Bab 15

Romance Series 33080

Sofia menuruni anak tangga sambil menjinjing beg dan bakul berisi pakaian kotor. Hampir sahaja dia menjerit apabila Emir tiba-tiba muncul dari belakangnya lalu mengambil beg dan bakul itu.

Wangian Emir semerbak menusuk ke hidungnya. Serta-merta kenangan masa lalu seperti wayang bermain di kepalanya. 

"Tak nak balik?" soal Emir memandang Sofia.

"Kalau tak saya bagitahu mama. Kita rujuk aje," sambungnya.

Sofia mencebik. Kakinya laju melangkah meninggalkan Emir yang sedang tergelak di tangga.

'Apa dia ingat kelakar sangatlah tu," bebelnya dalam hati.

Elly meletakkan tangannya di bahu Sofia. "Tak nak tidur sini lagikah? Rindu nak lepak dengan kau lagi,"

Sofia menjeling Elly. Dahinya dikerutkan. "Semalam kau tak ada pun nak datang melepak dalam bilik? Terus aje tidur,"

Elly tergelak kecil. Dia memeluk erat wanita itu. Lama. "Kau dah kenapa ni? Macam aku ni nak mati tak lama lagi?" Sofia menepuk belakang Elly.

Sebaik sahaja pelukan dileraikan, mata Elly basah. Sofia kaget. Dia lekas-lekas mengesat air mata Elly. Datin Fauziah dan Datuk Emran juga tekejut melihat anak perempuan mereka.

"Rindulah. Lama tak jumpa kau," Elly menyeka air matanya lagi.

Dia tunduk menghadap Farish dan Irina. "Nanti datang lagi tau. Aci belanja makan,"

Farish dan Irina mengangguk.

"Pa, ma... Angah balik dulu," Emir bersalaman dengan kedua orang tuanya.

"Angah, hantarkanlah Sofi balik sekali. Kesian pula nak naik grab. Kalau ada Hani tak apa, ni Hani subuh tadi dah balik dah..." Elly mengangkat beg Sofia diserahkan semula pada Emir.

"Tak apalah. Nanti papa hantarkan Sofia. Kesian pula nanti dia kekok dengan angah," Datin Fauziah senyum.

"Tak apa ma. Angah tak ada nak pergi mana-mana juga ni. Jomlah," Emir mengambil beg di tangan Elly.

Sofia teragak-agak hendak membuka langkahnya. Datin Fauziah tersenyum mesra. Dia segera memeluk Sofia.

"Jaga diri elok-elok. Nanti kita jumpa lagi ya," pesan Datin Fauziah. Mereka bersalaman.

Emir membukakan pintu untuk kedua anak kembar. "Thank you, uncle," Irina bersuara.

Sofia kelihatan kekok sepanjang berada di dalam kereta. Hanya Emir dan suara si kembar sahaja bersuara.

"Rin suka makan apa? Bagitahu uncle nanti uncle belanja," Emir bertanya.

"Rin... suka makan fries lepas tu suka pizza. Kalau Ayish pula, dia suka makan spaghetti." Jawab Irina.

"Nanti kita jumpa lagi tau. Ajak mama sekali,"

Sofia mengerling ke arah Emir. Dia mengetap bibirnya menghalang daripada berbicara yang tidak enak di hadapan anak-anaknya.

"Awak... Tunggu sini." arah Emir.

Lelaki itu menarik brek tangannya. Sofia hendak membuka pintu kereta tetapi tangannya ditahan Emir.

"We have so many things to talk about. Do you think I'll just let you go after the information you gave me last night?" Emir berbisik.

Sofia menghela nafas dalam. "Ayish... Rin... Nanti mama balik ya. Mama ada urusan kat pejabat," bohong Sofia,

Emir membukakan pintu untuk anak kembarnya. Dipimpin kedua masuk ke dalam rumah. Aidil yang berada di garaj terperanjat melihat Emir.

"Mana Sofia?" soalnya melihat si kembar dipimpin Emir.

"Emir?" Mia dan Wafa saling berpandangan.

Mia menoleh ke arah kereta. Sofia mencebikkan bibirnya sambil berkata tanpa suara "Tolong aku,"

Mia menyiku Wafa dan menunjuk dengan bibir ke arah kereta Emir. Membuntang mata Wafa melihat Sofia. Dia segera mendekati Sofia.

"Kenapa kau tak turun?" dahi Wafa berkerut. Dia membuka pintu kereta tetapi kereta itu berkunci.

Sofia menurunkan tingkap kereta Emir. "He knows," Sofia berbisik.

Tanpa berkata apa-apa, Wafa terus menoleh ke arah Mia. Mia seakan memahami maksud pandangan itu segera mendekati kedua sahabatnya itu.

"Dia tahu?" soal Mia.

Wafa dan Sofia serentak mengangguk. Sofia memegang tangan Wafa.

"Sorry, dear. We can't help you,"

Emir berdehem menyebabkan ketiga-tiga wanita itu terperanjat. "Ladies, Saya pinjam sekejap kawan awak ni ya. Banyak perhitungan kena selesaikan ni," Emir tersenyum simpul.

Dia masuk ke dalam perut kereta dan mengucapkan salam kepada Mia dan Wafa. Kereta Mini Cooper merah Emir menelusuri jalan raya yang agak kosong. Sofia membuang pandangannya di luar tingkap.

"Kita nak ke mana?" tanya Emir.

Senyumannya tidak lekang dari bibir.  Kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dada.

"Awak yang nak buat perhitungan. Awak tanya pula saya nak ke mana?" Sofia memeluk tubuhnya.

Tidak semena-mena kereta Emir berhenti di bahu jalan. Dia membuka tali pinggang keledar lalu memusingkan badannya menghadap Sofia.

"Saya ada soalan tapi saya nak awak jawab dengan jujur," pandangan mata Emir redup.

"Boleh. Tapi lepas tu hantar saya balik. Saya bagi awak lima peluang untuk tanya apa sahaja. Saya jawab. Ingat, lima aje..." Sofia menunjukkan lima jarinya. Emir bersetuju.

"Silakan..."  sambung Sofia.

"Kenapa awak tak bagitahu saya pasal anak-anak? Bukan lapan tahun lepas ya.Yang sekarang ni, saat kali pertama kita berjumpa?" Tanya Emir.

"I don't know... Saya ingatkan lepas lapan tahun awak dah kahwin. So, awak dah ada anak-anak awak sendiri dan awak tak akan peduli dengan anak-anak saya," jawab Sofia bersahaja.

Dahi Emir berkerut. "It's that what you think of me?"

Sofia senyum nipis. "Awak nak saya jawab soalan tu?"

Emir angguk.

"Okay.. Jawapan saya ialah ya. Awaklah lelaki yang paling tak nak tunjuk effort, cepat give up and impulsive. Yang terpaling impulsive saya pernah jumpa. Not that I meet guys like you all the time,"

"Auch..." Emir memegang dadanya.

"Okay. Your third question?"

"Third? Saya baru tanya satu soalan..." 

"It's that what you think of me? Itu bukan soalan? Awak kata nak saya jawab," Sofia mendengus.

"Ya Allah... Awak ni siapa? Sofia Irdina yang saya kenal tak macam ni," Emir memicit dahinya.

Baru Sofia hendak menjawab. Emir mengangkat jari telunjuknya. "Tak payah jawab,"

Sofia mengalihkan pandangannya menyembunyikan senyumannya. Geli hati dia melihat gelagat lelaki itu.

"Saya masih tertanya-tanya apa yang berlaku lapan tahun lepas? Kenapa awak keluar macam tu aje? Macam mana awak tahu pasal pertunangan saya? Lima soalan tak cukup Sofi," rayunya.

"Lepas sebulan kita bercerai, saya muntah-muntah sampai tak boleh nak berdiri. Saya merangkak ke tandas. Saya call Hani nak minta tolong bawakan ke klinik sebab awak tak pernah jenguk saya dalam bilik. So, saya anggap awak memang tak nak saya. Lagipun, sejarah kita menyakinkan saya yang awak pilih untuk terus berpisah" Sofia mulai menjengah kenangan lalu.

"Saya masuk hospital sebab muntah teruk. Rupanya saya pregnant. Hani nak call awak tapi saya tak bagi..."

"What? Why?" Tanya Emir.

"Lepas tiga hari dalam wad, saya dibenarkan balik. Saya ingatkan awak ada kat rumah. Rumah masih sama. Macam mana saya keluar begitu juga keadaanya masa saya balik,"

Tasik bundar Sofia mulai menakung air jernih. Dia mengipas mukanya. "Saya call Aidil minta dia tanyakan awak kat mana. Lepas tahu awak kat mana saya suruh Hani bawa saya ka tempat tu,"

Sofia berdehem menghilangkan rasa perit di lehernya. Emir mahu menyeka air mata itu namun ditahan tangannya. Dia meletakkan sekotak tisu di atas paha Sofia.

"I hate talking about this. I hate crying nowdays,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience