Bab 34

Romance Series 33080

Pagi itu di pejabat, Sofia tidak dapat menumpukan perhatiannya pada kerja. Ugutan Khaleel malam tadi umpama radio rosak, tanpa henti bergema dalam telinganya.Setelah beberapa lama berfikir, dia menghubungi Alvin.

"Alvin, saya nak bagitahu sesuatu," Sofia berkata dengan suara perlahan ketika mereka duduk berhadapan di bilik Sofia.

Alvin memandangnya dengan senyum manis. "Apa dia, Sofia?"

"Khaleel ... Semalam, dia ugut lagi. Saya risaulah, Alvin," 

 "Saya risau dia akan buat sesuatu kat awak. Please, hati-hati ya," kata Sofia, cuba mengawal kegelisahannya.

Alvin senyum lebih lebar. Matanya tidak lepas dari memandang Sofia. 

"Ada apa-apa kat muka sayakah?" Sofia meraba-raba mukanya.

Alvin ketawa kecil sambil mengeleng. "Awak kata awak masih tak ada perasaan kat saya. Tapi, awak risau macam ni buat hati saya berbunga-bunga,"

Sofia tersenyum canggung. "Saya cuma nak semua orang yang saya rapat, orang yang saya sayang untuk berhati-hati. Itu saja."

"So, saya ni yang mana?" Alvin mengetuk jarinya di belakang tangan Sofia. 

Sofia lekas-lekas menarik tangannya. Dia sungguh tidak gemar disentuh-sentuh seperti itu.

"Saya yang mana satu? Yang awak rapat atau yang awak sayang?" Alvin menongkat dagunya memandang Sofia menanti jawapan. 

Sofia tidak menjawab. "Saya laparlah, jom keluar makan,"

Sofia mengambil beg tangannya lalu menapak keluar dari perpustakaan. Alvin mengulum senyuman tipis. Dia mengekori wanita itu. Sebaik sahaja mereka tiba di restoran thai yang terletak tidak jauh dari pejabat mereka. Mata Sofia tertancap pada Emir dan Isha yang sedang makan bersama. Dia segera mengalihkan pandangannya. 

"Saya nak pad kra pao satu," Sofia menyerahkan menu itu semula kepada pelayan. 

"Awak makan ais krim aje?" Sofia menyoal tindakan lelaki itu memesan manisan tengah hari.

"Saya tak lapar sangat. Saya teman awak makan aje. Nah, awak nak rasa?" Alvin menyuakan sudu berisi air krim di mulut Sofia.

Mata Sofia membuntang memandang Alvin. "Just try, please..." rayu Alvin. 

Sofia akhirnya membuka mulut dan Alvin menyuapkan manisan Thailand. Sofia dapat merasakan wajahnya bertukar merah dengan tingkah laku spontan Alvin. 

"Sedap,kan?" Alvin menyuapkan sesudu ais krim ke dalam mulutnya.

Sofia menghela nafas. Pandangannya dikalihkan keseluruh pelusuk kedai itu tapi matanya tertancap pada meja Emir dan Isha. Tidak ingin melihat kemesraan mereka, dia terus menundukkan kepalanya. 

Selang beberapa minit, makanan yang dipesannya tiba. Alvin memeluk tubuh memandang Sofia. 

"Saya nak minta sikit boleh?" Alvin menjongketkan keningnya. 

Terkebil-kebil Sofia mendengar permintaan Alvin. "Saya nak minta makanan awak," ulang Alvin

Sofia menolak pinggannya ke arah Alvin. Alvin memandang Sofia seketika. "Suapkan," 

Berkerut dahi Sofia. Dia memandang sekilas ke arah Emir dan Isha. Pasangan itu terlihat sangat bahagia. 

"Eh, Sofia? Awak dengar tak apa saya cakap tadi?" Alvin menyedari Sofia yang nampak melilau fikirannya.

"Huh? Em... awak nak daging ke?" Sofia mencendok nasi dan daging cincang di atas pinggannya.

Segaris senyuman terukir di bibir Alvin selepas wanita itu menyuapnya. 

"Terima kasih. Awak makanlah," Alvin mengambil tisu lalu membersihkan mulutnya.

Alvin hanya memerhatikan Sofia makan sambil sesekali matanya berkalih ke arah Emir dan Isha. Usai makan, mereka terus kembali semula ke pejabat.

"Sofia, awak marah sayakah?" Alvin menyoal. Wanita itu diam dari tadi selepas mereka masuk ke perut kereta.

Sofia tergagap-gagap. "Taklah... Saya mengantuk aje,"

"Saya tahu awak nampak Emir dan tunangnya tadi. Saya sengaja minta awak suapkan saya supaya Emir tahu yang awak dah move on," Ujar Alvin bersahaja. Sofia diam.

Sampai di pejabat, mereka disambut dengan wajah bengis Khaleel yang jelas tidak puas hati. Khaleel segera mencengkam lengan Sofia dengan kuat.

"Sofia, kenapa awak tak jawab panggilan saya?" Khaleel bertanya dengan nada marah.

"Telefon saya tertinggal. Awak nak apa, Khaleel?" Sofia cuba menarik lengannya dari cengkaman Khaleel.

"Kita perlu jumpa wedding planner. Awak lupa? Majlis kita ada dua minggu lagi," Khaleel berkata dengan nada dingin.

Sofia mengerutkan dahi. "Saya dah kata kat awak semalam. Saya tak nak kahwin dengan awak, faham tak?"

Tiba-tiba, Alvin menarik tangan Sofia. "Dia dah kata dia tak nak, Encik Khaleel. Lepaskan dia."

Khaleel menarik semula tangan Sofia, menyebabkan badan Sofia terhuyung-hayang seperti kain buruk ditarik ke kiri dan kanan. "Kau ni tak serikkan? Kau nak aku pecahkan muka kaukah? Kalau kau nak, aku boleh buat lagi teruk dari tempoh hari," Khaleel mengenggam baju Alvin sebelum menolak kuat lelaki itu menyebabkan Alvin terbaring di lantai.

Alvin, dengan wajah merah padam dan mata yang berkilau marah, melangkah ke arah Khaleel dengan tangan yang dikepal. Tanpa sebarang amaran, Alvin mengayunkan tangan kanannya dengan pantas, menumbuk pipi kiri Khaleel dengan kuat. Kepala Khaleel tersentak ke tepi akibat tumbukan tersebut, dan dia terhuyung-hayang sedikit ke belakang.

Khaleel, yang kini kelihatan terkejut dan marah, dengan cepat mencari keseimbangannya dan membalas serangan Alvin. Dia melangkah maju dengan pantas, menggunakan tangan kanannya untuk menumbuk perut Alvin. Alvin mengerang kesakitan dan membongkok sedikit, tetapi segera membalas dengan satu lagi tumbukan, kali ini ke arah rahang Khaleel.

Kedua-dua mereka terus bertukar tumbukan dengan pantas, masing-masing cuba mencari kelemahan masing-masing. Khaleel cuba memegang bahu Alvin untuk menjatuhkannya, tetapi Alvin berjaya menepis tangan Khaleel dengan satu libasan keras. Keadaan menjadi semakin kacau, dengan Alvin dan Khaleel kini saling berbalas serangan, tidak hanya dengan tumbukan tetapi juga tendangan.

Jeritan Sofia bergema menarik perhatian pengawal keselamatan di sana. Encik Samat, juga keluar dari pejabat cuba meleraikan pergaduhan itu. Keduanya terengah-engah dengan wajah yang lebam dan berdarah, masih dipenuhi dengan kemarahan namun akhirnya berhenti bergelut akibat campur tangan orang lain.

 "Apa yang terjadi di sini? Kalau kamu tak berhenti, saya call pihak polis!" ugut Encik Samat.

Dada Sofia turun naik. Matanya yang basah dikesat kasar. Matanya mencerlung memandang Alvin dan Khaleel. 

"Alvin, We are done! "

"Kau! Khaleel, aku tak nak ikut kau jumpa wedding planner. Aku tak nak kahwin dengan kau!" Sofia meninggalkan kedua-dua lelaki itu.

Khaleel mengejar Sofia. Ditarik kasar lengan Sofia menuju ke kereta tetapi Encik Samat mengulang ancamannya. "Encik kena balik sekarang sebelum saya betul-betul hubungi pihak polis."

Khaleel memandang Sofia dengan penuh kemarahan sebelum akhirnya meninggalkan pejabat. Sofia terus masuk ke perpustakaan, kelelahan dan kecewa dengan semua yang berlaku. 

Encik Samat membenarkan Sofia balik  selepas insiden di pejabat, Sofia pulang ke rumah dengan hati yang penuh dengan kerisauan dan keletihan. Sebaik sahaja tiba di rumah, dia terlihat Emir dan Isha sedang berbincang tentang perkahwinan mereka. Hatinya semakin rawan.

Sofia masuk ke rumah Aidil dan duduk di sudut ruang tamu, mendengar perbualan antara Aidil dan Alana. Aidil berusaha memujuk Alana untuk melaporkan Khaleel kepada pihak berkuasa, tetapi Alana masih enggan.

"Lana, kau kena buat laporan polis. Kalau tak, Khaleel akan terus seksa kau," kata Aidil dengan lembut.

"Dil, aku tak boleh. Aku takut apa yang dia akan buat kat aku," balas Alana dengan suara yang bergetar.

Sofia yang mendengar perbualan itu tiba-tiba meletup. "Lana, sampai bila kau nak jadi macam ni? Sampai bila kau nak protect lelaki tak guna tu? Kau tak perlu takut laporkan aje pada polis! Move on dan jadi wanita yang kuat! Sampai bila kau nak kena pijak?"

Alana memandang Sofia dengan mata yang berkaca. "Kau tak faham, Sofia! Kau ingat senang?" 

"Aku tak kata senang. Aku tahu benda tu susah tapi sampai bila kena jadi punching bag dia?" Sofia menarik nafas dalam. "Perangai kau ni memang buat orang bad mood. Nak orang tolong tapi diri sendiri tak nak tolong diri sendiri. Nanti aku panggil kau bodoh, kau marah!" 

"Excuse me? Aku bodoh? Aku bodohkah kau yang bodoh? Kau ingat aku tak tahu kenapa kau bad mood? Kau masih sayangkan bekas laki kau tu tapi dia dah nak kahwin. Kau tak dapat nak terimakan?" Sindir Alana.

Sofia terpaku seketika, lalu membalas dengan marah. "Eh, Lana! Kau fikir keadaan diri kau sendiri ajelah! Jangan sibuk dengan hal aku! Fokus dengan hidup kau dan selamatkan diri kau dari Khaleel!"

Perbalahan mereka semakin memuncak sehingga Aidil dan Mia terpaksa meleraikan mereka.

"Sudah! Sekarang ni kita kena satu hati bukannya bergaduh macam ni!" Aidil cuba menenangkan kedua-duanya.

Sofia, dengan air mata yang mengalir, meninggalkan rumah Aidil dan kembali ke rumahnya sendiri. Setibanya di sana, Emir menegurnya.

"Sofi, Kenapa ni?" tanya Emir. Sofia tidak mengendahkan soalan Emir.

"Sofia Irdina... Ni mesti tak korek telinga pagi tadi, kan?" usik Emir.

Sofia berpusing dan matanya tajam memandang lelaki itu. "Emir, aku benci kau! Kau jangan ganggu hidup aku! Please, pindah cepat sikit!" Sofia terus meninggalkan lelaki itu terkulat-kulat di tepi pagar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience