Bab 53

Romance Series 33080

Pagi itu di Wad Kenanga, suasana sunyi dan sepi. Matahari mula menjenguk ke bilik Sofia, menyinari sedikit ruang yang suram dengan sinar lembutnya. Namun, Sejak malam tadi, dia tidak dapat tidur. Fikirannya asyik melayang, memikirkan Emir. Mata yang sudah pedih kerana kurang tidur semakin terasa berat, tetapi fikiran yang sarat dengan persoalan menghalangnya daripada lena.

Sofia memandang siling, mendengar detik jarum jam yang bergerak perlahan. Setiap detik berlalu bagaikan tidak bergerak, seolah-olah masa enggan mengalir tanpa jawapan kepada persoalan yang bermain di benaknya.

Tiba-tiba, pintu bilik ditolak perlahan, dan seorang jururawat melangkah masuk dengan senyuman kecil di wajahnya. "Selamat pagi, Puan Sofia. Saya nak periksa keadaan puan dan cuci luka ya," katanya sambil mendekati katil Sofia.

Sofia hanya mengangguk lemah. Jururawat itu mula membuka balutan di leher Sofia dengan cermat. Luka kelar di leher Sofia memang tidak terlalu teruk, tetapi cukup untuk memberikan parut yang akan kekal di situ selamanya.

"Sakitkah, puan?" tanya jururawat itu, melihat Sofia sedikit mengerutkan dahi.

"Tak... cuma teringat sesuatu," jawab Sofia dengan senyuman yang cuba ditahan. Sebenarnya, yang lebih menyakitkan bukanlah luka di lehernya, tetapi luka di hatinya yang belum sembuh.

Jururawat itu mengangguk sambil menyelesaikan tugasnya. Setelah selesai, dia tersenyum sekali lagi dan berkata, "Baiklah, semuanya dah selesai. Puan rehatlah ya. Macam penat sangat puan hari ni,"

Sofia senyum. "Saya mengantuk. Tak dapat nak tidur malam tadi," sempat Sofia mengucapkan terima kasih sebelum jururawat itu meninggalkan bilik. Namun, hanya beberapa minit berlalu, pintu bilik sekali lagi diketuk, dan jururawat yang sama masuk semula, kali ini dengan sejambak bunga di tangan.

"Saya ada bunga untuk puan," kata jururawat itu, meletakkan sejambak bunga itu di meja sebelah katil Sofia.

Sofia memandang sejambak mawar merah segar yang diletakkan di situ. Pada masa yang sama, telefon pintarnya berbunyi—mesej daripada Emir.

Hari ni saya sibuk, tak dapat nak jenguk awak. Saya hantarkan bunga sebagai pengganti.

Sofia mengerling mawar merah hampir kering yang berada di meja sebelah katilnya, bunga yang dihantar Emir beberapa hari lepas ketika dia tidak dapat datang melawat. Dia tersenyum kecil sambil menaip balasan.

Bunga tak mengenyangkan, Emir.

Tidak lama kemudian, mesej balasan Emir masuk.

Kalau bunga tak mengenyangkan, apa yang boleh kenyangkan, ya?

Nasi lemak?

Sofia membaca sambil tertawa kecil, membayangkan wajah Emir yang mungkin sedang tersenyum membaca mesejnya. Tiba-tiba, Sofia menaip satu soalan yang sejak malam tadi berlegar-legar di benaknya.

Kenapa tiba-tiba nak ajak saya kahwin semula?

Sofia menunggu balasan, tetapi kali ini tiada mesej yang masuk. Sebaliknya, telefon pintarnya berdering. Sofia segera menjawab panggilan itu. "Emir?"

Suara Emir kedengaran di seberang talian, lembut dan tenang. "Saya ada masa 10 minit saja, tapi rasanya soalan awak tu perlu dijawab dengan panggilan telefon,"

"Soal kahwin tu... bukannya tiba-tiba, Sofia. Saya dah lama fikirkan perkara ini. Cuma sebab awak tegas menolak sebelum ini, so I'm testing the waters by pretending to plan my wedding," sambung Emir.

Sofia berdecit. "To be honest, saya tak rasa apa-apa pun masa awak tengah buat persiapan kahwin?"

"Yakah? Habis tu kenapa masa kita bercuti kan valley tu awak marah setiap kali saya sebut nama Isha?" soal Emir sambil ketawa kecil di hujung talian. "Awak cemburukan?"

Sofia terdiam seketika. "Mana ada. Awak bercuti dengan anak-anak tapi asyik ingatkan Isha mestilah saya marah. Bukan cemburu,"

"Awak tanya ni kenapa? Awak tengah fikirkan jawapankah? usik Emir.

Terkedu mendengar soalan Emir, Sofia memilih untuk berbohong. "Tak adalah. Saya tak fikir pun. Tanya aje. Awak nak jawapan sekarangkah?"

Emir tertawa kecil lagi. "Tak apa, Sofia. Saya tak nak pressure awak sangat. Kalau awak tak nak, tak apa. Saya tetap dengan keputusan saya untuk tak berkahwin dengan Isha."

Sofia terdiam lagi. Kata-kata Emir menusuk jauh ke dalam hatinya. "Bolehkah macam tu, Emir? Awak tak takut menyesal?"

"Dah sampai masanya saya buat keputusan saya sendiri, Sofia. Saya tak nak hidup berpura-pura lagi. Saya dah penat," jawab Emir dengan nada yang serius tetapi tenang.

Sofia merasakan ada sesuatu yang berat di balik kata-kata itu. Suasana menjadi hening seketika, sebelum Emir melanjutkan perbualan.

"You're the best thing I never knew I needed," Emir meluahkan perasaannya, suaranya penuh dengan keikhlasan.

"Cara awak tenangkan saya, buat saya gembira. Saya rasa saya ada semangat untuk terus maju ke depan bila awak ada dengan saya. Saya tak sangka, cubaan untuk selamatkan awak buat saya yang tak selamat," Emir cuba bercanda.

Sofia memejamkan mata, membiarkan setiap perkataan Emir meresap ke dalam jiwanya.

"Emir... saya... saya tak tahu nak cakap apa kat awak," Sofia menjawab dengan suara yang sedikit bergetar.

"Sofia, saya tak perlukan jawapan sekarang. Saya cuma nak awak tahu apa yang saya rasa. Apa pun keputusan awak nanti, saya akan terima. Tapi saya harap, kita boleh bina semula apa yang kita pernah ada," kata Emir sebelum menamatkan panggilan.

Sofia masih memegang telefon di tangannya, air mata terus mengalir. Dia tahu Emir bercakap benar, dan dia tahu hati kecilnya juga masih menyayangi Emir. Tapi, adakah dia mampu untuk melalui semua ini sekali lagi?

Pintu wad diketuk perlahan mengejutkan Sofia. Dia segera mengelap air matanya. Wajah Alana muncul di sebalik pintu.

"Assalamualaikum, Sofi," sapa Alana dengan lembut sambil melangkah masuk ke dalam bilik. Dia membawa sebuah mangkuk tingkat kecil di tangannya.

"Waalaikumsalam, Lana" balas Sofia. Dia mendepakan tangannya hendak memeluk Alana.

Alana meletakkan mangkuk tingkat tadi di atas meja kecil di sisi katil dan segera memeluk Sofia. "Aku bawa bubur untuk kau. Kau nak makan sekarang?" tanya Alana dengan nada lembut.

Sofia tersenyum dan mengangguk. "Wahh... Mesti sedap! Boleh juga, tengah lapar ni," Sofia memegang perutnya.

Alana mula menyiapkan bubur di atas meja makan. Bubur tadi perlahan-lahan masuk ke mulut Sofia. Namun, seiring dengan suapan itu, Alana memerhatikan wajah Sofia. "Kau menangis eh?"

"Tak adalah," Sofia tunduk.

"Kenapa ni? Ada apa-apa berlakukah?" soal Alana lagi.

"Tak ada apa-apa. I'm okay, Lana. How's life? Kau okay?" Sofia menukar topik.

Alana tunduk. Diam seketika sebelum mengangkat kepalanya dengan senyuman. Namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya. Soalan Sofia diulang sekali lagi. Kali ini, dia memegang tangan Alana.

"Aku dengan Khaleel dah bercerai semalam. Aku tuntut fasakh. Aku sayangkan Khaleel tapi..." suara Alana mulai bergetar.

"Aku dah tak boleh tahan dah. Aku banyak buat benda tak elok masa dengan dia. Aku boleh kata yang dia ni dah macam bapa ayam. Aku macam orang bodoh terima aje, ikutkan aje sebab sayangkan dia. Bila aku membantah, dia akan pukul aku sampai dia puas hati," air mata Alana membasahi pipinya.

Membuntang mata Sofia mendengar cerita Alana. Dia segera menarik Alana ke dalam pelukannya. Esak tangisan Alana memenuhi ruangan bilik Sofia.

"Aku nak mulakan hidup baru, Sofi..." ujar Alana.

Sofia mengangguk dengan senyuman. Pipinya yang basah diseka segera. Alana memegang tangan Sofia kejap.

"Aku nak minta maaf dengan kau... Ya Allah Sofi, banyaknya dosa aku kat kau. Ya Allah..." tangisan Alana kembali memecahkan keheningan wad.

"Aku maafkan Lana, aku maafkan... " Sofia mengusap lembut tangan Alana.

"Kau tahu kenapa aku benci sangat dengan kau? Sebab kau ada semua benda yang aku nak. Kau ada kemewahan, kau ada kebahagian, kau ada mama. Bila abah bawa kami masuk rumah, benda pertama aku perasan, hubungan kau dengan mama sangat erat. Nampak mama sayangkan kau sepenuh hati dia. Aku cemburu..." Alana berhenti seketika menarik nafasnya.

"Mama aku tak macam mama kau. Mama kau sangat ambil berat pasal anak-anak berbanding abah. Dia sanggup dipukul sedangkan itu bukannya salah dia. Aku jadi marah bila dia lebihkan kau. Lama-kelamaan, aku jadi benci dengan kau..." ceritanya teresak-esak.

Sofia terdiam, mendengar setiap kata-kata Alana dengan hati yang terbuka. Dia tahu ini bukan mudah untuk Alana, tetapi dia juga tahu bahawa pengakuan ini adalah langkah pertama untuk melepaskan segala beban yang selama ini ditanggung oleh mereka berdua.

"Sofia, aku betul-betul minta maaf. Aku tahu aku tak layak dapat kemaafan kau, tapi aku... aku tak boleh tak akan dapat mulakan hidup baru tanpa buat semua ini,"

Sofia memandang Alana dengan mata yang penuh dengan empati. Tanpa berkata apa-apa, dia menghulurkan tisu kepada Alana, menghapuskan air mata yang mengalir di pipi wanita itu. "Alana, aku maafkan kau. Kita semua ada masa lalu yang penuh dengan kesakitan, tapi kita tak boleh terus hidup dalam bayang-bayang tu. Kita kena teruskan hidup, lupakan kisah lalu. Aku tak mahu tengok kau terus terluka,"

"Masa aku datang tinggal dengan Aidil, itu atas arahan Khaleel dan abah. Aku tak nak buat, Khaleel pukul aku lepas tu abah yang bawa aku kat rumah Aidil untuk pastikan kau tak lari sebab majlis kahwin nak dekat," satu lagi pengakuan dari Alana yang membuatkan Sofia terkejut.

"Aku... Aku juga punca kau dengan Emir ditangkap khalwat... Maafkan aku Sofi..." Alana mula menangis dengan lebih kuat, tidak mampu lagi menahan kesedihannya. "Aku dengar perbualan dia dengan Aidil kat depan rumah. Aku nak khaleel for myself so aku telefon Jawi. Astagfirullahalazim..."

Sofia memandang Alana dengan mata yang masih basah, tetapi kali ini dengan senyuman kecil. "Benda dah berlalu pun Lana, Aku dah ada anak pun dengan Emir. Everything happen for a reason,"

Sofia tersenyum lembut, walaupun hatinya turut merasa pedih dengan segala yang telah berlaku. "Kita semua buat kesilapan, Alana. Yang penting sekarang, kita belajar dari kesilapan tu dan cuba jadi lebih baik." sambungnya lagi.

Alana mengangguk, kemudian mengesat air matanya. "Aku tahu dah terlambat tapi aku harap kita boleh mula semula sebagai adik-beradik macam kau dengan Aidil," Dia duduk di kerusi berdekatan katil, menundukkan kepala sedikit sebelum memandang Sofia dengan mata yang penuh dengan kesedihan.

Sofia tersenyum. Dia mengangguk. "Sisters!" dia menyuakan tangannya pada Alana.

"Sisters!" Alana menyambut tangan Sofia kemudian mereka berpelukan.

"Terima kasih bagi aku peluang kedua. Aku akan hargai semua ini,"

"As a sister. aku nak bagi nasihat ni..." sambung Alana sambil tergelak kecil.

"Emir tu lelaki yang baik. Cuma, terlalu banyak penunjuk arah di sekeliling dia sampaikan dia jadi impulsif macam tu,"

Sofia dan Alana berpandangan. "Aku tahulah, masa aku menumpang rumah Aidil, dia selalu datang curhat pasal kau," kata Alana seakan memahami maksud pandangan Sofia.

"Kau masih sayangkan dia?" soal Alana. Seperti biasa, Sofia tidak ada jawapan untuk persoalan yang disoal berulang kali oleh orang yang berbeza.

"I can see from your eyes that you still love him,"

Sofia terpukul oleh lontaran kata-kata Alana. Jantungnya yang tadinya tenang tiba-tiba sahaja berdegup kencang. Dia memandang Alana kerana risaukan Alana dapat mendengar detakan jantungnya.

"Jangan tutup hati lama sangat nanti menyesal. Macam kau cakap tadi kita semua buat kesilapan, yang penting kita belajar dari kesilapan tu dan cuba jadi lebih baik,"

Tiba-tiba telefon Alana menjerit meminta diangkat. Alana meminta diri untuk menjawab panggilan. 5 Minit kemudian, Alana kembali masuk ke dalam bilik wad. Wajahnya kelihatan sedikit cemas, dan Sofia segera menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

"Alana, ada apa?" tanya Sofia, nadanya risau.

Alana mendekati Sofia, mengambil nafas panjang sebelum memberitahu, "Sofia... aku baru dapat berita. Abah... dia didapati bersalah atas pertuduhan membunuh Mama Izzah. Mereka dah buat keputusan di mahkamah."

Sofia terdiam, hatinya seperti terhenti sejenak. Kata-kata Alana bergema dalam fikirannya, seolah-olah sukar untuk dipercayai.

Air mata Sofia mula mengalir, tetapi kali ini bukan kerana kesedihan semata-mata. Ia adalah air mata kelegaan, air mata yang menandakan bahawa akhirnya, keadilan telah ditegakkan untuk mama tercinta. Dia tahu, perjalanan hidupnya masih panjang, penuh dengan cabaran, tetapi setidak-tidaknya satu babak dalam hidupnya telah berakhir dengan kebenaran yang terbukti.

"Sofi," Alana bersuara perlahan, cuba memecahkan keheningan yang berat. "I'm so sorry,"

Sofia memandang Alana, air mata masih mengalir di pipinya. "Don't be...Aku tak pernah salahkan kau. Apa yang dah jadi bukan salah sesiapa antara kita. Kita semua terperangkap dalam situasi yang complicated. Tapi aku bersyukur sebab kita semua masih di sini, masih bersama, dan masih dapat memperbaiki hubungan kita,"

Alana tersenyum, walaupun ada air mata yang masih menitis di pipinya. "Aku janji akan cuba jadi seseorang yang lebih baik untuk kau,"

Sofia mengangguk perlahan, merasa sedikit lega dengan kata-kata Alana. "Terima kasih, Lana. Saya juga mahu kita terus rapat, seperti mana mama selalu inginkan,"

"Aku datang ni asyik buat kau menangis aje. Aku nak buat kau happy sebenarnya..."

"Itulah! Penatlah asyik menangis aje!" serentak mereka berdua ketawa.

"Laju juga jatuh hukuman ya? Macam baru berapa hari lepas aku dengar pengakuan abah tu," tambah Sofia.

"Dah ada bukti dari cctv Alvin.. Itu yang tak boleh nak lawan tu," jawab Alana pula.

"Aku kena balik ni. Aku nak kejar flight," ujar Alana lagi.

"Lah, nak ke mana?" bulat mata Sofia mendengar kata-kata Alana.

"Aku nak pergi melbourne sambung study kat sana..."

Mereke berpelukan untuk kali terakhir. Setelah Alana keluar dari bilik, Sofia kembali berbaring di atas katilnya. Hatinya terasa berat, tetapi ada sesuatu yang juga terasa ringan—seolah-olah beban yang selama ini dia pikul telah sedikit terangkat. Walaupun luka di hatinya masih jauh dari sembuh, dia tahu bahawa dia tidak bersendirian dalam perjalanan ini.

Sofia memandang ke luar jendela, melihat langit yang cerah. Dia sedar akan sesuatu, perjalanan untuk sembuh akan memerlukan masa, tetapi dengan setiap langkah kecil yang diambil, dia semakin dekat kepada kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Mungkin, dengan waktu dan kesabaran, luka-luka lama akan sembuh, dan dia akan dapat melangkah ke depan dengan hati yang lebih kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience