Bab 77

Romance Completed 59279

Kawasan perindustrian lama itu sunyi dan gelap, hanya diterangi lampu neon malap yang berkelip-kelip. Bau besi berkarat dan minyak lama menusuk hidung, lantai simen pecah-pecah berselerak dengan tong besi berkarat.

Emir dan Aidil saling berpandangan sebelum melangkah masuk ke dalam kilang itu.

"Jeremy!" Emir melaung, suaranya bergema di dalam ruang luas itu.

Aidil menyalakan lampu suluh telefon, menyuluh ke sekeliling. Kilang itu kosong—kecuali satu sudut, di mana seseorang terikat pada kerusi.

Mulutnya tertutup dengan pita hitam, matanya penuh ketakutan.

"Jeremy!" Emir meluru ke arahnya. Aidil turut mempercepatkan langkah.

Tanpa berlengah, Emir segera berlutut, menarik tali di tangan Jeremy. Tetapi sebelum ikatan terakhir terlerai.

BUK!

Satu pukulan kuat hinggap di belakang kepala Emir.

Dunia berputar. Bunyi nyaring memenuhi gegendang telinganya. Keseimbangan tubuhnya hilang, dia rebah ke lantai keras.

Aidil, terkejut melihat Emir rebah, berpaling untuk menyerang.

Tetapi langkahnya terhenti apabila dia melihat sesuatu yang tidak masuk akal.

Jeremy berdiri dengan mudah. Lelaki itu membuka pita dari mulutnya. Emir cuba membetulkan pandangan matanya yang masih kabur, cuba mengangkat wajahnya.

Dia melihat Jeremy berdiri di hadapannya—wajahnya penuh rasa bersalah.

"Saya... saya minta maaf, bos." Dia memijak tangan Emir sekuat hatinya menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan. Kemudian Jeremy berpaling dan berlari keluar dari kilang.

Aidil mahu mengejar, tetapi Emir menggenggam lengan sahabatnya.

"Aidil... biarkan dia..." suara Emir lemah. Tangannya mengengam sesuatu dan memasukkannya ke dalam poket seluarnya.

Aidil mengepal penumbuk. "Dia perangkap kita, Emir! Kita kena kejar dia!"

Emir menggeleng perlahan. Aidil menggeram. "Jadi kita buat apa sekarang?"

BAM!

Bunyi pintu besar tertutup dengan kuat. Serentak itu, bunyi tapak kaki bergema dari luar. Sesaat kmudian, Kilauan lampu terang menyilaukan mata Emir dan Aidil, membuatkan mereka menutup mata seketika.

"Nice meeting you again!"

Suara sinis mencetuskan debaran dalam dada mereka berdua. Sebelum mereka sempat bertindak. Mereka dipukul di belakang lutut. Serentak, kedua-duanya terduduk di lantai.

Dua orang lelaki tadi menekan bahu Emir dan Aidil ke bawah.

Aidil cuba meronta. "Eh, tak guna! Lepaskan kami, pengecut!"

Namun genggaman lelaki itu terlalu kuat. Tanpa amaran, satu tumbukan keras hinggap ke pipi kanan Emir. Dunia berputar sekali lagi.
Bau darah memenuhi hidungnya.Kepalanya tiba-tiba dicengkam kasar. Matanya dipaksa menatap wajah lelaki yang berdiri di hadapannya.

Dan saat dia melihat wajah itu. Matanya membuntang. Jantungnya terasa seperti dihentak kuat.

Lelaki itu tersenyum sinis. "Kau ingat aku akan biarkan kau bahagia dengan Sofia?"

"Alvin?"

Alvin mengetap rahangnya, matanya penuh kebencian.

"Kau rampas dia daripada aku, Emir!"

Emir menghela nafas kasar. "Sofia tak pernah jadi milik kau, Alvin."

Alvin ketawa sinis.

"Kau ni dah tak ada otak,kah?" Alvin tolak Emir.

"Kalau kau tak muncul, aku dah lama kahwin dengan Sofia, tahu tak!" Suara nyaring Alvin bergema dalam kilang.

"I told you... if I can't have her, nobody can!"

Serentak itu, dia mengeluarkan sepucuk pistol. Jari Alvin sudah berada di picu.

Aidil menjerit. "Alvin, jangan buat benda bodoh!"

Tetapi sebelum Alvin sempat menarik picu. Bunyi kuat rempuhan kenderaan menggoncangkan seluruh kilang.

Serentak itu, suara lelaki bersenjata memenuhi ruang kilang.

"Jangan bergerak! Polis!"

"Turunkan senjata sekarang!"

"Kau dikepung!"

Lelaki-lelaki sasa tadi lcuba melarikan diri, tetapi polis lebih pantas. Alvin tersentak. Matanya liar mencari jalan keluar.

Tetapi sebelum dia sempat bertindak, dua orang polis menundukkannya ke lantai dan menggari tangannya ke belakang.

Emir mengatur nafas, melihat bagaimana Alvin akhirnya ditewaskan.

"Kau ingat ini dah berakhir?"

Emir menahan nafas.

"Kau ingat aku kerja sendiri?"

Dada Emir mulai berombak.

"Kau silap!"

Alvin ketawa sinis. "I'll be enjoying your downfall, Emir!"

Sambil polis membawanya keluar, kata-kata Alvin masih bergema di telinga Emir. Seorang pegawai berpangkat Konstabel mengiring Emir dan Aidil masuk ke dalam kereta.

"Tuan, dah nble balik?"  Soal Aidil.

"Tuan Syed minta saya bawakan awak berdua ke hospital. Lepas dari sana boleh balik ya?"

Keadaan mereka tidak serius, tetapi tetap memerlukan rawatan. Kedua-duanya bersetuju.

Usai dirawat, Aidil mengajak Emir balik. Emir menoleh ke arah sahabatnya. Matanya berkaca. Dia tidak menjangka Aidil akan berada bersamanya sepanjang ujian ini.

Perlahan-lahan, Emir bangkit dari katil dan menarik Aidil ke dalam pelukan.

"Terima kasih, Dil," suara Emir serak, penuh emosi.

Aidil yang pada mulanya terkejut hanya menepuk bahu Emir sebelum menolak tubuh lelaki itu dengan kasar. "Dah, jangan nak drama sangat. Balik jom."

Sebaik sahaja tiba di rumah, Emir dan Aidil tidak terus masuk ke dalam rumah. Van hitam milik Ziyad diletakkan dihadpan rumah Aidil.

"Van Ziyad," ujar Emir.

Aidil memandang rumah Sofia, kemudian menoleh ke arah Emir. "Mungkin dia dah beritahu semuanya pada Sofia."

Emir menelan air liur. Hatinya tiba-tiba berdebar. Emir dan Aidil serentak mengucapkan salam. Baru hendak memutar tombol pintu, pintu rumah terbuka luas.

Mata Sofia tertancap pada Emir. Riaknya hampir berubah saat melihat kesan luka di wajah dan tubuh suaminya. Namun, dia segera menyembunyikan kegelisahannya di sebalik ekspresi tenangnya.

Sofia melangkah ke belakang, membiarkan mereka masuk ke dalam rumah.

Ziyad sedang duduk di ruang tamu, wajahnya serius. Namun, saat melihat Aidil dan Emir, dia menghela nafas lega.

Aidil menoleh ke arah Sofia. "Kau dah tahu semua?"

Sofia mengangguk perlahan.

"Bincang baik-baik," Aidil bersuara tenang, tetapi tegas. "He's been trying to find the culprit for two days."

Sofia memandang Emir, lalu menghela nafas panjang. Hatinya berperang.

Akhirnya, dia melangkah ke arah suaminya yang masih kelihatan kesakitan.

"Jom," katanya perlahan separuh berbisik.

Emir mengangkat wajah, Sofia menggenggam lengan Emir dan menariknya berdiri. Emir terpinga, tetapi akhirnya menurut. Perlahan-lahan mereka memanjat tangga ke ruang atas.

Sebaik sahaja pintu bilik mereka tertutup, Emir yang masih dalam keadaan lemah tidak menunggu lama. Dia terus menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan.

"I miss you so much..."  bisik Emir.

Matanya membulat. Sofia segera menolak tubuh Emir dengan kuat, menyebabkan Emir terdorong sedikit ke belakang.

"Argh.." Emir membongkok sambil memegang perutnya.

"Sorry... Sorry..." dia segera memegang lengan Emir.

Emir mengangkat wajah, tersenyum kecil walaupun wajahnya jelas menahan sakit.

Melihat senyuman Emir, Sofia mengetap bibir. "Jangan main-main, Emir. Saya..." Sofia ingin berundur, tetapi sebelum dia sempat bergerak jauh.

Tangan kanan Emir menekan dinding di sisi kepalanya, menghalangnya daripada melarikan diri.

Sofia tersentak. Dia kini tersandar di dinding, terperangkap di antara tubuh Emir dan permukaan sejuk itu.

Mata mereka bertaut.

Nafas Emir terasa hangat di wajahnya, menyebabkan jantung Sofia berdegup lebih laju daripada biasa.

Tangan kiri Emir perlahan-lahan melingkar di pinggangnya, menariknya lebih dekat.

Emir mendekatkan bibirnya ke telinga Sofia.

"I'm so sorry..." bisiknya, suaranya lirih, penuh kejujuran.

Sofia memejamkan matanya seketika.

"Saya tahu awak benci ditipu..."

Emir menarik sedikit wajahnya, memandang mata Sofia dengan penuh perasaan.

"Tapi saya takut kehilangan awak..." suaranya sedikit serak. "Kalau awak tahu Sabby ada malam saya keluar dari bilik tu, saya takut awak salah faham dan pergi dari hidup saya..."

Sofia masih diam, tetapi dadanya terasa semakin sesak.

"Dan apa yang berlaku di hotel itu... itu bukan macam yang awak fikirkan."

Emir menarik nafas dalam. Dia perlu menjelaskan segalanya.

"Saya nak perangkap orang yang hack telefon saya, the plan was, saya masuk dengan Sabby dalam bilik dan tunggu dia mesej awak supaya Ziyad boleh jejak dia. Tapi, malam itu hacker tu tak buat apa-apa. Dan awak pula tiba-tiba muncul di hotel tu. "

Emir menghela nafas. "Saya tahu awak susah nak percaya selepas apa berlaku di KL tempoh hari tapi saya berani bersumpah, tak ada apa-apa berlaku dalam hotel tu dan saya dengan Sabby juga tak ada apa-apa hubungan,"

Emir menarik tubuh Sofia lebih dekat.

"I love you so much, Sofia...

...and I'm willing to do anything, as long as I don't lose you."

Jari-jarinya menyentuh lembut pipi Sofia, menghapuskan sisa air mata yang tidak sedar menitis.

Mata Sofia kembali bertaut dengan mata suaminya. Dan untuk pertama kalinya sejak mereka berkahwin, dia melihat ketakutan yang sebenar dalam mata Emir.

Ketakutan kehilangan dirinya.

Hatinya mula kendur sedikit mendengar luahan Emir tadi, tetapi itu tidak bermaksud dia semudah itu akan memaafkan.

Emir harus tanam dalam otaknya paling dalam, jika dia mahu hubungan ini kekal, dia tidak boleh menipu Sofia walau untuk kebaikan sekalipun.

Sofia menarik nafas perlahan, cuba mengawal emosinya. Dengan lembut, dia menyentuh tangan Emir perlahan-lahan meleraikan pegangan kejap Emir di pinggangnya.

Mata mereka sekali lagi bertaut. Hanya beberapa inci memisahkan wajah mereka.

"Dah habis? Pergi mandi sekarang," Suara Sofia lembut, tetapi penuh dengan ketegasan.

Emir ketawa kecil. "Awak tahukan saya suami awak? I'm not your son," Emir menatapnya, cuba membaca fikirannya.

Tetapi Sofia tidak memberi peluang. Dia mengambil tuala di almari dan menghulurkannya kepada Emir. Sofia berpaling dan keluar dari bilik, meninggalkan Emir sendirian.

Dengan tubuh yang masih terasa sakit, Emir akhirnya menuju ke bilik air.

Selepas Emir solat, Sofia sudah berada di atas katil, menunggu Emir dengan sebotol ubat di tangannya.

Dia tidak berkata apa-apa, hanya memberi isyarat mata kepada Emir supaya duduk di hadapannya.

Emir mengangkat kening sedikit, tersenyum kecil.

Sofia menjeling tajam. "Cepatlah duduk..."

Emir ketawa kecil. "Sayang juga awak dengan saya..."

Sofia terdiam seketika, Dia mencelup kapas ke dalam ubat, sebelum menyapu pada luka di pipi Emir.

Emir mengerang kecil. Tangannya pantas menahan tangan Sofia. "Aduh, sayang... Lembut sikit boleh?"

Sofia tidak menghiraukannya. "Kalau saya buat lembut, nanti awak tak rasa sakit. Kalau awak tak rasa sakit, nanti awak lupa yang awak tu suami orang, ada anak-anak."

Emir mengerling ke arah Sofia. Senyuman dia tadi kini beransur hilang.

"Sayang, saya dah katakan saya tak ada apa-apa dengan Sabby. Kami tak buat apa-apa pun..."

Sofia menghentikan tangannya seketika. "Hah?"

Mata Emir redup memandang isterinya.

"Saya cuma nak awak ingat awak ada isteri dan anak-anak jadi tak payahlah nak jadi hero sangat," sambung Sofia.

Emir tersengih, baru faham maksud Sofia tetapi kali ini dia tidak bersuara. Dia hanya menatap wajah Sofia dengan penuh perasaan.

Wajah yang selama ini menjadi penguat semangatnya.

Wanita yang dulu sering hadir dalam lenanya.

Wanita yang kini berada di hadapannya semula tetapi hatinya masih separuh terbuka.

Sofia cuba mengelak dari bertentang mata dengan Emir. Degup jantungnya bagaikan ombak yang mengganas.

"Nanti awak dah sihat, awak nak cari pasal lagi dengan orang ke?"

Emir tersenyum tipis. "Saya tak kacau orang pun, orang yang suka kacau hidup saya. Saya tak ada masa nak cari pasal dengan orang, bini tengah marah pun saya tak menyempat nak pujuk,"

Sofia mencebik, menekan sedikit lebih kuat pada luka di bahu Emir.

"Aduh!" Emir mengerang kecil. "Sakitlah sayang. Perlahan sikit boleh?" Ujarnya lembut.

Sofia memandangnya tajam. "Mengadalah awak ni,"

Emir ketawa lagi. "Bukan mengada, tapi saya nak perhatian lebih dari isteri saya."

Sofia memusingkan mata ke atas. "Tak cukup lagi ke perhatian saya sekarang?"

Emir menggeleng perlahan. "Tak cukup."

Sofia melepaskan nafas perlahan, menyapu ubat pada luka terakhir di pergelangan tangan Emir.

Emir menatap Sofia dengan pandangan lembut.

"Awak risaukan saya, kan?" soalnya tiba-tiba.

Sofia terkedu seketika, tetapi cepat-cepat memalingkan wajah.

"Tak pun."

Emir tersenyum. "Tak nak mengakulah tu, saya tahu awak sebenarnya risaukan saya."

Sofia menggigit bibirnya, menyembunyikan senyum kecil yang hampir terbit.

Dia menutup botol ubat dengan sedikit kasar.

"Dah, ubat dah habis. Awak boleh tidur sekarang."

Emir menggenggam tangan Sofia perlahan.

"Terima kasih, sayang."

Sofia melarikan tangannya dengan cepat, pura-pura memandang ke arah lain.

"Nak tidur ke tak?" tanyanya, cuba menutup debaran dalam hati.

Emir ketawa kecil sebelum menggeleng perlahan.

"Saya nak turun jumpa Aidil dengan Ziyad sekejap."

Sofia mengerutkan dahi. "Sekarang? Dah tengah malam."

Emir tersenyum tipis. "Sekejap je. Ada benda nak bincang."

Sofia memandangnya lama.

"Saya janji tak lama."

Sofia mengerutkan dahinya, memandang suaminya dengan riak tidak puas hati.

Emir menghampiri Sofia dan mengusap pipinya perlahan. Dia menunduk sedikit, mengucup dahi Sofia dengan lembut.

"Awak tidur dulu, okay?"

Sofia menarik selimut dan menutup separuh wajahnya.

"Jangan lewat tidur," katanya dengan suara perlahan.

Emir tersenyum. "Okay, sayang."

Dia melangkah keluar dari bilik, meninggalkan Sofia yang berpura-pura tidur.

Tetapi hakikatnya, Sofia masih terjaga.

Dan dia masih risaukan Emir, walaupun dia enggan mengaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience