Bab 20

Romance Series 33080

Mentalnya penat! Hari ini hari penuh dengan sesi soal jawab. Semua kawan-kawannya masing-masing menaburkan soalan berkenaan hubungannya dengan Emir.

"Cepatlah... Kami tak sabar nak tahu ni," Shaza mengoyangkan bahunya. 

Merah telinganya mendengar nama Emir disebut-sebut. Semua ini berpunca dari lelaki itu. Kalau sahaja lelaki itu di hadapannya saat ini. Mahu di cilikan mulutnya.

"Dia ex-husband saya. Ayah kepada anak-anak saya," jawab Sofia tanpa memandang wajah mereka.

Melopong semua yang ada. "Patutlah dia pandang akak tak lepas masa kat kedai makan dulu," Maryam bersuara.

"Sekarang dah tahu, jom kita balik..." ajaknya. 

Usai mengemas semua barang-barangnya. Dia mengunci pintu perpustakaan dan terus menuju ke lobi. Baru sebelah kakinya melangkah keluar, dia dikejutkan dengan bunyi hon. Segera kepalanya menoleh ke arah kereta itu.

Rasa gelisah menjamah hati Sofia. 'Kenapa pula dia tiba-tiba datang sini ni?'soalnya dalam hati. Nafasnya seakan tersekat di kerongkong. 

Kakinya melangkah resah menuju ke kereta. Badai kebimbangan merempuh-rempuh hatinya. Dia menundukkan badannya sedikit.

"Lama abah tunggu. Sofi dah nak balikkah?" tanya Sofian. Lembut sahaja nada suaranya. 

Sofia berdehem. "Ya, baru nak request grab,"Sofia senyum canggung.

"Jomlah... Abah hantarkan balik, "Sofian membuka kunci pintu. "Jom," ulang Sofian selepas melihat Sofia teragak-agak.

Sofian meleparkan senyuman manis pada Sofia. Jantung Sofia semakin laju degupannya melihat senyuman. Dia cukup masak dengan perangai abahnya itu. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup. Sofian terus memandu.

"Abah nak minta maaf ya. Apa yang abah buat dekat kamu hari tu," 

"Kamu tak patut cakap macam tu dengan mama Zai kamu. Dia tak pernah cakap yang tak elok pasal kamu atau pasal mama kamu," ujar Sofian.

Senyap. Sofia cuma berani menjawab dalam hati sahaja. 

"Kamu dah lama berceraikan, cucu-cucu abah tu perlu kasih sayang seorang ayah," Sofian menukar topik.

"Abah dah jumpa calon yang layak untuk kamu dan anak-anak,"Sofian pandang wajah Sofia sekilas.

"Calon? Sofi okay aje dengan anak-anak bah. Lagipun, Aidil ada..."

"Sampai bila kamu nak harapkan Aidil. Suatu hari nanti dia ada anak, macam mana dengan anak kamu?" Sofian memintas bicara Sofia.

"Abah percaya calon kamu ni dapat bahagiakan kamu," sambung Sofian lagi.

Sofia diam. Bibirnya diketap kuat menahan diri untuk tidak menjawab. Bimbang Sofian akan memuntahkan api kemarahannya saat itu. 

"Kita ke rumah sekarang. Lepas maghrib, calon suami kamu datang nak jumpa kamu"arah Sofian.

Dia menampar lembut pipi Sofia . "Jangan malukan abah macam kamu malukan abah dulu,"

Sofia menguis-nguis kukunya. Mulutnya tertutup rapat. Walaupun sudah berkali-kali, berjanji dengan dirinya untuk tidak membiarkan dirinya dibuli oleh Sofian tetapi selepas insiden tempoh hari. Dia gagal.

Sofia melangkah keluar dari kereta dan memandang rumah abahnya dengan hati yang semakin berat. Fasad megah rumah itu seakan mengejeknya, mengingatkan kepada penjara yang tidak pernah dapat dia elakkan. Dia melangkah menaiki tangga dengan hati yang berat, merasakan setiap inci seperti tetamu yang tidak diingini di rumah zaman kanak-kanaknya. 

"Tukar baju kat bilik kamu," arah Sofian.

Dia hanya mengangguk tidak melawan. Dia duduk di tepi katil dan membiarkan air mata mengalir. 

"Apa kau buat ni Sofia?" marahnya sendiri. Dia benci dikawal, benci dengan permainan kuasa abahnya, tetapi trauma menyebabkan dia hanya menuruti kemahuan Sofian

Dia segera menghubungi Aidil. Tidak berjawab. Dia cuba lagi. Kali ini, kedengaran suara Mia di sebalik talian.

"Sofi? Kenapa ni?" suara risau Mia jelas kedengaran.

"Tolong aku Mia.. Aidil mana?" dalam tangisan Sofia bersuara.

"Ada kat rumah sebelah. Kenapa ni?" soal Mia.

"Aku kat rumah abah. Dia nak kahwinkan aku. Tolong aku Mia," mulutnya ditutup mengelak suaranya kedengaran di luar.

Selepas berjanji pada wanita itu Aidil akan datang. Panggilan dimatikan. Dia segera menyeka air matanya. Dia menunaikan solat, mencari ketenangan dan petunjuk dari Allah. Ketenangan yang diperoleh adalah sementara tetapi diperlukan saat itu.

Selepas selesai solat, dia tetap berlutut di atas sejadah, dahinya menekan ke lantai, berbisik doa dengan bersungguh-sungguh memohon kekuatan dan jalan keluar. 

Pintu berderit terbuka, dan dia cepat-cepat mengelap air matanya. Ibu tirinya, Zakiah, masuk, membawa sehelai baju kurung putih yang digantung di penyangkut baju.

"Pakai ini," kata Zakiah, suaranya mendatar. "Lepas tu turun ke bawah." sambungnya.

"Mama Zai?" panggil Sofia. Zakiah memanggung kepalanya.

Melihat mata Sofia yang basah, dia segera memeluk Sofia. Mulutnya tidak putus dari kata maaf. Dalam pelukan, mereka sama-sama menangis.

"Maafkan mama. Mama tak boleh buat apa-apa," ujar Zakiah. 

Sofia cuba melemparkan senyuman pada Zakiah.Sofia mengambil baju tersebut dan menukar pakaiannya dengan bantuan Zakiah. Usai pakaian disarungkan dibadannya, dia menuruni tangga, hatinya berdebar-debar. 

Pemandangan yang menyambutnya di ruang tamu hampir membuatnya menangis dengan kekecewaan dan ketakutan. Khaleel, dengan aura keyakinan duduk berbual dengan Sofian.

Dia ingin berpaling dan lari, tetapi kakinya melangkah maju. Dia tidak mahu Khaleel sebagai suaminya. Namun, dia terperangkap, kehendaknya diabaikan malahan tidak diminta kata persetujuan. Dia berdiri senyap, matanya menunduk, sambil mendengar perbualan mereka.

"Empat puluh peratus saham," kata Khaleel. "Itu tawaran saya jika perkahwinan berjalan lancar."

Abahnya mengangguk, matanya bersinar dengan ketamakan. "Kita boleh melangsungkan perkahwinan hari ini jika Sofia setuju."

Jantung Sofia berdegup kencang. Dia perlu menangguhkan. "Saya perlukan masa," Sofia menyampuk. 

" Anak-anak saya perlu tahu dan kena bersedia untuk apa juga bentuk perubahan dalam hidup diaorang" bohong Sofia, tetapi satu-satunya perkara yang terlintas dalam fikirannya.

Sofian merenung muka khaleel. Bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan. Tetapi Khaleel kelihatan tenang. Dia mendekati Sofia dan memegang rambut Sofia lalu dihidu kemudian mengangguk. "sebulan bulan," katanya. "Saya bagi masa sebulan bulan. Prepare you kids and yourself, "

"Jangan sentuh adik aku, Khaleel..." suara Aidil menyebabkan kelegaan mengalir ke seluruh tubuh Sofia. 

Khalel berpaling. Bibirnya terukir senyuman sinis. "Aidil! Sahabat lama," dia menghulurkan tangannya hendak bersalaman.

Aidil menarik Sofia ke belakangnya. "Stay away from my sister,"  

Khaleel berjalan mendekati Aidil. "Kenapa? Nak bagi dia rujuk semula dengan Emir?" Khaleel berbisik.

"Aku datang ni untuk dapatkan hak aku semula. Kau atau Emir tak boleh halang aku," Khaleel ketawa kecil.

"Okaylah, abah. Saya balik dulu," Khaleel tiba-tiba berubah ceria. Tangan Sofian dikucup sebelum menghampiri Sofia.

"Ingat sayang. Sebulan aje," dia terus menapak keluar dari rumah itu.

Sofian mencekak pinggangnya. Matanya mencerlung memandang Aidil. "Kau ni kalau tak ganggu urusan aku boleh tak?" 

Aidil mengeleng perlahan. "Urusan? Urusan apa bah? Sofia ni bukan budak kecil lagi yang abah nak kawal. Sudah-sudahlah dengan urusan menjual anak abah tu. Taubatlah bah," ujar Aidil.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Aidil. Pasu di atas meja di capai lalu dipukul ke arah Aidil. 

"Sofia!" jerit Aidil

Adik perempuannya itu berlumuran darah terbaring di lantai. Zakiah memegang Sofian. 

"Abang... Cukuplah bang," rayu Zakiah.

"Kau diam! Kau jangan nak mengajar aku! Kau ajar anak kau yang biadap ini!" 

Aidil menarik ibunya dan berdiri beberapa inci dari Sofian. "Abah nak hilang orang yang masih sayangkan abah baru nak menyesalkah?" 

"Sudah... Sudah Dil... Bawa Sofi ke hospital. Cepat!" Zakiah menolak Aidil. 

"Cepat Dil..." rayunya dalam tangisan.

Aidil terus mengangkat Sofia keluar dari rumah. Emir yang dari tadi menunggu di dalam kereta panik melihat darah di kepala Sofia. 

"Mir, jom cepat. Tolong aku!" Emir segera membantu Aidil meletakkan Sofia di kerusi belakang.

"Kenapa dengan Sofia Dil?" Emir mengerling ke arah Aidil.

"Abah aku naik hantu," pendek jawapan Aidil tetapi cukup mudah difahami Emir.

Mereka segera menuju ke Hospital Pantai untuk mendapatkan rawatan. Sebaik sahaja, Sofia diletakkan di atas katil. Dia membuka matanya. 

"Emir?" soalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience