Bab 2

Romance Series 33080

"Degupan jantung laju tak?" soal Hani tersengih seperti kerang busuk. Kepalanya dilentokkan ke bahu Sofia.

"Abang, sayang rindu!" Wafa menarik kepala Hani ke dadanya.

"Abang pun rindukan sayang. Rindu sangat," mereka berpelukan.

Tidak sampai sesaat, Sofia menerjah ke arah Hani dan Wafa.

"Fa!" Hani menjerit memanggil nama Wafa. Dia cuba menolak Sofia yang sedang ligat melakukan cubaan "membunuh'. 

Mia mengeleng kepala melihat gelagat kedua-duanya. Dalam gelak, dia menarik Sofia daripada terus menekup muka Hani.

"Lepas ni korang jangan harap aku nak cerita apa-apa lagi dah!"Sofia memukul Hani beberapa kali sebelum masuk ke dalam biliknya.

Lama dia berteleku di birai katil. Wajah lelaki itu bermain-main di mindanya. Selama ini dia menyangkakan dia sudah berjaya melupakan lelaki itu ternyata dia silap. Tidak sampai sehari, dia seakan kembali semula ke masa lalu. Lapan tahun lepas, dia pernah mengharapkan lelaki itu mengejarnya untuk memujuknya kembali. Sekarang? Sudah terlalu lambat untuk mengharapkan semua itu selepas apa yang berlaku.

Bunyi ketukan di biliknya diikuti pintu terbuka perlahan. Sofia mengurut dadanya yang tersentak merungkaikan fikirannya pada lelaki itu. Tiga kepala tersembul dari sebalik pintu.

"Marah ke?"Wafa tersengih. Sofia geleng sambil senyum.

Ketiga-tiga sahabat baiknya itu terus melabuhkan badan masing-masing di atas katil Sofia. Hani mengusap lembut belakang Sofia.

"Sorry," Hani tersenyum naka menampakan sebaris giginya.

"Serious talk, kau ada cerita dia pasal..."

"Tak ada. Aku pun tak sangka yang aku boleh terjumpa dia kat pejabat." Sofia menjawab tanpa mendengar soalan Mia.

"Kau kena bagitahu dia Sofi," ujar Mia

"Dia perlu tahu semuanya. Tak adil untuk dia dan ..."

"Aku pun masih cuba nak memproses pertemuan aku dengan dia hari ni, Apa-apa pun aku perlu masa. Bukan semudah itu aku nak buka cerita Mia," jawab Sofia.

"It's okay to take your time, but eventually, you'll have to have that conversation with him. He deserves to know about this situation,"

"Okay... Okay... Mia, aku akan cakap dengan dia tapi nanti. Aku dah bersedia aku akan cakap dengan dia. Boleh kita berhenti cakap pasal dia sekarang? Please," kening Sofia berkerut.

Wafa dan Hani yang dari tadi mendiamkan diri terus duduk tegak. Bukan mereka berdua tidak tahu, Mia dan Sofia kalau tidak dicegah boleh bertikam lidah jadinya.

"Okay, guys. Let's all take a deep breathe," Wafa menarik nafasnya sambil memandang Mia dan Sofia. Hani menuruti sahaja perbuatan Wafa.

"I'm sorry," Mia senyum nipis. Sofia merenung wajah Mia lama. Sepanjang berkawan dengan wanita itu, dia jarang menunjukkan perasaanya tetapi mereka semua tahu dia seorang yang sangat mengambil berat perihal kawan-kawannya.

JEMARI hangat itu membelai lembut wajah Sofia sambil tersenyum. Sofia membenamkan mukanya di dada sasa lelaki itu.

"I miss you so much Sofia Irdina," dia berbisik lembut di telinga Sofia.

'I miss you too Emir. I miss you so much,"

Air mata kegembiraan jatuh tanpa dipinta. Sudah terlalu lama Sofia menanti saat untuk bersama dengan lelaki itu.

"Sofi...Kenapa menangis ni?"lembut suaranya. Bahu Sofia digoyangkan perlahan.

"Sofi!" suara lelaki itu bertukar.  Dahi SOfia berkerut memandang lelaki dihadapannya.

"Bangunlah! Kenapa kau menangis ni?"

Perlahan-lahan matanya terbuka. Merenung tiga pasang mata yang penuh dengan kerisauan. Dia mengerlipkan matanya beberapa kali sebelum duduk menghadap kawan-kawannya.

"Kau menangis dalam tidur. Kau okay tak ni?"Hani menyoal sambil mengosok matanya.

Sofia tidak berkutik. Mimpi itu sangat indah namun sebaik sahaja mata terbuka, realiti umpama peria bergendang dalam dada. Dia mahu lupakan lelaki itu. Tak! Dia sudah lupakan lelaki itu. Tapi, mengapa lelaki itu kembali menghantui tidurnya seperti dahulu.

"Kau okay tak ni? Aku tanya ni,"Hani mengulang soalannya. Sofia mengangguk sahaja. Dia menyeka pipinya dengan belakang tangannya.

"Tak sangka kita boleh tidur sekatil macam dulu-dulu,"Mia berdiri merengangkan badannya.

"Aku sakit badan weh,"Wafa memicit-micit bahunya.

"Dah jom bersiap,"Mia dan Wafa beriringan keluar dari bilik Sofia.

"Aku ni bercakap dengan manusia ke cakap dengan dinding ni?"marah Hani tidak dijawab soalannya.

"Aku okay. Aku mimpi buruk aje,"Sofia turun dari katil tanpa memandang Hani.

Kakinya melangkah masuk ke bilik air. Mimpi yang indah namun tdak mampu untuk digapai. Air yang disiramkan ke tubuhnya seakan-akan menyedarkan dia dari terus dibayangi mimpi. Usai mandi dan solat, dia menuju ke dapur. Dikerling jam di dinding tepat jam 6.00 pagi.

"Good morning Mama!" serentak anak kembar itu menyapanya.

"Wah, awal bangun hari ni,"Sofia meletakkan tangannya di bahu kedua-dua anak itu.

"Mummy kejutkan tadi,"jawab Irina

"Wah sarapan pun mummy dah sediakan. Rajin betullah mummy tu," Sofia meletakkan dua keping roti bersalut kaya di atas pinggan dua anak kecil itu.

"Untunglah tinggal berjiran senang aje kau orang. Sekejap tidur sini, sekejap tidur kat sebelah. Aku juga tiba-tiba tidur solo-solo,"ujar Aidil yang entah dari mana.

Dia mengambil roti dari pinggan Farish lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Berkerut dahi Sofia memandang Aidil.

"Budak tu nak breakfast nak sekolah. Kau ni,"marah Sofia lalu diletakkan lagi roti ke atas pinggan Farish.

Nasi goreng yang disenduk diletakkan di hadapan Aidil. Wafa dan Hani turut sama duduk di meja makan terus menyenduk nasi yang sama.

"Anak-anak! Jom! Ibu dah siap. Salam semua cepat," panggil Mia.

Dua beradik itu segera bersalaman dengan semua sebelum berlari keluar menuju ke pintu rumah. Mia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Aidil.

"Hati-hati bawa kereta,"Aidil mengucup lembut dahi Mia.

"Betul kau tak bagitahu Emir yang aku kerja kat sana?" soal Sofia. Wajahnya serius tidak memandang Aidil.

"Demi Allah, aku tak pernah bagitahu dia pasal kau. Aku dah janji dengan kau dan Mia aku tak cerita apa-apa pasal kau dengan dia."Aidil mengeluh. Tidak jadi menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.

"Sofi... by logic, dia kahwin pun dia tak jemput Emir sebab tak nak kau orang berdua bertembung. Kalau dia nak, dah lama dia jemput Emir masa dia kahwin," sampuk Wafa.

Sofia diam. Aidil terus berdiri menuju ke singki. Makanan dalam pinggannya tidak dihabiskan. Hilang selera makannya selepas Sofia mulai menyoal siasat.

"Sorry. Aku nak kepastian aje,"Sofia memandang Aidil.

"Aku tahu apa aku dan Mia buat salah. Kami dah minta maaf. Apa kami buat sekarang ni untuk tebus semua kesalahan kami Sofi," Aidil berdiri di sebelah Hani sambil mencekak pinggangnya.

"Dia bestfriend aku. Tapi, aku sanggup jauhkan diri dari dia untuk kau. Aku dah penat nak terangkan dengan kau. Nak percaya ke tak nak ke terpulang," Aidil terus keluar.

Sofia mengejar Aidil ke pintu depan. Tangan yang dihulur untuk bersalam tidak diendahkan Aidil. 

"Sorry!" Sofia menjerit sebelum Aidil menghidupkan enjin keretanya.

"Dil..." Sofia mengetuk tingkap kereta sambil memberi isyarat meminta Aidil membuka tingkap.

Dengan wajah masam, Aidil membuka tingkap keretanya. Sofia tersengih seperti kanak-kanak. Dia menghulurkan tangannya sebelum disambut Aidil.

"Sorry..." lagi sekali Sofia meminta maaf.

"Wafa cakap tu betul tahu. Aku kahwin, aku tak jemput dia pun sebab aku fikirkan kau. Padahal dia sahabat baik aku dari zaman sekolah tahu tak?" suara Aidil kendur.

"Aku tak tahu macam mana dia boleh tahu kau kerja kat sana," sambung Aidil lagi.

Sofia mengangguk. Daripada riak mata Aidil terbayang kejujuran di situ. Dia mengucapkan salam dan melambai abangnya seperti anak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience