Bab 24

Romance Series 33257

Sofia meletakkan begnya di atas meja. Buku-buku di dalam troli dipandang sekilas. Hendak membuat kerja mood dia masih ke laut. Setelah perbualan tegang dengan Emir malam tadi, fikirannya tidak keruan. Kata-kata Emir semalam seperti radio rosak berulang tayang dalam kepalanya. Bunyi telefonnya mematikan lamunannya.

Pagi, Sofia. Jom breakfast?

Sofia tersenyum kecil, menghargai perhatian Alvin walaupun hatinya masih keliru. Dia segera  membalas,  Pagi. Boleh, jumpa di Restoran Jamal Salim?

Baik, jumpa di sana dalam 30 minit.

Suasana pagi yang sibuk di restoran itu memberikan sedikit kelegaan kepada Sofia. Dia sampai lebih awal dan memilih meja di sudut yang tenang. Tak lama kemudian, Alvin muncul dengan senyuman manis di wajahnya.

"Morning, Sofia. Awak nampak cantik hari ini," puji Alvin sambil menarik kerusi dan duduk di hadapannya.

"Morning, Alvin. Terima kasih. Awak okay pagi ni?" Sofia bertanya, cuba mengalihkan perbualan dari perasaannya yang kusut.

"Saya okay. Tapi saya lebih risaukan awak.Malam tadi macam agak mencabar kesabaran awak," Alvin berkata dengan nada prihatin.

"Plus, tak sangka pula Emir tinggal sebelah rumah awak," Alvin menundukkan pandangannya.

Sofia mengeluh perlahan, "Ya, agak complicated tapi dia tinggal kat sana untuk dekat dengan anak-anak,"

Alvin mengangguk, memberikan senyuman yang menenangkan. "Okay, tak apa. Let him focus with your kids. Kita fokus dengan kita aje. Inghat selalu tahu, saya akan sentiasa ada untuk awak,"

Mereka memesan sarapan dan berbual ringan sepanjang makan. Meskipun Sofia masih berusaha menyelesaikan kekusutan emosinya, kehadiran Alvin memberikan sedikit kelegaan.

"Tak naklah awak sampai tak dapat nak tidur fikir semua ni. Kalau kita keluar bersama, awak tak perlu risau. Saya akan jaga awak. Tapi nanti hantarlah gambar abah awak supaya saya tahu kalau saya nampak," ujar Alvin sambil menyuapkan roti telur ke dalam mulutnya.

Sofia tergelak kecil. "Overlah awak ni. Abah saya tu tak boleh dekat dengan saya. Tapi itulah, dah banyak benda-benda aneh yang jadi buat saya dan abang saya mulai simpan segala-gala bukti untuk kegunaan nanti,"

Dahi Alvin berkerut. "Benda aneh macam mana?"

"Ada satu kereta selalu park depan rumah kitaorang. Kadang-kadang rasa macam ada je orang ikut kami. Ugutan abah belum kira lagi. Aidil sampai buat folder dalam laptop rakaman-rakaman abah ugut nak apa-apakan saya," cerita Sofia panjang.

"Risaulah pula. Ada sebab juga kenapa Emir risau sangat,"

Selepas habis sarapan bersama, mereka segera balik ke pejabat. Di pejabat, Sofia cuba fokus pada tugas-tugasnya. Namun, fikiran mengenai Emir dan ugutan-ugutan abahnya, Sofian, tetap menghantuinya. Telefonya berdering, memecah kesunyian.

"Sofia, kita perlu berbincang. Abah semakin tak terkawal," kata Aidil, suaranya serius.

Sofia terasa darahnya berderau. "Apa maksud kau, Aidil? Apa yang abah buat?"

"Dia upah orang untuk mengawasi pergerakan kau. Tadi, aku nampak ada 4 orang lelaki depan rumah kau," jawab Aidil dengan nada bimbang.

Sofia mengetap bibirnya, marah dan takut bergabung dalam hatinya. "Abah upah orang nak bunuh akukah?"

"Kau hati-hati tau. Kalau keluar dengan Alvin jangan leka sangat," pesan Aidil.

Sofia menamatkan panggilan dan menghela nafas panjang. Dia tahu dia perlu mengambil tindakan, tetapi apa? Ketika dia termenung, pintu pejabatnya diketuk. Emir bersandar di pintu dengan senyuman.

"Apa awak buat ka sini?"

"Sofia, can we talk?" katanya, matanya serius.

Sofia memandangnya, berusaha menenangkan hatinya yang berdegup kencang. "Masuklah, Emir. Apa yang awak nak bincangkan?"

Emir duduk di hadapan meja Sofia, pandangannya tak berganjak dari wajahnya. "Saya tahu awak marah dengan saya. Tapi saya hanya mahu pastikan awak selamat. Saya tak nak ada apa-apa hal buruk berlaku kat awak,"

Sofia menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal emosinya. "Emir, I appreciate your concern. You don't need to babysit me. I can take care of myself."

Emir mengangguk perlahan, walaupun jelas dia masih risau. "Saya faham. But please, jangan menidakkan bantuan daripada saya. Saya nak yang terbaik untuk awak."

Sofia tersentuh dengan keikhlasan Emir, tetapi dia tahu dia perlu mencari kekuatan dalam dirinya sendiri untuk menghadapi ancaman abahnya. "Terima kasih, Emir. Saya akan ingat nasihat awak."

Petang itu, Sofia memandu balik ke rumah dengan perasan paranoia. Mana-mana kereta yang memandu di belakangnya membuatkan dia takut. Sebaik sahaja dia tiba di rumah, dia terus berbaring di atas sofa.

"Okay tak ni?" Aidil menyoal.

"Mama sakitkah?" Irina memegang dahi Sofia.

Sofia memeluk Irina. Farish berlari anak mendekati Sofia meminta dipeluk juga. Jantungnya yang tadi berdegupkencang semakin tenang selepas memeluk kedua anak kembarnya itu.

"I'm okay sayang. Thank you sebab ada dengan mama," Sofia mengucup ubun-ubun Farish dan Irina.

"Ayish dan Rin tengok tv dulu ya, mama nak berbual dengan papa Dil," sekali lagi dukucup lembut dahi anak-anaknya.

"Aku tak boleh terus hidup dengan ketakutan ni. Aku drive balik tadi aku rasa macam nak mati macam nak pitam. Tak dapat bernafas," suara Sofia perlahan.

"Kita kena ada plan kalau ada apa-apa terjadi. Kita kena buat laporan polis tapi kita kena susun semua bukti yang ada dan kena buat back up juga,"

Sofia memikirkan cadangan itu sejenak. "Baiklah, Aidil. Kita akan lakukan itu. Tapi aku ras kita kena bagitahu Emir dan Alvin. Mereka kena tahu plan tu ."

Aidil mengangguk. "Setuju. Kita perlukan semua bantuan yang kita boleh dapat."

Sofia menekan-nekan dada telefonnya.

Dinner at my house tonight.

Sofia menjemput Emir dan Alvin untuk makan malam di rumahnya malam itu. Mereka tiba serentak.

"Apa awak buat kat sini?" soal Emir.

"My girlfriend invited me here. How about you?" Alvin memandang Emir sekilas. Dia membetulkan lengan bajunya.

Emir menyeringai. "Your girlfriend invited me here," 

Wajah Alvin serta-merta berubah. "Oh... Your ex-wife invited you here," dia menjawab sinis.

Emir menolak dinding pipinya dengan lidah. Dia mendekati Alvin dengan perlahan. "Yes, she is my ex-wife, but she still invited me here. We may not have a future together, but we'll always be connected because of our kids. How about you? Are you sure you'll even have a future with her?"

Ego Alvin tercabar dengan kata-kata Emir. Dia menolak Emir sehingga lelaki itu terbaring di atas lantai. Alvin mengepal penumbuknya bersedia untuk dihayunkan ke muka Emir.

"Alvin! Emir!" Sofia menjerit.

Alvin berhenti. Dia terus berdiri di sebelah Sofia. Emir yang sedang terbaring dibantu Aidil untuk bangun.

"Saya nak awak datang untuk bantu saya. Bukannya bergaduh!" marah Sofia.

Kedua-duanya meminta maaf. Walaupun api kemarahan dalam diri masing-masing sedang membuak-buak. Mereka memilih untuk meletak tepi perkara itu demi Sofia.

Setelah mereka bertenang, mereka semua duduk di ruang tamu, Sofia mula menceritakan tentang ancaman terbaru dari ayahnya. "Abah semakin menjadi-jadi. Dia mula mengawasi setiap pergerakan saya. Saya dan Aidil berfikir untuk membuat laporan polis."

Emir mengepalkan tangannya, jelas marah. "Ini sudah melampau. Kita perlu pastikan awak selamat, Sofia."

Alvin mengangguk setuju. "Saya akan bantu apa yang perlu. Kita perlu bertindak segera."

Malam itu, mereka berbincang dengan lebih lanjut tentang langkah-langkah yang akan diambil. Sofia merasa sedikit lega kerana tahu dia tidak bersendirian dalam menghadapi ancaman ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience