Bab 26

Romance Series 33080

Sofia terjaga dari tidur dengan perasaan keliru dan cemas. Dia melihat Wafa dan Hani berdiri di hadapannya dengan wajah penuh kebimbangan.

Dengan nada risau, Wafa bertanya. "Sofi, kenapa kau tidur depan pintu? Apa yang berlaku?"

Hani menghulurkan tangannya untuk membantu Sofia bangun. "Kau okey tak ni? Kau nampak pucat,"

Sofia mengangkat kepalanya perlahan-lahan, mengingat kembali peristiwa malam tadi.

"Ada orang masuk rumah kita malam tadi," katanya sambil mengutip beberapa cebisan kertas yang berselerak di lantai.

"Aku rasa dia cari sesuatu."

Dengan wajah terkejut Wafa memandang Sofia. "Apa? Macam mana kau tahu?"

Sofia menggenggam kertas di tangannya. Malam tadi, semasa dia berada di depan pintu rumah dia terdengar bunyi seperti seseorang mengeledah rumah mereka. Husnuzon, dia terus menapak masuk ka dalam rumah. Tiba-tiba sahaja ada seaeorang yang menutup mulutnya.

"Anak aku!" Seperti disimbah air sejuk, dia belari naik ke atas. Anak-anaknya masih tidur nyenyak. Dia mengusap dadanya.

"Cuba periksa kalau ada apa-apa yang hilang," Sofia berkata selepas dia turun dari atas.

Mereka meneliti satu-persatu barang-barang dalam rumah.

"Macam tak ada apa-apa yang hilang pun," Hani mencekak pinggangnya.

"Ha'ah... Semua ada aje. Apa yang dia cari?" Sofia mengaru kepalanya.

Mata Sofia tiba-tiba tertancap pada komputer ribanya. Pandangannya dikalihkan ke arah Wafa dan Hani.

"Kamu guna laptop akukah?" Soalnya. Kedua-dua sahabatnya mengeleng hampir serentak.

Sofia bergegas melihat isi komputer ribanya. "Semua fail bukti pasal abah aku kena padam," suara Sofia bergetar menahan tangis.

Mereka berdua mendekati Sofia. Dengan nada panik Hani berkata. "Apa kita nak buat sekarang?"

Sofia bergegas mencapai telefon. Segera dia menghubungi Aidil. Hanya Aidil sahaja yang ada salinan semua bukti itu.

"Kenapa tak jawab ni? Dah pergi kerjakah?" Gumam Sofia.

Kali ini, dia mencuba mendail nombor Mia. Sama! Tidak ada jawapan. Dia semakin cemas dan memutuskan untuk pergi ke rumah Aidil. Wafa dan Hani ikut bersama.

Sebaik sahaja berada di hadapan rumah Aidil, mereka mengetuk pintu berkali-kali tetapi tiada siapa yang membuka. Kereta mereka masih berparkir di garaj.

"Dil! Mia! Aku masuk ya?" Sofia mengambil kunci rumah Aidil yang berada dalam simpanannya.

"Ya Allah! Dil! Mia" tergamam mereka melihat Aidil dan Mia terikat di atas kerusi. Mereka segera membebaskan mereka berdua.

Aidil dengan suara serak berdehem beberapa kali. "Laptop aku kena curi Sofi,"

Sofia terduduk. "Folder aku dah kena delete,"

"Kita mesti buat laporan polis sekarang. Ini dah melampau. Tak ada lain, memang kerja abah," Aidil memeluk Mia yang ternyata masih dalam ketakutan.

Mereka bersetuju dan bersiap untuk pergi ke balai polis. Tiba-tiba, Emir muncul di depan pintu selepas mendengar kekecohan yang berlaku.

Emir meluru ke arah Sofia dengan wajah penuh kebimbangan. "Sofi, awak okey tak? Apa yang berlaku?" Emir mengelilingi Sofia dengan cemas.

Sofia tersenyum kecil melihat reaksi Emir. "Saya okey, Emir. Awak tak perlu risau sangat,"

Emir terus memeriksa Sofia dari kepala ke kaki. "You sure? Awak tak cedera? Awak perlukan apa-apa? Saya boleh bawa awak ke hospital kalau perlu.

Sofia ketawa kecil. "Emir, saya betul-betul okey. Terima kasih sebab risaukan saya. Kita kena selesaikan masalah ini dulu.

Emir memandang Sofia dengan mata yang masih risau. "Baiklah, tapi saya nak ikut awak,"

Mereka semua bergerak menuju ke balai polis untuk membuat laporan. Farish dan Irina yang masih tidur dikejutkan.

Di balai polis, Sofia, Aidil, Wafa, Hani, Mia, dan Emir sedang menunggu giliran mereka untuk membuat laporan. Suasana agak tegang tetapi mereka cuba untuk tenang.

Ketika mereka sedang menunggu, Alvin tiba-tiba muncul di pintu balai polis. Dia segera mencari Sofia dengan wajah cemas.

Alvin meluru ke arah Sofia. "Sofia, awak okey tak? Saya dengar apa yang berlaku,"

Sofia tersenyum nipis. "Saya okey, Alvin. Terima kasih sebab datang,"

Alvin mengusap bahu Sofia dengan lembut. "Saya risaukan awak, Sofia. Apa kata awak pindah aje rumah,"

Emir memandang mereka dengan pandangan tajam, hatinya bergetar melihat Alvin begitu mesra dengan Sofia. Dia cuba menahan perasaannya.

Emir berdehem. " Sofia, kalau ada apa-apa yang awak perlukan, saya ada di sini,"

Sofia mengangguk, tetapi dia dapat merasakan ketegangan antara Emir dan Alvin. Dia berharap mereka berdua tidak akan memulakan pertengkaran di balai polis.

Dengan nada tenang, Sofia berterima kasih kepada kedua-dua mereka.

Alvin memandang Emir dengan penuh tanda tanya. Matanya melorot atas bawa. "Awak selalu ada di mana-mana. Apa yang awak harapkan dari Sofia?"

Emir senyum nipis sambil menjawab. "Saya cuma risaukan Sofia dan anak-anak kami. Yang awak marah sangat ni kenapa?"

"Anak-anak awak? Awak fikir awak boleh begitu saja masuk dalam hidup Sofia dan anak-anak selepas semua yang berlaku?" Dengan nada kasar Alvin menjawab.

Emir menarik nafas dalam-dalam, cuba menahan dirinya daripada meletup.

" Saya di sini untuk pastikan Sofia selamat. Itu saja yang penting sekarang," Emir berkata. Tenang tetapi tegas.

Sofia segera berdiri di antara mereka. "Cukup! Kita semua di sini untuk satu tujuan yang sama. Please stop!"

Emir tunduk memegang dahinya. "Sorry,"

Alvin menghela nafasnya . "Maaf, Sofia. Saya tak patut biarkan emosi mengawal saya,"

Sofia memandang kedua-duanya. "Sekarang, boleh tak bagi saya fokus untuk selesaikan masalah ini? Saya kena pastikan bukti tentang abah saya tak hilang begitu aje,"

Walaupun ketegangan dan cemburu antara mereka masih jelas terasa. Sofia berharap mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat dan kembali kepada kehidupan normal mereka.

Sofia meninggalkan mereka. Sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Wafa. Wanita itu terus menyiku Sofia.

"Best tak?" Usik Wafa.

"Apa yang best?" Dahi Sofia berkerut.

"Direbutkan dua jejaka tampan," Wafa mengetap bibirnya menahan senyum.

"Serabut aje. Aku tengah stress, boleh pula bergaduh," Sofia mengeleng.

"Plus, Emir cuma risaukan anak-anak kami. Dia bukannya nak aku ke apa," tambah Sofia.

"Eleh, iyalah tu. Tengok pun tahulah, Emir tu cemburukan boyfriend baru kau tu,"

"Betullah. Semalam dia bagitahu aku dia dan tunangnya dah mula menguruskan majlis perkahwinan diorang,"

Wafa meneliti riak wajah Sofia.

"Kau tengok apa? Ada something kat muka aku?" Sofia memegang mukanya.

"Kau tak rasa apa-apa?" tanya Wafa. Sofia mengeleng.

"Nil! Aku dah tak rasa apa-apa," Sofia membulatkan jarinya membentuk kosong.

"Saya tunggu awak kat kereta ya," Emir menguis bahu Sofia. Sofia angguk.

"Awak nak turun?" Soal Emir pada Hani yang menjaga anak-anaknya. Hani angguk.

"Awak turunlah. Saya jaga Ayish dan Rin," Emir masuk ke dalam perut kereta.

Di sebalik semuanya, Emir tetap merasakan hatinya tidak tenang melihat Alvin begitu dekat dengan Sofia, namun dia cuba menyembunyikan perasaan itu demi kebaikan semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience