Bab 36

Romance Series 33080

Dia memisat-misat matanya menuju ke pintu. Ketukan pintu di biliknya menganggu tidur Sofia yang masih memakai telekung. 

"Sofi, aku kena balik rumah ni. Ada masalah urgent aku kena settle kat office," kata Aidil sambil tersenyum.

"Itulah aku dah kata semalam, tak payah temankan aku. Kau pergilah selesaikan apa yang perlu," 

Wajah Aidil ditilik. "Tak payah risau. Aku dan anak-anak okay di sini,"

"Sini sana ada cctv senang nak tengok kalau aku hilang," usik Sofia.

Aidil mejentik dahi Sofia. "Mulut tu... Kalau ada apa-apa,, terus maklumkan kat aku," 

Sofia mengosok dahinya sambil mengangguk. Aidil masuk ke dalam bilik kemudian mengucup ubun-ubun Farish dan Irina sebelum meminta diri untuk balik.

Setelah Aidil pergi, Sofia membawa mengejutkan anak-anaknya. Aktiviti hari ini ialah ke mini zoo. Dia mengerling jam di telefonnya, jam 7.00 pagi.

"Bangunnnnn..." dia melabuhkan badannya di atas katil Farish.

"Ayish masih nak tidurlah mama," Farish menutup kepalanya dengan selimut.

"Rin... Bangun..." dia berpindah ke katil Irina.

Irina menarik selimut. Matanya masih terpejam. Sofia mengelikan pinggang Irina sehingga suara anak kecil itu bergema di dalam bilik.

"Mama geli... Mama..." mengekek ketawa Irina dan Sofia. Farish yang terganggu tidurnya duduk memandang mama dan adiknya.

"Rin.. Serang!" Sofia menarik tangan Irina berpindah ke katil Farish. Kegembiraan tiga beranak itu diganggu dengan ketukan di pintu bilik.

"Syhhh... Kita bising kot," Sofia melepaskan kedua-dua anaknya.

Dia menuju ke pintu. Sempat dia berdehem sebelum membuka pintu. "We are so..."

"Emir?" dahinya berkerut.

Mendengar nama Emir, Farish dan Irina berlari menuju ke pintu.

"Papa!" serentak mereka bersorak kemudian memeluk Emir. Emir membalas pelukan mereka sebelum dia mendekati Sofia berpura-pura hendak memeluk wanita itu. 

"Yay! Bestnya papa kat sini!" Irina menepuk tangannya.

"Okay, jom bersiap! Ayah Dil kata kamu nak ke mini zoo hari ni," Emir bersuara. Kedua anak kembar mereka terus menuju ke bilik air.

"Apa awak buat kat sini?" Sofia separuh berbisik. 

"Ganti Aidil," selamba Emir menjawab.

"I don't need a a babysitter, Emir. Saya boleh jaga diri sendiri dan anak-anak," Sofia menyilangkan tangannya.

Emir mengangguk. "Tak kisah awak tahu jaga diri ke tak, saya tetap nak ada kat sini untuk awak,"

Dahi Sofia berkerut. Pandangan matanya tidak lepas dari memandang lelaki di hadapannya itu.

"Kenapa pandang saya macam tu? Rasa menyesal tak nak kahwin dengan saya semula?" Emir menjongketkan keningnya.

Sofia mencebikkan bibirnya. "Perasan! Dahlah, saya nak bersiap!" Sofia terus menutup pintu. Emir ketawa kecil. Dia menuju ke biliknya yang terletak di sebelah bilik Sofia.

Usai bersiap dan sarapan, mereka berempat menuju ke mini zoo. Wajah teruja anak kembarnya mengukir senyuman manis di bibir Sofia. Emir yang dari tadi memandang Sofia turut tersenyum.

"Mama, tengok! Anak itik ni comel sangat!" kata Irina sambil mengusap anak itik di tangannya.

"Yalah Rin, comel aje anak itik ni," jawab Sofia dengan senyuman. "Ayish hati-hati dengan kambing tu, jangan bagi makan terlalu banyak."

Farish mengangguk sambil tersenyum lebar. "Okay, Mama!"

Sebaik dia menoleh, jeritannya memenuhi kandang itik itu. Irina menyergah Sofia dengan meletakkan itik yang bersaiz sederhana di hadapan mukanya. Mengekek ketawa anak kecil itu.

Sofia terus melarikan diri. Dia mengurut dadanya. Emir tergelak melihat telatah anak perempuannya.

"Mama... Tengoklah ni. Comelkan? Mama..." Irina mengejar Sofia.

"Rin... Jangan macam ni, Rin! Mama takutlah," Sofia berselindung di belakang Farish.

"Mama!" Irina melepaskan itik itu di badan Sofia menyebabkan Sofia melompat.

Tidak dapat mengimbagkan badannya, dia hampir terjatuh sebelum disambut Emir. Pandangan mata mereka bertaut. Jantung Sofia mulai berdegup irama ganjil. Dia seperti lemas dalam pandangan Emir. 

"Breathe Sofia," suara Emir separuh berbisik. Sofia menarik nafas dalam. Matanya masih melekat di mata Emir.

Bunyi telefon Emir menyedarkan mereka. Sofia terasa seakan masa bergerak dengan perlahan sehinggalah badannya terhempas d atas tanah. Membuntang mata Emir dengan telefon dilekapkan ke telinganya.

"Sorry... Sorry.." Emir cuba membantu Sofia tetapi wanita itu menolak. 

"I'm okay..." Sofia terus menepuk-nepuk bajunya. Dia mengangkat kepala, Emir sudah berjalan meninggalkan dia.

Selepas selesai di mini zoo, mereka menuju ke ruangan DIY art. Farish dengan semangat membuat cawan berbentuk hati untuk Sofia dan Emir manakala Irina melukis lukisan keluarga mereka dan mencetaknya di baju. Empat baju kesemuanya.

Irina memandang hasil kerjanya dengan bangga dan menunjukkan kepada Sofia. "Mama, tengok! Kita semua ada dalam lukisan ni,"

"Mama, Rin nak kita semua tinggal sama-sama. Rin nak ada papa dan mama dalam rumah yang sama," Sofia berkata sambil memandang bajunya.

Sofia berasa sebak mendengar kata-kata Irina. Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menahan air mata yang ingin mengalir. "Rin sayang, mama tak tahu kalau semua tu boleh berlaku. Kadang-kadang, ada perkara yang kita tak boleh ubah."

Tiba-tiba, suara yang sangat dikenali oleh Sofia kedengaran dari belakangnya. "Kenapa tak  boleh, Sofia?"

Sofia tergagap, tidak dapat menjawab. Dia berpaling dan melihat Emir berdiri di belakangnya. Mata mereka bersatu, penuh dengan emosi yang bercampur baur. Irina dan Farish segera menyerbu Emir dan menunjukkan hasil kerja masing-masing.

"Papa! Papa tengok ni. Cantik tak Ayish buat?" kata Farish dengan riang.

"Papa, tengok baju yang Rin buat untuk papa! Papa pakailah," tambah Irina, menunjukkan baju yang dicetak dengan lukisan keluarga mereka.

Emir tersenyum sambil memandang Sofia. "Terima kasih, anak-anak. Papa suka baju ni, gelas ni nanti papa nak letak kat pejabat papa untuk papa guna," Emir memeluk kedua anak kembarnya lama.

Setelah anak-anak selesai dengan aktiviti DIY art, mereka semua menuju ke kolam renang. Farish dan Irina dengan gembiranya terus masuk ke dalam kolam, bermain air dengan riang. Sofia dan Emir duduk di kawasan berdekatan, menikmati makan tengah hari sementara memantau anak-anak mereka.

Emir memecahkan kesunyian terlebih dahulu. "Sofia, boleh saya tanya satu soalan?"

Sofia memandang Emir, lalu menghela nafas panjang. "Apa dia?"

"Kenapa awak kat sini? Apa yang berlaku?"

"Itu dua soalan Emir?" Sofia gelak kecil.

Emir dengan muka serius memandang Sofia menyebabkan Sofia terdiam seketika. Matanya dikalihkan ke arah anak-anak yang bermain air. "Saya dah tak tahan lagi, Emir. Saya rasa tertekan dengan semua masalah ini. Khaleel tak berhenti ganggu hidup saya, dia ugut nak buat macam-macam kalau saya tak ikut kemahuan dia. Saya tak sanggup hidup dalam ketakutan macam ni."

Emir mengerutkan dahi. "Tapi, masalah tak akan selesai kalau awak lari Sofi"

Sofia memandang Emir dengan kening yang hampir bertaut. "Saya tahu tapi pilihan apa yang saya ada?  Saya kat sini untuk fikir jalan selesaikan semua masalah ini. Saya tak nak awak semua diganggu sebab saya,"

Emir mengangguk perlahan, menunjukkan pemahaman. "I will support you every step of the way,"

Sofia tersenyum pahit. "Terima kasih, Emir. Tapi awak tak perlu berada di sini. Awak ada majlis perkahwinan untuk diuruskan."

Emir tersenyum lebar. "Majlis perkahwinan tu boleh diatur remotely. Lagipun, Isha kalau bab pengurusan dia memang sangat cekap. Dia mampu uruskan semua dengan baik."

Sofia cuba untuk senyum, tetapi jelas kelihatan ketidakselesaan di wajahnya. "Oh, baguslah kalau begitu."

Emir semakin galak melihat reaksi Sofia. "Isha memang hebat. Dahlah pandai masak, teliti, dan paling penting, dia pendengar yang baik,"

"I'm really happy for you, that's something special."  Dia menjawab tanpa memandang Emir.

Emir menahan tawanya melihat riak wajah Sofia. "Thank you! Macam menyesal pula tak bagi dia peluang sepanjang lapan tahun bertunang ni. Dia memang wife material. Tak rugi saya teruskan hubungan dengan dia,"

Emir terus memuji Isha dengan penuh semangat. "Kalau kami dah kahwin, awak tak payah risau dah. Dia biasa jaga anak-anak kecil,"

Sofia mengetap bibirnya. Seakan sesak dadanya mendengar kata-kata Emir. Dia terus berdiri meninggalkan Emir dan anak-anaknya.

 "Awak nak ke mana? Saya belum habis cerita lagi," Emir membontoti Sofia. 

"Saya nak pergi tandas," Sofia melangkah laju.

"Jom..." Emir berjalan di sebelah Sofia. 

Sofia segera menghentikan langkahnya. Dahinya berkerut memandang Emir.

"What? Saya nak ke tandas  juga," Emir senyum nipis.

"Awak pergilah. Saya tengok anak-anak," Sofia menjeling Emir.

Sofia berjalan menuju ke kolam. Baru hendak duduk, dia menyedari Emir berada di belakangnya. Sofia mendengus.

"Ya Allah! Apa awak ni? Awak nak ke tandaskah tak?" suara Sofia sedikit meninggi.

"Tak, saya nak ikut awak aje," Emir menahan senyum. Sofia menghela nafas dalam.

Emir tergelak besar. "I'm sorry, I just wanted to tease you. You look so cute when you're angry, Sofi."

Dadanya berombak-ombak mendengar kata-kata Emir. Sofia berdiri menjauhkan dirinya dari Emir. 

"Mama... Jomlah mandi!" panggil Irina.

"Tak nak sayang," Sofia mengeleng sambil tersenyum manis.

"Jomlah!" Emir menolak Sofia ke dalam kolam. Sofia yang tadinya marah mulai ketawa mendengar gelak tawa anak kembar mereka. 

Masa seakan berjalan dengan begitu perlahan melihat Emir dan anak-anak mereka bermain bersama. Tanpa dia sedari, air hangat mengalir di pipinya.

Share this novel

S Syurga Abadi
2024-07-11 20:33:05 

test


NovelPlus Premium

The best ads free experience