Bab 42

Romance Series 33080

Ancaman dari nota yang ditemui di keretanya membuat mereka lebih berjaga-jaga. Emir bertekad untuk tidak membiarkan sesiapa pun mempermainkan perasaan mereka lagi.

Emir dan Aidil duduk di ruang tamu, memikirkan cara terbaik untuk mencari Sofia tanpa melibatkan polis secara langsung. Hani dan Wafa menyediakan minuman di dapur, sambil berbincang tentang bagaimana mereka boleh membantu.

"Kita kena gunakan segala sumber yang kita ada. Mungkin kita boleh hubungi kawan-kawan lama yang ada kenalan dalam bidang keselamatan atau PI." cadang Aidil

Emir mengangguk setuju. "Kita tak boleh ambil risiko lagi. Aku tak mahu Sofia dalam bahaya kerana kesilapan kita,"

"Alvin? Kamu dah call Alvin?" soalan Mia menyebabkan kedua-dua lelaki dihadapannya terdiam.

Emir segera mengambil telefon bimbitnya dan cuba menghubungi Alvin, dengan harapan dia dapat mendapatkan maklumat tentang Sofia. Namun, panggilannya tidak berjawab. Emir berasa tidak senang hati dan memutuskan untuk pergi ke kolej untuk berjumpa sendiri dengan lelaki itu..

Sebaik tiba di kolej, Emir segera berjumpa dengan pengarah kolej, Encik Samat. Dia berharap Encik Samat dapat memberinya sebarang petunjuk tentang keberadaan Alvin.

"Maaf tuan, saya datang tak bagitahu. Saya perlukan bantuan tuan. Saya cuba hubungi Alvin tapi dia tak jawab panggilan saya. Boleh saya jumpa dengan dia?"

Encik Samat menghela nafas panjang, wajahnya kelihatan risau.

"Tuan, sebenarnya kami pun tengah cari dia ni, dia dah lama tak hadir bekerja tanpa makluman. Kami dah cuba menghubungi dia tetapi tidak berjaya."

Emir tercenggang mendengar berita itu. Adakah lelaki itu juga diculik seperti Sofia?

"Apa maksud tuan? Tuan tak tahu di mana Alvin sekarang?"

Encik samat mengangguk. "Kami dah pergi ke rumah yang dia tulis dalam borang peribadi dia, tapi rumah itu bukan miliknya. Kami juga cuba menghubungi nombor ibu bapa Alvin, tetapi tak ada jawapan,"

Berita itu membuatkan Emir terdiam sejenak. Fikirannya berkecamuk dengan pelbagai kemungkinan. Emir mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada Encik Samat sebelum meninggalkan kolej. Dia tahu bahawa dia perlu mencari jalan lain untuk mendapatkan maklumat tentang Sofia dan Alvin. Ancaman yang diterima sebelum ini masih menghantuinya, dan dia tidak mahu mengambil sebarang risiko yang boleh membahayakan nyawa Sofia.

"Aku mesti teruskan usaha mencari Sofia. Mungkin ada sesuatu yang aku terlepas pandang." bisiknya dalam hati.

Dia memandu pulang ke rumah dengan fikiran yang berselirat dengan pelbagai soalan. Dia cuba memahami motif di sebalik kehilangan Sofia, Alana, dan kali ini Alvin. Siapa yang dapat manfaat dengan kehilangan semua? Satu nama yang bermain-maina di fikirannya: Khaleel!

Dengan penuh tekad, Emir menghentikan keretanya di bahu jalan dan menghubungi Khaleel. Namun, panggilannya tidak berjawab. Tidak berpuas hati, dia memutuskan untuk terus pergi ke syarikat Khaleel untuk mencari jawapan.

Setibanya di syarikat Khaleel, Emir segera menuju ke kaunter keselamatan dan bertemu dengan pengawal keselamatan yang bertugas.

"Assalamualaikum, saya nak jumpa Encik Khaleel. Ada urusan penting." Emir menghadiakan sekuntum senyuman pada pengawal keselamatan itu.

Pengawal keselamatan memandang Emir dengan wajah risau.

"Maaf, Encik. Encik Khaleel sudah beberapa hari tidak masuk kerja dan tidak dapat dihubungi. Kami juga sedang mencarinya."

Emir tergamam mendengar berita itu. Semakin banyak persoalan yang timbul dalam fikirannya. Dia tahu bahawa keadaan semakin serius.

"Ada sesiapa di sini yang boleh saya jumpa? Saya perlukan maklumat tentang Encik Khaleel."

Pengawal keselamatan itu teragak-agak . Emir menghela nafas dalam. "Okay macam ni, bekas isteri saya hilang. Saya nak jumpa Encik Khaleel untuk dapatkan maklumat berkenaan bekas isteri saya. Sekejap aje," ujar Emir.

Mata pengawal keselamatan itu membuntang. "Datin Laila, ada di atas sekarang. Dia sedang meeting dengan PI kerana polis masih belum ada berita tentang kehilangan Khaleel. Mungkin dia boleh bantu."

Emir tercengang dengan maklumat yang baru diterimanya. Pengawal keselamatan tadi membuka pintu dan menjemput Emir masuk. Emir segera menuju ke tingkat atas untuk bertemu dengan Datin Laila

"Assalamualaikum," Emir mengetuk pintu pejabat yang tertera nama Khaleel. Dia membuka pintu itu perlahan.

Wajah Datin Laila berubah saat matanya tertancap pada susuk tubuh Emir. Dia segera mendapatkan Emir.

"Emir... Ya Allah nak, lamanya auntie tak jumpa Emir." Datin Laila menjemput Emir duduk.

"Auntie, saya dengar Khaleel hilang. Betulkah?"

Datin Laila memandang Emir dengan mata yang penuh kebimbangan. Dia mengangguk lemah. AIr mata yang mengalir diseka lembut.

" Khaleel sudah beberapa hari tidak pulang.Auntie call banyak kali tak dapat. Auntie dah buat report buat masa ini belum ada maklumat lagi,sebab itu auntie panggil PI ni,"

Penyiasat persendirian itu, Encik Zulkifli, mengangguk sebagai tanda setuju. Dia menghulurkna tangannya pada Emir sebelum lelaki itu menyambut tangannya.

"Saya sedang mencari sebarang petunjuk tentang kehilangan Encik Khaleel. Tuan ada maklumat apa-apa tak?" soal Encik Zulkifli.

Emir menghela nafas panjang. "Saya datang ni sebenarnya nak tanya dia berkenaan Sofia. Bekas isteri saya yang hilang tiga hari lepas,"

"Isteri tuan hilang kat mana?" Encik Zulkifli mengeluarkan buyku notanya mencatat segala maklumat berkenaan Sofia.

"Sofia ni adik-beradik Lana, kan?" soal Datin Laila. Emir senyum nipis.

"Bila masa awak kahwin? Auntie tak tahu pun?" Datin Laila memandang muka Emir lama. Emir mengetap bibirnya.

"Dah lama dah auntie tapi kami dah bercerai," jawab Emir apabila wanita di hadapannya itu tidak berputus asa mengorek kisah lalunya. Datin laila mengangguk dengan wajah penuh kebinggungan.

"Baiklah, kalau ada apa-apa nanti saya akan hubungi tuan dengan datin ya,"

Emir kembali ke keretanya dengan perasaan yang bercampur-baur. Fikirannya masih berserabut. ". Kenapa semua orang hilang tiba-tiba ni?"

Ketika dia menarik brek tanagn ke P. Hani dan Aidil sudah berdiri di tepi pagar. Emir segera keluar dari perut kereta. Mata Emir tertancap pada kertas di tangan Aidil.

"Ada nota lagi?' dahi Emir berkerut.

Serentak Hani dan Aidil mengangguk. "Dia suruh kita tunggu arahan seterusnya. Mereka akan hubungi kita dalam masa terdekat."

Emir mendengus. Tangannya dicekak dipinggang. "Aku ada news juga. Pasal Khaleel dan Alvin"

"Dua-dua hilang. Tak dapat contact," sambung Emir. Hani dan Aidil tergamam.

Emir segera menuju ke rumah Sofia mengekori Aidil dan Hani. Mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk membincangkan langkah seterusnya.

"Kita tak boleh tunggu arahan mereka begitu saja. Kita perlu cari jalan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang keberadaan Sofia dan yang lain." protes Mia.

"Aku setuju. Kita perlu gunakan segala sumber yang kita ada. Mungkin kita boleh pasang perangkap untuk mereka." sampuk Wafa.

"Tapi kita kena pastikan benda tu tak membahayakan Sofi. Kita tak tahu apa yang diaorang mampu lakukan." tambah Hani lagi.

Tiba-tiba telefon Emir menjerit minta dijawab. Dia menerima panggilan dari Encik Zulkifli , Penyiasat Persendirian yang diupah oleh Ibu Khaleel.

"Assalamualaikum, tuan. Saya berjaya mengesan panggilan terakhir dari telefon Tuan Khaleel. Ia datang dari kawasan gudang lama di pinggir bandar. Mungkin kita patut periksa kawasan itu."

"Terima kasih, Encik Zulkifli. Saya ke sana dengan segera." Emir terus bergegas ke pintu. Namun langkah mati apabila Aidil menyatakan hasratnya.

"Kami pun nak ikut," Wafa dan Hani bersuara.

"Habis tu aku?" soal Mia yang berkerusi roda.

"Ha'ahlah. Lupa pula kau. Tak apalah, aku teman Mia kat rumah," Hani terus duduk sebelah Mia.

Dalam perjalanan ke gudang, Emir merasakan debaran di dadanya semakin kuat. Dia tahu bahawa apa sahaja yang menanti mereka di sana, ia akan menentukan nasib Sofia, Alvin, dan Khaleel.

"Ya Allah, lindungilah Sofia dan sesiapa sahaja yang berada dalam bahaya," dia berdoa dalam hati.

Setibanya mereka di kawasan gudang lama, masing-masing melilau meneliti kawasan gudang itu. Gudang tersebut kelihatan sepi dan menyeramkan. Emir merasakan ketegangan semakin memuncak. Dia menarik nafas dalam bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Encik Zulkifli keluar dari kereta barulah mereka terus bergerak dengan berhati-hati masuk ke dalam bangunan gudang yang terbiar itu. Wafa dibiarkan menunggu dalam kereta. Sekiranya ada apa-apa dia ditugaskan sebagai pemandu.

Encik Zulkifili berhenti melangkah. Dia memalingkan badannya menghadap Emir dan Aidil. "Kita perlu berhati-hati. Kita tak tahu apa yang menanti kita di dalam."

Aidil dan Emir mengangguk setuju, dan mereka bertiga mula memasuki gudang tersebut. Mereka bergerak dengan perlahan, memastikan setiap langkah mereka tidak mengeluarkan bunyi yang boleh didengari.

Setelah beberapa minit, mereka tiba di sebuah bilik yang kelihatan seperti tempat penyimpanan. Emir membuka pintu bilik itu dengan berhati-hati. Namun, bilik itu ternyata kosong. Hanya terdapat sebuah telefon bimbit di atas meja yang kelihatan.

Emir mengambil telefon bimbit itu dan membaca nota yang ditinggalkan.

I always one step ahead of you Mr. Zul.

Bersama-sama nota itu, terdapat juga gambar seorang gadis yang sedang bekerja sebagai cashier di KFC. Wajah gadis itu dikenali oleh Encik Zulkifli.

Mata Encik Zulkifli membuntang. "Ini anak perempuan saya. Ya Allah, mereka tahu tentang dia."

Wajah Encik Zulkifli penuh dengan kerisauan. Dia segera keluar dan menghubungi anaknya untuk memastikan keselamatannya.

Emir mencekak pinggangnya. Jelas terpancar sinar kekecewaan di wajahnya, tiada petunjuk langsung tentang keberadaan mereka yang hilang, dan kini lebih merisaukan ancaman semakin meluas.

Sementara itu, telefon Aidil berbunyi. Dia melihat sebuah mesej masuk, dan apabila dia membukanya, wajahnya berubah pucat.

"Siapa?" soal Emir apabila melihat perubahan wajah Aidil.

Emir mengambil telefon Aidil. Membuntang matanya melihat gambar itu. Dia segera memeluk Aidil yang ketara terganggu dengan mesej yang diterimanya itu.

"Adik aku Mir... Mana adik-adik aku? Allah," Aidil memicit dahinya.

"Kita kena kuat Dil, jangan biarkan diaorang mainkan perasaan kita. Kita kena kuat untuk Sofi dan Lana," pujuk Emir.

"Dengan abah aku yang entah kat mana. Kesian mama," suara Aidil bergetar.

"Guys! PI tadi dah balik. Kita tak nak balikkah?" Wafa masuk setelah menunggu mereka lama di kereta. Kedua-duanya angguk dan berjalan beriirngan keluar dari gudang itu.

"Oh tadi telefon awak asyik berdering aje. Adik awak call," sambung Wafa.

Emir cemas. Dia segera berlari menuju ke kereta. Telefonnya diambil terus sahaja menghubungi Elly. "Dik, anak-anak aku macam mana? Okay tak?"

"Rin dan Ayish baik-baik aje... " Elly teragak-agak hendak meneruskan bicaranya.

"Kenapa dik?" dari berdiri, Emir duduk.

"Yang tak okay, mama dengan papa. Angah ingat cakap kalau mama dengan papa tanya bagitahu aje hal sebenar," Elly menarik nafas dalam.

"Apa kau bagitahu dik?" Emir mengetap bibirnya.

"Hal sebenarlah," jawab Elly pendek.

"Habis tu kenapa papa dengan mama tak okay?" Emir binggung.

Terbeliak matanya saat otaknya dapat menghubungkan semua cerita adiknya. "Kau cerita apa dengan papa dan mama Elly?" suaranya tegas.

"Angah kata hal sebenar, aku ceritalah hal sebenar. Sekarang ni, mama dan papa suruh kau balik,"

"Elly!" suaranya semakin kuat.

"Aku suruh cerita pasal Sofi hilang. Bukannya pasal kisah lama kami," Emir mendengus.

"Sorry... Papa dan mama kata balik sekarang,"

Elly terus mematikan panggilan telefonnya. Emir memandang Aidil dengan Wafa dengan wajah tak percaya.

"Kau balik dululah, turunkan aje kami kat stesen minyak depan tu. Nanti kami naik grab aje," ujar Aidil diikuti anggukan Wafa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience