Bab 1

Romance Series 33080

"Akak... Tengok ni Usop ni. Dia kata boyfie Yam tak handsome. Dia ingat dia kacaklah tu,"

Gambar pelakon Korea Kim Jae Wook di telefon Maryam disuakan ke depan muka Sofia. Sofia meneliti gambar itu sesekali mengerling Yusoff di hadapannya. Yusoff mengusap dagunya sambil menjongketkan keningnya. Sofia mencebik bibirnya.

"Aku tak tahu bahagian mana lelaki rasa dengan buat mimik muka macam tu attractive?" Sofia mengerutkan hidungnya sambil mengeleng. Ledakan ketawa Maryam menyebabkan beberapa kepala berpusing ke arah mereka.

"Burn cik Usop Burn!" Maryam menepuk-nepuk bahu Sofia.

"Kau jangan... Kang tiba-tiba kita jadi suami isteri haa... Masa tu aku kentut pun wangi tahu...," Yusoff menepuk meja sambil tergelak kecil.

"Kau cari ajelah yang sepadan dengan kau Sop. Aku ni kan..." Ayat Sofia mati disitu. Genggaman tangan Maryam di lengannya kejap membuatkan pandangan mata Sofia teralih ke wajah Maryam.

"Akak, Yam rasa akak ni ada secret admirer. Sebenarnya dari tadi Yam perasan dia asyik perhatikan akak," bisik Yam.

Sofia menahan tawanya. Bukan Maryamlah kalau tak jadi drama queen. Kalau jadi pelakon boleh bergandingan dengan Erra Fazira lagaknya. Yusoff yang hendak menoleh ditegah Maryam. Berkerut wajah lelaki itu.

"Akak tak percaya? Sebentar ya. Satu... Dua... Haah! Tengok tu belum sampai tiga dia dah pandang akak,"

"Kau ni ada ajelah cik Mary. Mana secret admirer aku tu?" Sofia menelengkan kepalanya.

Sebaik sahaja mata Sofia bertaut dengan wajah itu. Sofia terus kaku tanpa suara. Yusoff perasan akan perubahan wajah Sofia. Dia segera menoleh.

"Mana satu?" pandangan mata Yusoff melilau.

Sofia terus berdiri dan mengajak kedua-duanya balik ke pejabat. Maryam dan Yusoff bertukar pandangan.

"Akak kenal ke mamat tu?" soal Maryam sambil menghidupkan enjin.

Sofia yang duduk di sebelahnya tidak menjawab. Yusoff bersuara mengulang soalan yang sama.

'Kenapa dia muncul? Aidil bagitahu dia ke yang aku dah balik? Aku tak nak jumpa dia! Aku tak nak!' Sofia mengenggam tangannya kuat. Dadanya terasa sesak. Terasa ingin dia menjerit saat itu juga.

"Kenapa tiba-tiba ajak kitaorang balik?" soal Yusoff lagi.

"Cik Pia!" serentak mereka bersuara mematikan lamunan Sofia.

"Apa?" membuntang mata Sofia memandang Maryam.

"Akak, Yam nak memandu ni jadi tak keruan tengok akak. Akak kenapa? Kenal tak lelaki tadi?" soal Maryam.

"Tak kenal. Tak ada apa-apa," Sofia mengaru dagunya.

"Eh, ada bos mesejlah. Kita ada mesyuarat CSR petang ni," Sofia menukar topik.

Sofia tidak berniat untuk membuka pekung di dada tentang kisah hidupnya dahulu. Biarlah rakan pejabatnya mengenali Sofia yang baru ini. Maryam memandang Yusoff dari cermin pandang belakang. Lelaki itu menjungkitkan bahunya. Perjalanan balik ke pejabat hanya ditemani lagu dari corong radio.

Sofia menekan-nekan dada telefonnya sambil berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Namun sebaik sahaja matanya bertaut dengan lelaki itu langkahnya terhenti. Yusoff yang sedang berjalan di belakang Sofia serta-merta mematikan langkahnya.

"Haa... Kenalkan librarian saya, Puan Sofia Irdina. Puan Sofia dah setahun pindah masuk kat sini selepas lapan tahun bekerja di Banting,"

Sofia senyum tipis. Kehadiran lelaki itu sahaja sudah cukup membuatkan Sofia tidak senang duduk. Riak wajahnya tampak tenang tetapi jantungnya berdetak sumbang. Yusoff memandang Sofia sekilas. Dia tahu itu lelaki yang sama di kedai makan tengah hari tadi.

"Tuan Emir?" Panggil Encik Samat.

Emir memandang Jeremy lalu mengangguk. Isyarat membenarkan dia memulakan pembentangan.

"Bangunan Library Hotel Kota Kinabalu sudah dua bulan siap dibina.Sekarang dalam proses memasukkan perabot. Saya hendak menjadikan hotel itu nanti sebagai hotel yang bertemakan perpustakaan. Saya meminta jasa baik tuan puan untuk membantu pihak ERSB merealisasikan impian kami.,"

"CSR kali ini berskala besar. Tetapi semuanya akan dimasukkan ke dalam SKT ya tuan puan," sampuk Encik Samat.

"Memandangkan hotel ini bertemakan perpustakaan, khidmat dan pengalaman Puan Sofia diperlukan. Puan Sofia boleh consult dengan team ERSB berkenaan dengan susun atur buku dan mungkin boleh membantu untuk memperkenalkan dengan Miss Clarice. Jangan lupa ajak sekali semua ahli Kelab Rakan Pustaka," terang Encik Samat.

Selesai mesyuarat, Sofia bergegas menuju ke surau. Pantas tangannya menghubungi nombor abangnya, Aidil.

"Kau bagitahu Emir ke aku kerja kat KKTS?" tanpa memberikan salam Sofia terus menyoal.

"Emir? Aku tak pernah cerita apa-apa pasal kau dengan dia," Aidil menjawab di hujung talian.

"Macam mana dia tahu aku kerja kat sini? Office aku buat CSR dengan syarikat dia,"Soal Sofia.

"Puan Sofia, untuk makluman puan KK ni tak besar mana ya. Pusing-pusing muka tu juga yang puan jumpa. Takkan ni pun aku yang salah?" Sengaja ditekan perkataan Puan itu. Geram sungguh dia dengan Sofia.

"If you lie to me I'm going to kill you!" Sofia menjerit kecil. Pantas dimatikan panggilan itu.

Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka pintu surau. Kepalanya hamper tersembam ke dada bidang Emir yang bediri di hadapan surau. Sofia terkejut dan berundur namun dek tersilap langkah dia hanpir terjatuh. Tindakan refleks Emir menarik tangan Sofia.

"Eh... Thank you," lekas-lekas dia menarik tangannya.

Sofia segera keluar. Sempat dia mengerling ke arah pintu. Ternyata dia tersalah masuk ke surau lelaki. Malu!

Usai solat, Emir masuk semula ke bilik mesyuarat untuk menjamu selera. Dia menarik kerusi kemudian duduk di tepi Sofia yang sedang leka berbual. Sebaik sahaja Sofia berpusing, dia terbatuk melihat Emir sedang duduk di sebelahnya. Emir dan Yusoff serentak menyuakan gelas kepada Sofia. Sofia mengambil air daripada tangan Yusoff dan meneguknya rakus.

"Kau pun macam ternampak hantu aje lagaknya," Suhaila menepuk-nepuk belakang Sofia sambil ketawa. Emir turut sama ketawa mendengar kata-kata Suhaila. Air yang tidak disambut Sofia tadi diminum habis. Matanya masih tidak lepas dari memandang Sofia.

"Maaf puan. Saya tak sangka muka saya menakutkan," Emir memandang Suhaila.

"Puan Sofia ni memang terkenal dengan perangai cepat terperanjat tuan,"

"Puan Su, ada panggilan," panggil Jia.

"Yusoff, bos nak jumpa," Jia memandang Yusoff yang dari tadi hanya menjadi pemerhati.

Sofia bingkas bangun apabila semua menapak keluar dari bilik mesyuarat namun Emir bertindak cepat dengan menarik kerusi Sofia sehingga wanita itu terduduk semula.

"Sorry Tuan Emir saya.. Saya kena ambil an..,"

"Tuan Emir?" Kening Emir hampir bertaut.

"Saya ada hal di luar. Nanti ada apa-apa Tuan Emir boleh hubungi saya di pejabat," Sofia menolak kasar kerusinya. Segera Emir mengalihkan tangannya.

"By the way, about Aidil. He didn't mention anything about you, it could be a coincidence that destiny has brought us together again,"

Sofia diam. Tangannya lincah mengemas pinggannya tanpa memandang Emir. Jantung Sofia berdegup kencang, Senyuman sinis lelaki itu seakan dia dapat mendengar bunyi detak jantung Sofia yang kencang.

"Maaf tuan, saya ada panggilan pula dari HQ tadi," Encik Samat dan Yusoff beriringan masuk ke bilik mesyuarat.

"Tak apa. Saya pun tak boleh lama ni. Saya ada urusan lagi kat LHKK. So, thank you so much. Nanti kita jumpa lagi," Mereka bersalaman.

"Puan saya balik dulu. Terima kasih jamuannya," Emir menghadiahkan senyuman manis pada Sofia.

"Assalamualaikum," lelaki itu memberi salam kemudian berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience