Bab 25

Romance Series 33080

Janji temu makan tengah hari bersama client bertukar menjadi reunion antara dua insan yang pernah bergelar sahabat. Emir duduk berhadapan dengan Khaleel.

"Khaleel, aku tak sangka kau akan sampai ke tahap ini. Memaksa Sofia untuk berkahwin dengan kau? Kau dah gilakah?" kata Emir dengan nada tegas.

Khaleel tersenyum sinis. "Kau tak faham, Emir. Sofia sepatutnya bersama aku dari awal. Aku tak sangka aku biarkan ketamakan aku mengaburi mata,"

Emir mengepalkan tangannya. "Sofia berhak nak tentukan pilihan dia sendiri. Kau tak boleh paksa dia,"

"Macam kau tentukan pilihan dia dulu? Bukankah itu juga punca penceraian kamu?" Khaleel senyum sinis.

Khaleel bersandar ke belakang, matanya memandang Emir dengan penuh intimidasi. "Kau tak tahu apa-apa tentang apa yang aku boleh buat, Emir. Jangan cabar aku,"

Emir menegakkan dirinya, memandang Khaleel dengan pandangan mata yang tajam. "Ini amaran terakhir aku. Jangan ganggu Sofia lagi. Kalau kau terus kacau dia, kau akan berdepan dengan aku."

Khaleel ketawa kecil, tetapi matanya dipenuh dengan keazaman. "Kita tengok siapa yang akan menang akhirnya, Emir."

Khaleel berdiri kemudian menepuk bahu Emir. Kakinya melangkah pantas meninggalkan Emir.

Malam itu, Sofia , Wafa, Hani, dan Mia untuk berkumpul di rumah Mia. Sudah lama mereka tidak berkumpul berempat kerana kesibukan masing-masing, dan Sofia merasakan ini adalah waktu yang tepat untuk melupakan sejenak segala masalah yang dihadapinya.

Mereka duduk di meja makan, menikmati makanan sambil berbual mesra. Mia, yang selalu penuh dengan soalan, tiba-tiba bertanya, "Jadi, macam mana dengan Alvin? Kau dengan dia macam mana sekarang, Sofia?"

Sofia mengeluh kecil, tetapi bibirnya masih tersenyum. "Nak jujur ke nak tipu?"

Ketiga-tiga sahabatnya memandang Sofia dengan kerutan di dahi. Sofia tergelak. "Jujur, aku masih tak ada perasaan kat dia,"

Dia menyambung. "Alvin lelaki yang baik, tapi hati aku masih belum terbuka untuk dia."

Wafa tersenyum nakal. "Mungkin sebab ada someone yang dah lama mencuri hati kau?"

Hani ketawa kecil. "Kan! Orang tu dekat aje tapi jauh. Kadang-kadang elok aje berbual tiba-tiba bergaduh pula,"

"Kalau ada apa-apa, dialah manusia terpaling risau," sambung Mia.

Sofia menjeling ke arah mereka bertiga. " Aku dengan Emir cuba untuk co-parent. Tak ada apa-apa pun,"

Mia memandang Hani dan Wafa. "Eh, kita tak kata pun lelaki tu, Emir. Kan," Mereka bersorak sambil saling bertolakan.

Sofia tersipu-sipu, pipinya merona merah. "Eh... Bodohlah korang ni"

Mia menyambung dengan nada mengusik. "Tapi serius cakap, kau nampak lain bila dengan Emir. Macam ada spark gitu."

Sofia menggelengkan kepala, tetapi tidak dapat menahan senyuman. "Nope! Buat masa sekarang, aku nak fokus dengan keselamatan dan masa depan aku dengan anak-anak aku,"

"Baiklah yang berhormat! Kami sokong!" Hani menepuk-nepuk bahu Sofia.

Mereka semua ketawa dan meneruskan perbualan dengan lebih santai. Walaupun Sofia masih keliru dengan perasaannya, dia merasa lega mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa menyokongnya. Perjalanan masih panjang, tetapi dengan bantuan mereka, dia yakin dapat mengharungi segala rintangan yang mendatang.

Selepas sesi melepak dengan kawan-kawan habis, Sofia termenung memandang langit malam yang dipenuhi bintang, membiarkan fikirannya melayang jauh. Udara malam yang sejuk menyapa lembut wajahnya, memberikan sedikit kelegaan dari segala tekanan yang dia hadapi.

Tiba-tiba, dia mendengar suara yang dikenalinya memanggil dari bawah. "Sofi! Sofi!"

Sofia menunduk dan melihat Emir berdiri di halaman rumahnya. Dia mengangkat tangan sebagai tanda salam, tetapi tetap di tempatnya. "Ya, Emir? Ada apa?"

Emir kelihatan berusaha menahan sakit sambil memegang lehernya. "Boleh awak turun? Saya tak larat nak jerit ni,"

Sofia tersenyum kecil dan mengangguk. "Baiklah, tunggu sekejap."

Dia berjalan turun ke halaman, menemui Emir yang masih memegang lehernya. "Awak okay? Kenapa dengan leher awak?"

Emir tersenyum lemah. "Tak ada apa-apa, Penat nak menjerit. Awak okay? Saya risau dengan keadaan awak."

Sofia tersentuh dengan keprihatinan Emir. "Terima kasih sebab selalu ambil berat, Emir. Saya hargai sangat."

Mereka duduk di bangku di halaman rumah masing-masing. Keheningan malam dipecahkan oleh suara cengkerik dan hembusan angin lembut. Emir memandang Sofia dengan penuh perhatian.

"Sofi, boleh saya tanya awak sesuatu?"

Sofia tersenyum seraya mengangguk.

Emir menghela nafas dalam. "Kenapa sebelum ni awak tunjuk sangat benci awak dekat saya? Saya ingatkan kita bercerai dengan baik,"

Sofia kemudian memandang Emir dengan serius. "Emir, saya... " sofia ketawa kecil menghilangkan kegelisahannya.

"Sekarang elok aje melayan saya. Kenapa hari tu benci sangat?" Soal Emir lagi.

"Kan hari tu dah bagitahu. Saya masih dalam tempoh iddah, awak dah bertunang. I was in love with you. Rasa marah buat saya benci awak,"

"Risau pun ada. Kalau awak tahu pasal anak dan tiba-tiba nak ambil anak macam mana?" Sofia menarik nafas dalam-dalam.

" Saya janji, saya tak akan pisahkan awak dengan anak-anak. Kalau awak dah kahwin dengan Alvin nanti, saya benarkan anak-anak tinggal dengan awak," Emir senyum.

Sofia diam. Mendengar kata-kata Emir membuatkan dia terasa hendak muntah. Membayangkan dia dan Alvin bergelar suami
isteri menimbulkan rasa tidak senang dalam
dirinya.

"Saya nak minta maaf dekat awak. Atas semua kesalahan yang saya buat," suara Emir kedengaran sayu.

"Betul kata awak tempoh hari, saya asyik tarik awak kembali ke masa lalu. Awak berhak untuk bahagia," sambung Emir.

"I want to focus on my future too, Sofi. Saya dan Isha dah mula menguruskan majlis kami,"

Sofia tidak menjawab. Senyuman canggung terukir d bibirnya.

Suasana menjadi sedikit tegang apabila perbualan beralih kepada Alvin. Emir memandang Sofia dengan penuh tanya. "So, how's Alvin?"

Sofia mengeluh perlahan, cuba mencari kata-kata yang sesuai. "He is a good guy,"

Emir memandang Sofia dengan penuh tanda tanya. "That's it? How about your feeling?"

"We're okay," jawab Sofia pendek.

"Maksud saya perasaan awak? Saya tak tanya pasal awak berdua,"

"I like him," jawab Sofia.

"Like?" Emir mengulang jawapan Sofia.

"Yes. I like him. How about you? Do you like Isha?" Kening Sofia hampir bertaut.

Emir senyum. "I love her,"

Sofia cuba membalas senyuman Emir. "Good for you,"

"Nanti majlis kami, awak jangan tak datang pula," pesan Emir.

Wajah Sofia dipandang lama. "Lagi satu, kita nak kena maklumkan dengan mama pasal Ayish dan Rin,"

Sofial mengangkat kepalanya. "Tak payah bagitahu boleh? Susah nak explain,"

"Awak tak payah risau. Saya aje terangkan dekat mama,"
"Amboi, persidangan apa ni?" Sampuk Aidil.

Hanpir terlompat Sofia mendengar suara Aidil. Dia mengusap dadanya.

"Sorry... Sorry..." Aidil gelak.

"Tak ada apalah, saja nak berbual..." Emir menjawab.

Sofia menekan skrin telefonnya. Sudah menunjukkan jam 11.30 malam. Kawan-kawannya juga sudah tidur.

"Good night," Sofia meminta diri.

Sebaik sahaja pintu rumahnya ditutup, mulutnya ditekup. Dia cuba menjerit tetapi tidak berdaya melawan. Pandangannya semakin kabur. Gelap.

"Bunyi apa tu?" Emir berdiri. Matanya terus menghala ke pintu rumah Sofia.

"Ala... Sofia Mir, bukan kau tak kenal clumsy dia macam mana," ujar Aidil.

"Kau dah give up dengan adik akukah?" Aidil mengulang soalannya.

Emir duduk semula. "Dia dah move on, aku tak boleh nak buat apa,"

Dahi Aidil berkerut mendengar jawapan Emir. Emir hanya senyum. Gelora dalam dirinya hanya Allah sahaja yang tahu. Dia pasrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience