Bab 21

Romance Series 33080

Sofia baring di atas katil pemeriksaan, kakinya sengaja digiyang-goyangkan untuk menghilangkan rasa gelisahnya. Bilik kecemasan yang terang dan steril sibuk dengan kes-kes kecemasan, tetapi tumpuannya adalah pada jururawat yang begitu fokus dan berhati-hati menjahit luka di dahinya. Dia meringis sedikit apabila jarum menusuk kulitnya lagi, bau antiseptik hospital bercampur dengan bau wangi syampunya, mencipta kontras yang aneh.

"You're doing great. Just a few more stitches and you'll be all set," jururawat meyakinkannya selepas melihat muka Sofia berkerut. Suara jururawat yang bernama Jamie itu kedengaran tenang di gegendang telinga Sofia.

"Baik..." jawabnya sambil tersenyum

Emir berdiri beberapa inci di belakang Sofia memerhati dengan garis-garis tegang di sekitar mulutnya dan kerutan di dahinya mendedahkan kebimbangannya. Dia meyakinkan Aidil untuk menemani Sofia sementara Aidil berjumpa doktor dan sekarang. Apatah lagi saat melihat jarum itu keluar masuk kulit Sofia.

"Nurse, kita nak X-ray untuk pastikan tak ada kecederaan dalaman," kata Emir, suaranya tegas tetapi lembut.

Sofia membantah lemah, "Tak payahlah. Saya okay aje,"

Mata Emir menyala dengan perasaan geram dan risau. "I'd feel better if we were sure," dia menegaskan.

' Ish dia ni! Kenapa pula nak memaksa sangat ni!' marah Sofia dalam hati. Dia mengerling ke arah Emir. Lelaki itu fokus memandang kerja teliti jururawat tadi.

Aidil sedang berbincang serius dengan doktor. Mereka bercakap dengan nada rendah, tetapi Sofia dapat menangkap butir-butir perbualan mereka.

"Ia adalah langkah berjaga-jaga. Given the location of the injury, an X-ray is a good idea," jelas doktor.

Aidil mengangguk,dia memandang Sofia sekilas. "Baiklah. Saya hanya nak pastikan dia okay," jawabnya.

Emir masih setia berada bersama Sofia sementara Aidil dan doktor meneruskan perbincangan mereka. Dia duduk di hadapan sofia lalu memeluk tubuhnya. Senyap. Kedua-duanya terasa kekok.

Cuba memecahkan ketegangan, Emir berkata, "Jadi, awak dah tak takut jarum, ya?"

Sofia tersenyum kecil, "I've had worse. This is nothing." Emir diam.

Apabila jururawat tadi menyelesaikan jahitan terakhir, Sofia melihat sekelilingnya, jelas dia tidak selesa dengan persekitaran hospital. "Saya nak balik sekarang. Tak bolehkah kita balik aje?" dia bertanya, dengan sedikit ketidaksabaran dalam suaranya.

"Sabarlah. Awak pergi X-ray dulu." katanya dengan lembut. Sofia mencebikkan bibirnya. Emir mengambil kerusi roda lalu dibawakan ke katil Sofia.

"Awak tahukan saya masih boleh berjalan?" Sofia melompat turun dari katil.

Dia tiba-tiba merasa bilik itu berpusing. Matanya dipejam. Emir menarik lengannya memaksa dia duduk di atas kerusi roda.

"Awak ni degillah. Kalau orang cakap tu dengar boleh tak?" Emir bersuara sedikit keras.

"Yang awak bossy sangat ni kenapa? Saya boleh aje jaga diri saya sendiri," kata Sofia tak berpuas hati. Kejengkelan Sofia terhadap lelaki itu jelas kelihatan.

Emir tersenyum sinis, matanya seakan mengejek Sofia. "Clearly, that's why you ended up needing stitches" dia mengusik.

Wajah Sofia merah, dia menyilang tangan. 'Apa pasal mamat ni annoying sangat ni!' gumamnya.

Emir memerhatikan reaksi Sofia. 'Marah pun comel!' bisik hati kecilnya.

Kelibat Sofia menghilang selepas jururawat tadi menolak Sofia menuju ke bilik x-ray. Riak wajah Emir serta-merta berubah. Dia segera menghubungi Jeremy.

"Dah dapat contact khaleel?" suaranya serius.

"Saya nak awak cari dia sampai dapat. Sediakan semula kontrak baru ikut sebiji kontrak lama," arah Emir.

"Awak cuba cari dia kat pejabat Azam Jaya,"

Aidil yang baru sahaja masuk terus duduk di sebelah Emir. Dia menekan-nekan skrin telefonnya.

Perbualan Emir dan Jeremy segera dihentikan apabila Sofia kembali bersama doktor, yang mengesahkan bahawa X-ray Sofia "clear" dan Sofia boleh pulang. Aidil tersenyum lega,

"Jom kita balik," Aidil bersuara ceria.

Di luar, udara malam sejuk dan menyegarkan,Sofia menarik nafas panjang, merasakan kelegaan menyelimuti dirinya. Emir berjalan di sebelahnya tidak bersuara. Pandangannya tidak lepas dari wajah Sofia yang nampak lebih tenang. Aidil berjalan di hadapan mereka berbicara sebentar dengan jururawat yang menemani mereka keluar.

"Jadi," Emir memulakan, memecahkan keheningan, "Awak okay?"

Sofia melirik kepadanya, rasa geram yang membukit dari tadi hilang, digantikan dengan rasa senang. "Ya, saya baik-baik aje. Letih sikit,"

Emir mengangguk, ekspresinya melembut. "Saya tahu awak tak suka hospital, tetapi penting untuk make sure semuanya okay."

Sofia mengeluh, mengusap rambutnya. "Saya faham. Cuma... saya benci bila saya weak,"

Emir berhenti berjalan dan berpaling menghadapnya, matanya serius. "Awak bukannya lemah, Sofia. You've been through a lot, and you're still standing. That takes strength."

Sofia merasakan jantungnya berdetak kencang dengan kata-katanya. Dia memandang ke bawah, tidak mampu menatap mata Emir lama-lama. "Terima kasih, Emir. "

Mereka kembali berjalan, jarak antara mereka semakin rapat. Aidil berpaling kembali dan memanggil mereka, suaranya kedengaran sedikit tidak sabar. "Ya Allah! Cepatlah, kereta kat sini!"

Ketika mereka menghampiri kereta, Emir membuka pintu untuk Sofia. Dia masuk ke dalam kerusi penumpang. Emir masuk ke kerusi belakang, dan Aidil menjadi pemandu, enjin mengaum kuat ketika mereka meninggalkan hospital.

Perjalanan mereka sunyi, dengungan lembut enjin kereta mencipta bunyi latar yang menenangkan. Sofia menyandarkan kepalanya ke tingkap, fikirannya melayang. Walaupun dalam kesakitan, dia masih mampu tersenyum. Kata-kata Emir bergema dalam fikirannya, memperkuat kekuatan yang dia ragui dia miliki. Dari kerusi belakang, Emir hanya memerhatikan Sofia, senyuman kecil bermain di bibirnya.

Apabila mereka tiba di rumah, Aidil mematikan enjin dan melihat kepadanya. "Nak aku tolong masuk ke dalam?"

Sofia menggelengkan kepala, membuka pintu. "Tak payah, aku okay aje,"

Emir dengan cepat keluar dari kereta dan terus membuka pintu kerusi penumpang. "Mari saya tolong awak," dia sudah meraih lengan Sofia, tidak memberi ruang untuk Sofia membantah.

Sofia mencari kunci dari begnya dan membuka pintu, berpaling menghadap Emir sebelum melangkah masuk.

"Thank you so much," katanya dengan lembut, mata mereka bertaut.

Emir mengangguk, ekspresinya tulus. "Anytime, Sofia. Rehatlah, okay?"

Dia memberinya senyuman kecil, merasakan campuran emosi yang asing. "Selamat malam, Emir."

"Selamat malam," dia menjawab, memerhatikan ketika dia menutup pintu di belakangnya.

Di dalam, Sofia bersandar pada pintu, jantungnya berdegup kencang. Baru hendak menapak naik. Hani memeluknya sambil menangis. Mia membelek-belek kepalanya. Wafa memerhatikan gelagat kawan-kawannya.

"Kalau ya pun, biarlah dia duduk dulu," Wafa memimpin tangan Sofia duduk.

"Kau okay tak ni?" tangisan Hani bergema segenap ruang tamu mereka.

"Okaylah.. Tak ada apa-apa sikit aje," Sofia senyum.

"Abah nak kahwinkan kau dengan siapa? Kenapa boleh jadi macam ni?" soal Mia pula.

Wafa menyuakan gelas di hadapan Sofia. Wanita itu meneguk rakus air itu .

"Aku okay tak ada apa-apa. Abah nak pukul Aidil, aku nak halang tapi kena pula kepala sister," sofia berseloroh.

"Aku okay tak ada apa-apa," tambahnya.

"Mama!" Farish dan Irina segera memeluk erat Sofia.

"Mama okay?" soal Farish.

Sofia tergelak kecil. Penat betul dia menjawab pelbagai bentuk persoalan hari ini. Habis di pejabat, di rumah pula berganti.

"Okay... Okay... Boleh semua bawa bertenang tak?"

"Inhale... Exhale... Come on, inhale...."

Semua mengikut arahan Sofia. Sofia berpindah tempat duduk dan menghela nafas dalam-dalam.

"First of all, Ayish... Rin... Mari sini mama nak peluk dulu," kedua anaknya memeluk erat Sofia.

Sofia mengucup dahi kedua-duanya. " Mama okay. Tak ada apa-apa. Sekarang ni Ayish dengan Rin pergi tidur dulu. Dah jam sepuluh malam ni, esok nak sekolah. Okay?"

Farish dan Irina mengangguk. Mereka terus memanjat tangga masuk ke dalam bilik masing-masing.

"Assalamualaikum," Aidil mengucapkan salam.

"Waalaikumsalam," serentak mereka menjawab. AIdil terus baring di atas Sofa kepenatan.

"Secondly, I'm okay but I'm not okay. Khaleel asked me to marry him,"

Masing-masing terdiam. Aidil mendengus. Sakit kepalanya memikirkan hal Khaleel ini. Bagaimana hendak digagalkan rancangan abahnya dan Khaleel. Telefonnya berbunyi. Mesej yang masuk dibaca.

Dia tak nak jumpa aku.

Kita kena buat laporan polis untuk dapatkan restraining order.

Aidil menelangkupkan telefonnya. Otaknya serabut. Mia menghampiri suaminya itu, dia mengusap lembut bekas tapak tangan jelas menyala tulang pipi Aidil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience