Bab 40

Romance Series 33257

Alvin menekan butang mikrofon, bersiap untuk 'menyoal siasat' Sofian yang sudah berapa hari dikurung. Dia melihat monitor CCTV bilik sofian. Lelaki itu sedang tidur.

"Sofian..." suaranya bergema. Sofian membuka mata perlahan.

"Bangun Sofian. Kita ada kerja hari ni,"

Pintu bilik Sofian terbuka luas. Dua orang lelaki berbadan sasa mengheret Sofian keluar dan dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang hanya ada sebuah meja dan kerusi. Sofian duduk di atas kerusi itu dengan wajah kebinggungan. Matanya melilau ke arah sekeliling.

"Apa ni? Kamu buat apa ni?" Sofian panik sebaik sahaja tangannya digari pada meja. Lampu dihalakan ke mukanya.

"Sofian... Sofian... Sofian..." suara Alvin kedengaran sinis dari corong pembesar suara.

"Sofian, aku tahu semua tentang kau. Tentang perbuatan jahat kau yang menyebabkan kematian Izzah dan kekejaman kau pada anak kau sendiri, Sofia."

Sofian memandang ke arah kamera, matanya penuh dengan kemarahan. "Apa yang kau tahu pasal itu? Kau tak tahu apa-apa!"

Alvin ketawa sinis dan memandang monitor di hadapannya. "Aku tahu lebih daripada yang kau sangka. Selepas Sofia berkahwin, kau paksa Izzah untuk tandatangan semua penyerahan harta pada kau. Tapi Izzah bijak. Dia sembunyikan geran tanah 10 ekar dan minta Aidil tukarkan ke atas nama Sofia."

Sofian terdiam, rahangnya mengetap dengan kuat. Dia terkejut Alvin mengetahui rahsia kelamnya.

"Kau pukul Izzah dengan kejam sampai dia meninggal. Kemudian kau buat cerita pada polis yang Izzah jatuh di bilik air. Kau ingat semua orang bodoh seperti kau?" sambung Alvin sambil ketawa.

Sofia yang berada di bilik sebelah mendengar perbualan mereka melalui sistem bunyi. Hatinya hancur mendengar pengakuan tentang apa yang terjadi pada mamanya.

"Tidak... Mama..." Sofia memeluk lututnya. Kata-kata Alvin menikam terus ke jantungnya.

Air mata mengalir di pipi Sofia. Dia tahu bahawa ayahnya kejam, tetapi tidak pernah menyangka bahawa Sofian sanggup membunuh.

Sofian menghentak meja. "Kau tak tahu apa-apa! Aku terpaksa buat semua itu. Izzah tak patut menyembunyikan harta itu dari aku!" jerit Sofian.

"Terpaksa? Kau pukul isteri kau sendiri sampai mati, dan kau kata kau terpaksa? Kau memang lelaki yang paling kejam yang aku pernah jumpa." Alvin bersuara keras.

Sofia merasa marah dan kecewa pada masa yang sama. Selama ini dia percaya bahawa kematian ibunya adalah satu kemalangan, tetapi kini dia tahu yang sebenarnya adalah sebaliknya.

"Oh! By the way, Sofia dengar semua ini, Sofian. Dia tahu sekarang siapa kau sebenarnya. Seorang penipu, pembunuh, dan manusia keji." ejek Alvin.

Sofian cuba untuk bersuara, tetapi kata-katanya tersekat di kerongkong. Dia tidak dapat menyangkal kebenaran yang telah terbongkar.

"Abah... Kenapa? Kenapa abah buat macam ni pada mama?" Sofia menumbuk-numbuk lantai. Alana segera memeluk Sofia. Air mata Sofia tidak berhenti mengalir.

"Kau akan bayar untuk semua dosa kau, Sofian. Aku akan pastikan kau rasakan setiap saat penderitaan yang kau berikan pada orang lain."

Sofia tahu bahawa dia perlu kuat. Walaupun hatinya hancur mendengar pengakuan ayahnya, dia bertekad untuk mencari jalan keluar dari mimpi ngeri ini dan memastikan keadilan untuk ibunya.

"Kau tak layak untuk hidup bebas selepas apa yang kau lakukan. Kau akan merasai keperitan yang sama seperti yang kau berikan pada Izzah dan Sofia."

"Kau fikir kau boleh terus hidup bebas selepas apa yang kau lakukan? Kau salah, Sofian. Aku akan pastikan kau bayar untuk semua dosa kau." sambung Alvin lagi.

Sofian menelan air liurnya dengan susah payah. Dia cuba mencari kata-kata yang boleh mengubah situasi ini, tetapi tidak ada yang keluar dari mulutnya.

"Apa yang kau mahu dari aku? Kenapa kau buat semua ini?" soal Sofian dengan suara perlahan. Tangannya menutup separuh mukanya.

"Mak aku juga dibunuh oleh orang seperti kau. Kecurangan mak membuatkan aku benci pada perempuan curang, tetapi aku tetap sedih sebab dia dibunuh oleh bapa tiri aku yang gilakan harta, sama seperti kau, Sofian. You do the math," Alvin bercerita.

Sofia yang mendengar semuanya di bilik sebelah, hatinya semakin hancur. Dia tidak dapat membayangkan betapa kelamnya masa lalu Alvin sehingga dia sanggup melakukan semua ini.

"Apa kaitannya aku dengan hidup kau!" bentak Sofian.

"Sofia! Aku terlalu cintakan Sofia untuk biarkan hidup dia dimusnahkan oleh manusia macam kau!"

Alvin menekan satu butang di panel kawalannya. Arus elektrik mengalir lagi melalui kerusi yang diduduki Sofian, menyebabkan dia menjerit kesakitan. Sofia mendengar jeritan ayahnya dengan penuh ketakutan.

"Tidak... Aku tak boleh biarkan ini berterusan." Sofia menyeka air matanya. Dengan setiap detik yang berlalu, Sofia berusaha mencari jalan keluar. Dia tahu bahawa dia perlu bertindak cepat sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Sofia memeriksa sekeliling bilik, mencari sesuatu yang boleh digunakannya untuk melarikan diri. Namun, setiap usaha yang dilakukannya gagal. Terdapat tiada apa-apa di bilik itu yang boleh membantunya. Dia berasa semakin terdesak, tetapi dia tahu dia perlu tetap tenang dan berfikir dengan bijak.

"Alvin!!" jeritnya sambil memukul pintu besi itu.

Di bilik siasatan, Alvin terus 'menyoal siasat' Sofian dengan kejam. Alvin menekan butang mikrofon dan bercakap dengan nada sinis.

"Sofian, aku harap kau menikmati setiap saat penderitaan ini. Kau tak layak untuk hidup bebas selepas apa yang kau lakukan."

Sofian, yang terbaring lemah di kerusi besi, cuba menahan kesakitan. "Apa yang kau mahu dari aku? Kau siapa?"

Di bilik sebelah, Sofia mendengar semua ini dengan penuh ketakutan. Dia tahu bahawa dia perlu bertindak cepat sebelum Alvin melakukan sesuatu yang lebih buruk kepada Sofian. Tidak lama kemudian, bunyi derap kaki kedengaran di luar bilik tempat Sofia dikurung. Pintu terbuka dan seorang lelaki bertubuh tegap masuk, memerhatikan Sofia dengan tajam.

"Apasal kau memekak ni? Sini!"

Sofia patuh dan berdiri dengan perlahan. Lelaki itu mengikat tangan Sofia dan membawanya keluar dari bilik. Sofia dibawa ke bilik monitor.

"Ah, Sofia. Kau tiba tepat pada masanya,"

Sofia menahan tangisannya. "Alvin, tolong hentikan semua ini. Awak dah cukup seksa abah aku. Saya janji saya takkan tinggalkan awak lagi. Please stop."

Alvin memandang Sofia dengan wajah yang penuh kemarahan. Dia mendekati Sofia dan mencengkam pipinya dengan kasar. "Kau pekak? Kau tak dengar apa dia buat kat mama kau? Kenapa masih nak tolong dia?"

Alvin memandang Sofian dengan penuh kebencian. Dia tahu bahawa Sofian masih menyimpan rahsia yang belum diketahui Sofia.

Alvin merapatkan mulutnya dengan mikrofon. "Sofian, aku mahu kau mengaku. Kau upah orang untuk mencuri laptop Aidil dan memadam bukti dari laptop Sofia. Aku tahu semua itu. Aku mahu kau akui di depan Sofia."

Sofian, yang masih terbaring lemah di kerusi besi, Dia tidak mahu mengaku, terutama dengan Sofia berada di dalam bilik itu. Egonya terlalu besar untuk membiarkan dia tunduk pada Alvin dan Sofia.

"Aku tak tahu apa yang kau cakap. Aku tak buat apa-apa."

"Sofia! Kau memang anak tak guna ya! Sanggup buat abah kau sendiri macam ini!" jerit Sofian.

Alvin ketawa sinis, mendekati Sofia yang terikat di sebelahnya. Dia memegang tangan Sofia dengan kuat, membuatkan Sofia meronta kesakitan.

"Kau tak mahu mengaku? Baiklah, kita akan lihat berapa lama kau boleh bertahan."

Alvin menekan tangan Sofia pada butang yang menghidupkan arus elektrik tadi. Sofian menjerit kesakitan apabila arus elektrik mula merenjat tubuhnya. Sofia cuba menarik tangannya, tetapi Alvin memegangnya dengan kuat.

Dengan air mata, Sofia merayu pada lelaki itu. "Alvin, tolong! Jangan buat macam ni. Tolong hentikan!"

"Kau dengar tu, Sofian? Anak kau sendiri merayu. Tapi aku takkan berhenti sehingga kau mengaku."

Sofian cuba menahan kesakitan, tetapi arus elektrik yang mengalir melalui tubuhnya terlalu kuat. Dia tahu bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain.

"Baiklah! Aku mengaku! Aku upah orang untuk mencuri laptop Aidil dan memadam bukti dari laptop Sofia. Aku buat semua itu!" dengan susah payah dia membuka mulutnya.

Alvin melepaskan tangan Sofia dari butang, menghentikan arus elektrik. Sofian terbaring lemah, bernafas dengan berat. Sofia menangis, hatinya hancur mendengar pengakuan ayahnya.

"Ayah... Kenapa ayah buat macam ni?" tangis Sofia

"Aku terpaksa, Sofia. Aku tak ada pilihan lain. Kau akan buat semua rancangan aku musnah. AKu tak ada pilihan,"

"Kau selalu ada pilihan, Sofian. Kau pilih untuk menjadi manusia keji. Sekarang kau akan bayar untuk semua dosa kau." Alvin mengeluarkan pistol dari belakang bajunya.

'Ayah memang kejam, tapi aku perlu selamatkan dia. Aku mahu bawa dia ke muka pengadilan untuk membayar segala dosanya,' dia berkata dalam hati.

Sofia memandang Alvin sambil mengeleng. Matanya memandang tepat ke arah Alvin.

"Alvin, saya faham awak marah. Tapi tolong hentikan semua ini. Biar abah saya dibawa ke muka pengadilan. Biar dia dihukum dengan cara yang betul."

Alvin memandang Sofia dengan wajah kosong. Dia terdiam sejenak, mempertimbangkan kata-kata Sofia.

"Pengadilan? Kau fikir pengadilan boleh beri keadilan untuk semua kesalahan yang dia lakukan? Kau terlalu naif, Sofia." Alvin membuka langkahnya hendak keluar dari bilik monitor.

Sofia menahan Alvin. "Saya tahu pengadilan mungkin tak sempurna, tapi itu cara yang betul. Saya nak dia dihukum dengan cara yang adil."

Alvin menggelengkan kepala, tidak percaya dengan tekad Sofia. Namun, dia melihat ketulusan dalam mata Sofia dan tahu bahawa gadis itu tidak akan mengalah.

"Baiklah, Sofia. Aku akan beri kau peluang. Tapi ingat, jika ayah kau cuba lari atau buat hal, aku takkan teragak-agak untuk membunuhnya." Alvin mengubah fikirannya.

Sofia mengangguk, berasa lega sedikit. Dia tahu bahawa dia perlu bertindak cepat dan bijak untuk menyelamatkan ayahnya dan memastikan dia dibawa ke muka pengadilan. Alvin memberikan isyarat kepada orangnya untuk melepaskan Sofian dari kerusi besi. Sofian terbaring lemah, tidak berdaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience