Bab 38

Romance Series 33257

Malam itu, Emir dan Sofia bersama kedua anak mereka, Farish dan Irina, menuju ke taman di hadapan bilik mereka untuk menikmati makan malam bersama. Farish dan Irina kelihatan sangat gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama kedua ibu bapa mereka, walaupun Emir dan Sofia sudah bercerai.

Farish melompat-lompat dengan wajah gembira. "Mama! Papa! Farish nak bakar marshmallow nanti, boleh tak?"

Irina tersenyum riang. "Seronoknya family day kita, kan Ayish? Papa, boleh tak nak selalu macam ni?"

Emir tersenyum memandang Irina. "Boleh... Nanti Rin bagitahu aje bila, kat mana, jam berapa? Papa bawa kita semua pergi,"

"Mama pun ikut sama?" soal Irina memandang Sofia.

Sofia tersenyum, tetapi jelas ada kekhuatiran di wajahnya."Ya, sayang. Kalau papa izinkan, mama ikut aje,"

"Rin tak nak bercuti macam ini aje. Rin nak kita tinggal dalam satu rumah. Rin tak nak ada dua rumah," rayu Irina.

"Ya sayang. Nanti kita tinggal sekali dalam satu rumah yang sama ya. Papa janji," Emir mengelus lembut pipi Irina.

"Yay!" Irina dan Farish melompat kegirangan. Sofia mengetap bibirnya mengelak berbicara sesuatu yang akan menyakitkan kedua anak kembarnya.

Sofia mengambil telefon bimbitnya. Nombor kawan-kawannya dihubungi satu -persatu. Semua tidak berjawab. Wajahnya jelas terpancar kerisauan.

Emir cuba menenangkan Sofia. "Semua tengah sibuk kot. Jangan risau sangat, okay?"

Sofia mengeluh perlahan. "Tak akan semua sibuk sampai tak jawab saya call. Saya tak sedap hatilah, Emir,"

"Tak ada apalah, Sofi. Awak fokus aje healing time awak. Kalau ada apa-apa mesti diaorang akan maklumkan kat awak. Jomlah makan," ajak Emir.

Emir meletakkan kain di atas paha kedua orang anaknya sebagai persediaan untuk makan malam. Sebaik saja, makanan diletakkan di atas  meja. Emir terus membaca doa makan.

"Mama punya mana?" Sofia memandang Farish yang sedang menyuapkan spaghetti Bolognese di mulutnya.

"Makanan mama kat sini. Tunggu sebentar ya. Nanti chicken chop mama hidup lagi kalau mama yang potong," usik Emir. Farish dan Irina serentak ketawa.

"Awak ingat? Malam kedua kita berkahwin, ayam awak hidup masa awak potong sampai termasuk ayam awak kat pinggan saya?" Emir menjongketkan keningnya.

Sofia memicit dahinya. Senyuman di bibirnya ditahan.

"Mama memang tak reti nak potong apa-apa tahu tak, pa? Hari tu, mama nak potong tembikai pun tembikai lari," tambah Irina.

"Hei! Tak baik Rin gelakkan mama. Rin yang nak makan tembikai tu," Sofia memuncungkan bibirnya berpura-pura merajuk.

"Okay guys. Mama dah nak merajuk dah ni. Jom... Jom...Makan," Emir meletakkan jari telunjuknya di atas bibir.

"Jom makan... Nanti  mama marah semua mama suruh tidur," Farish berkata tanpa memandang Sofia.

Irina tergelak kecil. "Mama kalau marah kami, asyik suruh tidur aje pa," Irina berbisik.

Emir ketawa. Dia meletakkan pinggan berisi chicken chop tadi di hadapan Sofia. "Makan sayang, nanti dah sejuk tak sedap,"

Sofia kaku mendengar kata-kata Emir. Emir berdehem seraya menyumbat makanan di dalam mulutnya.

"Papa panggil mama sayang?"Irina tersenyum nakal.

"Taklah, papa panggil Rin dengan Ayish, bukan mama," Irina mengerutkan hidungnya saat jari Sofia menyentuh lembut hidung Irina.

"Dah makanlah,nanti tak sedap kalau dah sejuk,"Sofia menyelitkan rambut Irina di telinga.

"So what kalau saya panggil awak sayang? Tak boleh?" Emir separuh berbisik namun jelas menampar gegendang telinganya.

Sofia berpura-pura tidak mendengar ayat yang diucapkan Emir. Jantungnya berdegup kencang, nafasnya terasa sesak. Dia dapat merasakan mukanya panas.

Selepas makan, mereka bersedia untuk berkhemah. Sambil anak-anak mereka membakar marshmallow, Emir dan Sofia memasang khemah.

"Papa, nanti balik rumah. Mama dah bole tinggal dengan papa, kan?"

"Boleh. Nanti papa bawa mama tinggal sekali ya,"Emir menjawab bersahaja.

Tangan Sofia terhenti saat mendengar jawapan Emir. Mata mereka bertaut sebelum Sofia mengalihkan pandangannya. Bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan.

"Dah kenapa buat muka macam tu?" tanya Emir.

Sofia mengerling ke arah anak mereka seketika lalu dia memandang Emir.  "Awak boleh tak jangan bagi harapan palsu dengan anak-anak? Dari tadi awak asyik mengiyakan aje semua yang anak-anak nak," suara Sofia jelas marah.

"Harapan palsu apa?"Emir buat-buat tidak faham.

"Kita nak tinggal satu rumah. Awak tu nak kahwin tahu tak?" suara Sofia ditekankan untuk mengingatkan Emir akan perkahwinannya.

"Kalau awak kata awak nak saya cancel majlis saya, sekarang juga saya cancel. I promise,"  Emir mencekak pinggangnya.

Matanya memerhatikan khemah yang berdiri teguh di hadapannya. Sengaja dia tidak memandang Sofia yang kehilangan kata-kata. 

"Anak-anak!"panggil Emir.

"Dah siap dah ni, kalau nak masuk dah boleh dah. Jom!"Emir mengemaskan laluan masuk ke dala khemah untuk anak-anaknya.

"Yay! Thank you papa, thank you mama. Seronoknya kalau hari-hari macam ni. Keluarga kita dah lengkap Rin," Farish menepuk tangannya.

Sebaik sahaja anak-anak mereka berada di dalam khemah. Emir segera duduk di sebelah Sofia. Dia meneguk kopi panas dihadapannya.

"So? Awak nak saya cancel?" soal Emir sambil memandang Sofia.

"Awak ni dah gila eh?" Sofia menjeling.

"Ya lah kot. Lapan tahun tunggu awak balik lambat sangat. Itu yang dah jadi gila tu,"Emir menjawab dengan senyuman yang sukar difahami maksudnya.

"Awak ni dah kenapa? Awak sakitkah? Kalau sakit baliklah rumah. Jangan ganggu healing time saya dengan anak-anak," dahi Sofie berkerut.

"Awak fikir saya berguraukah? Saya serius Sofi, awak suruh saya cancel majlis kahwin saya. Saya cancel saat ini juga," wajah Emir bertukar serius.

Terkebil-kebil Sofia menatap renungan Emir yang tidak terdaya ditafsirkan itu. Emir menekan-nekan dada telefonnya. Ditekan butang panggil.

"Assalamualaikum... Mama," Emir bersuara lembut.

Dengan pantas, Sofia merampas telefon Emir lalu ditekan butang merah. Emir memandang Sofia dengan senyuman nakal.

"Kenapa awak end call saya? Setahu saya, Jeremy PA saya bukan awak," Emir tergelak kecil.

"This is not funny Emir! Awak kata awak tak nak kecewakan family awak, papa awak. Awak nak cancel ni, awak tahu tak macam mana kecewanya semua keluarga awak, keluarga Isha nanti,"

"So kalau diaorang tak kecewa, awak memang nak saya cancel wedding saya?"Emir menjongketkan keningnya.

"Stop putting words in my mouth!" Sofia bersuara tegas.

"Saya dengan Alvin nak bertunang bulan depan," bohong Sofia.

"Oh really? "Emir mencebikkan bibirnya.

"Alvin tak bagitahu pula semalam yang awak berdua nak bertunang," Emir mengamati wajah Sofia.

"Alvin jumpa awak?"soal Sofia terkejut.

Emir mengangguk laju. "Dia bagitahu saya, kamu dah putus sebab awak masih sayangkan saya. Dia minta saya jaga awak elok-elok,"

"I never said that!"

Senyuman nakal Emir terbit di bibirnya. Penafian Sofia tidak diendahkannya. Serupa orang hilang akal dia tersipu-sipu sambil menutup mulutnya menahan tawanya. Sofia mendengus seraya berdiri.

"Ayish.. Rin... Mama nak masuk tidur dah ni. Ayish dengan Rin jaga papa elok-elok ya. Papa tak sihat ni,"Sofia memeluk Farish dan Irina sebelum menapak masuk ke dalam biliknya.

Anak kembar itu menoleh ke arah Emir yang masih tersenyum-senyum sendiri. SInar kebahagiaan jelas terpancar dari matanya. Malam itu, dia tidur dengan penuh senang hati. DIa nekad untuk memperbaiki keadaan.

Pagi itu, Emir mengejutkan Farish dan Irina untuk masuk ke dalam bilik sementara dia menunaikan solat subuh. Emir memastikan anak-anak selamat masuk ke dalam bilik sebelum dia sendiri bersiap untuk menunaikan solat. Selesai solat, Emir menuju ke bilik Sofia. Pagi ini mereka kena bangun awal untuk aktiviti hiking mereka.

Emir mengetuk pintu bilik Sofia. "Sofi... Dah bangunkah?""

"Lepas habis solat sediakan baju anak-anak ya," Emir terus masuk semula ke dalam biliknya.

Sambil menunggu Sofia, dia membuat sedikit kerjanya yang perlu dihantar ke Jeremy. Tanpa dia sedari, sudah 30 minit dia membuat kerjanya. Sofia masih tidak keluar dari bilik. Dia cubamenghubungi telefon Sofia, tiada jawapan.

Emir mengangkat gangang telefon biliknya minta disambungkan ke bilik Sofia. Sama, panggilannya tidak dijawab. Dia mula rasa cemas, dia segera menuju ke bilik Sofia lalu diketuk pintu bilik itu sekuat hatinya.

"Sofia!"panggilnya. Sunyi. Tiada sesiapa menyahut panggilannya.

Dengan perasaan cemas, Emir segera bergegas ke kaunter penyambut tetamu. "Sorry, boleh saya tahu guest kat bilik Bloom Fairy keluarkah? Dia tidak ada di biliknya."

Penyambut tetamu yang bernama Jenny itu menekan-nekan papan kekunci dihadapannya. "Puan Sofia, betul?"

Emir mengangguk. "Maaf tuan, saya tak pasti dia keluar atau tak. Saya tak nampak. Tuan dah call?"

Emir menolak pipinya dengan lidah seraya menarik nafas dalam. "Saya dah call, dah ketuk pintu dia. Tak ada buka. Boleh tolong saya buka pintu biliknya?"

Pada awalnya, Jenny tidak bersetuju kerana perbuatan itu melanggar polisi resort tetapi Emir berjanji dia akan bercakap dengan CEO resort itu sendiri.  Selepas beberapa minit meyakinkan Jenny. AKhirnya, pintu bilik Sofia dibuka. Emir semakin "kebinggungansetelah melihat beg dan dompet Sofia masih berada di dalam bilik.

Emir sekali lagi meminta belas ehsan Jenny.  "Tolong, saya perlu tengok CCTV!

Wajah Jenny serba salah. Emir menghela nafas dalam sebelum mengambil telefonnya. Dia menekapkan telefon itu di terlinga.

"Assalamualaikum Taufiq, aku ni. Aku nak tengok CCTV resort kau boleh tak? Ex-wife aku ni tiba-tiba pula menghilang,"

"Bos awak nak cakap,"Emir menyerahkan telefonnya pada Jenny.

Usai mendapatkan kebenaran dari Taufiq, CEO resirt itu. Mereka menuju ke bilik CCTV dan memeriksa rakaman. Dalam rakaman tersebut, mereka melihat Sofia berjalan keluar dari resort sambil bercakap di telefon.

"Ni haah, Puan Sofia, kan?." Jenny menunjuk skrin sambil memandang Emir. Emir angguk laju.

Kelihatan Sofia sedang bercakap di telefon sambil berjalan keluar dari pintu kedua yang terletak di tepi kawasan bilik mereka menginap. Selepas itu, Sofia tidak kelihatan dari setiap sudut CCTV.

Tidak lama kemudian, dua orang pekerja datang ke bilik CCTV dengan membawa telefon Sofia.

"Encik Emir, kami jumpa telefon ini di tempat letak kereta. Mungkin ini telefon Puan Sofia."

Emir meneliti telefoan itu. Sah! Itu telefon Sofia. "Terima kasih, ni memang telefon Sofia. Tolong saya simpan video ini ya?" pesan Emir. Jenny dan dua pekerja tadi mengangguk faham.

Emir bergegas kembali ke bilik, mengemas barang-barang dengan pantas dan memastikan anak-anak masuk ke dalam kereta. Farish dan Irina kelihatan bingung dengan keadaan yang berlaku.

Farish mengaru kepalanya. "Papa, Kita nak balik? Mana Mama?"

Membuntang matanya. "Mama kat mana, Papa?"

Emir memeluk kedua anak kembarnya. "Kita balik dulu, sayang. Nanti Papa explain, okay?"

Mereka segera meninggalkan resort dan menuju ke rumah. Sebaik sahaja tiba di rumah, Hani dan Wafa terkebil-kebil memandang wajah cemas Emir.

"Anak-anak naik dulu. Nanti papa bagitahu mama kat mana ya," kedua-dua anak mereka terus naik tanpa soal.

"Sofi?" Hani dan Wafa serentak bersuara.

Emir meraup mukanya.  "Sofi hilang. Pekerja resort jumpa telefon dia kat parking,"

Hani dan Wafa terkejut mendengar berita tersebut. Mereka tahu, mustahil Sofia akan tinggalkan anak-anak tanpa memaklumkan dengan Emir. Mereka meminta Emir melaporkan kepada pihak polis.

"Ya, saya gerak dulu. Tolong jagakan anak-anak saya ya,"

"Saya ikut..."Wafa mengambil dompetnya dan mengekori Emir.

"Ni, kau kunci pintu ni. Jangan buka pintu selagi kami belum balik,"pesan Wafa.

Wafa dan Emir beransur menuju ke balai polis berdekatan. Perasaan risau dan gelisah semakin menebal saat terkenangkan Sofia.  Setibanya mereka di balai polis, Emir terus menuju ke kaunter.

"Encik Emir, boleh jelaskan apa yang berlaku?" pegawai memakai tanda nama Zara itu menyoal.

Emir menarik nafas dalam. "Kami bercuti dengan anak-anak di Valley Hilltop. Malam tadi, saya dengan anak-anak camping. Dia tidur dalam biliknya tapi pagi tadi, dia dah tak ada. Tolong saya puan,"rayu Emir.

Dengan nada tenang, Zara tersenyum berkata.  "Encik Emir bertenang dulu ya.  Mungkin dia keluar sebentar pergi mana-mana,"

Emir menolak dinding pipinya. Dia menghela nafas cuba menahan marah. "Puan, kami cek CCTV kat resort. Kali terakhir nampak kelibat Sofi, jam 2.00 pagi. Sekarang dah jam 7.00 pagi Puan. Beg dia, dompet dia ada kat dalam bilik. Telefon dia, staff jumpa kat parking area. Saya pasti ada sesuatu yang tak kena."

Zara diam seketika sebelum membuka mulut. "Encik dengan bekas isteri Encik ada bergaduh tak malam tadi?"

"Ada berdebat sikitlah dengan dia tapi bukannya bergaduh pun,"terang Emir.

"Mungkin dia nak tenangkan diri kot," Zara bersuara lembut.

"Kadang-kadang percutian dengan bekas pasangan ni tak ideal sangat dan selalunya memang akan timbul perbalahan. Mungkin dia perlukan masa sendiri lepas bergaduh dengan Encik malam tadi," sambung Zara

"Tak sekarang ni, awak faham tak yang saya kata kami tak bergaduh! Kami cuma berdebat sikit pasal anak-anak tapi tak bergaduh pun. Dia tak mungkin tinggalkan anak-anak tak bagitahu walaupun anak-anak dengan saya. Awak tak percaya, awak tanyalah kawan baik dia ni!"kesabaran Emir semakin menipis.

Wafa maju ke hadapan selepas mendengar kata-kata Emir. "Ya, Puan. Betul tu, Sofia tak pernah tinggalkan anak tanpa bagitahu dengan anak-anak dia. Ini bukan kebiasaan Sofia Puan," Wafa bersuara.

Zara mengangguk. Dia berusaha untuk menenangkan Emir yang mulai mendendangkan irama tak puas hatinya. "Baik Encik Emir. Saya mohon Encik bertenang dulu.  Kami akan buat yang terbaik untuk mencari bekas isteri Encik. Kami akan mula dengan menyiasat rakaman CCTV dan mencari saksi yang mungkin nampak Puan Sofia"

Emir dan Wafa menarik nafas lega.  "Terima kasih, Puan. Tolonglah, saya sangat risau," rayu Emir

"Jangan risau, Encik Emir. Kami akan berusaha sebaik mungkin."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience