Bab 4

Romance Series 33257

Usai mesyuarat bersama Datin Fauziah, Emir segera masuk ke dalam biliknya. Baru hendak memulas tombol pintu. Panggilan Jeremy kedengaran. Pembantu peribadinya itu menaikkan ibu jarinya. Emir mengangguk dan menaikkan ibu jarinya.

Tidak sampai seminit, Emir dan Datin Fauziah berjalan beriringan keluar dari pejabat. Emir terus memandu ke kedai makan kegemaran Datin Fauziah yang terletak di Harbour City.

"Mama jemput Isha,"

Emir tersenyum kelat. Sebaik sahaja tiba di kedai makan, Isha yang memakai jubah hitam dan bertudung labuh itu memberi salam terus memeluk Fauziah.

"Dah lama tak jumpa Isha. Sihat tak ni?" soal Datin Fauziah diikuti anggukan Isha

"Mama dengan papa ada bagitahu Isha tak? Kamu berdua ni sibuk sangat, susah betul nak berjumpa" Datin Fauziah mengelus lembut pipi Isha.

"Mama ada call pagi tadi," jawab Isha.

Selepas memesan makanan, Datin Fauziah mengerling jam tangannya. Dia melemparkan pandangannya ke arah Isha dan Emir. Senyuman nipis terbit dari bibirnya.

"Mama nak balik dah ni. Ngah, ingat pesanan mama?"

Emir terkebil-kebil memandang ibunya. Bukankah ibunya yang mahu makan tengah hari bersama? Datin Fauziah mengucap salam dan terus berlalu pergi. Isha memerhatikan Datin Fauziah sehingga wanita itu tidak kelihatan.

"Kau kena buat something. Tell your dad. Aku tak nak kahwin dengan kau," alis Isha berkerut.

"I don't even want to get married. The day Faiq died, my heart died with him" sambung Isha lagi.

"Aku? Selama ni asyik aku saja yang bagi alasan. Ayah aku dah naik muak dengar alasan aku tahu? Apa kata kali ni kau yang bersuara?" luah Emir.

"Kau ni macam tak kenal papa aku pula. Aku tak beranilah," Isha menyandarkan badannya.

"Aku dah banyak kali kecewakan ayah aku Sha," keluh Emir.

Mereka berpandangan. Masing-masing mengeluh berat. Bagaimana hendak diselesaikan hal yang sudah lapan tahun tahun tertangguh ini. Pelbagai alasan sudah digunakan. Mereka diberikan tempoh enam bulan sahaja untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka atau kedua ibu bapa mereka yang akan mengurus sendiri dan mereka hanya menuruti semua perkara.

"Eh tuan, kat sini pun boleh jumpa," tegur Maryam.

Yusoff menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Isha dan Maryam juga bersalaman.

"Sampai kat sini kamu makan ye," ujar Emir.

"Cik Mary ni tuan, teringin nak makan sweet and sour fish  katanya," Yusoff menjawab.

"Berdua aje ke?" bola matanya mencari wajah itu.

"Ada Cik Pia dengan Alvin tuan. Diorang tengah cari parking,"

"Haa panjang umur," sambung Maryam lagi sebaik sahaja Sofia dan Alvin menapak masuk.

Senyuman Sofia mati saat matanya tertancap pada dua individu dihadapannya. Dia mengenal wanita yang duduk di sebelah Emir. Segera dia menundukkan kepalanya.

Pandangan Isha tidak lekang dari memandang ke arah meja Sofia dan kawan-kawannya duduk. Dia mengerling ke arah Emir yang matanya fokus ke arah yang sama.

"Tu bukan Sofia? Ex kau?" soal Isha.

Emir mengangguk. Terkelip-kelip matanya menatap renungan Isha yang tidak terdaya ditafsirkan itu.

"Apa kata kau get back with her?" Isha memberi cadangan. Minumannya disedut sedikit.

"Aku tak ada masalah.Tapi, aku tak rasa dia nak kat aku dah. Kau tak nampak macam mana dia pandang aku?" Emir mengeleng seakan tidak percaya dengan cadangan wanita bertudung itu.

"Cubalah! Kau belum ada apa-apa dah mengalah,"

"Aku tak nak kahwin dengan kau. Aku nak teruskan jadi guru kat tadika tu sampai aku tua," sambung Isha.

Isha menongkat dagunya. Jari manisnya dikerling. Bentakan papanya masih segar terngiang-ngiang di teliganya.

"Isha Raihana!" suara Iskandar memenuhi rumah banglo dia tingkat itu. Tangisan anak tunggalnya tidak diendahkan.

"Papa cakap duduk! Duduk Isha!" Iskandar menolak tubuh kurus Isha di atas kerusi.

"Isha tak nak bertunang dengan Faiz pa. Hati Isha untuk Faiq bukan Faiz," rintih Isha.

"Dah dua tahun Faiz meninggal Isha. Kami semua risau tengok keadaan Isha macam ni. Apa bezanya Emir Faiz dengan Emir Faiq? Sama saja namanya saja berbeza. Isha boleh perlahan-lahan belajar untuk sayang Faiz dan lupakan Faiq," kali ini suara Iskandar lembut. Dia berlutut di hadapan anaknya.

"Tak sama pa... Ya, Faiz dan Faiq kembar tapi diorang masih orang yang berbeza pa. Isha dan Faiz cuma kawan baik pa. Isha tak nak kawin dengan dia pa. Tolonglah faham," Isha memegang kepalanya.

"Papa tak sanggup tengok Isha macam ni. Isha kena terima qada dan qadar Isha," tangan Isha digengam Iskandar.

"Isha terima semuanya pa tapi Isha perlu masa untuk bangkit semula. Tapi bukan dengan cara ini," Mata Isha semakin pedih.

"Biarlah Isha dengan hidup Isha macam ni. Isha janji Isha akan okay," sambung Isha.

Iskandar tidak menjawab. Dadanya turun naik menaham marah. Dia merentap cincin di jari manis Isha.

"Pa... Bagi balik cincin tu. Itu cincin..."

"Cincin tuning Faiq bagi kan? Ya, papa tahu! Mulai hari ni jangan pakai cincin ini lagi. Isha tak akan dapat lupakan Faiq kalau cincin ini sentiasa di jari Isha!" Iskandar memasukkan cincin itu dipoketnya.

"Pa, please pa..,"

"Stop it Isha Raihana! Move on!!"Iskandar mengoncangkan tubuh kecilnya.

"Sha! Sampai mana dah ni?" suara Emir mematikan lamunannya.

Terkebil-kebil dia memandang Emir. Lelaki itu mengulang soalannya.

"Aku terkenangkan papa aku," dia menyedut minumannya.

"Wajah bengis papa dan suaranya masa marah buat aku takut," ujarnya perlahan.

Emir mengeluh lagi untuk yang ke sekian kalinya. Wajah Sofia dipandang seketika. Dia tidak pernah menyangka wanita itu menjadi manusia terpenting dalam hidpunya. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan wanita itu semula? Rasa sayangnya tidak pernah malap walaupun selepas perpisahan penuh drama mereka. Dia cuba untuk membenci wanita itu tetapi selepas pertemuan pertama kali mereka beberapa hari lalu dia menyedari hatinya masih sayang.

"Nanti aku fikirkan cara ya," Emir memandang Isha.

"Macam mana kita nak putuskan pertunangan kita ni? Sama-sama tak berani bersuara?" serentak mereka ketawa.

"Kau tahukan apa jadi selepas along meninggal? Aku nekad nak dengar semua cakap ayah aku. Tapi tak sangka pula jadi macam ni," gelak tawa tadi bertukar kelam.

"Kalaulah masa tu aku tak memberontak mesti semua tak jadi macam ni kan?" ujar Emir lagi.

"Astaghfirullahalazim. Apa aku cakap ni," Emir segera beristigfar menyedari keterlanjuran dia berkata-kata.

"Baru nak ingatkan. Tak payah kalau-kalau dah. Sekarang ni kita kena cari cara untuk putuskan pertunangan kita," ucap Isha.

"Itulah, kali ni apa kata kau pula bersuara," Emir menjungkitkan keningnya.

Isha menjeling. Dia meminta diri untuk balik pejabatnya. Emir menawarkan diri untuk menghantar Isha balik tetapi ditolak.

"Aku naik Grab aje. Nanti kepohci kawan-kawan aku," Isha sudah terbayang akan keriuhan kawan-kawannya. Tak sanggup dia nak menjawab soalan cepu emas masing-masing.

"Apa kata kau ke sana?" Isha menjuihkan bibirnya menunjuk ke arah Sofia.

"Tak naklah. Last time aku jumpa dia kami ada gaduh sikit. Sikit ajelah," Emir mengeleng.

Membuntang mata Isha mendengar kata-kata Emir. Belum sempat dia membuka mulut, Emir terus menceritakan hal sebenar.

"Kau ni pun belum apa-apa dah provoke dia. Cubalah slow and steady aje," marah Isha.

"Dahlah, jom aku hantar kau balik. Membebel aje patutlah arwah along gelar kau murai,"

"Tak payahlah. Aku malas nak menjawab soalan-soalan wartawan melodi kat tadika tu," sekali lagi Isha menolak.

Emir segera ke kaunter untuk membuat pembayaran. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta Emir.

"Take care brother," Isha melambaikan tangannya ke arah Emir.

"Kau pun sama. Nanti mampus aku dibedal papa kau," Emir membalas lambaian Isha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience