Bab 50

Romance Series 33257

Emir dan Sofia saling berpandangan tanpa suara. Tiba-tiba, Datin Fauziah yang berada di sisi Emir, melangkah ke hadapan dan segera memeluk Sofia dengan erat. Air mata mulai bergenang di matanya, dan dalam pelukan itu, dia berbisik dengan suara yang lembut dan penuh dengan keikhlasan.

"Sofi, mama baru tahu hal sebenar. Ya Allah, tak dapat mama bayangkan macam mana Sofi survive sendiri. Mama minta maaf Sofi, " kata Datin Fauziah dengan suara yang sedikit tersedak.

Sofia terdiam dalam pelukan itu, merasakan kehangatan kasih seorang ibu yang sudah lama dia tidak rasakan. Pandangannya kemudian beralih ke arah Emir yang berdiri di sebelah, kelihatan tenang. Emir mengangguk perlahan, seakan-akan memahami maksud pandangan Sofia.

"Allahuakbar! menantu mama! Mama tak sangka yang mama jaga dulu tu sebenarnya menantu dan cucu mama sendiri, " sambung Datin Fauziah dengan nada yang penuh kasih sayang.

Mendengar kata-kata itu, Sofia tidak dapat menahan air matanya lagi. Rasa terharu yang begitu dalam menyelubungi dirinya. Dia menangis dalam pelukan ibu mertuanya yang sekarang lebih dia rasakan sebagai ibu kandung.

Datin Fauziah dengan lembut menyeka air mata Sofia, kemudian dia mengusap lembut wajah wanita muda itu. "Jangan menangis, sayang. Mama akan sentiasa ada untuk kamu. Tapi sekarang, mama minta diri dulu. Mama nak bagi kamu dan Emir ruang untuk berbual," ujar Datin Fauziah sebelum perlahan-lahan melepaskan pelukannya.

Sofia mengangguk perlahan, matanya masih merah akibat tangisan. Datin Fauziah memandang Emir sejenak, seolah-olah memberi isyarat pada Emir, sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Selepas pintu tertutup, Emir memandangSofia dengan senyuman nipis terukir di bibir. Suasana di antara mereka penuh dengan kekeliruan, seakan-akan ada banyak perkara yang ingin diucapkan tetapi tiada kata-kata yang mampu keluar dengan mudah.

Sofia memecah keheningan. "Kenapa... kenapa awak bagitahu mama?"

Emir menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Sofi, awak hilang tiba-tiba. Saya tak tahu apa yang berlaku, dan saya tak nak ambil risiko. Untuk keselamatan anak-anak kita... Saya rasa lebih baik diaorang dihantar ke rumah mama papa,"

Sofia menggelengkan kepalanya, menunjukkan rasa tidak puas hatinya. "Ada Aidil, Mia. Diaorang boleh jaga anak-anak. Kenapa kamu tak fikir sebelum buat sesuatu? Saya tak nak keadaan jadi complicated," katanya, suaranya sedikit meninggi. Rasa kecewa terbuku dalam hatinya.

Emir memandang Sofia dengan tenang, dan dengan nada yang sedikit usik, dia berkata, "Jangan cakap kuat-kuat, nanti terbuka jahitan di leher tu."

Sofia terhenti seketika, kemudian memandang Emir dengan jelingan tajam, geram dengan usikan yang dibuat. Dia menggigit bibirnya, cuba menahan senyum yang mula terbit di hujung bibirnya, namun tetap tidak dapat menahan perasaan marah kecilnya.

"Awak tak payah risau, anak-anak happy aje kat rumah dengan mama papa. Awak tak buat keadaan jadi rumit pun," jawab Emir lagi.

Emir dan Sofia kembali terdiam, masing-masing tenggelam dalam fikiran mereka sendiri. Sofia akhirnya menghela nafas panjang, mengumpul keberanian sebelum memandang Emir. Suasana tegang yang memenuhi bilik itu perlahan-lahan larut.

"Emir... terima kasih. Terima kasih sebab selamatkan saya. Ada dengan saya masa saya ketakutan" katanya dengan nada suara yang lembut.

Emir memandang Sofia dengan pandangan penuh kasih. "Awak yang selamatkan diri awak, Sofi. Saya cuba apa yang boleh aje untuk selamatkan awak. Tapi, awak yang hero sebenar,"

Sofia tersenyum kecil, walaupun hatinya masih dipenuhi dengan perasaan yang bercampur baur. Namun, dia tahu, di sebalik segala yang telah berlaku, Emir tidak pernah benar-benar meninggalkan dia. 

Setelah seketika, Sofia memandang Emir dengan tatapan yang lebih serius. "Anak-anak macam mana? Diaorang tahu saya kat sini?"

Emir menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Saya cuba elakkan anak-anak dari tahu terlalu banyak. Saya cuma bagitahu yang awak tak sihat,"

Sofia mengambil nafas dalam, masih ada banyak perkara yang belum terungkai. Dia terfikir tentang Alvin dan adakah dia sudah terlepas dari ancaman lelaki itu? 

Wajah Emir kelihatan tegang seketika. "Setakat ini, polis masih belum dapat kesan dia. Pihak polis masih menjalankan siasatan, cuma dia bukan Alvin. Nama dia Shawn" Emir memaklumkan semua maklumat yang dia tahu mengenai Alvin pada Sofia

Sofia menggigit bibirnya, cuba menahan rasa cemas yang mula merayap di hatinya. "Saya takut kalau dia cuba apa-apa lagi, Emir. Saya tak sanggup lalui semua ini sekali lagi."

"Saya faham, Sofi. Saya pun risau tapi saya dah dimaklumkan polis memang ada kat kawasan hospital ni. Jadi, tak mungkin dia akan datang,"

Emir menundukkan kepalanya seketika sebelum kembali memandang Sofia dengan pandangan redup. "Sofi, saya tahu keadaan kita sekarang agak complicated, tapi... awak pernah tak terfikir tentang kita, tentang peluang kedua?"

Sofia terkejut mendengar soalan itu. "Peluang kedua? Maksud awak, kita..."

"Ya, kita," potong Emir dengan lembut.

"Sofi, selama ini, saya tak pernah berhenti menyayangi awak. Mungkin kita pernah tersasar, mungkin kita pernah buat kesilapan, tapi dalam hati saya, awak tetap yang saya cintai. Saya tak pernah berhenti berharap yang kita masih ada peluang untuk mulakan semula, untuk betulkan apa yang salah,"

Sofia tergamam, tidak tahu bagaimana harus menjawab. Matanya dilarikan daripada terus menatap wajah Emir.

"Ssaya tahu awak mungkin takut, dan saya faham. Tapi saya tak nak kita lepaskan peluang untuk membina semula apa yang pernah kita ada," kata Emir.

"Awak selalu ada dalam fikiran saya. Saya tahu awak pun sama,kan?" sambung Emir tangannya mendarat di tangan Sofia.

Sofia menepis tangan Emir. "Awak dah gila eh?" Sofia memusingkan jari telunjuk ya di tepi kepalanya. Dia cuba menunjukkan riak tenang diwajahnya.

"Isha awak nak letak mana? Awak lupakah yang awak tu ada tunang? Awak dengan Isha dah uruskan semua benda untuk majlis nanti, kan?" tanya Sofia bertalu-talu.

Emir mendengus. "I did that to make you jealous! Kami tak pernah urus apa-apa pun. Semua tu untuk majlis Elly," tangannya digengam kejap. Matanya berkaca.

"Sofi, saya janji saya akan jaga awak, saya akan jaga hati awak macam yang sepatutnya dari dulu lagi. Saya dah belajar dari kesilapan saya. Saya cuma nak kita ada peluang untuk mulakan semula, dengan cara yang betul kali ini," kata Emir, suaranya penuh dengan kejujuran dan harapan.

Sofia mengeleng. "Awak sedar tak apa yang awak cakap ni Emir?" Sofia menghela nafas panjang, hatinya masih berkecamuk. Namun, di sebalik semua keraguan dan ketakutannya, setelah sekian lama dia menyedari ada perasaan yang dia tidak dapat abaikan. Perasaan cinta yang masih kuat, walaupun telah lama tersembunyi di bawah segala luka.

"Please Sofi, I understand where things went wrong, and I'm committed to making changes. I believe we have something special, and I'm willing to fight for us if you're open to it. ," rayu Emir. 

Air mata Sofia mula bergenang di matanya. Hati kecilnya berdetak kencang, bergelut dengan perasaannya sendiri. "Emir... Saya... saya tak tahu. Terlalu banyak yang telah berlaku. Saya takut, takut untuk terluka lagi.Saya perlukan masa untuk fikir. Saya tak boleh beri jawapan sekarang," balas Sofia. Terpampang kebimbangan di wajahnya.

"Saya faham, Sofia. Saya akan tunggu. Berapa lama pun, saya akan tunggu. Saya tak mahu kita ulangi kesilapan lalu. Saya mahu kita buat keputusan ini dengan hati yang tenang, tanpa tekanan," jawab Emir, akur dengan kemahuan Sofia. 

"Saya balik dulu. Nanti sampai rumah saya call," Emir meminta diri.

"Tak payahlah call. Awak rehat aje," perlahan suara Sofia.

"Awak tak nak cakap dengan anak-anak?" soalan Emir di jawab dengan anggukan. Mata Sofia bersinar-sinar saat mendengar berkenaan anak-anaknya.

Emir memanggil Jeremy masuk. Selang seminit, Jeremy datang dengan memegang satu beg kertas berwarna biru. Dia menyerahkan pada Emir sebelum beg itu diserahkan pada Sofia.

"Telefon awak," 

"Saya balik dulu. Assalamualaikum," Jeremy menolak kerusi roda Emir keluar dari wad kenanga. 

'Waalaikumsalam...' Sofia menjawab dalam hati. Dia tahu Emir ikhlas, tapi dia juga tahu hendak menyatukan kembali hati yang telah retak bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, satu hal yang pasti—ada cinta yang masih menyala di antara mereka, dan mungkin, hanya mungkin, itu cukup untuk memberi mereka peluang kedua yang mereka berdua perlukan.

Emir’s confession left Sofia speechless—could they really rebuild the love they once had, or was he just out of his mind? ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience