Bab 22

Romance Series 33080

Pagi lagi, Aidil dan Sofia sudah terpacak di balai polis yang sibuk, dengan penuh tekad mereka melangkah. Mereka mendekati kaunter dan menjelaskan situasi mereka. Pegawai itu meminta mereka berjumpa dengan pegawai penyiasat yang bernama Sarjan Rahman untuk diambil keterangan. 

"Surat rujukan ini nanti awak bawa ke JKM. Bawa IC awak dan anak-anak, nanti staf JKM akan bantu awak apply perintah perlindungan interim," Sarjan Rahman memandang muka sofia seketika.

"Saya tahu awak tak nak abah awak disiasat tapi saya sangat yakin dia akan buat lagi kalau permintaan dia tak dipenuhi," sambungnya.

"Perintah perlindungan interim ni akan kami serahkan dengan abah awak dalam tempoh tujuh hari selepas mahkamah majistret luluskan," kata Sarjan Rahman.

Sofia mengangguk. " Berapa lama *IPO ni boleh guna, tuan?"

"Bila siasatan polis selesai, IPO dah tak valid. Kalau pelaku dituduh di mahkamah dengan kesalahan keganasan rumah tangga, mahkamah boleh mengeluarkan Perintah Perlindungan atau kita biasa panggil as PO untuk perlindungan mangsa," jawab Sarjan Rahman  panjang.

"Rumah tangga?" Sofia agak kebinggungan.

"Kes awak ni termasuk dalam kes keganasan rumah tangga. Tak semestinya suami aje,  ibu bapa atau saudara yang mendera tu pun termasuk," 

"Walaupun tak tinggal serumah?" soal Sofia lagi.

Sarjan Rahman mengangguk. "Dia boleh datang dekat pejabat awak atau kat mana aje awak berada. Jadi IPO ni sangat penting untuk awak,"  

"Kalau PO dah lulus, dia tak boleh masuk rumah awak atau pejabat awak. Lepas tu dia kena menjaga jarak sekurang-kurangnya 50 meter daripada awak. Paling penting, PO boleh bagi awak perlindungan maksima sampai setahun," terang Sarjan Rahman.

"Maksudnya, kalau abah saya langgar perintah ni, dia boleh masuk penjara?" tanya Sofia lagi. Membuntang matanya mendengar penerangan Sarjan Rahman.

'Kalaulah aku tahu benda ni dari dulu mesti dapat tolong mama,' gumamnya dalam hati.

Usai mengucapkan terima kasih pada Sarjan Rahman. Dia, Emir dan Aidil terus meneruskan urusan mereka di pejabat Jabatan Kebajikan Malaysia. Selepas beberapa jam berurusan di JKM, Sofia berjaya mendapatkan perintah pelindungan interim. 

" Aku takut Dil," Sofia tiba-tiba bersuara selepas mereka memulakan perjalanan balik.

"Tak ada apa-apalah. IPO dah ada so aku yakin abah tak akan berani nak kacau kau," jawab Aidil. 

Setibanya mereka di rumah, Aidil menyerahkan satu set kunci kereta kepada Sofia. "Ambil kereta ini," katanya.

"Kereta baru kaukah?" wajah risau Sofia bertukar ceria.

 "Sort of, kau gunalah. Aku dengan Mia dah ada myvi tu, jawab Aidil.

Sofia tersenyum lalu mengambil kunci itu. "Terima kasih, Dil," katanya.

"Bawalah, park terus di sebelah," suruh Aidil. Sofia mengangguk lalu dibawa ke garaj rumahnya. 

Sebaik sahaja Sofia keluar dari perut kereta itu, dia perasan sesuatu yang pelik. Sebuah kereta Mitsubishi berwarna biru diparkir di garaj rumah sebelah, rumah yang telah lama kosong. Dia baru menyedari kereta Emir dirumah Aidil kini sudah tiada. 

Dengan rasa ingin tahu yang membuak, dia berjalan ke arah rumah itu dan melihat nombor plat kereta itu. 

"Apa nombor plat kereta Emir ya?" dia bertanya sendiri.

Matanya tertancap pada kelibat Emir yang sedang menyilangkan tangannya berdiri di tingkap runah. Emir senyum. Mulut Sofia ternganga. 

"Emir! Apa yang kamu buat di sini?" soalnya, melangkah masuk ke dalam rumah tanpa dijemput.

Emir menahan senyum, terhibur dengan reaksi Sofia. "Ini rumah saya," katanya tanpa basa-basi.

Terkbil-kebil mata Sofia, kekeliruan terpancar di wajahnya. "Rumah awak? Kenapa pula awak nak tinggal sebelah rumah saya?"

Emir tersenyum, bersedia untuk berhujah. "Well, harganya berpatutan dan taman ujana rimba kat belakang tu cantik." dia memulakan.

Sofia mengangkat kening, menyilangkan tangan. "That's the best you can come up with? Taman yang cantik?"

Emir mengangkat bahu, mengekalkan nada gurauannya. "And it's convenient. I can keep an eye on you, make sure you're not causing any trouble,"

Sofia mendengus, dia memutar anak matanya. "Tolonglah, saya buat masalah? Saya?" Sofia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"You better move away, Emir. This is too much," tegas Sofia

Dia ketawa kecil, menggelengkan kepala. "Nope! No can do. Saya dah bayar deposit dah bayar sewa. Nope!" jarinya digoyangkan di hadapan muka Sofia.

 Pertengkaran mereka terganggu oleh bunyi ketawa dari bilik lain. Mata Sofia membesar apabila dia mengenali suara-suara itu. Dia berjalan melewati Emir dan masuk ke sebuah bilik di sebelah dapur.

Anak kembar mereka sedang seronok bermain, Sofia dapat merasakan lonjakan emosi dalam dadanya. Terkejutan, gembira, dan kelirua semuanya bercampur aduk.

"Apa yang diaorang buat di sini?" dia bertanya, suaranya hampir berbisik.

Emir melangkah ke sisinya, wajahnya melembut. "Saya nak menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak, dan dengan cara ini, lebih mudah untuk kita semua."

Sofia berpaling ke arah Emir, air mata mengalir di matanya. "Mudah? Awak fikir ini mudah?"

Emir mengeluh. "Tak, Sofi. Saya tahu ini tak mudah. Tetapi kita perlu cari jalan untuk anak-anak,"

Sofia memandang anak-anaknya, kemudian pandangannya berkalih kepada Emir. Situasi ini sesuatu yang dia tidak jangkakan. 

"We could argue and bicker all we wanted, but ultimately, we needed to come together for the sake of our kids" tambah Emir

Sofia menarik nafas dalam, cuba menenangkan emosinya. Dia berlutut ke paras anak-anaknya, menarik mereka dalam pelukan erat. "Hai, sayang mama," katanya lembut, merasakan tangan kecil mereka melingkari lehernya.

Farish tersenyum kepadanya. "Mama, papa kata kami boleh tinggal di sini sekarang! Best kan?"

Sofia memaksa senyuman, hatinya terkesan dengan kerumitan situasi mereka. "Ya, sayang. Mestilah best!"

Sebaik sahaja dia berdiri, dia berpaling kepada Emir, wajahnya serius. "We need to talk," katanya, mengisyaratkan ke arah dapur. Emir mengangguk dan mengikutinya, meninggalkan anak kembar bermain di bilik itu.

Di dapur, Sofia bersandar di kaunter, menyilangkan tangan. "Emir, Kita tidak boleh tinggal bersebelahan dan berpura-pura semuanya normal."

Emir mengangguk, wajahnya muram. "Saya tahu, Sofi. Tapi, ini saja cara untuk kita mencari sedikit kestabilan, atleast for Ayish and Rin. Mereka perlukan kita berdua."

Sofia mengeluh, mengusap rambutnya. "Saya faham, tetapi kita kena ada boundaries. Situasi dengan abah sudah cukup untuk buatkan saya stres, dan sekarang ini?"

Emir melangkah lebih dekat, matanya jujur. "Kita akan cari jalan, together. Kita perlu communicate dan bekerja sebagai satu pasukan. Demi mereka."

Sofia memandang ke atas, bantahannya sebentar tadi mulai kendur . "Baik, tetapi kita perlu ada peraturan. No surprise visits, no crossing boundaries. We need to respect each other's space."

Emir tersenyum, lega terpancar di wajahnya. "Deal,"

Mereka kembali ke bilik, Farish dan Irina memandang kedua ibu bapa mereka. Sofia mempamerkan senyuman yang tulus. "Baiklah, kamu berdua, kalau nak datang rumah papa boleh tapi, kena minta izin. Boleh tak?" 

Anak kembar bersorak, melompat-lompat kegirangan. Emir ketawa kecil, memandang Sofia dengan muka senang. "Baik mama," Emir menjawab.

Sofia senyum canggung. "So, sekarang ni nak main kat sini ke nak main kat rumah mama?" soalnya.

"Nak main dengan papa dulu. Nanti tidur kat rumah mamalah," Farish menampakkan sebaris giginya.

Emir mengiringi wanita itu keluar dari rumahnya. Apabila Sofia berpusing, hampir sahaja dia telanggar Emir.

"Sorry... ," Sofia memandang Emir.

"Kalau dioarang nak makan awak bagitahu aje. Nanti saya masak," pesan Sofia lagi.

Emir mengangguk. Bibirnya dicebikkan. "Nanti saya bagitahu. Awak jangan tak dengar pula kalau saya jerit,"

Dahi Sofia berkerut. "Jerit?"

"Yalah, saya tak ada nombor awak," Emir menjongketkan keningnya.

"Or... you can give me your new number," Emir memandang tepat ke anak mata Sofia. 

Matanya redup menjamah wajah Sofia. Sofia segera tunduk namun lelaki itu mempunyai rencana lain. Dia mengangkat dagu Sofia perlahan.

"Your new number?" suaranya mengetarkan jantung Sofia. Telefon ditangannya dilayangkan di hadapan muka Sofia. Pandangan mata mereka bertaut lama. Jantung Sofia mulai berdebar kencang. Mukanya terasa panas.

"Papa nak minum!" Irina berlari keluar mendapatkan Emir.

Masing-masing terkejut dengan kehadiran Irina. Sofia segera berundur melarikan pandangannya. 

"Awak jerit jelah!" dia berlari menuju ke rumahnya.

*IPO = Interim Protection order (Perintah Perlindungan Interim) , *PO = Protection order (Perintah Perlindungan)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience