mahu pitam. Hatinya dipenuhi pelbagai persoalan.

Sofia meletakkan telefon di meja sisi dan duduk di atas katil. "Mungkin... mungkin aku patut tunggu Emir pulang dan tanya dia sendiri. Tapi kalau apa yang aku nampak tadi betul, macam mana?" Bisik hatinya.

Air matanya kembali tumpah. Sofia menarik lututnya ke dada, memeluk dirinya sendiri.
Tiba-tiba, telefon bimbitnya bergetar lagi. Satu lagi notifikasi mesej muncul.

You can ask him if you want. But deep down, you already know the truth.

Dia menekan kepala dengan kedua belah tangan. Dia meletakkan telefon jauh dari dirinya dan merebahkan kepalanya, cuba memejamkan mata dan melupakan mesej yang diterima.

Sofia akhirnya tertidur dalam tangisannya sendiri. Hatinya penuh dengan ketidakpastian dan keraguan terhadap lelaki yang dia fikir telah memulakan semula perjalanan bahagia mereka bersama.

Pagi itu, Emir tersenyum kecil sambil bersandar di kepala katil, matanya tertumpu pada wajah Sofia yang baru keluar dari bilik air. Namun, senyumannya perlahan-lahan pudar apabila menyedari mata isterinya yang sembab dan wajah yang jelas lesu.

"Are you okay, sayang?" Soal Emir dengan nada lembut.

Sofia hanya diam, menyikat rambutnya perlahan di hadapan cermin tanpa memandang Emir. Di dalam kepalanya, pesan Mia bergema—"Tanya aje, kau ada hak untuk tanya dia sebab kau isteri dia." Tetapi lidahnya terasa kelu, hatinya dipenuhi ketakutan yang dia sendiri tak mampu kawal.

Emir yang masih menunggu reaksi Sofia tersengih kecil, "Awak menangis sebab rindukan saya?" Dia merapatkan diri ke arah Sofia, cuba mencuri pandang wajah isterinya di cermin.

Sofia menghela nafas perlahan, cuba menenangkan debaran di dadanya. Dia tahu Emir sedang berusaha mencairkan suasana selepas ketegangan semalam, tetapi fikirannya masih dihantui oleh gambar dan mesej yang diterimanya malam tadi. Hatinya bergelut antara ingin bertanya atau terus menyimpan segalanya dalam diam.

"Kenapa ni? " soal Emir, nada suaranya kini lebih lembut, sedikit hairan dengan reaksi Sofia yang dingin. "Sorry, saya lewat balik semalam, duduk lepak kat kedai sampai lupa tengok jam," katanya, cuba memberi penjelasan tanpa diminta.

Sofia memandang Emir melalui pantulan cermin, matanya penuh dengan emosi yang tidak mampu diterjemahkan dengan kata-kata. Dia menggigit bibirnya, menimbang kata-kata sebelum berkata perlahan, "Awak balik pukul berapa tadi?"

Emir mengangkat kening, jelas terkejut dengan soalan Sofia. "Err... lewat sikit. Dalam pukul 3 lebih," jawabnya, cuba mengekalkan nada santai.

Sofia mengangguk perlahan, berpura-pura menyusun barang di meja solek. "Dengan siapa?" soalnya lagi, nadanya seolah-olah tidak ingin tahu.

'Please don't lie... Please don't lie...' pinta Sofia dalam hati.

Emir terdiam sejenak sebelum menjawab, "Seorang aje,"

Jawapan itu terasa menusuk hati Sofia. Dia cuba menahan dirinya dari bertanya lebih lanjut, namun hatinya bagai dihiris pedang tajam.

Sofia mendengus kasar, dia segera berdiri dari meja solek dan melangkah menjauh daripada Emir. Matanya tajam menikam suaminya yang masih duduk di tepi katil, wajahnya tenang tetapi jelas kelihatan keresahan di sebalik pandangan itu.

"Awak dengan siapa semalam?" suara Sofia kedengaran dingin, namun bergetar menahan emosi yang semakin meluap.

Emir mendongak, matanya bertemu dengan Sofia. "Sabby," jawabnya perlahan, nada suaranya mendatar seolah-olah cuba menenangkan keadaan.

Sofia mendengus lagi, mendekatkan diri beberapa langkah. "Awak kata tadi seorang?" suaranya sedikit meninggi. "Awak takut saya tahu awak keluar dengan Sabby? Ada apa-apa yang awak cuba sorok daripada saya?" Sofia mengetap bibir, menahan sebak yang mula bertandang.

Emir diam, pandangannya jatuh ke lantai. Dia tahu, apa pun yang dikatakannya sekarang mungkin tidak cukup untuk meyakinkan isterinya.

Sofia menggigit bibirnya, hatinya semakin sakit melihat sikap Emir yang seolah-olah tidak mahu memberikan penjelasan. "Apa yang awak buat dengan dia, Emir?" soalnya lagi, nada suaranya penuh dengan tekanan.

Geram dengan kebisuan Emir, Sofia segera mencapai beg pakaiannya di atas katil dan mula menyusun semua barang-barangnya dengan pantas. Tangannya laju memasukkan pakaian ke dalam beg. Emir yang melihat tingkah isterinya itu mula panik. Dia segera menarik pakaian yang baru sahaja dimasukkan Sofia ke dalam beg dan meletakkannya kembali di atas katil.

"Listen to me first, please..." rayu Emir, suaranya penuh pengharapan. Dia memegang kedua-dua tangan Sofia, cuba membuat isterinya tenang.

Sofia merentap tangannya dengan kasar. Matanya merenung Emir penuh kekecewaan. "Dari tadi saya tunggu jawapan, Emir!" nadanya makin tinggi. "Tapi awak diam. Tak nak bincang? Okay, tak apa! Saya balik KK sekarang. Awak bolehlah duduk sini, berpegangan tanpa batas dengan Sabby, tanpa perlu takut saya tahu apa yang berlaku!" Sofia menghempaskan begnya ke atas katil, matanya mulai berkaca.

"Apa maksud awak cakap macam tu, Sofia?" soalnya, nada suaranya sedikit kendur, cuba memahami apa yang bermain di fikiran isterinya.

Sofia ketawa sinis, air mata mulai menitis di pipinya. "Tak perlu pura-pura tak tahu, Emir..." Sofia mencapai telefon bimbitnya dan dengan gerakan pantas, dia membuka galeri. " Ini apa?" tangannya terketar-ketar ketika dia menghulurkan telefon kepada Emir.

Emir terpana. Tangannya perlahan-lahan mengambil telefon itu, meneliti satu persatu gambar dan video yang jelas menunjukkan dia dan Sabby dalam keadaan yang mencurigakan. Wajahnya berubah, hatinya berdegup kencang.

Di dalam salah satu video, Sabby kelihatan berdiri sangat dekat dengannya, tangannya menyentuh belakang Emir, seolah-olah mereka sedang berpelukan berjalan. Ada video pula, mereka dilihat berjalan beriringan menuju ke arah lif, Sabby tersenyum manis sambil Emir membalas dengan tawa kecil.

Emir menelan liur, wajahnya berubah resah. "Sofi... ini semua tak seperti yang awak fikirkan," katanya, suaranya serak.

Sofia merentap telefon itu dari tangan Emir. Air matanya jatuh laju di pipinya. "Awak tahu saya tak suka ditipu, Emir!" suara Sofia pecah dengan jeritan, kesakitan dan kekecewaan bersatu dalam tangisannya.

Emir mendekati Sofia, tetapi Sofia segera menolak tubuhnya menjauh. "Sofia, tolonglah... saya boleh jelaskan semua ni," pintanya, matanya memohon simpati.

Sofia menggeleng laju. "Jelaskan? Lepas awak tipu saya terang-terangan?" suara Sofia semakin meninggi, nafasnya turun naik menahan esakan. "Awak tipu saya lagi!"

Emir meraup wajahnya, menyesal dengan apa yang berlaku. "Saya tak tipu awak, Sofia... Saya janj..."

"Sudahlah, Emir." Sofia memintas kata-kata suaminya. "Saya dah penat nak dengar janji manis awak!" suara Sofia semakin lemah, tetapi emosinya masih membara.

Sofia menoleh ke arah Emir, matanya merah, wajahnya penuh luka dan kekecewaan. Dia melangkah keluar dari bilik itu. Emir segera mengejar Sofia, langkahnya penuh dengan keazaman. Dia mencapai tangan Sofia, menariknya lembut sebelum memeluk erat tubuh isterinya dari belakang.

"Sayang, tolong... Jangan pergi," bisik Emir dengan suara bergetar.

Sofia kaku dalam pelukan itu, air matanya masih belum kering di pipi. Dia cuba meronta, tetapi pegangan Emir semakin erat. Dengan hati yang berat, Sofia membiarkan Emir menariknya semula masuk ke dalam bilik hotel.

Sofia hanya menurut langkah Emir, bagai lembu dicucuk hidung. Air mata terus bergenang di kelopak matanya, menahan sebak yang seakan tidak mahu surut.

Sebaik saja masuk di bilik, Emir membimbing Sofia duduk di atas sofa sebelum berlutut di hadapannya. Tangannya menggenggam tangan Sofia erat, wajahnya penuh dengan kesungguhan dan rasa bersalah.

"Sumpah, sayang... Saya dengan Sabby tak ada apa-apa," ujar Emir perlahan, matanya merenung dalam wajah isterinya. "Dia cuma cuba tenangkan saya malam tadi... Saya tak sedar pun yang dia ada pegang saya. Fikiran saya hanya pada awak... dan Nadhir."

Sofia menarik tangannya dari genggaman Emir, bangun dan memandang suaminya dengan mata yang tajam, penuh kecewa.

"Saya faham awak terganggu dengan kisah lama saya, Emir. Saya faham perasaan awak... tapi kenapa awak perlu libatkan Sabby?" suara Sofia tegas, namun tetap bergetar. "Dan kalau betul awak tak ada apa-apa dengan dia, kenapa awak perlu tipu saya?"

Emir bangun perlahan-lahan, menghela nafas panjang. Wajahnya penuh dengan rasa bersalah yang sukar disembunyikan.

"Sayang, masa saya turun ke bawah malam tadi... Sabby dah ada dengan Naza. Saya tak rancang pun jumpa dia," jelas Emir, nadanya penuh pengharapan. "Saya tak berani bagitahu awak sebab... saya tahu kalau awak tahu saya melepak dengan dia sampai lewat malam, awak akan salah faham..."

Sofia mengetap bibir, matanya tajam merenung wajah suaminya.

"You were disturbed by my past relationship. But you!" Sofia menuding jari ke dada Emir. "Still hanging out with your ex-girlfriend! How should I feel about that?" Sofia menyoal, suaranya bergetar dengan emosi yang cuba dikawal.

Mata Emir membuntang. "Sayang, you tahu pasal Sabby?" soalnya terkejut.

Sofia ketawa sinis. "Another important information you lied to me about!"

Emir menghela nafas panjang, cuba meredakan keadaan. "Sofia, saya tak tipu awak. Saya cuma tak bagitahu. Itu dua benda yang berbeza..." suaranya sedikit defensif, tetapi segera dikendurkan apabila melihat kerutan di dahi Sofia. "Which... was not okay. I'm sorry. But after we broke up, we are just friends, sayang. I promise you..."

Sofia berdecit marah, wajahnya merah menahan perasaan. "Don't you call me sayang!" bentaknya, matanya berkaca. "Saya nak balik KK!"

Emir terdiam seketika, menelan hakikat yang semakin sukar dihadapinya. Tanpa banyak bicara, dia mula mengemas pakaiannya dengan penuh kepayahan. Hatinya remuk melihat Sofia yang masih duduk di tepi katil, memeluk tubuhnya sendiri.

Dengan jari yang sedikit menggigil, Emir menghubungi Jeremy. "Jeremy, tolong uruskan tiket balik KK untuk saya dan Sofia," pintanya pendek, suaranya lemah.

Sofia bangkit dari katil, melangkah menuju pintu bilik. Namun belum sempat dia menyentuh tombol pintu, Emir segera meluru, berdiri di hadapannya dengan tangan mendepa.

"Tunggu dulu, Sofi," rayunya perlahan.

Sofia mendongak, matanya tajam menikam Emir. "Apa awak ni?"

Emir menunduk sedikit, serba salah. "Saya nak ambil laundry, " kata sofia

Sofia mendengus, menggeleng perlahan dan membuka pintu. Emir melangkah ke tepi, membiarkan Sofia keluar.

Tidak lama selepas itu, telefon Emir berdering. Nama Aidil tertera di skrin. Emir menghela nafas sebelum menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, bro," suara Aidil kedengaran riang di hujung talian.

"Walaikumsalam," Emir menjawab perlahan.

Aidil tidak membuang masa. "Weh Emir, kau kenapa tipu Sofia? Kau dah tahu dia paling tak suka ditipu, kan?" Aidil membebel panjang. "Perempuan ni kalau dia tanya maksudnya dia dah tahu. Dia nak tengok kau jawab betul ke tak."

Emir meraup wajahnya, suara Aidil makin menyakitkan kepalanya. "Kau kenapa tak share benda ni masa aku baru kahwin dulu?" Emir berang.

Aidil tergelak kecil. "Senior nak sharelah ni, junior dengar baik-baik tahu?" katanya sambil ketawa kecil, tetapi kemudian suaranya berubah serius.

"Tapi, ada perubahan juga pada Sofia sekarang. Kalau dulu, dia dah lama lari. Sekarang dia stay pula, kan?" ujar Aidil, nadanya penuh makna.

Emir terdiam seketika, kemudian menarik nafas panjang. "Kalau aku tak kejar dia tadi, dah lama dia balik KK," jawab Emir lemah.

Aidil ketawa kecil. "Dulu dia buat, dia buat aje. Sekarang dah lembut hati kot? Tu yang kau kejar, dia masih ikut cakap kau," Aidil ketawa kecil.

Sofia yang sedang berdiri di pintu bilik, berdehem perlahan. Emir berpusing perlahan, wajahnya sedikit panik sebelum cepat-cepat mengubah topik perbualan.

"Okay, bro. Nanti kita borak lagi ," Emir cepat-cepat menamatkan panggilan dan menyumbat telefon ke dalam poket.

"Perlukah nak cerita dengan Aidil?" Luah Sofia. Geram.

"Sorry sayang..." Emir memeluk Sofia dari belakang. Sofia segera melepaskan diri. Dia tidak ingin disentuh Emir. Hatinya masih mendidih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience