Bab 29

Romance Series 33080

Elly memeluk tubuhnya erat sambil memandang abangnya, Emir, yang duduk di sofa dengan wajah penuh kekesalan.

"So, betullah kamu bercerai sebab kontrak tu?" tanya Elly.

Emir menghela nafas panjang sebelum memulakan penjelasan. "Sebenarnya, semua ni bermula dengan Khaleel. Tujuh bulan dia hilang, jadi perbincangan untuk kerjasama antara kami aku teruskan dengan Azam Jaya. Out of nowhere, dia muncul dan tuduh aku khiant dan tipu dia,"

"Rupanya tujuh bulan dia hilang tu, dia masuk rehab. Aku cuma tepati janji aku aje cuma bukan directly dengan dia. Tapi, tak jadi juga kerjasama tu sebab permintaan abah Khaleel sangat nonsense," cerita Emir.

Elly mengerutkan kening, "Dia yang hantar kontrak tu dekat Sofia?"

Emir mengangguk. "Yup! That day, all hell breaks loose. Bila Sofia dapat tahu pasal kontrak tu, dia rasa dikhianati dan semua benda yang dia pendam selama tujuh bulan berkahwin meletup macam gunung berapi muntahkan lava,"

"Hancurnya hati aku masa tu bila dia cerita semula kat aku,dik." Emir menghela nafas dalam.

"Ada sehari tu, mama tiba- tiba datang rumah sebab Mak Jah cuti. Masa tu, kami nak masak. Bila mama datang, kelam kabut dia menyorok kat bilik stor belakang. Sepanjang hari dia kat dalam tak ada bunyi. Lepas maghrib baru mama balik. Aku buka pintu, dia dah pucat lesi. Gastrik," berkaca mata Emir mengenangkan Sofia.

"Aku nak kenalkan dia dengan mama, papa. Dengan kau... Tapi, mengenangkan aku dah berkali-kali kecewakan papa. Aku jadi takut..." bergetar suara Emir.

"Andainya aku boleh putar waktu, aku tak nak ikut Khaleel pergi kelab malam tu," nadanya menikam jantung.

"Apa punca sebenarnya? Aku sampai ke sudah tak tahu cerita," Elly bertanya.

"Aku asyik tukar course lepas tu selalu tak masuk kelas. Papa marahlah lepas itu banding-bandingkan aku dengan along. Aku macam naik hantu masa papa cakap aku anak tak guna. Baik mati aje," Emir membasahkan bibirnya.

"Aku ikut Khaleel lepas tu teguk air kencing syaitan malam tu. Marah aku tu macam tak dapat bak bendung, aku cari pasal dan gaduh dengan orang dalam kelab malam tu. Astagfirullahalazim," Emir mengeleng kepalanya.

"Bayangkan aku mabuk terus hilang mabuk tengok kau dengan Along atas lantai berlumuran darah," Emir menahan tangisnya.

"Itu sebabnya kau tak nak kenalkan Sofia dengan mama? Dengan papa? Itu juga punca kebodohan kau setuju untuk kahwin dengan Isha?" Elly bersuara dengan nada sarkastik.

"Yalah, papa nak sangat Isha jadi menantu dia. Kau bayangkan aku punca Isha dengan Along tak kahwin lepas tu aku belakangkan papa, kau rasa papa buat apa?"

"Lagipun, bila Sofia minta diceraikan, aku give up, aku terus setuju bila papa kata aku kena bertunang dengan Isha," sambung Emir.

Elly menolak belakang kepala Emir. "Dari dulu-dulu perangai impulsif kau ni punca semua benda buruk, tahu tak?"

Emir mengosok kepalanya. Matanya menjeling tajam Elly yang tiba-tiba berdiri.

Elly mengintai ke luar tingkap rumah Emir. "Well, my brother, thanks to your impulsiveness, you'll end up marrying Isha and losing your one and only love."

Elly sengaja menyelak langsir rumah Emir besar-besar. Menghidangkan kemesraan antara Alvin dan Sofia.

Suara ketawa Sofia sayup-sayup kedengaran. Emir merentap langsir dari tangan Elly.

"Marah nampak? Bukan kata nak uruskan majlis kamukah?" Ejek Elly.

"I've got my plan to execute! And you, my annoying sister, stay out of it and shut your mouth." Emir mengosok kepala Elly menyebabkan rambutnya kusut.

"Shut my mouth? Hello? Mama berhak tahu Ayish dan Rin tu cucu dia," protes Elly.

"Kau jangan buka mulut , Dik. Biar aku uruskan semuanya. Aku sendiri yang akan maklumkan pada mama dan papa nanti," Emir pandang Elly.

"Yalah... Yalah... Tapi, kalau sampai hujung tahun ni kau tak bagitahu, aku sendiri yang akan bagitahu mama dan papa," ugut Elly.

"Kau urus ajelah majlis kahwin kau! Sibuk aje," marah Emir.

Elly ditolak menuju ke pintu. Walaupun Elly cuba melawan, tenaga Emir lebih kuat.

"Angah! Aku belum habis tanya lagi! Ang..." pintu rumah Emir ditutup di hadapan mukanya.

Elly berdecit. Tangannya digengam dan mengetuk pintu dengan kuat. Baru hendak membuka mulut, pintu rumah Emir terbuka lagi.

"Okay... Bye!" Emir menolak beg tangan Elly ke dadanya serta-merta menutup pintu.

"Aku bagi masa sampai hujung tahu..."

"Pergi baliklah Eliana Faizah!" Jeritan Emir mematikan kata-kata Elly.

Dia keluar dari pagar. Lama dia berdiri di hadapan pintu keretanya sebelum beransur ke arah rumah Sofia.

"Assalamualaikum,"

Farish dan Irina meluru ke arah Elly. Elly mendepakan tangannya memeluk anak kembar itu.

"Aci, mama tak ada. Mama keluar dengan uncle Alvin," Farish berkata.

"Tak apa.. Aci nak jumpa Ayish dan Rin aje," Elly memeluk erat mereka. Selepas mengetahui status anak-anak itu. Perasaan sayang dan kasihan apa anak kembar itu semakin meningkat.

"Waalaikumsalam..." Wafa berdiri di depan pintu. Senyumannya manis terukir d bibir.

"Awak nak jumpa Sofia?" soal Wafa.

"Hani aje ada. Sofia keluar," sambung Wafa. 

Baru hendak menjawab, matanya tertancap di jendela rumah Emir. Abangnya berdiri di situ memandangnya dengan wajah bengis. Dia mengerakkan mulutnya.

"Balik..." Serentak itu telefonnya berbunyi.

Aku tahu kau nak tanya Sofi, stop and go home! Atau aku hantar ni dengan tunang kau.

Muka Elly serta-merta berubah. Gambarnya sewaktu dia suka berpakaian seperti penyanyi Nelly dihantar sekali dengan mesej ugutan itu. Elly menarik nafas dalam-dalam. 

"Tak apa, saya nak jumpa Ayish dan Rin aje. Lama dah tak jumpa diorang," Elly senyum.

"Uncle Alvin... Baik tak? Handsome tak macam papa?" tanya Elly sambil memandang wajah comel mereka.

Farish mengerutkan hidungnya, "Mungkin baik sebab mama suka keluar dengan Uncle," 

"Papa? Aci Elly kenal tak dengan papa kami?" Irina tidak lepas memandang wajah Elly.

Elly mendekatkan mukanya dengan Farish dan Irina. "Papa kamu abang aci Elly. Mestilah aci tahu," Elly mengoles lembut pipi Farish dan Irina.

Membuntang mata mereka. "Tapi, mama kata orang lain tak boleh tahu," 

"Aci Elly bukan orang lainlah. Tak apalah kalau aci tahu pun. Cuma, aci nak Ayish dan Rin jangan bagitahu mama yang aci tahu ya," Elly tersenyum manis. Jari kelingkingnya ditautkan pada jari kelingking Farish dan Irina.

Irina tersenyum, "Janji,"

Elly mengangguk. "Janji,"

"Aci balik aci, nanti aci datang lagi ya?" dia mengucup lembut ubun-ubun Farish dan Irina. 

ketika Elly meninggalkan rumah itu, hatinya dipenuhi tekad untuk membantu abangnya dan Sofia kembali bersama dan bersedia membantu abangnya berkaitan dengan ,ajlis perkahwinan dia dan Isha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience