Bab 28

Romance Series 33080

~ 9 Tahun lalu ~

"Abah... Tolonglah! Sofi merayu ni bah," esakan Sofia bergema di ruang tamu. Bahagian leher bajunya sudah lecun dibasahi air mata.

"Mama dah tenat sangat tu. Doktor kata kena mulakan rawatan. Tolonglah abah bayarkan kos rawatan mama," Sofia mengekori Sofian.

"Aku dah kata, kau nak aku bayarkan kos hospital Izzah, kau kena setuju untuk berkahwin dengan Khaleel," Sofian menunjal dahi Sofia.

Dalam tangisan, Sofia mengangguk setuju. Tiada yang lebih penting saat ini selain daripada kesihatan Izzah.

Sofian berkawan baik dengan Khalid, bapa kepada Khaleel. Khalid risau tentang Khaleel yang semakin tidak terkawal dan berharap jika anaknya berkahwin, dia akan menjadi lebih bertanggungjawab.

"Anak aku berkenaan sangat dengan anak dara kau, Sofia. Aku tengok pun manis aje orangnya," puji Khalid.

"Ish, engkau pun. Muda lagi anak aku tu," Sofian senyum.

"Kalau kau setuju jadi besan aku. Pembinaan perumahan di Kingfisher aku bagi sepenuhnya dekay syarikat kau," Khalid meneguk kopi di hadapannya.

Bermula saat itu,  bermacam-macam cara digunakan untuk memujuk Sofia namun semunya gagal. Dia akhirnya menggunakan kesakitan isterinya, Izzah untuk merealisasikan impiannya.

Petang itu, majlis pertunangan ringkas diadakan antara Sofia dan Khaleel. Sofia cuba berlagak normal tetapi hatinya tidak ikhlas.

"Demi mama," dia berbisik pada dirinya sendiri.

Selepas mengetahui hal itu daripada Aidil, Izzah yang sedang terlantar meminta  Aidil melakukan sesuatu untuk memutuskan pertunangan itu.

"Khaleel tu mama kenal sangat budaknya macam mana," Izzah bersuara lemah.

Aidil dan Mia saling berpandangan. Izzah meraih tangan Aidil dan Mia. "Buat apa saja asalkan Khaleel tak jadi kahwin dengan Sofi," rayu Izzah.

"Tapi ma, Sofi buat semua ni untuk mama. Macam mana mama nak sihat kalau tak terima rawatan?" Mia mengusap lembut tangan Izzah.

Izzah batuk beberapa kali. " Mama tak kisah Mia. Mama tahu mama dah tak lama lagi dalam dunia ni. Mama cuma nak Sofi bahagia,"

Dengan kepayahan Izzah mengeluarkan sampul besar lalu diserahkan pada Aidil. "Dil, tolong mama uruskan pertukaran nama tanah ni. Letak nama Sofi ya,"

Selepas Izzah tidur, dia dan Mia memerah otak bagaimana caranya hendak membantu Sofia. Mia mendengus sambil memicit-micit kepalanya.

"Tangkap  khalwat ajelah! Senang! Sakit pula kepala saya nak fikir," bebel Mia.

Muka Aidil bersinar. Jelas tertera di wajahnya idea yang bakal mereka laksanakan untuk membantu Sofia. Dia tahu seseorang yang akan membantunya tanpa bantahan. Dia segera menghubungi sahabat baiknya, Emir.

"Mir, aku nak jumpa kau. Boleh tak?"

"Aku tengah jumpa Khaleel ni. Ada meeting, nanti aku mesej kau, boleh?"

"Okay Mir," jawab Aidil. Sedikit kecewa.

Aidil memimta diri untuk balik. Mia berjanji akan menjaga Izzah malam itu hanya mengangguk.

Kau kat mana? Aku dah settle dengan Khaleel.
Mesej Emir dibalas.

Rumah. Kita jumpa depan rumah aku boleh? Hal penting. [send current location]

20 minit kemudian, Emir sudah terpacak di depan rumah Aidil.

"11 tahun kita berkawan, pertama kali aku sampai rumah kau," mereka bersalaman.

"Apa yang penting sangat kau nak jumpa aku?" Soal Emir.

Aidil pandang Emir dengan wajah serius. "Kau ingat tak apa kau janji dengan aku masa Elly perlukan darah?"

"Aku... akan tolong kau? Tanpa soalan?" Emir menjawab dengan soalan. Dia teragak-agak menjawab melihat gaya Aidil.

"Boleh aku minta bantuan tu sekarang?" Aidil tunduk.

"Weh, apa hal ni? Serius betul bunyinya," Emir menepuk bahu Aidil.

"Tadi, Khaleel tak cakap apa-apa?"

Emir geleng. "Tadi meeting dia nak tunjuk business possibility antara kami. Ada apa ni?"

"Khaleel bertunang dengan adik aku petang tadi. Kau kenal Khaleel lebih lama dari aku tapi kau nak tak kalau dia berkahwin dengan adik kau?"

Membuntang mata Emir mendengar butir bicara Aidil. Khaleel sering mereka gelarkan certified playboy  kerana kecekapannya memikat, memujuk dan mempunyai banyak teman wanita. Di mata mereka, Khaleel belum layak untuk berkeluarga kerana sikapnya itu.

"Kenapa Lana setuju? Family kau tahu tak Khaleel tu macam mana?" Bertubi-tubi soalan Emir.

"Bukan Lana. Adik aku, Sofia. Anak isteri abah aku yang kedua," perlahan suara Aidil menjawab.

Walaupun tidak pernah bertemu, Emir sering kali mendengar luahan Aidil berkenaan gadis itu.

"Okay, so, aku kena buat apa?" Emir bertanya.

Emir terdiam sejenak mendengar rancangan Aidil.

"Aku nak gambar aje untuk hantar dengan Sofian dan keluarga Khaleel," tambah Aidil.

"Tak ada cara lain? Aku kesian dengan Sofia. Nama dan maruah dia nak letak mana? Abah kau? Mengamuk orang tua tu nanti," Emir pandang Aidil.

"Aku tahu. Tapi sekurang-kurangnya masa depan dia tak segelap kalau dia berkahwin dengan Khaleel, Mir. Abah aku tu, nanti aku uruskan,"

"Tapi kenapa Sofia setuju?" Soal Emir lagi.

"Sofia setuju sebab nak abah bayarkan kos rawatan mama kalau dia kahwin dengan Khaleel," perlahan suara Aidil.

"Insuran tak ada?" Soal Emir. Aidil mengeleng.

"Abah berhenti bayar," jawabnya.

"Okay, esok ajak Sofia datang kat resort. Aku aturkan semua benda," Emir setuju.

Keesokan harinya, Mia mengajak Sofia menginap di Resort Rasa Riang. Awalnya, Sofia keberatan tetapi Aidil berjanji untuk menjaga Izzah, jadi Sofia akhirnya setuju.

"Dah kenapa muka macam baru lepas teguk cuka ni?" Tegur Mia.

"Aku ajak kau kat sini supaya kau tak burn out jaga mama. Sekali sekala kena have fun tahu tak?"

Sofia mengangguk. Dia membaca senarai aktiviti mereka hari tu. Sofia yang pada mulanya tidak senang menikmati hari itu merasakan hendak terus menginap di resort itu.

"This is so much fun!" Sofia mengeringkan rambutnya. Mia yang sedang sibuk menekan-nekan laptop di atas tilam mengerling ke arah Sofia.

"Nanti kita repeat lagi. Tunggu Wafa dan Hani balik,"

"Kau busy ?" Soal Sofia.

Dia memandang Mia dengan sedikit perasaan cemburu. Kawan-kawannya semua bergerak pantas maju ke hadapan. Mia dan Wafa menyambung belajar di peringkat ijazah, Hani pula sudah mulai bekerja. Hanya dia yang masih di sini.

"Pensyarah aku tiba-tiba bagi due tengah malam ni," jawab Mia pendek.

Aku kena balik rumah sekejap. Pendrive aku tinggal,"

"Kau tidur dululah ya, nanti aku balik. Take care," Mia melambai Sofia. Sofia yang kepenatan mengangguk dan terus tidur.

Sofia terbangun kerana terdengar seseorang masuk ke dalam bilik dan baring di sebelahnya. Namun, disebakan terlalu penat dan terus sambung tidur.

Tiba-tiba, pintu diketuk kuat. Sofia membuka sebelah matanya. Dia mengoyangkan badan Mia meminta gadis itu membuka pintu. Tiada pergerakan.

Dengan mata yang masih mengantuk, dia segera membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia, di hadapannya berdiri beberapa orang dari Jawi.

"Ya tuan?" mengantuknya hilang.

"Kami mendapat laporan bahawa terdapat pasangan bukan muhrim berdua-duan dalam bilik ini,"

Dua orang pegawai meminta izin untuk masuk. Sofia menapak keluar. Matanya membuntang apabila di belakang pegawai tadi berdiri seorang lelaki yang dia tidak kenali.

"Awak siapa? Tuan, saya tak kenal dia tuan," Sofia mengeleng.

Emir yang masih mamai bertanya apa yang berlaku. Mereka terus dibawa ke balai polis. Emir yang pada mulanya tenang menjadi panik dan terus menelefon Aidil. Aidil dan Mia segera ke balai polis untuk membantu Sofia.

"Aku ingatkan pelakon aje. Rupa-rupanya memang pegawai Jawi. Orang yang kau upah tu tak datangkah?" Emir bertanya.

"Aku dengan Mia tunggu pelakon ready kat depan. Sekali sampai bilik, guest sebelah maklum kau dengan Sofia kena cekup," terang Aidil.

"Habis tu macam mana dengan dia? Aku dah bayar ikat jamin aku aje ni,"

Aidil dan Mia bergegas menuju ke kaunter untuk membayar ikat jamin Sofia. Selang beberapa minit, Sofia dibenarkan untuk balik.

"Kamu berdua pergi dulu. Aku nak ke tandas," Aidil menyerahkan kunci pada Mia.

Baru hendak masuk ke dalam perut kereta, lengan Sofia direntap. Pang! Satu tamparan keras hinggap di pipi Sofia.

"Abah, ampun bah. Sofi tak buat apa-apa," Sofia melutut di hadapan Sofian. Zakiah yang datang bersama suaminya hanya mampu berdiri kaku di sebelah Sofian.

"Ampun? Ampun apa? Anak tak guna!" sekali lagi dia menampar pipi Sofia sehingga gadis itu terbaring di lantai.

"Kau memang hidup untuk menyusahkan aku! Anak tak guna! Aku bunuh kau! Aku bunuh kau!" tanpa mengendahkan tangisan Sofia, Sofian memijak-mijak badan Sofia.

"Pak cik!" Jerit Mia. Dia cuba menarik Sofian tetapi lelaki itu tidak bergerak walau seinci.

"Disebabkan kau, projek perumahan tu aku dengan Azam Jaya di tarik balik! Kau memang dari dulu bawa sial dalam hidup aku'" dia mulai mencekik leher Sofia. Mia sekali lagi menarik Sofian. Gagal!

"Pak cik nak bunuh anak boleh senyap sikit tak?"

Mata Sofia mencerlung ke arah suara itu. Dadanya turun naik.

"Pak cik tahu tak kita kat balai? Kalau ya nak bunuh, tunggu kat rumah dulu," Emir bersandar d kereta. Tangannya disilangkan ke dada.

"Kau siapa? Jangan masuk campur urusan keluarga aku!" Sofian mendekati Emir dengan wajag bengis.

 "Sayalah lelaki yang ditangkap khalwat sekali dengan anak pak cik tu," Emir senyum.

Sofian ketawa kecil. Dia menarik rambut Sofia dan mengheret gadis yang sudah nyawa-nyawa ikan mendekati Emir.

"Aku nak kau kahwin dengan dia. Aku tak ada anak perangai liar macam ni!" Sofian menolak Sofia ke arah Emir.

"Baik, saya setuju. Dengan syarat, selepas kami sah sebagai suami isteri. Pak cik tak boleh dekat atau datang berjumpa dengan dia," Emir dan Sofian saling bertatapan.

Pandangan Emir berkalih pada Sofia. "Awak nak kahwin dengan saya tak? Saya janji saya akan jaga awak baik-baik," 

Mia menghampiri Sofia lalu dipegang gadis itu erat. "Aku tak kenal dia," bisik Sofia.

"Just say yes Sofi. Daripada mati kat tangan bapa kau," Mia menjawab. Sofia memandang Sofian lalu mengangguk.

Aidil yang baru keluar dari balai polis terkebil-kebil melihat Emir dan Sofian yang sedang bersalaman. Lagi terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut Emir.

"Aku terima nikah Sofia Irdina binti Sofian dengan mas kahwin seratus ringgit tunai,"

Dengan langkah ini, Sofian tidak lagi mempunyai alasan untuk menghalang rawatan Izzah dan juga tidak boleh memaksa Sofia berkahwin dengan Khaleel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience