Bab 5

Romance Series 33080

Matanya tidak lepas memandang kalander di atas mejanya. Dia menarik nafas dalam. Baru tiga hari lepas Emir menyuruhnya menguruskan quotation tetapi pembantunya, Jeremy tidak henti-henti menghubungi pejabat untuk menanyakan perkembangan berkenaan proses pembelian buku itu.

Terbeliak matanya melihat jam di dashboard. Mengenangkan Hani dan Wafa yang menunggunya dia panik. Dua manusia yang paling menepati masa akan membebel sepanjang masa andai dibiarkan menunggu walaupun seminit.

Setibanya dia di restoran yang dijanjikan, dia lega kerana Hani tidak kelihatan di mana-mana. Baru hendak duduk, namanya diseru. Die menoleh. Hani dan Wafa melambai Sofia.

"Ingatkan kau belum sampai," Sofia tersenggih.

"Mak cik lupa ke? Dia ni pramugari memang kena tepati masa," usik Wafa.

Sofia merapatkan kedua telapak tangannya meminta maaf. Hani mencebikkan bibirnya.

"Aku memang dah nak gerak dah tadi tapi..." Sofia terus duduk di atas kerusi yang ditarik Hani.

"Jeremy asyik call pejabat nak tanya progress pembelian buku tu. Baru tiga hari bos dia bagi arahan kat aku. Tak reti sabar. Geram aku!" bebel Sofia.

"Maaf ya, Hani yang cantik," ucapnya sambil tersenyum.

Hani membalas senyuman Sofia. Mereka terus membuka menu yang tersedia. Sementara menunggu mereka berbual-bual kosong. Wafa dan Hani yang baru balik dari outstation mengorek rahsia dari Sofia berkenaan pertemuan dia dan Emir tempoh hari.

"Mana aci weh, Mia aje yang tahu. Ceritalah cepat," pujuk Hani. Tangan Sofia ditarik- tarik manja. Sofia menatap wajah kedua orang rakan baiknya itu silih berganti.

"Yalah... Yalah," Sofia membetulkan duduknya.

"Mula-mula aku bagi cadangan pasal hotel dia. Masa tu okay aje semua tak ada apa-apa. Dia dengar aje apa aku cakap,"

"Lepas tu aku cakap lagi, terpulang dengan dia. Aku bagi cadangan je. Tiba-tiba dia tolak pipi dia dengan lidah. Aku terus macam blur apa yang buat dia marah," sambung Sofia sambil menyuapkan makanan yang baru diletakkan dihadapannya.

"Marah? Macam mana kau tahu dia marah?" soal Hani.

"Dia kalau marah dia tak cakap apa-apa tapi dia tolak pipi dia guna lidah. Itulah indicator dia yang menunjukkan dia tengah marah," terang Sofia.

"Kau salah cakap apa-apa kot?" Soal Wafa pula. Sofia menjungkitkan bahu.

"Yang pasal kau orang bertengkar sebab move on tu pula apa?" Hani menyoal Sofia sambil tersenyum simpul.

"Yang tu paling buat aku sakit hati. Kau orang bayangkan dari cerita pasal green tea tiba-tiba dia tanya aku dah move on? Aku nak move on ke nak move out ke suka hati akulah. Betul tak?" Sofia mendengus kecil.

"Sekarang ni non-stop pula si Jeremy tu call aku. Aku nak marah pun tak boleh, dia pun ikut arahan je..." Sofia membersihkan bibirnya.

Wajah terkejut Hani dan Wafa ditatap lama. Dia melambai-lambaikan tangannya di depan muka mereka. Sofia menoleh ke belakang. Lelaki itu berdiri dibelakangnya dengan senyuman senget. Tangannya segera dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Telefon bimbitnya disuakan ke muka Sofia.

Sofia memandang telefon itu kemudian memandang semula ke arah lelaki itu. Keliru! Dia menoleh semula ke arah Hani dan Wafa. Kedua-dua kawan baiknya itu sedang mengetap bibir menahan senyum. Lelaki itu berdehem menarik perhatian Sofia.

"Give me your number," lelaki itu tanpa dijemput terus duduk di sebelah Sofia. Matanya yang redup menjamah wajah Sofia.

Sofia terus melarikan matanya. Dia tidak betah memandang lelaki itu lama. Sekali lagi telefonnya disuakan di depan Sofia.

"Your number, please. Come on Sofi," Emir mengulum senyuman tipis.

"Emm... Kalau ada apa-apa tuan call pejabat je. Nanti kaunter sambungkan ke bilik saya," jawab Sofia. Rambutnya ikalnya diselitkan ke telinga.

"No. I want your number. Lepas ni Jeremy tak akan contact awak dah. Saya yang akan hubungi awak terus," Emir menjawab tegas nadanya

"Tapi tuan, kalau pasal kerja ni tuan terus saja..."

"Sampai bila awak nak panggil saya tuan? Kita bukan kat pejabat awak," ucapnya mendatar.

"Kita kat luar, panggil saja nama saya. Tak perlu bertuan-tuan dengan saya," sambung Emir lagi.

"Tuan... Saya minta..."

"Awak kata awak tak tahu kenapa saya tiba-tiba marahkan?" Emir menongkat pipinya.

"Let me tell you why," Emir bersandar sambil memeluk tubuh.

"Saya marah sebab saya tak suka awak panggil saya tuan. Tapi tak apa! Kalau kat pejabat awak nak panggil saya tuan," Emir mencebik.

"Saya boleh bertolak ansur tapi kat luar ni. No! Call me Emir like you always did before," sambung Emir tanpa mengalihkan pandangan matanya.

Sofia terkebil-kebil memandang Emir. Seakan tidak percaya mendengar permintaan Emir.

"Your number please," Emir mengoyang-goyangkan telefonnya di hadapan Sofia.

Sofia memandang kedua-dua sahabatnya dengan harapan mereka akan membantu. Ternyata mereka lebih suka menjadi penonton.

"Okay tak apa kalau tak nak bagi," Emir berdiri.

Dia membetulkan bajunya. "Saya minta dengan bos awak nanti. Boleh cerita sikit background story kita," Emir memasukkan telefonnya ke dalam poket.

"Wait" Sofia memejamkan matanya.

Hani dan Wafa saling menyiku. Wafa hanya tersenyum melihat wajah puas hati Emir. Wajah masam Sofia dikerling sekilas. Selepas Sofia memasukkan nombornya telefon Sofia bordering.

Emir menundukkan badannya selaras dengan wajah Sofia "Save my number. I will call you later," separuh berbisik.

"Enjoy your lunch. See you when I see you," Emir melemparkan segaris senyuman manis ke arah Hani dan Wafa.

"Begitu besar KK ni kat sini juga dia nak makan," gumam Sofia.

Hani dan Wafa terus menyuapkan makanan mereka tak sanggup memandang sinaran api memancar dari mata Sofia.

"You!" matanya dikecilkan.

"Apa? Aku tak buat apa pun," Wafa ketap bibir

Sofia menghela nafas berat. Wajahnya yang terasa berbahang tadi ditekup lama. Serasa hati hendak menjerit saat itu. Hani menarik tangannya. Wafa yang dari tadi menahan tawa akhirnya berdekah ketawa.

"You are supposed to be the mom of our group Fa,"

"Maksudnya?" soal Wafa sambil menyedut teh aisnya. Keliru dengan kata-kata Sofia.

"Protect me! Dia dah ada tunang Wafa Aina," mata Sofia mencerlung.

"So? Dia kata nak contact kau atas dasar kerja aje kan? Bukannya dia ajak kau get back pun. Betul tak Ni?" ujar Wafa menyiku Hani. Hani segera mengangguk serupa burung belatuk gayanya.

Ada kebenaran kata-kata Wafa itu. Seingat Sofia lelaki itu tidak menyebut hendak menghubungi dia berkenaan perihal peribadi.

"Aku ada soalan bonus. Kalau aku tanya kau jawab dengan tenang tau. Jangan marah-marah," Hani senyum nakal.

"Do you still love him?"

Sofia segera menoleh ke arah meja Emir dan mereka hanya dipisahkan dua meja bulat. Kalau luahan dia pasal Jeremy didengari Emir apatah lagi soalan bonus Hani ini.

"Kau gila ke? Apa soalan kau ni?"Sofia mengawal tona suaranya.

"Aku pun teringin nak tahu."ucap Wafa mendekati Sofia.

"Tak ada maknanya. Aku dah move on. End of story,"Sofia sengaja menguatkan suaranya.

"Dah... Jom makan! Aku lapar. Aku kena balik pejabat awal sikit. Banyak kerja nak kena siapkan,"Sofia menyuap makanannya ke dalam mulut tanpa mengendahkan kedua sahabatnya itu.

"Wei, perlahan sikit makan tu. Aku risau aje kau tercekik,"tegur Wafa.

"Ala, nak takut apa. Ada tu haah," Hani memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Emir,

Sofia memukul lengannya kuat sehingga dia terjerit kesakitan. Wafa menekup mulutnya menahan tawa. Wajah merah padam Sofia menghiburkan hatinya.

Emir yang kebetulan memandang ke arah tiga sahabat itu tersenyum kecil. Hatinya berbunga apabila berjaya mendapatkan nombor telefon wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience