Bab 9

Romance Series 33080

Sofia menggenggam stereng dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya menongkat kepala menelusuri jalan raya yang sesak menuju ke rumah. Hari ini terasa sangat panjang dan memenatkan. Dia sudah tidak sabar untuk segera tiba di rumah. Terbayang-bayang ketenangan saat dia berbaring di katilnya. Bibirnya mengukir senyuman halus sebaik sahaja keretanya memasuki laman rumahnya.

Namun kegembiraan itu tidak lama, telefonnya berdering. Sofia melirik pada paparan panggilan masuk. Dia membiarkan telefon itu menjerit tidak dijawab. Dia seakan dapat merasakan panggilan itu hanyalah untuk meminta sesuatu daripadanya.

Aku tahu kau tak sibuk. Jawab!

Deringan telefon masih tidak berhenti. Si pemanggil tidak berputus asa hendak menghubunginya. Dia menarik nafas dalam sambil menekan butang jawab. Telefon diletakkan di telinga.

"Assalam..."

"Apa yang susah sangat nak jawab call aku!" kedengaran suara kasar abahnya, Sofian dari seberang sana. "Aku nak minta tolong." Sambung Sofian.

'Bingo!' getus hati kecilnya.

Walaupun tekaannya benar tetap dia masih kecewa dengan Sofian. Dia menyiapkan diri untuk mendengar permintaan abahnya kali ini. "Tolong apa tu, Abah?"

"Aku nak duit," jawabnya dengan kasar. "Lima puluh rmama,"

Lima puluh ribu? Mata Sofia membuntang seakan tidak percaya. Itu bukan jumlah yang kecil. "Saya... Saya tak ada duit sebanyak tu abah," dia tergagap.

Sofian kedengaran ketawa mengejek di sebalik talian. "Jangan tipu aku! Kau ingat aku tak tahu pasal tanah yang mama kau wariskan?"

Sofia mengenggam kejap telefon bimbitnya. Tanah itu. Itu satu-satunya warisan yang ditinggalkan oleh arwah mamanya. Mana mungkin dia hendak memberikan tanah yang penuh dengan nilai sentimental dari arwah Izzah.

"Tanah itu satu-satunya yang saya dapat dari mama," balas Sofia, suaranya bergetar dengan emosi.

Tetapi nampaknya Sofian tidak berputus asa. "Aku janji nanti aku bayar balik dengan kau. Kau tak kesian dengan kakak kau ke?" Sofian melembutkan suaranya.

"Adik? Siapa? Lana ke?" soal Sofia. Kekok mendengar Sofian membahasakan Alana sebagai kakaknya sedangkan Alana sendiri tidak pernah  menganggap dia sebagai adik.

"Dia ada masalah sedikit. Sekarang ni, nak kena bayar peguam untuk dia,"

Sofia memukul-mukul pahanya. Geram!

"Apa lagi Lana buat kali ni abah?" suara Sofia sedikit meninggi.

"Kau jangan banyak tanyalah! Kalau susah sangat apa kata kau pinjam dulu dengan bank. Gunakan tanah tu sebagai jaminan. Nanti aku dah dapat duit aku tolong bayarkan," hilang kelembutan suaranya tadi.

Jantung Sofia berdegup kencang. Tanah warisan mamanya dipertaruhkan untuk menanggung masalah Alana membuatkan kemarahan Sofia meluap-luap. "Tak nak abah. Saya tak nak. Saya ada kehidupan dan masa depan yang saya kena tanggung,"

Ini bukanlah pertama kali Sofian meminta dia duit atau meminta dia mengadai apa sahaja bentuk barang yang ditinggalkan oleh arwah mamanya sesuka hati. Selama ini, dia turuti sahaja tetapi kali ini dia berkeras hendak mempertahankan satu-satunya harta yang tinggal.

Kemarahan memuncak dalam suara ayahnya. "Kau memang anak tak guna! Anak yang bawa sial! Darah daging kau sendiri kau tak nak tolong? Manusia jenis apa kau ni!"

"Jeritlah sekuat hati abah. Jawapan saya tetap sama, saya tak akan jual tanah itu!"

"Mati kau aku kerjakan Sofia! Kau jangan tayang muka kau de–– "

Sofia tidak menunggu untuk mendengar kata nista dan ugutan Sofian. Dengan tangan yang bergetar, dia mengakhiri panggilan itu. Bendungan air matanya pecah. Mukanya bertukar menjadi merah-padam mengenang kata-kata abahnya.

Hampir 15 minit di dalam kereta, dia menapak keluar. Ketenangan di wajahnya tidak seiring dengan rebut taufan yang melanda fikirannya. Ancaman ayahnya terngiang-ngiang di gegendang telinganya menyebabkan dia teringat pada setiap kekasaran yang dilakukan ke atas dia dan mamanya dulu.

Sebelum pintu rumah ditolak, dia cuba mengukir senyuman. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, Irina dan Farish menyambutnya dengan pelukan. Kasih sayang mereka memberikan ketenangan dari rebut yang sedang melanda dirinya.

Aidil yang sedang bermain bersama mereka menyedari riak wajah Sofia. Dia segera mengekori Sofia ke tingkat atas untuk mendapatkan jawapan.

"Kau okay tak ni?" kebimbangannya jelas kedengaran dari suaranya.

Sofia yang fikirannya berkecamuk mengeluh panjang. "Your dad happened,"

Kening Aidil berkerut. Dia sangat memahami akibat daripada setiap komunikasi natara mereka dan Sofian. Aidil duduk di kerusi sambil memandang Sofia dengan anggukan.

"Jangan jawab kalau abah call. Berapa kali aku nak cakap? " Aidil bersuara tegas.

Sofia memicit dahinya. Keluhan demi keluhan terbit dari bibirnya. Tadi Emir sekarang ini pula dia kena berhadapan dengan abahnya sendiri.

"Aku nak rehat," gumam Sofia. Tanpa berkata apa-apa, Aidil terus keluar.

Selepas mandi dan solat, dia terus  merebahkan badannya di atas katil empuknya. Dia menutup matanya cuba untuk melupakan segala hal yang terjadi hari ini. Cubaannya sia-sia, suara Emir bagaikan radio rosak. Menyeksanya dengan soalan yang tidak terjawab.

"What if I want to get back with you?"

Setiap bait-bait perkataanya menusuk dadanya seperti pisau yang membuka Kembali luka-luka lama. Luka yang dianggap sudah sembuh. Dadanya seperti dihimpit batu besar menyebabkan ritma penafasannya sumbang dan membuatkan dia tidak selesa. Dia menarik nafas dalam sambil mencuba posisi lain untuk mendapatkan keselesaan.

"What is your plan now, Allah?"

Baru hendak terlelap, matanya terbuka besar apabila pintu biliknya diketuk berulang kali. Suara Aidil kedengaran memanggill namanya. Dia mengsok matanya.

"Ada apa?" soal Sofia.

"Mama telefon tadi. Abah dipukul,"

Sofia terus duduk. "Bila?" Dia membuka pintu.

"Baru tadi ni," Aidil menunjukkan gambar yang dikirimkan Mama Yah melalui aplikasi whatsapp.

Kepala Sofian berlumuran darah dan matanya tertutup. Membuntang mata Sofia melihat gambar itu.

"Jom!" Aidil menarik tangan Sofia.

Kaki Sofia terasa berat hendak mengikut Aidil tetapi digagahi juga. Wafa yang baru sampai bersetuju untuk menjaga Farish dan Irina. Sebaik sahaja mereka tiba di rumah banglo dua tingkat. Mereka segera masuk ke dalam rumah.

"Aku takut," Sofia menahan Aidil dari masuk ke dalam bilik Sofian.

"Abah tengah sakit tu tak mungkinlah nak marah lagi," Aidil menyedapkan hati Sofia.

"Apa kau buat kat sini? Kau tahu tak kaulah punca abah dipukul!" Alana menolak kepala Sofia.

Sofia menahan tangan Alana dan menatap matanya tajam. "Aku bukan Sofia yang dulu kau boleh buli! Aku berani potong jari akulah apa jadi dengan abah ni memang puncanya dari kau! Kaki scammer!" Sofia menolak Alana.

Wanita itu merengek bersembunyi di belakang Zakiah. Sofian yang pada mulanya berbaring terus sahaja berdiri dan menampar pipi Sofia. Sofia memegang pipinya.

"Apa ni bah? Kami datang niat baik nak jumpa abah. Orang baru aje sampai tahu tak?" Aidil mulai naik angin.

Sofian tidak mengendahkan Aidil, dia semakin galak hendak mendekati Sofia. Yanb menjadi penghalangan antara mereka hanyalah Zakiah.

"Puas hati kau? Puas? Kau ni memang manusia yang pentingkan diri sendiri!" Aidil cuba menghampiri Alana tetapi ditahan Zakiah.

"Berambus kau dari sini! Aku tak nak tengok muka kau!"

Sofian menolak Sofia sehingga gadis itu terbaring di lantai. Aidil cuba menarik Sofian tetapi Alana memeluk pinggangnya.

"Kenapa kau nak menangkan sangat budak ni haah? Kau tahu tak apa keluarga dia buat dengan keluarga kita? Kau tahu tak!"

Sofian dan Aidil bertentangan mata. Dada masing-masing berombak menahan marah. Alana yang senyap tadi tiba-tiba bersuara. "Bagitahu aje abah. Abang ni dah termakan nasi kangkang dari mak cik Izzah agaknya. Itu yang jadi bodoh tu!"

Sofia yang mendengar Alana memfitnah mamanya terus berdiri menarik rambut Alana. Alana tanpa berkelip membalas dengan menarik rambut Sofia. Zakiah cuba untuk meleraikan mereka tetapi tidak berjaya.

"Mama aku tak pernah berkira dengan kau selama dia hidup!Apa kau nak mama aku bagi! Kau manipulate dia untuk nampak kau anak yang baik dan aku anak yang biadap. Kau berani nak fitnah arwah mama aku! Dasar anak perampas!" Sofia menjerit sekuat hatinya.

Sofian mengenggam tangan Sofia sehingga wanita itu melepaskan rambut Alana. Dia mencengkam pipi Sofia.

"Abah, jangan!" Aidil cuba menghampiri Sofian.

"Kau dekat aku bunuh budak ni!" jerit Sofian.

"Kau jangan cabar aku Aidil!" Langkah Aidil terhenti.

"Siapa perampas? Siapa? Zakiah?" mata Sofian mencerlung.

"Kau tahu tak Zakiah saja wanita yang aku cintai dalam muka bumi ni. Tiada yang lain," Rahangnya tegang. Dia menolak Sofia sehingga wanita itu tersandar di dinding

"Aku tak akan kahwin dengan mak kau kalau bukan sebab permainan licik atok kau tahu tak?" Sofian menampar Sofia kuat. Sofia dapat meghidu bau besi dalam mulutnya.

"Berapa tahun anak-anak aku hidup tanpa aku! Merempat macam tak ada bapa! Puncanya? Atok kau! Orang tua tak guna tu!" dia menunjal dahi Sofia.

"Habis tu Sofi? Bukan anak abah jugakah? Berbinkan abah juga tahu!" Sofia mengesat darah dari tepi bibirnya.

"Kenapa tak bunuh aje Sofi dulu kalau benci sangat?" Sofia menjerit. Air matanya ditahan daripada mengalir.

Senyap. Zakiah memegang lengan Sofia hendak menenangkan wanita itu tetapi dia hampir terjatuh kerana ditolak kasar oleh Sofia.

"Jangan sentuh aku! Aku benci kau!"

Sofian mengetap bibirnya. Tangannya dikejapkan di leher Sofia. Sofia meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri.

"Abah!" jerit Aidil. Dia mengengam penumbuknya.

"Abang! Mati budak tu nanti abang. Ya Allah! Abang sudah bang!" Zakiah menarik tangan Sofian.

Sofia terbatuk-batuk mencari nafasnya. Dengan air mata yang berlinang di matanya dia terus berlari keluar dari rumah itu tanpa menoleh ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience