Bab 63

Romance Completed 59279

Senja semakin menginjak, dan suasana di Mystic Valley Resort mula berubah menjadi nyaman dan damai. Usai solat Maghrib, semua berkumpul di ruang makan terbuka yang disediakan di hadapan villa. Bau ayam panggang dan makanan lain memenuhi udara, membangkitkan selera semua yang hadir.

Sofia duduk di sebelah Farish dan Irina, cuba memastikan anak-anaknya makan malam sebelum mereka teruja untuk meneruskan ke aktiviti seterusnya.

"Ayish, Rin, makan dulu. Mama cancel nama kamu berdua ya kalau tak makan," Sofia memberi arahan dengan tegas, tetapi lembut.

Farish mengerutkan dahi, sambil memandang Irina, seolah-olah kedua-duanya sudah sepakat. "Tapi mama, kami nak bakar marshmallow dulu," kata Farish sambil tersengih, cuba memancing simpati Sofia.

Sofia mendengus kecil. "Makan dulu. Kalau tak, nanti perut lapar masa tengok bintang, tak ada siapa nak layan kamu,"

Irina menyambung, "Tak naklah makan sekarang, nanti tak seronok bakar marshmallow."

Farish dan Irina kemudian memandang ke arah Emir yang sedang berbual dengan Jeremy di sebelah tempat BBQ. "Papa! Boleh tak kami bakar marshmallow dulu?" Farish memanggil dengan suara riang, sambil melambai ke arah Emir.

Emir tersenyum mendengar permintaan anak-anaknya dan berjalan menghampiri Sofia yang kelihatan masih tegas dengan anak-anak mereka. Dia memandang Sofia sambil memberi isyarat lembut meminta pengertian. "This time only, Sofi. Biar dia orang bakar marshmallow dulu, nanti kita boleh makan sama-sama lepas tu,"

Sofia menghela nafas panjang, cuba menahan geram. Dia tidak membalas Emir, sebaliknya hanya menoleh ke arah lain dengan wajah tegang.

Melihat Sofia yang diam, Farish dan Irina bersorak riang, bertepuk tangan sambil berlari ke arah api kecil yang sedang dinyalakan untuk membakar marshmallow. "Yay! Papa dah bagi kebenaran!" kata Irina, penuh keterujaan.

Aidil, yang duduk di sebelah Sofia, menepuk lembut bahunya. "Tak apa lah, Sofi. Kali ni je. Nanti kalau dia orang lapar, pandailah minta makan."

Jeremy, yang sedang sibuk mengipas ayam panggang, mengangguk tanda setuju sambil mencelah, "Betul tu, Sofia. Lagipun, marshmallow bukannya mengenyangkan. Nanti lapar, dia dia orang datang balik cari ayam panggang ni."

Sofia menggelengkan kepala, mendengus kecil. "Kalau lapar nanti, jangan cari mama pulak," katanya, separuh membebel.

Jeremy yang melihat Sofia mula tersenyum sedikit, cuba menenangkan keadaan. Dia mengipas ayam dengan gaya berlebihan, lalu sengaja mengipas ke arah Sofia, membuat Sofia tertawa kecil. "Tenang, Sofia. Tak lama lagi, semua orang akan lapar dan datang balik."

Sofia tersenyum, cuba menahan gelak. "Kalau awak kacau saya lagi, saya ketuk kepala awak dengan penyepit ni," katanya sambil mengangkat penyepit ayam ke arah Jeremy, acah-acah hendak mengetuk kepalanya.

Semua yang melihat gelagat mereka tertawa. Gelak tawa yang tercetus daripada Jeremy dan Sofia itu membuatkan suasana di sekeliling menjadi lebih santai.

Di sudut lain, Isabella baru keluar dari biliknya, mengenakan baju santai tetapi tampak rapi. Emir yang melihatnya segera menyapa dengan senyuman nakal. "Dah lawa dah tu, tak payah bersiap lama-lama sangat," usik Emir.

Isabella tersenyum malu, sedikit menunduk. "Abang dah makan?" soalnya sambil berjalan mendekati Emir.

Emir mengangguk dan menunjukkan pinggan kosong yang terletak di atas meja. "Dah, tadi makan sikit. Bella nak makan sekarang? Sayang lapar tak?"

Mendengar perkataan "sayang" keluar dari mulut Emir, Mia dan Aidil yang sedang berdiri di sebelahnya serentak menoleh, jelas terkejut dengan panggilan itu. Mata Mia langsung memandang ke arah Sofia yang sedang membantu Jeremy memanggang ayam di tepi tempat BBQ.

Mata Mia jelas terarah kepada Sofia, seakan-akan membaca keadaan. Dia memerhatikan Sofia dengan teliti, melihat reaksi Sofia yang tampak tenang.

Emir yang kelihatan tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling, terus memanggil Sofia dengan nada santai. "Sofi, ayam dah ada yang masak tak? Bella belum makan lagi ni," Emir berkata sambil menghulurkan pinggan ke arah Sofia.

Sofia tidak memandang ke arah Emir, sebaliknya mengambil pinggan itu dan meletakkan tiga ketul sayap ayam panggang di atasnya tanpa sepatah kata.

Jeremy, yang sedang mengipas ayam, sempat memandang Sofia sekilas. Dia menyedari perubahan wajah Sofia. Rasa kasihan pada wanita itu, Jeremy menyuakan seketul sayap ayam panggang kepada Sofia dengan senyuman.

Sofia memandang Jeremy dan tersenyum manis, mengambil ayam itu. "Terima kasih, Jeremy."

Gelak tawa kecil masih kedengaran di sekitar tempat BBQ, tetapi di sebalik semua keriangan itu, Sofia berasa semakin jauh daripada Emir. Walaupun dia cuba menutup perasaannya dengan senyuman, ada sesuatu yang terluka jauh di dalam hati, melihat bagaimana mesranya Emir dengan Isabella.

Selepas pekerja Mystic Valley Resort datang menjemput Farish dan Irina untuk aktiviti stargazing, suasana di sekitar villa kembali tenang. Anak-anak sudah beralih ke aktiviti mereka, dan kini giliran orang dewasa untuk berseronok. Hani dan Wafa bersedia untuk memulakan aktiviti santai malam itu, yang telah mereka rancang sejak semalam.

Hani dengan wajah penuh semangat mengambil kad kue buatan tangan mereka dari malam sebelumnya. Dia bangun dan berjalan ke tengah-tengah kumpulan, sambil menepuk tangan untuk menarik perhatian semua orang.

"Okey, semua! Dah bersedia untuk permainan malam ni?" Hani memulakan bicara, suaranya ceria dan penuh dengan keterujaan.

Semua orang mula memandang ke arahnya dengan senyum dan ketawa kecil, jelas mereka sudah tidak sabar untuk mengetahui apakah aktiviti yang telah disusun.

"Kita panggil permainan ni 'Perkataan Klasik Teka Makna!' Caranya senang je," kata Hani sambil menjelaskan syarat-syarat permainan. "You guys literally have to guess the meaning. Kalau salah, peluang diberikan pada kumpulan lain. Yang berjaya menjawab dengan betul, dapat satu mata. Kumpulan dengan mata tertinggi akan menang hadiah percutian 3 hari 2 malam di Shangri-La Resort, sponsor by Emir!"

Serentak dengan itu, kesemua mereka bersorak gembira, suara kegembiraan memenuhi udara malam itu.

"Aku dah tak sabar nak menang!Boleh holiday nanti," Mia bersorak, matanya bersinar dengan semangat.

Wafa tersenyum besar, mengambil alih dari Hani. "Sebelum kita mula, mari kita cabut undi dulu untuk buat kumpulan. Tak boleh pilih pasangan sendiri, kita kena ikut nasib malam ni!"

Semua ketawa kecil sambil masing-masing mencabut undi dari kotak kecil yang dihulurkan oleh Wafa. Suasana penuh keterujaan, masing-masing tak sabar untuk mengetahui siapa pasangan mereka.

"Baik, aku akan umumkan kumpulan," kata Wafa sambil memandang kertas undian. "Kumpulan pertama: Mia dan Aidil!"

Aidil ketawa kecil sambil menjeling ke arah Mia. "Okay! Satu kumpulan dengan wife sendiri!" katanya dengan senyum lebar.

Mia tersenyum, "Kita mesti menang malam ni!"

Wafa meneruskan, "Kumpulan kedua: Jeremy dan Sofia."

Jeremy tersenyum puas sambil memandang Sofia. "Nampaknya kita satu kumpulan, Sofia. Bersedia untuk menang?"

Sofia tersenyum sambil mengangguk. "Of course!"

Wafa mengumumkan kumpulan terakhir. "Dan kumpulan ketiga: Emir dan Isabella."

Aidil ketawa besar. "Tempat duduk kita malam ni dah macam dirancang betul, kan? Semua dapat partner yang 'serasi'."

Sofia tersenyum kelat, cuba mengawal perasaannya, namun matanya melirik sedikit ke arah Emir dan Isabella yang kelihatan tenang dengan keputusan itu.

Hani kembali mengambil kad pertama dan berdiri di tengah-tengah, bersedia untuk memulakan permainan. "Okey, soalan pertama! Perkataan klasiknya ialah Wangsa. Siapa boleh teka maksudnya?"

Bella dan Emir segera mengangkat tangan serentak. "Wang! Maksudnya duit, kan?" jawab Bella dengan penuh yakin.

Wafa menggeleng sambil tersenyum, "Salah! Bukan wang."

Sofia dan Jeremy berbisik-bisik sejenak, membincangkan kemungkinan jawapannya. Sofia memandang ke arah Wafa, bersedia untuk menjawab.

"Kita kira sampai tiga," kata Wafa. "Satu, dua, tiga—"

Sofia segera mengangkat tangan. "Bangsa!" jawabnya dengan yakin.

"Betul!" Wafa mengangguk sambil tersenyum besar. Kumpulan Sofia dan Jeremy mendapat mata pertama. Mereka berdua tersenyum puas dan melakukan 'fist bump' dengan sudu di tangan mereka sebagai tanda kemenangan kecil.

Semua yang melihat tertawa kecil melihat aksi mereka.

Hani kemudian mengambil kad seterusnya. "Soalan kedua! Perkataan: 'Ratna.' Siapa tahu?"

Mia dan Sofia serentak mengangkat tangan, kedua-duanya berlumba-lumba mahu menjawab. "Aku! Aku tahu!" mereka berdua berkata serentak.

Wafa ketawa kecil, cuba mengawal keadaan. "Okey, okey, siapa cepat dia dapat. Tapi, kali ni kita osom dulu. Siapa menang osom, dia jawab."

Mia dan Sofia segera memulakan osom, tangan mereka bergerak serentak. Selepas tiga pusingan, Sofia menang dengan senyuman lebar.

"Intan! Maksudnya intan!" Sofia menjawab dengan penuh keyakinan.

Wafa tersenyum puas. "Betul! Sofia menang lagi!"

Sekali lagi, Sofia dan Jeremy melagakan sudu mereka sambil bergelak tawa kecil.

Sepanjang permainan itu, gelagat Sofia dan Jeremy yang asyik berbisik-bisik dan tertawa bersama menarik perhatian Emir yang duduk di sebelah Isabella. Matanya sesekali mencuri pandang ke arah Sofia, namun kali ini pandangan itu tidak lagi mesra—ada api cemburu yang menyala.

Sofia menuju ke dapur untuk mengambil ais, masih dengan perasaan bercampur baur selepas aktiviti malam itu. Namun, langkahnya terhenti secara tiba-tiba apabila dia hampir terlanggar Emir yang tiba-tiba berada di belakangnya.

"Emir?" Sofia terkejut, jantungnya berdegup kencang. "Awak nak aiskah?" tanyanya, cuba untuk kekal tenang.

Emir tidak menjawab. Dia hanya mengambil gelas dan meneguk air dengan tenang, seolah-olah tiada apa-apa yang perlu dijelaskan.

Sofia mengerutkan dahinya, hairan dengan Emir seakan tidak mendengar persoalannya. Dia mengangkat cooler box dengan ais yang sudah diisinya tadi bersedia untuk keluar dari dapur. Namun, langkahnya sekali lagi terhenti apabila Emir berdiri betul-betul di hadapannya, menghalang jalan.

"Apa awak nak?" Sofia bertanya, geram.

Emir masih tidak menjawab, hanya terus meneguk air dengan tenang, seolah-olah menikmati detik-detik ini.

Sofia menghela nafas panjang, cuba mengawal perasaannya. "Ketepi, Emir. Saya nak keluar," katanya, nadanya lebih tegas kali ini.

Namun, Emir masih tidak berganjak. Sebaliknya, dia melangkah lebih dekat, mendekati Sofia. Sofia mula menapak ke belakang, jantungnya berdegup semakin laju. Suasana di dapur yang sunyi itu terasa semakin tegang. Langkah Sofia tersumbang, hampir jatuh, tetapi dengan cepat, Emir memegang lengannya, menstabilkannya.

"Seriously, Emir, apa awak nak?" Sofia bertanya lagi, kali ini dengan nada marah yang jelas.

Emir memandang tepat ke dalam mata Sofia, nadanya tenang tetapi penuh dengan makna. "I want you," katanya perlahan, tetapi jelas.

Sofia terpaku, terkejut dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut Emir. Dia segera meletakkan tong ais ke tepi dan cuba berjalan keluar, namun Emir cepat-cepat menarik lengannya, menghalang dia daripada pergi.

Sofia merentap tangannya dengan kuat. "Janganlah pegang-pegang! Saya tak suka! Apa awak nak!"

"I said I want you... Awak tak faham atau buat-buat tak faham?" Emir seakan berbisik.

"Stop sending me mixed signals, Emir! I hate it!" katanya dengan marah, matanya menentang pandangan Emir dengan tajam.

Emir tersenyum sinis, seolah-olah tidak tergugat dengan kemarahan Sofia. "Me? Sending you mixed signals?" soalnya, nadanya penuh sindiran. "How about you? you also sending me mixed signals. Why are you flirting with my PA,all night long?"

Sofia menjegilkan matanya, terkejut dengan tuduhan Emir. "I'm flirting with your PA? Awak ni hilang ingatankah? Saya flirting? You know what, I don't have time for this nonsense! I'm here for the twins, Emir. Can you get out of my way? I'm done talking to you!"

Emir mengetap bibirnya dengan marah. Dia melangkah keluar, tetapi tidak sampai sesaat, dia kembali masuk, berdiri di hadapan Sofia lagi, kali ini lebih tegas.

"No! We're not done talking!" katanya keras, nadanya lebih serius. "Sebab inilah kita bercerai, Sofia! Awak tak nak cakap, dan saya ikut apa kehendak awak. Tapi kali ni, no more! We're going to talk, Sofia. I'm not letting you walk away this time."

Sofia mendengus marah dan cuba untuk keluar dari situ. "Saya tak nak bercakap dengan awak, Emir! Lepaskan saya!" Sofia meronta, cuba melepaskan diri dari genggaman Emir.

Namun, Emir tidak berganjak. Dia menarik Sofia lebih dekat, memegang lengannya dengan kuat. Sofia memukul Emir, cuba untuk melawan, tetapi Emir tetap tidak melepaskan.

"Let me go! I hate you!" Sofia menjerit, suaranya penuh dengan emosi yang tertahan selama ini.

Emir, dengan nada yang lebih tenang tetapi keras, menjawab, "Oh ya? You hate me? Tell me more! I don't care if we have to talk until morning. I'm not going anywhere, Sofia."

"Lepaskan saya!" jeritan Sofia bergema.

Emir terus melepaskan Sofia, tetapi dia tetap berdiri di hadapannya, memeluk tubuh, menunggu Sofia untuk bersuara. Sofia yang marah dan keliru, berdiri di tempatnya, terdiam seketika. Tangannya masih bergetar begitu juga hatinya berasa lebih bergelora.

Emir memandang Sofia dengan tajam, menunggu reaksi dari wanita yang pernah menjadi cintanya. Keadaan semakin tegang di antara mereka berdua, tetapi Emir tidak berniat untuk mengalah kali ini. Sofia tahu, perbualan ini tidak akan berakhir begitu sahaja.

"Apa awak nak dari saya, Emir? I don't have time for this! I've had enough with you!" Sofia menjerit, suaranya pecah bersama perasaan marah yang selama ini terpendam.

Emir tidak mahu mengalah. Wajahnya tegang, matanya bersinar dengan rasa tidak puas hati yang mendalam. "Awak tak ada masa untuk ini? Untuk bincangkan hubungan kita? Habis tu, awak ada masa nak dengan Jeremy?" soalnya, nadanya tajam. Dia mencekak pinggang, cuba mengawal emosinya yang sedang marak.

Sofia menghela nafas dalam, cuba menenangkan diri namun amarahnya masih membara. "Apa ni dah tak betul ke? Siapa yang flirting?!" katanya dengan suara yang semakin naik. "Bukan awakkah? Awak ingat saya buta? Pekak? Siap dengan panggilan 'sayang' lagi! Awak ingat saya tak ada perasaankah Emir? Awak ingat saya bodoh?"

Emir tersentak dengan kata-kata Sofia, tetapi dia hanya berdiri tegak di situ, mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya.

Perasaan marah Sofia semakin meluap-luap. "Awak nak saya bagi jawapan,kan? Fine! The answer is no! We are never going to be together again!" katanya dengan tegas. Dia berpaling mahu keluar dari dapur, cuba menghentikan perbualan yang semakin menyakitkan.

Namun, tanpa amaran, Emir melangkah pantas dan menutup pintu dapur, menghalang Sofia daripada keluar. "I said we have to talk, Sofia Irdina!" Suara Emir bergema memenuhi ruang dapur, menggandakan ketegangan yang sudah sedia ada.

Sofia menjerit dengan penuh kemarahan. "Nak cakap apa lagi? Saya tak ada apa-apa lagi nak cakap dengan awak! Pergilah menghadap 'sayang' awak tu!"

Sofia menapak ke ruang tamu, cuba mengabaikan kehadiran Emir. Namun, Emir tidak membiarkannya pergi begitu sahaja. Dia mengekori Sofia dengan langkah tegas.

"Sayang saya? Siapa awak maksudkan?" Emir bertanya, nada suaranya penuh kekeliruan. Emir menyambung. "Siapa sayang awak? I only love you, no one else!"

Sofia berhenti, memalingkan wajahnya ke arah Emir sambil ketawa mengejek, Sofia menepuk tangan. "Dah boleh menang anugerah pelakon drama dah ni! Are you sure you love me? Sayang? Sayangkah kalau janji nak datang jemput tapi awak tak muncul? Bukan setakat tak datang! Tak call, tak ada penjelasan! Awak ingat saya ni tunggul?!"

Sofia menyambung lagi dengan suara yang semakin tinggi, matanya bertembung dengan Emir yang kelihatan terpaku mendengar kemarahannya. "Sayangkah kalau janji nak tunggu saya tapi awak sendiri dah move on? Banyak cantik muka awak nak tuduh saya macam-macam sedangkan awak yang buat semua tu!"

Emir diam, wajahnya masih tegang. Sofia menahan nafas, suaranya semakin bergetar menahan tangis. "So, even if I want to flirt with Jeremy, I don't think any harm will be done because we're exes, and it will stay that way!"

"Why are you getting angry when I move on? Awak tak ada tanda-tanda nak bersama dengan saya Sofi. Saya nak tunggu tapi saya tak boleh bohong hati saya. Awak boleh teruskan kehidupan awak tapi bila saya nak move on awak marah sedangkan hakikatnya saya tak ada dalam hati awak,"

Sofia terasa seolah-olah jiwanya dihancurkan dengan soalan itu. Dia berdiri kaku, suaranya mula bergetar kuat. "Saya tak pernah move on, Emir! I just learned how to live my life without you! Do you think it's easy to see you with somebody else?"

Air mata Sofia mengalir deras di pipinya, tidak lagi mampu ditahan. Suaranya patah-patah, tetapi penuh dengan kebenaran yang selama ini dia simpan.

"Awak yang pilih untuk hidup macam ni Sofi, awak yang pilih untuk bercerai, ingat tak?" kata Emir sambil menoleh ke arah Sofia. "I just gave you what you wanted..."

Sofia memotong cepat-cepat, "Yes! Because I was mad at you! Not because I stopped loving you!"

Kedua-duanya terdiam seketika. Hanya bunyi nafas mereka yang kedengaran di ruang tamu yang sepi itu. Mata mereka bertaut, dan dalam sekejap, dunia seakan-akan berhenti berputar.

Emir, dengan suara yang lebih lembut tetapi penuh harapan, bertanya perlahan, "You still love me?"

Sofia tidak menjawab, matanya beralih dari Emir. Dia cuba menahan dirinya daripada mengatakan sesuatu yang lebih jauh.

Emir melangkah mendekati Sofia, matanya tidak beralih dari wajahnya. "You still love me?" dia bertanya lagi, suaranya kini semakin dekat dan lembut.

"Answer me! You still love me?" soal Emir lagi, suaranya meninggi, penuh dengan harapan yang tidak pernah hilang.

Sofia tersentak mendengar suara Emir yang begitu tegas, begitu mendesak. Nafasnya berat, hatinya berkecamuk antara marah dan cinta yang tidak pernah benar-benar hilang.

"Yes! I love you! You happy now?" Sofia menjawab dengan suara yang terketar, penuh dengan emosi yang meletup tanpa ditahan lagi. Marah yang ditekan selama ini akhirnya dilepaskan, tetapi di sebalik kemarahan itu, ada perasaan lain yang lebih kuat—cinta yang tidak pernah padam.

Emir tersenyum, senyuman yang penuh dengan kepuasan. "I couldn't be happier!" jawabnya perlahan, matanya bersinar. Dengan langkah tenang, dia berpaling dan meninggalkan Sofia berdiri di ruang tamu, terpinga-pinga dengan apa yang baru sahaja berlaku.

Sofia masih keliru, belum sempat memahami sepenuhnya perasaan yang sedang menyelubungi dirinya. Emir membuka pintu dapur, "She loves me!" Emir menjerit gembira, seolah-olah baru sahaja memenangi sesuatu yang paling berharga.

Seketika, sorakan bergema dkedengaran dari luar. Sahabat-sahabat Sofia—Aidil, Mia, Wafa, Hani, Jeremy dan Isabella —semuanya bersorak riang, seolah-olah mereka sudah lama menunggu saat ini. Suara ketawa dan tepukan memecahkan kesunyian yang sebelumnya terasa begitu menyesakkan.

Sofia berdiri kaku, masih bingung dengan apa yang sedang berlaku. Apa semua ni? fikirnya. Dia mengekori Emir, cuba memahami apa yang sedang berlaku.

Isabella tiba-tiba menghampiri Sofia, dengan wajah penuh senyuman. "Akak, Bella tak ada apa-apa pun dengan abang Emir. Ini semua idea kawan-kawan akak," katanya sambil mengesat air mata yang bersisa di pipi Sofia.

Sofia memandang Isabella, terkejut dengan apa yang baru didengarnya. "Huh? Idea? Kawan-kawan?" Sofia bertanya, masih belum dapat menangkap dengan apa yang berlaku.

Isabella mengangguk lembut, "Betul, akak. Ini semua rancangan dia orang semua untuk buat akak dan abang Emir kembali bersama. Bella tak ada apa-apa dengan abang. Sumpah." Isabella menaikkan tangan kanannya.

Sofia masih keliru, tetapi kali ini pandangannya beralih kepada Mia dan Aidil yang berdiri tidak jauh. Mereka mengangkat tangan tanda menyerah, masing-masing menggeleng kepala.

"Kami tak tahu apa-apa pun, Sofi. Sumpah!" kata Mia agak panik. Mia menyiku Aidil. "Ya, betul tu. Kami tak tahu apa-apa. Kami dah insaf tak nak buat hal belakang kau," Aidil geleng kepala.

Sofia memandang Wafa dan Hani yang sedang berdiri tidak jauh, tersengih-sengih seperti anak kecil yang baru sahaja melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Sofia mengangkat kening, hatinya sedikit lega tetapi masih marah dengan rancangan yang dibuat sahabat-sahabatnya. "I'm going to kill you two tonight! In your sleep!" Sofia menjerit, berlari ke arah Wafa dan Hani yang terus melarikan diri sambil ketawa besar.

Suasana di villa malam itu bertukar riuh dengan gelak tawa. Wafa dan Hani berlari-lari mengelak Sofia, sambil disoraki oleh yang lain. Walaupun perasaan marah Sofia masih tersisa, dia tidak dapat menahan senyuman yang mula terbit di wajahnya.

"Kami cuma nak tolong," ujar Hani yang bersembunyi di belakang Mia.

"We're giving you a nudge to help speed up the results." sampuk Wafa pula.

"Yes! I love you! You happy now?" Mia dan Hani mengejek Sofia dengan mengulang semula kata-kata Sofia sebentar tadi.

Sofia menutup mukanya dengan kedua tangannya. Dia dapat rasakan wajahnya bertukar warna. "Stop it! Oh my god! This is embarrassing!"

Di tengah-tengah kekalutan, Emir berdiri di pintu dapur, memerhati Sofia dengan penuh kasih. Malam itu, walaupun penuh dengan drama dan emosi, akhirnya cinta yang sebenar terungkap juga.

Share this novel

Mythic 20 Ronaldojr7
2024-10-23 13:36:22 

nak happy ending sis ....

Mythic 20 Ronaldojr7
2024-10-23 13:35:23 

lamanya xupdate tertunggu-tunggu

Gina Seman
2024-10-08 13:56:59 

hah..turut happy skli..tq update..


NovelPlus Premium

The best ads free experience