Bab 30

Romance Series 33080

Tet...Tet...

Sofia yang baru selesai menunaikan solat subuh di pagi ahad itu merebahkan badannya di atas tilam. Bunyi notikasi di telefonnya kedengaran, segera dia mencapai telefon bimbitnya.

Salam subuh adikku yang cantik. Sarapan hari ni Emir nak join ya with his plus one.

Salam subuh abangku yang tampan, baiklah.

Dia meletakkan semula telefon bimbitnya. Senyumannya melerat. Sejak Emir menjadi jiran mereka dan bersetuju untuk co-parent bersama, Sofia, Emir dan Aidil serta kawan-kawan mereka, termasuk anak kembar mereka, sering berkumpul untuk sarapan bersama, mewujudkan suasana kekeluargaan yang hangat.

Dia segera menuju ke tingkat bawah untuk menyiapkan sarapan mereka. Seperti lipas kudung, pelbagai juadai disiapkan memandangkan hari ni semua ada termasuk Hani dan Jeremy. Emir sering kali mengelarkan Jeremy sebagai plus one apabila bersarapan di rumahnya.

Satu-persatu isi rumah itu turun berkumpul di ruang tamu menunggu panggilan makan dari Sofia.

"Ayish, pergi panggil Papa untuk sarapan," Sofia meminta dengan lembut.

Farish berlari keluar rumah untuk memanggil Emir. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan wajah gembira. "Papa kata papa nak tunggu kawan," katanya.

"Need help?" Wafa menyinsing lengan bajunya. Sofia angguk.

Hani terkocoh-kocoh masuk ke ruang makan. Matanya membuntang memandang Sofia tanpa bersuara. Sofia gelak kecil.

"Kau dah kenapa? Macam nampak hantu,""

Kedengaran suara Farish dan Irina teruja berjumpa Emir. Mia dan Aidil juga turut masuk ke ruang makan diikuti Emir dan anak kembar mereka.

"Jemput duduk,"Sofia masih sibuk menyusun pinggan di atas meja.

Wafa menyengol pinggang Sofia. "Apa? Aku tengah pegang teh ni, Fa" marah Sofia.

Dia memandang Wafa dan mengalihkan pandangannya ke depan. Terkebil-kebil matanya melihat Isha berjalan di belakang Emir.

Serta-merta perbualan mereka malam tadi terngiang-ngiang di telinga Sofia.

'I want to focus on my future too, Sofi. Saya dan Isha dah mula menguruskan majlis kami,'

Satu perasaan aneh merayap ke dalam hatinya. Apabila pandangan mata dia dan Emir bertaut, lelaki itu tersenyum sebelum duduk di sebelah Farish dan Irina.

"Everyone, this is my plus one. Isha Raihana, tunang saya. InsyaAllah isteri bulan november nanti,"

"Alhamdulilah, tahniah Isha! Kena practice jadi mama ni sebab ada anak segera," Sofia ketawa kecil.

Ketiga-tiga sahabatnya menoleh ke arah Sofia.
Sofia cuba berlagak tenang.

"Awak tak payah risau, Isha ni banyak anak. Setakat anak segera dua orang ni, kacang ajelah. Kan sayang?" Emir menyiku lengan Isha.

Semua terdiam mendengar kata-kata Emir. " Emm... Saya guru tadika, itu yang Emi... Eh, abang kata banyak anak tu,"

Serentak merek ketawa, dalam senyuman Sofia dan riak tenangnya. Gelora di hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Melihat kemesraan Emir dan Isha mematikan seleranya. Nasi goreng yang dimasaknya terasa tawar di lidah. Dia menolak pinggannya kemudian mencapai teko berisi teh tarik di hadapannya. Ringan.

"Eh, sorry. Saya habiskan tuang kat gelas tadi," Isha meminta maaf.

Sofia senyum. "Tak apa. Minum aje ya," Sofia mengambil teko berisi nescafe di hadapan Emir. Emir segera memegang teko tadi.

"Awak, saya nak minumlah," kening Sofia hampir bertaut.

"Ini nescafe, Sofi. Bukankah awak tak..."

"Dulu je tak boleh, sekarang dah boleh," Sofia menjawab. Dia menarik kasar teko itu dari tangan Emir.

Emir menghela nafas. Pandangan matanya tidak lepas memandang Sofia. Matanya semakin besar melihat Sofia menuang tiga kali nescafe ke dalam gelasnya.

'Sibuk aje!' Sofia menjerit dalam hati.

Usai sarapan, Isha menawarkan diri untuk membantu Sofia membasuh pinggan mangkuk tetapi ditolak Sofia.

"Tak apalah Isha, okay aje. Nanti datang lagi ya," Sofia memegang lengan Isha.

"Tak apalah sayang. Dia tak nak tu. Jomlah balik. Abang hantarkan," lembut Emir bersuara.

Terpinga-pinga Isha mendengar kata-kata Emir. Dia menuruti sahaja langkah Emir yang sudah pun berada di luar rumah.

"Ayish... Rin... Cepat salam mama Isha ni," panggil Emir.

Seakan tidak percaya mendengar Emir membahasakan Isha sebagai mama Isha dengan anak-anaknya. Dia terus menuju ke dapur. Rasa geramnya berbakul-bakul pada lelaki itu.

"Aku balik dulu, terima kasih." Emir menepuk bahu Aidil.

Aidil membesarkan matanya sambil mengetap bibir. Penumbuknya dilayangkan di hadapan muka Emir, Emir terkekeh perlahan. Jari telunjuk di letakkan di bibirnya.

"Sofi, saya balik dulu. Terima kasih makanannnya,"

"Awak okay tak ni? Wak?" gurau Hani. Jelingan tajam dihadiahkan pada sahabat baiknya itu.

Mia yang entah bila masuk ke dapur memeluk bahu Sofia. "Sayang sakit kat mana? Mari abang tolong,"

Sofia mendengus. Laju sahaja jarinya mencubit lengan Mia dan Hani. Kalau dibiarkan macam-macam bentuk usikan akan timbul. Serentak mereka menjerit kesakitan. Mia membalas semula serangan Sofiua dengan memukul tangan Sofia.

"Kamu ni.... Kesianlah dengan dia," Wafa bersuara menyandar di tepi pintu.

"Kau aje kawan baik aku, Fa. Kau ajelah kawan baik aku dunia akhirat," Sofia memeluk Wafa.

"Kesian dia sakit hati tengok Emir dengan Mama Isha," Wafa ketawa.

Sofia menjerit kecil seraya menolak Wafa. Tanpa mengendahkan usikan kawan-kawannya dia terus menapak naik ke biliknya.

"Kau dah kenapa? Kau boleh tak buat kerja elok sikit?" Bebel Sofia sambil memukul dadanya.

"Stop it!" Marahnya.

Andai saja jantungnya itu manusia sudah tentu dia mengganyang si jantung sepuas hatinya.

Dia cuba mengalihkan perhatiannya dengan bermain telefon.  Notifikasi tertera nama Alvin.

Dia mendengus saat membaca mesej Alvin.  Tak ada mood hendak keluar.

Sesaat, dia menekan lagi skrin telefonnya. Dibaca lagi mesej Alvin untuk kali kedua. Kemudian, ketiga... Keempat...

Jom dating, nak?

Dia menekan-nekan dada telefonnya.

Sorry, saya baru lepas sarapan. Nak dating?

Aah, dating tapi kita dating kat supermarket. Saya nak beli barang dapur.

Ikutkan hati, mahu sahaja dia menolak tetapi mengenali dirinya yang akan terperap dalam bilik seharian memikirkan Emir. Dia terus setuju.

Dalam 30 minit, saya sampai

Setelah bersiap, dia masuk ke dalam bilik Irina. "Sayang, mama keluar sekejap ya. Ayish dan Rin nak apa-apa tak?" Dia mengoles lembut pipi anak perempuannya.

"Mama ni asyik keluar je," rungut Farish.

Sofia memangku anak lelakinya itu. "Sekejap je, nanti lepas ibu balik, kita keluar sama-sama, okay?" Pujuk Sofia.

"Ayish tak suka uncle Alvin tu mama," Farish berterus terang.

"Eh, kenapa pula? Uncle Alvin tu baik tahu," lembut sahaja Sofia bersuara.

"Antara uncle Alvin dengan anutie Isha. Ayish suka mana satu?" Sofia menyoal tapi dia terus terdiam.

"Mama Isha!" serentak kedua nakanya menjerit.

"Mama Isha? Dah berapa kali kamu jumpa auntie Isha ni?" suara Sofia mulai tegang.

"Baru sekali. Tapi Ayish dah suka sebab mama Isha cantik, baik macam mama," Farish meneluk Sofia.

Tet!

Sofia terperanjat mendengar bunyi hon di luar rumahnya. Dia menyelak langsir bilik Irina. Alvin turun dari kereta menuju ke pintu.

"Okay, mama jalan dulu. Nanti mama beliklan makanan ya," dia mengucup ubun-ubun anaknya dan terus bergegas keluar.

Alvin memandu kereta Sofia menuju ke Servay Hypermarket. Baru sahaja menolak troli masuk ke dalam kedai. Matanya bertembung dengan Khaleel.

Dengan wajah marah, dia merentap tangan Sofia. "Apa kau buat di sini? Lelaki ini siapa?" tanya Khaleel dengan nada marah.

Alvin yang cuba melindungi Sofia hampir ditumbuk oleh Khaleel tetapi Sofia segera menghalang. Khaleel menggenggam lengan Sofia dengan kasar.

"Aku bagi kau masa untuk uruskan anak-anak. Bukannya suruh kau menggatal dengan jantan lain! Perkahwinan kita tak lama lagi," ujarnya dengan suara keras.

Alvin menarik Sofia ke belakang, cuba menjauhkan dia dari Khaleel. "Lepaskan dia," kata Alvin tegas.

Khaleel menolak Alvin sehingga lelaki itu tersungkur.

"Kau jangan berlagak hero kat sini! Ini bakal isteri aku!" Dia menarik Sofia ke keretanya, memaksa dia masuk.

"Masuk!" katanya dengan nada perintah. Dia mencengkam muka Sofia. "Kau ni tak habis-habis nak menggatalkan?"

"Sakitlah!" Sofia menolak Khaleel tetapi lelaki itu tidak berganjak.

Dengan sekali angkat sahaja, badan Sofia sudah melekat di kerusi penumpang kereta Nissan Navara Khaleel.

"Aku lapor polis kalau kau paksa aku, Khaleel!" jerit Sofia. Die melompat turun dari kereta itu.

Khaleel menolak Sofia masuk ke dalam kereta dan berkata dengan nada mengejek, "Aku bukan macam ayah kau yang bodoh tu,"

Khaleel berpusing hendak masuk ke kerusi pemandu, Sofia cepat-cepat membuka pintu dan lari meninggalkan Khaleel yang menjerit memanggil nama Sofia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience