Bab 45

Romance Series 33257

Alvin menyimbah air sejuk pada Emir, yang terbatuk-batuk dan memegang kepalanya dalam kesakitan. Dia cuba menyesuaikan pandangannya yang kabur. Matanya terbeliak apabila melihat Khaleel yang penuh dengan lebam di hadapannya.

"Khaleel... Apa yang diorang dah buat kat kau?" soal Emir.

Sebelum Khaleel sempat menjawab, Alvin datang dan menendang bahagian rusuk Emir beberapa kali, menyebabkan lelaki itu terjatuh dari kerusi dan mengerang kesakitan.

"Kau ingat kau siapa, Emir? Kau suka sangat guna gelaran bekas suami dan ayah kepada anak-anak kamu. Kau fikir kau hebat sangat, kan? Aku dah lama tahan sabar dengan perangai kau!"

Matanya membuntang melihat Alvin. "Alvin?"

Alvin ketawa kecil, menundukkan dirinya supaya sejajar dengan mata Emir yang terbaring lemah di lantai.

"Kenapa tak percaya? Kau fikir kau boleh ambil Sofia dari aku? Kau fikir kau boleh terus gunakan gelaran bekas suami dan ayah untuk terus dekat dengan Sofia?"

Emir cuba melawan kesakitan yang dialaminya, cuba mencari kekuatan untuk berdiri semula.

"Lepaskan Sofia, Alvin. Kalau kau tak puas hati dengan aku, selesaikan saja dengan aku. Jangan libatkan Sofia"

Alvin menendang lagi rusuk Emir dengan lebih kuat, membuatkan Emir menjerit kesakitan.

"Kau masih tak faham, Emir.  Semua ni melibatkan Sofia. Aku tak puas hati dengan semua orang sebab Sofia. Kehadiran kamu semua punca Sofia tutup pintu hatinya untuk aku. Aku ikhlas sayangkan dia,"

Sofia yang melihat dari atas bersuara. "Alvin, tolonglah berhenti! Jangan apa-apakan diorang lagi. Saya akan buat apa saja yang awak nak. Saya janji!"

Alvin memandang Sofia dengan senyuman sinis. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. "Ah, Sofia. Kau memang selalu jadi penyelamat, kan? Tapi kali ini, tiada siapa yang akan selamat. Kau duduk diam-diam dan tonton drama ini."

Emir menahan gelora hatinya, dia kekal tenang. Cuba mengelak perkara yang boleh menggegarkan suasana. "Alvin, ini tak akan berakhir dengan baik untuk kau. Kau tak akan dapat apa yang kau nak dengan cara ini."

Alvin ketawa lagi, kali ini dengan lebih keras. "Kau fikir aku peduli? Aku hanya nak lihat kau menderita, Emir. Aku nak semua orang menderita atas apa yang diorang dah buat!

Alvin mencengkam rambut Emir dan menarik lelaki itu untuk berdiri. Emir meringis kesakitan tetapi tetap berusaha untuk berdiri tegak.

"Kau tahu apa yang aku nak, Emir? Aku nak lihat kau dan Khaleel berlawan sesama sendiri untuk mendapatkan Sofia. Siapa yang menang, akan dilepaskan. Yang kalah, akan tinggal dan tanggung akibatnya."

Emir dan Khaleel saling berpandangan, masing-masing terkejut dan bingung.

"Alvin, please stop! Jangan buat macam ni. Diorang semua tak bersalah. Lepaskan diorang," rayu Sofia dalam tangisan.

"Diam, Sofia. Ini antara diorang berdua. Diorang perlu buktikan siapa yang lebih layak untuk kau."

"Alvin, please. Don't do this," rayu Emir.

Alvin senyum sinis. "Fine! Kalau kamu berdua tak nak, dua orang aku kat atas tu akan tolak diorang kat bawah...Kau boleh bayangkan selebihnya," ugut Alvin sambil mengisyaratkan sesuatu kepada orang suruhannya.

Dua orang lelaki itu datang ke arah Sofia dan Alana, menarik mereka dengan kasar lalu diagah seperti hendak menolak Sofia dan Alana. Kedua-dua wanita itu menangis ketakutan.

"Well, Emir, Khaleel. Tengok betul-betul. Kalau betul kamu sayang Sofia seperti yang diuar-uarkan, buktikan sekarang. Fight for her."

Alvin memandang Sofia dengan senyuman jahat. "Tengok, Sofia. Tengok macam mana mereka bersungguh-sungguh untuk nak memiliki kau."

Kemudian, Alvin berpaling ke arah Alana, senyumannya terlihat kejam.

"Alana, maafkan aku. Kau sebenarnya tak ada kena-mengena dalam hal ini. Kau di sini hanya sebab kau isteri Khaleel. Aku nak kau tengok betapa tak gunanya suami kau ni,"

Alana menangis lebih kuat, melihat Khaleel dalam keadaan lemah dan tak berdaya. Dia merayu supaya Khaleel tidak menuruti permainan Alvin.

"Lana... Abang minta maaf,"

Emir dan Khaleel saling berpandangan lagi, masing-masing tahu  mereka tidak mempunyai pilihan lain. Mereka perlu menyelamatkan Sofia dan Alana, walau apa cara sekalipun. Alvin duduk menyilangkan tangannya.

"Let's the show begin!" Alvin ketawa berdekah.

Pertarungan antara Emir dan Khaleel dimulakan oleh Emir yang berjaya merebahkan Khaleel dengan satu tumbukan saja. Khaleel terundur beberapa langkah ke belakang. Dia mengambil sebatang kayu yang berada betul-betul di tepinya dan menghayunkan ke belakang Emir. Kayu itu terpatah dua ketika mengenai Emir, menyebabkan Emir tertiarap.

Emir segera menarik kaki Khaleel sehingga lelaki itu terbaring di sebelahnya. Menguatkan dirinya, Emir memanjat badan Khaleel lalu menumbuk Khaleel bertubi-tubi.

"Khaleel! Bangun! Tolong bangun!" jerit Alana. Sungguh dia tidak sanggup melihat Khaleel diperlakukan begitu.

Sofia mengusap paha Alana sambil memberikan isyarat mata pada Alana. Alana melarikan matanya, kedua lelaki tadi kini berada di hadapan mereka sedang fokus dengan menyaksikan 'show' yang dihidangkan oleh Alvin.

"Lana, kita kena hentikan semua ni. Kita perlu cari jalan keluar sementara diorang tengah leka," bisik Sofia.

"Macam mana?" jawab Alana sambil mengesat air matanya.

Sofia diam seketika sebelum membuka mulutnya. "Kau tolak aku lepas tu kau lari sejauh mungkin. Pergi dapatkan bantuan." arah Sofia.

Alana mengeleng. "Kau gila? Tinggi ni, Sofi. Aku risau kalau apa-apa terjadi kat kau,"

"Kita tak ada pilihan lain. Untuk distract dua lelaki ini aje,"

"Aku tak nak! Kalau kau cedera macam mana?" suara Alana sedikit keras.

Dua lelaki tadi berpaling mendengar keduanya sedang berbisik. Sofia terus merapatkan badannya ke bahu Alana berpura-pura menangis.

"Lana, tolak aku. Sekarang!" arah Sofia.

"Aku tak nak, Sofi. Kalau kau mati macam mana? Lagipun, Alvin tak akan berhenti. Dia akan bunuh kita semua kalau plan ini tak jadi,"

Sofia memejamkan mata, cuba menguatkan diri. "Alana, kita kena cuba. Tolak aku sekarang!"

"Kau nak laki kau mati dulu baru kau nak bertindak?" jerit Sofia sambil menampar pipi Alana sekuat hatinya. Alana yang terkejut terus menjerit lalu menolak Sofia ke bawah. Kedua lelaki tadi kelam kabut cuba untuk menyelamatkan Sofia namun semuanya berlaku dengan pantas. Apabila mereka berpaling, Alana sudah hilang dari pandangan. Mereka berdua bergegas mengejar Alana.

"Sofi!" jerit Emir. Emir cuba mendekati Sofia tetapi dihalang oleh Alvin.

Membuntang mata Alvin melihat kejadian itu. Dia menghampiri Sofia yang mengalami kesusahan bernafas. Matanya juga tertancap pada kedua lelaki berbadan sasa yang sedang berlari mengejar Alana. Alvin mengangkat Sofia dan membaringkannya di atas meja, panik.

"Alvin... Tolong... Saya... tak boleh bernafas." Sofia cuba menarik perhatian Alvin dengan perlahan.

Alvin memandang Sofia dengan mata yang penuh kekeliruan. Di saat itulah Sofia mengambil kesempatan, menguatkan diri untuk megambil pisau yang diletakkan Alvin di belakangnya. Dalam kekeliruan Alvin, Sofia berjaya merebut pisau itu dan dia segera menolaknya menjauh.

Alvin terkejut dan cuba merebut kembali pisau itu, tetapi Emir segera melompat ke arah Alvin, menahannya daripada mencapai pisau tersebut. Khaleel, walaupun lemah, bangkit untuk membantu Emir.

Kedua konco Alvin kembali setelah tidak menemui Alana. Mereka melihat keadaan di dalam bilik dan segera menyerang Emir dan Khaleel. Alvin memukul Sofia dan berjaya merebut pisau dari tangannya.

"Berhenti melawan kalau kamu nak Sofia selamat!" Alvin memegang Sofia dan menghunuskan pisau itu di leher Sofia.

Emir dan Khaleel segera berhenti kerana bimbang akan keselamatan Sofia. Tidak lama kemudian, beberapa orang konco Alvin datang untuk membantu Alvin. Dalam keadaan cedera, Emir dan Khaleel terpaksa berjuang melawan empat orang konco Alvin.

Alvin mengambil kesempatan ini untuk menarik Sofia dan membawanya lari dengan paksa.

"Emir, kau kejar dia! Aku cuba tahan yang lain," arah Khaleel.

Emir mengangguk dan segera berlari mengejar Alvin dan Sofia. Di saat itu, Alana muncul dengan alat pemadam api di tangannya. Dia menarik pin dan menghalakan nozzle pada empat orang konco Alvin, menyebabkan mereka semua terbatuk-batuk dan terhuyung-hayang.

Sambil menjerit,  Alana mengangkat alat pemadam api itu dan menghentakkannya ke kepala salah seorang konco Alvin, menyebabkan lelaki itu pengsan. Namun, seorang lagi konco Alvin hendak menyerang Alana. Khaleel segera memberikan satu sepakan tepat ke kaki lelaki itu sehingga dia terbaring kesakitan.

"Lana, kenapa tak lari? Lari! Pergi selamatkan diri dulu. Abang akan uruskan yang lain." ujar Khaleel.

"No! Saya tak akan tinggalkan awak. Kita keluar dari sini sama-sama,"

Sementara itu, Emir terus mengejar Alvin yang sedang membawa lari Sofia. Alvin memandang ke belakang dan melihat Emir yang semakin mendekat. Dia menekan pisau lebih rapat ke leher Sofia, membuatkan Sofia mengerang kesakitan.

"Alvin, lepaskan Sofia! Kau kata kau sayang dia, lepaskan dia!" jerit Emir.

"No! Aku tak akan benarkan dia bahagia selepas apa dia buat!" Alvin mengetatkan pegangannya.

"Alvin, don't hurt me! Saya ada anak-anak yang perlukan saya, please..." rayu Sofia.

Emir cuba mendekati Alvin dengan perlahan, cuba mengelakkan sebarang pergerakan yang boleh membahayakan Sofia. Wajah Alvin memancar api kemarahan.

"Kalau aku tak dapat Sofia, tiada siapa pun yang boleh!"

Sebaik sahaja kata-kata itu diungkapkan, Alvin mengelar leher Sofia. Tangan Sofia terketar-ketar memegang lehernya. Emir menerpa ke arah Alvin dengan kemarahan yang membara. Alvin cuba untuk menikam Emir dengan pisau, tetapi Emir menahan serangan itu dengan tangannya, menyebabkan darah mengalir dari tangannya.

"Aku bunuh kau! Aku bunuh kau!" jerit Alvin.

Pang!
Alvin mengerang kesakitan apabila satu tembakan kena bahunya. Pihak polis meluru ke arah Alvin, tetapi lelaki itu segera melarikan diri meninggalkan bangunan tersebut.

Emir segera meluru ke arah Sofia yang terbaring dengan luka di lehernya. "Sofi, ya Allah! Sofi!"

Polis dan paramedik segera tiba di tempat kejadian. Paramedik dengan cepat memberikan bantuan kecemasan kepada Sofia yang berlumuran darah.

"Kita perlu bawa dia ke hospital segera!"

Sofia diusung keluar dari bangunan itu diiringi oleh Emir. Khaleel dan Alana juga diurus oleh pasukan keselamatan. Emir menemani Sofia dalam ambulans ke hospital. Sepanjang perjalanan, dia tidak berhenti berdoa agar wanita dihadapannya selamat. Paramedik terus memberikan rawatan kecemasan, cuba menghentikan pendarahan dari leher Sofia.

"Sofi, bertahan! Tolong, bertahan!" tutur Emir dengan linangan air mata. Sofia memandang Emir dengan mata yang lemah, cuba untuk tetap sedar.

Setibanya di hospital, Sofia segera dibawa ke bilik pembedahan. Emir terpaksa menunggu di luar, hatinya penuh dengan kebimbangan. Tidak lama kemudian, Zakiah, Aidil, Wafa, Mia, dan Hani tiba di hospital.

Aidil memegang bahu Emir. "Mir, tangan kau tu perlu dirawat."

Aidil membawa Emir ke bilik rawatan, memastikan luka di tangannya dirawat dengan segera. Sementara itu, Mia, Hani, dan Wafa berpelukan sambil menangis mengenangkan keadaan sahabat mereka, Sofia.

Setelah beberapa jam yang terasa seperti berabad-abad, seorang doktor keluar dari bilik pembedahan.

"Doktor, Macam mana keadaan Sofia?" Wafa bertanya.

Doktor berkaca mata itu bersuara tenang. "Kami telah berjaya menghentikan pendarahan dan menstabilkan keadaannya. Namun, dia masih dalam keadaan kritikal dan perlu dipantau rapi. Kami akan pindahkan dia ke ICU untuk pemantauan rapi dan rawatan lanjut.

Aidil yang berdiri di sebelah Mia segera mengucapkn terima kasih pada doktor tadi.

"Terima kasih, doktor. Tolong lakukan yang terbaik untuknya," sampuk Emir dari belakang.

Doktor mengangguk dan meninggalkan mereka. Seorang jururawat menghampiri Emir dan meminta dia kembali ke biliknya.

"Rawatan Encik belum selesai ya. Encik kena tukar baju ni, nak x-ray sekejap lagi," arah jururawat itu sambil menyerahkan baju hospital kepada Emir. Juruawat yang bernama Jessica itu mengarahkan Emir duduk di atas kerusi roda.

Emir menoleh ke arah pintu pembedahan, matanya penuh dengan air mata. Zakiah mendekati Emir dan memegang bahunya dengan lembut.

"Awak kena sihat untuk pastikan Sofi sihat. Kita sama-sama berdoa dan berharap yang terbaik untuk Sofi," pujuk Zakiah

"Emir, kami di sini untuk kau dan Sofia. Kita akan hadapi semua ini sama-sama. Aku janji," Aidil pula bersuara.

Emir mengangguk dan berterima kasih atas sokongan mereka. Dia segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi roda sebelum disorong. Sebaik sahaja dia selesai menerima rawatan, dia ditempatkan di wad lelaki. Dia menghubungi adiknya.

"Dik..." suara Emir serak.

"Ngah! Kau kat mana ngah? Hani kata Sofi dah selamat. Kau kat mana?" soalan bertubi-tubi diutarakan Elly.

"Aku dan Sofi kat hospital ni dik..."

Belum habis Emir menjawab. Suara Datin Fauziah kedengaran di sebalik panggilan. "Ya Allah! Angah okay tak? Sofi?"

"Sofi kritikal ma, sekarang ada kat ICU,"

"Mama dengan papa datang sekarang," sambung Datin Fauziah lagi.

"Ma... Tak payahlah. Nanti Rin dengan Ayish takut pula,"

"Tak apa, mama dengan papa aje datang. Adik teman anak-anak kat rumah," sampuk Elly.

Datin Fauziah dan Datuk Emran bergegas ke hospital. Setibanya di sana, mereka  segera menemui Emir yang berada di wad lelaki tingkat 3. Sebaik sahaja bersua muka, Datin Fauziah meneliti badan anaknya. Tangan kanan Emir yang berbalut dipegang lembut. Air matanya mengalir.

"Angah okay ma... Tak payah risau," Emir cuba meyakinkan Datin Fauziah.

"Assalamualaikum Datuk dan Datin. Saya Doktor Azman," doktor Azman menghulurkan tangannya bersalaman dengan Datuk Emran.

"Saya datang ni untuk maklumkan berkenaan keputusan ujian yang dilakukan tadi," sambung Doktor Azman.

Selamat petang, doktor. Bagaimana keadaan Emir?" soal Datin Fauziah.

"Berdasarkan pemeriksaan dan imbasan yang kami lakukan, Emir mengalami retak tulang di bahagian kaki. Tapi tak perlu risau sebab ianya retakan yang kecil dan tidak memerlukan pembedahan. Kami akan memasang pelindung kaki untuk memastikan kaki Encik Emir sembuh dengan baik," terang Doktor Azman.

Datuk Emran mengangguk. "Alhamdulillah,"

"Kami juga dah buat imbasan CT dan hasilnya menunjukkan tiada kerosakan serius pada otak atau tengkorak. Bengkak ini mungkin disebabkan oleh hentakan, tetapi tak ada kesan sampingan yang membimbangkan setakat ini. Kami akan memantau keadaan Encik Emir untuk memastikan tiada perubahan," panjang lebar penerangan Doktor Azman

"Jadi, Emir akan sembuh sepenuhnya? Macam mana dengan penjagaannya doktor?" Datin Fauzih bertanya.

Doktor Azman mengangguk. "Ya, dengan penjagaan yang betul, Encik Emir dijangka sembuh sepenuhnya. Untuk tulang retak di kakinya, dia perlu memakai pelindung kaki selama kira-kira 4 hingga 6 minggu dan perlu mengelakkan daripada meletakkan tekanan berat pada kaki yang cedera,"

"Datuk dengan Datin kena pastikan Encik Emir berehat dengan cukup dan elakkan pergerakan yang boleh memburukkan kecederaannya. Jika ada kesakitan, dia boleh makan ubat penahan sakit yang kami preskripsikan. Tapi, kena perhatikan juga sebarang tanda macam pening, muntah, atau perubahan tingkah laku, dan hubungi kami kalau Datuk dan Datin bimbang," sambung Doktor Azman.

"Baiklah, doktor. Terima kasih atas penjelasan dan bantuan doktor,"

"Sama-sama. Kami akan berikan arahan penjagaan lanjut sebelum discharge. Buat masa ini, Encik Emir kena berada di wad untuk pemantauan sebelum dibenarkan keluar,"

"Thank you doc," Emir menaikkan ibu jarinya ke arah Doktor Azman.

"Don't mention it. I'm just doing my job. Get well soon," Doktor Azman senyum.

Sebaik sahaja doktor keluar, Emir meminta Datin Fauziah membantunya turun dari katil.

"Angah nak kencingkah?" soal Datin Fauziah. Emir geleng.

"Nak tengok Sofi," jawab Emir.

"Tak payah! Rehat aje dulu. Sekejap lagi Isha datang," suara Datuk Emran keras. Dia berdiri di hadapan pintu dengan wajah ketat.

Pergerakan Emir dan Datin Fauziah terhenti. Datin Fauziah memandang Datuk Emran sekilas.

"Saya nak tengok mama kepada cucu-cucu saya," Datin Fauziah bersuara tegas.

Datuk Emran menghela nafas lalu berganjak dari pintu memberikan laluan kepada dua beranak tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience