Bab 3

Romance Series 33080

Gd Morning Sofia. Petang ni around 2pm Tn.Emir nak jumpa

Rasa gelisahnya menjamah hati. Dadanya terasa sempit. Bibit-bibit lampau tidak henti-henti menghantui otak Sofia selepas menerima mesej whatsapp dari Encik Samat pagi tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 1.50 petang dia masih bertelekung di dalam surau. Tidak putus-putus doanya agar lelaki itu membatalkan perjumpaan petang ini.

Bunyi ketukan pintu surau mengejutkan Sofia. "Madam, ada orang nak jumpa," suara itu cukup dikenalinya..

Jantungnya bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya. Sebelum memulas tombol pintu, dia menarik nafas dalam. Detak jantungnya sedikit reda apabila kelibat lelaki itu tiada.

"Okay, nak bincang pasal apa tu ya?" Sofia berkata selepas menjemput Jeremy duduk.

Jeremy meletakkan beberapa dokumen di atas meja Sofia. Kertas itu mengandungi susun atur lengkap LHKK itu. Sofia meneliti satu-persatu dokumen itu.

"Saya ada cadang..." ayat Sofia putus.

Jeremy yang duduk di hadapannya tadi kini bertukar orang. Emir memeluk tubuh dengan wajah tanpa sebarang ekspresi.

"Alright. I'm all ears," suaranya mendatar.

Sofia berdehem. Dia meletakkan dokumen tadi di atas meja tangan kirinya mencapai pensil dari lacinya.

"So, picture this the lobby's chill, and you've got this cool garden upstairs. I think each of the ten guest floors could represent one of the ten categories from the DDC. And on each of those sixty rooms, we deck them out with 50 to 150 books, all digging into cool topics within those categories. How does that sound?"

"DDC is?" kening Emir bertaut.

"Er... DDC ni pengelasan perpuluhan Dewey. Memang digunakan perpustakaan untuk pengelasan bahan perpustakaan. Macam ni," Sofia menunjukkan pengelasan bahan yang dimaksudkannya pada Emir.

Sofia terdiam apabila dia menyedari Emir kaku memandangnya. Lebih mengejutkan lelaki itu tersenyum ke arahnya. Dia melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Emir.

"Tuan?"Sofia menepuk mejanya perlahan.

"Good idea," Emir mengalihkan pandangannya. Pensil yang dipegang Sofia ditariknya lalu mulai menulis di atas kertas tadi.

"Terpulang dengan tuan jugalah. Saya cuma bagi cadangan," Sofia tersenyum kekok.

"Berkenaan buku pula, pihak tuan boleh hubungi Zenithway Sdn Bhd untuk mendapatkan quotation. Senaraikan saja tajuk-tajuk buku yang tuan nak," terang Sofia.

Emir menghela nafas dalam. Dia menolak-nolak pipinya dengan lidahnya. Wajah itu bertukar beku. Senyuman nipis yang terbit sebentar tadi sekelip mata hilang. Sofia melaga-lagakan kukunya keresahan.

"Saya nak awak yang sediakan senarai buku itu. Saya bagi masa dalam minggu ini. Kalau quotation dah ada awak terus sahaja maklumkan pada saya," Emir mengetuk-getuk jarinya di atas meja.

Pandangan mata Sofia tidak berganjak dari wajah dingin Emir. Dalam kepalanya dia sudah berulang kali mengetuk kepala lelaki itu. Permintaannya yang mahukan buku sebanyak enam ribu amat mustahil untuk disiapkan dalam minggu ini.

"Staf saya semua sibuk minggu ini,"Emir berdiri membetulkan bajunya hendak menapak keluar dari pejabat Sofia.

'Sibuk staf kau aje kau fikir. Aku ni tak sibuk ke?' getus Sofia dalam hati.

Assalamualaikum, madam!" suara Sirhan memecahkan kesunyian.

"Eh minta maaf sir. Saya ingatkan tak ada orang,"Sirhan menundukkan sedikit badannya.

Sirhan memahami pandangan mata Sofia. Dia terus meletakkan segelas teh hijau ais dan waffle di atas meja Sofia.

"Madam, Sir Alvin suruh hantarkan. Dia pesan supaya madam makan," Sirhan berbisik tanpa mengendahkan kehadiran Emir.

"Tapi... Madam minum ke ni? Bukan..,"

"Bukan awak tak suka green tea ke?" sampuk Emir. Serentak Sofia dan Sirhan menoleh.

Emir tidak memandang mereka malahan matanya tertancap fokus di dada telefonnya. Dahi Sirhan bekerut. Emir memasukkan telefonnya di dalam poket.

"Awak pun tahu madam awak ni tak minum green tea. Siapa yang belikan ni? Nak mengorat pun tsk reti," Emir mengeleng kepalanya.

"Itulah Sir. Baru nak cakap dengan madam tadi. Dulu saya pernah belikan madam green tea tapi madam tak suka," Sirhan menjawab.

"Sirhan, dah...dah... Saya busy ni," Sofia mengangkat tangannya meminta Sirhan untuk berhenti bersuara. Dengan sengihan Sirhan lekas-lekas keluar dari pejabat Sofia.

"Kat mana tadi?" Sofia membetulkan duduknya.

"I was just asking you. Don't you dislike green tea?"

Sofia menghela nafas panjang. Emir memandangnya menanti jawapan. Sofia cuba mengawal riak wajahnya.

"People change. Mungkin dulu saya tak suka tapi sekarang saya suka," jawab Sofia acuh tak acuh.

"Boleh kita teruskan perbincangan kita?" sambung Sofia.

"Agree. Orang berubah tetapi kenangan tidak," Jawab Emir. Soalan Sofia tidak diendahkannya.

"Perubahan tu kita tak dapat nak elak. Kadang-kadang untuk berubah, kita kena cut off semua orang di sekeliling kita. Awak setuju yang tu?" Emir tersenyum sinis.

"It depends on various factors, including your emotional well-being, the nature of the relationship, and your ability to move on," Sofia mengawal nada suaranya. Berombak dadanya menahan marah.

"So, you telling me you've moved on?" Mata Emir merenung tajam ke anak mata Sofia.

"Answer me Sofia. You moved on?" ulang Emir.

"You moved on so why should I stay idle?" Sofia terus berdiri meninggalkan Emir.

Emir menghentak meja. Cetusan kata-kata Sofia menusuk ke hatinya. Dia mencekak pinggangnya.

Jeremy perasan wajah tegang Emir sebaik sahaja masuk ke dalam kereta sebentar tadi. Emir mengeluh berat. Suara Sofia terngiang-ngiang di telinganya.

'You moved on so why should I stay idle?'

Bertemu semula dengan Sofia adalah doanya setiap kali solat. Emir tidak henti membayangkan akan pertemuannya dengan Sofia dan dia nekad untuk meluahkan segala isi hatinya pada wanita itu. Namun, semuanya tidak berjalan mengikut kemahuannya. Dia membuka butang lengan bajunya. Dia meraup mukanya kasar.

"Terus ke white rose's cottage," pendek arahannya.

Keadaan luaran rumah yang bersih lebih menonjol berbanding dengan latar belakang yang subur dengan pokok-pokok. Rumah itu mengekspresikan suasana ketenteraman, dindingnya yang dicat putih bersinar lembut di bawah cahaya matahari.

Jeremy yang sudah hampir 10 tahun bekerja dengan Emir sudah sedia maklum sekiranya rumah ini destinasi yang dituju Emir. Sudah tentu ada sesuatu yang menganggunya dan menyebabkan dia mengingati masa lalunya.

Emir melangkah longlai masuk ke dalam rumah bangle dua tingkat itu. Terus sahaja dia merebahkan tubuhnya di atas sofa. Pandangan Jeremy tidak diendahkannnya. Air sejuk yang diletakkan di hadapanya hanya dipandang kosong.

"I wish she would cheat on me. Smash my heart to pieces. I wish I had a reason to hate her," ada getar dalam suara Emir.

"Tapi nak benci macam mana? Dia tak buat apa-apa pun," Emir mendengus kasar

Jeremy melabuhkan punggung di Sofa. Matanya tunak memandang Emir cuba menilik riak wajah lelaki itu.

"Awak balik aje dulu. Saya nak rehat sekejap," Emir bersuara dengan tangan di dahinya.

"Bos tak okey ni. Macam mana saya nak balik?" soal Jeremy.

"Dah lama tak tengok bos macam ni," komen Jeremy.

"Dah lama tak ingat ex-wife saya tu," jawab Emir pendek.

Jeremy perasan beberapa titik air mata mulai membasahi pipi Emir. Dia semakin galau. Sungguh dia tidak menyangka kehadiran wanita itu mampu mencairkan seorang lelaki yang sering disifatkan semua pekerjanya sebagai dingin dan beku.

"Bos nak saya buat apa-apa? Nak siasat ke apa ke?"

Emir memicit-micit dahinya. Keluhan berat terbit dari bibirnya. Pipinya diseka kasar. Dia berdiri membuang pandangannya ke luar jendela. Dia berpeluk tubuh sambil menolak dalam pipinya dengan hujung lidah.

"Bos?" panggil Jeremy.

Emir mengeleng. "Awak balik dulu. I need time to think," 

Tanpa menjawab Jeremy terus meninggalkan rumah agam itu. Dari cermin pandang belakang, dia melihat Emir berdiri kaku di tingkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience