Bab 31

Romance Series 33080

Aidil sedang sibuk menyiapkan kerjanya apabila telefon bimbitnya berdering. Nama Khaleel tertera pada skrin.

"Aidil, kau cakap dengan adik kau, berhenti menggatal dengan lelaki lain!" suara Khaleel kedengaran tegas dan marah.

Aidil kebingungan. "Apa kau cakap ni? Aku tak masuk campur hal rumah tangga kau. Lagipun, Lana tak pernah dengar pun nasihat aku"

Khaleel menghela nafas panjang, kedengaran semakin tidak sabar. "Bukan Lana, Aidil. Sofia. Aku suruh kau cakap dengan Sofia supaya jangan menggatal."

Aidil ketawa kecil. "Yang kau nak memandai atur kehidupan Sofia ni kenapa? Kau siapa?"

"Kau tanya aku siapa? Aku ni bakal suami dia. Abah kau dah setuju pun," Khaleel menjawab dengan nada bangga.

"Sekejap, aku ada dua soalan. First, yang kau nak kahwin tu Sofia atau abah aku? Second, kau ni tahu hukumkah?"

"Ada pun ada soalan untuk kau. Kau ni bodohkah nak ingkar perintah abah kau? Bukan kau dengan Sofia takut dengan diakah?"ejek Khaleel.

"Kau tak payah nak cakap banyak. Kau ingatkan bakal isteri aku tu, jangan menggatal dengan sesiapa lagi!"

tut..tut..tut.. panggilan dimatikan. Aidil mengeleng kepalanya. Baru hendak menyambung kerja, dia terdengar suara panik Sofia.

"Aidil! Aku tak dapat call Alvin. Kereta aku ada dengan dia. Tolong cek GPS kereta tu!"

Aidil mencekak pinggangnya. "Bawa bertenang Soif, mari kita cek GPS kereta kau." Namun, setelah beberapa minit mencari, GPS kereta itu tidak dijumpai.

Aidil memandang Sofia dengan muka penuh tanda tanya. "Okay, calm down. Nampaknya GPS tu tak dapat trace. Sekejap, apa berlaku ni? Alvin kat mana?"

Sofia menghela nafas berat, tapi menurut kata abangnya dan duduk untuk berehat. DIa menceritakan pada Aidil detik pertemuan dia, Khaleel dan Alvin. Tahulah Aidil saat ini, punca panggilan Khaleel sebentar tadi.

Keesokan harinya, Sofia pergi ke pejabat seperti biasa, tetapi hati kecilnya masih risau tentang Alvin. Setibanya di pejabat, Akmal memaklumkan padanya bahawa Alvin tidak hadir.

"Tadi, mama dia call bagitahu ada kecemasan so dia ambil cuti hari nidan esok,"terang Akmal. Sofia angguk.

"Cik Pia! ada orang nak jumpa kau di lobi," suara Yusoff memecahkan lamunannya. Sofia turun ke lobi dengan persoalan. Setibanya di sana, dia melihat Khaleel menunggu.

"Khaleel, apa awak buat di sini?" Sofia cuba melarikan diri, tetapi Khaleel menggenggam tangannya dengan kuat dan memaksanya masuk ke dalam kereta.

"Kalau awak tak ikut saya, sesuatu akan terjadi pada Alvin," ugut Khaleel.

Sofia terus sahaja masuk ke dalam perut kereta. Khaleel mengambil telefon bimbit Sofia.

"Awak nak buat apa ni?" Sofia memegang telefonnya dengan dua tangan.

Khaleel hanya tersenyum sinis. "Come on baby. I need your new number,"

Khaleel merentap telefon bimbit Sofia dan mendail nombornya. "Senangkan?" telefon bimbit itu bertukar tangan.

Selepas berada di atas jalan hampir 30 minit, kereta diberhentikan di hadapan butik pengantin. Khaleel keluar dari perut kereta terus masuk tanpa menoleh ke belakang. Mata Sofia melilau seakan tidak percaya apa yang berada dia hadapannya. Lebih mengejutkan apabila pandangan mata Sofia dan pemandu bertaut.

"Lana?" sepotong nama itu terbit dari bibir Sofia.

Sofia terkejut melihat mata Lana lebam. "Lana, kenapa ni? Dia pukul kau?"

Alana memandang Sofia dengan tajam. "Ini semua salah kau, Sofia. Kalau kau tak menggatal dengan lelaki lain, semua ini tak akan terjadi."

Khaleel keluar semula dan menarik Sofia masuk ke dalam butik itu. "Kita ada banyak tempat untuk pergi hari ini," katanya cuba menahan geram.

Mereka masuk ke dalam butik itu, terdapat empat pasang baju disuakan ke hadapan Sofia. Khaleel memaksa Sofia untuk mencuba kesemua baju nikah.

"Kau tak pernah pakai baju nikah, kan? Dulu kau kena tangkap khalwat dengan Emir, kahwin koboi aje"ejek Khaleel.

Sofia menggigit bibir menahan marah. Selepas mencuba baju nikah, Khaleel membawa Sofia ke kedai emas pula untuk memilih cincin. Alana hanya membontoti mereka dengan kaca mata hitam, tetapi Sofia dapat melihat jelas yang Alana menangis.

Khaleel meraih tangan kanan Alana kemudian cincin yang dipilihnya dibandingkan dengan cincin kahwin Alana.

"Buka ni,"arah Khaleel.

Alana teragak-agak membuka cincin di jari manisnya. Dengan kasar, Khalel menarik cincin itu lalu dia memegang tangan Sofia hendak menyarungkan cincin itu di jari manis Sofia.

"Awak ni mental,kan? Ini cincin kahwin awak dengan Lana, tahu tak?!" cincin itu diserahkan semula pada Alana.

"Oh... Sorry. Betul juga, cincin dia takkan nak awak yang guna pula. Tak apalah, kita ambil size jari awak ajelah. Nanti saya order dari Singapore. Cincin ni beli kat sana dulu,"Khaleel ketawa.

Setelah semua selesai, Sofia dihantar balik ke pejabat. Sebelum turun dari kereta, Sofia memegang tangan Alana. "Jumpa nanti,"

Alana tidak menjawab. Dalam tangannya, Sofia selitkan nota nombor telefonnya dengan nota 'call me if you need help,

Sofia memandang Alana dengan penuh harapan. "Í promise, I will help you," bisik Sofia sebelum Khaleel menariknya keluar dari kereta dan menghantarnya naik ke pejabat. Mata Sofia masih tertumpu pada Alana yang duduk diam di dalam kereta.

Usai itu, Khaleel menyuruh Alana untuk memandu balik. Dalam perjalanan, Alana hanya diam membisu, air matanya terus mengalir tanpa henti. Sampai di rumah, Khaleel menarik Alana masuk ke dalam pelukannya.

"Syhhh... I will always love you, sayang. I promise," tangan kiri Khaleel mengusap lembut rambut Alana. Alana menangis di dada Khaleel semahu-mahunya.

Khaleel tiba-tiba menolak Alana dengan kuat dan melemparkan cebisan nota yang diserahkan oleh Sofia tadi di hadapan muka Alana. "Apa ni?" Khaleel memicit kedua belah pipi Alana,

"I tak tahu. I'm sorry, please. I'm sorry," Alana merayu sambil menangis teresak-esak.

Namun, Khaleel tidak menunjukkan belas kasihan. Dia memukul Alana tanpa henti, melepaskan segala amarahnya. Jeritan Alana tidak diendahkan Khaleel. Selepas berpuas hati, Khaleel membiarkan Alana berbaring di atas lantai.

"Ya Allah, tariklah nyawaku. Aku penat,"rayunya dalam tangisan.

Dengan tenaga yang dikumpul, dia segera masuk ke dalam bilik air. Dia terus membashakan badannya dan menangis tanpa suara.

"Sayang..."ketukan lembut di pintu dengan suara Khaleel di luar mengejutkan Alana.

"Can I come in?"

Tanpa menanti jawapan Khaleel, dia terus membuka pintu bilik air. Dia mendekati Alana lalu diangkat isterinya keluar dari bilik air.

Khaleel menukarkan pakaian Alana. "I minta maaf, sayang. You know how much I love you, right?" Khaleel berkata sambil mengeringkan rambut Alana

Dia mengambil ubat lalu disapukan ke bibir Alana. "Kalau you ikut cakap I, semua ni tak akan terjadi. I janji I tak akan pukul you lagi,

Alana tersenyum lemah, cuba meyakinkan dirinya bahawa semuanya akan baik-baik saja. Khaleel mengucup dahinya dengan lembut. "Malam ni, best friend I dari Singapore akan datang. you need to get ready, baby..."

Air mata Alana kembali mengalir, tetapi dia hanya mengangguk. Alana bersiap dengan hati yang berat. Dia tahu apa yang bakal terjadi dan dia tidak berdaya untuk mengubahnya. Ketika loceng pintu berbunyi, Alana hampir tidak dapat bergerak, tetapi dia tahu dia tidak punya pilihan selain mengikut arahan Khaleel.

Khaleel membuka pintu dan menyambut kedatangan kawan baiknya dari Singapura, Zakir dan isterinya, Maya. Senyuman lebar terukir di wajah Khaleel, tetapi Alana hanya dapat melihat kegelapan di balik senyuman itu.

"Lana sayang, ini Zakir dan Maya," Khaleel memperkenalkan mereka dengan nada yang penuh dengan kepura-puraan.

"Mereka datang jauh dari Singapura untuk melawat kita. I harap you boleh buat mereka rasa selesa."

Alana tersenyum lemah, berusaha untuk menyembunyikan ketakutannya. "Welcome," katanya dengan suara yang hampir bergetar.

Malam itu, mereka berbual dan makan malam bersama. Namun, di sebalik perbualan yang mesra, ada sesuatu yang tak tercapai dek akal. Alana tahu bahawa Zakir dan Maya bukan sekadar teman biasa. Mereka adalah sebahagian daripada kelab "swinger" yang Khaleel sertai semasa menetap di Singapura dulu.

Selepas makan malam, Khaleel membawa mereka semua ke ruang tamu. Alana duduk di sebelah Khaleel, cuba mengawal rasa takut yang semakin menggigit hatinya. "Don't be nervous, we've done this a million times, baby." Khaleel berbisik di telinganya. "Kita hanya nak berseronok malam ini."

Alana menelan air liur, berusaha menenangkan diri. Dia tahu apa yang bakal terjadi, dan walaupun hatinya penuh dengan rasa takut dan kebencian, dia tidak punya pilihan. Malam itu akan menjadi satu lagi malam yang penuh dengan penderitaan, namun dia harus bertahan demi keselamatannya.

Selepas Zakir dan Maya pulang keesokan harinya, Alana duduk di bilik tidur sambil merenung ke luar tingkap dengan pandangan mata yang kosong. Khaleel masuk ke dalam bilik dan mendekatinya.

"Terima kasih sebab jadi isteri yang baik malam tadi," Khaleel berkata dengan nada yang sinis, sambil mengusap rambut Alana.

""I know this isn't easy, but we got to do what we got to do." Khaleel mengoles lembut pipi Alana lalu meletakkan sampul berwarna merah di atas paha Alana.

"Kenapa kita masih buat benda ni? Dulu, you kata sebab duit. Sekarang, you dah dapat harta ayah you,"soal Alana.

Khaleel ketawa kecil. "For pleasure my dear," lalu meninggalkan wanita itu sendirian.

Alana hanya mendiamkan dirinya, tidak mampu bersuara. Air mata mengalir di pipinya, namun lekas-lekas dikesat. Dia menyedari, dalam dunia yang gelap ini, air mata tidak akan mengubah apa-apa. Dia hanya berharap, satu hari nanti, dia akan menemukan jalan keluar dari neraka ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience