Bab 6

Romance Series 33080

Ding...Ding...Ding...

Bunyi notifikasi whatsapp mematikan lamunannya. Dari petang tadi, fikirannya tidak keruan. Nama Emir Faiz tertera di skrin telefonnya. Satu-persatu mesej itu dibaca.

Awk, Emir ni. Save my number pls.

Awk, bos awak kata minggu ni awk sibuk. Kalau x keberatan saya contact awak lepas waktu pejabat ya. Blh?

Sofi?

Awak, saya ada email senarai perabot perpustakaan. Nak minta tlg kalau awak dpt semak. Kalau ada yg kurang nnt maklumkan saya. TQ

Awak? Sofi?

Sofi?

Saya ada soalan psl ? Awk ada idea x utk ?

Dia memejamkan matanya sambil menarik nafas dalam. Kalau diikutkan hati dia tidak mahu membalas mesej-mesej itu tetapi memikirkan kesibukkannya di pejabat memandangkan program perpustakaan akan dijalankan sepanjang minggu ini. Dia akhirnya membalas juga mesej-mesej itu. Pastinya dia tidak menang tangan hendak menyiapkan semua kerjanya sekiranya ditangguh.

"We've tried talking to your son, but this is the third time he's pulled this stunt," Hani mengangkat tiga jarinya.

"Mungkin sebab Aidil sibuk. Lama tak keluar dengan dia orang berdua. Saya dah pesan Aidil untuk nasihatkan Aish," jawab Mia.

"Oh... Tu yang keluar dengan Aidil tadi tu," Wafa mengangguk faham.

Sofia menghela nafas dalam. "Apa lagi jalan penyelesaianya terbaik yang boleh dibuat?"

Keempat-empat diam tidak berkutik. Anak mata memainkan peranan. Mereka tahu jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah itu tetapi masing-masing memilih untuk mengunci mulut.

Bunyi hon kereta daripada luar rumah mengejutkan mereka. Wafa menyelak langsir tingkap dan melihat kereta Mitsubishi biru berhenti di depan rumah.

"Ni bukan Elly ke? Housemate kau orang dulu?"

"Ya Allah, aku lupa dia nak datang. Sofia tepuk dahi.

"Assalamualaikum, Sofi..." suara Elly kedengaran.

"Aku buat air," Mia terus ke dapur diekori Wafa. Hani dan Sofia segera membuka pintu.

"Waalaikumsalam, silalah masuk Cik Puan Elly," gurau Sofia.

Mereka berpelukan.

"Dah setahun kamu pindah sini. Tak ada masa aje kita nak lepak sama-sama macam dulu," Elly melabuhkan punggungnya di sebelah Sofia.

"Itulah pasal. Rindu sangat nak lepak macam dulu-dulu. Tapi, dah kerja ni memang sibuk kerja aje," jawab Sofia pula.

Aidil meletakkan makanan di hadapan kedua anak kembar itu. Wajah polos mereka ditatap lama. Farish langsung tak menyentuh makanan di hadapannya.

"Tak nak makan ke? Kalau tak nak ayah makan," Aidil mengusik Farish dengan menarik pinggan berisi ayam goreng KFC itu.

"Tak naklah buat muka monyok depan rezeki macam tu Aish," Aidil pesan lembut sambil melemparkan senyuman nipis ke arah anak kecil itu.

"Tak ada selera," jawab Farish memeluk tubuh Dia mengerling ke arah kembarnya, Irina.

"I know you're feeling angry and frustrated but violence is not the answer. You can always come and talk to me," Aidil mengusap lembut pipi Farish.

"Jangan pedulikan apa kawan-kawan cakap. Aish dan Rin tak macam kawan-kawan yang lain. Dia orang ada satu ayah satu ibu but both of you have four moms and an awesome dad. Tapi lebih banyak tu lebih baikkan. Betul tak?" Aidil menjungkitkan keningnya.

Dua orang wanita yang duduk berhampiran dengan Aidil perlahan-lahan menoleh ke arah Aidil dengan kerutan yang ketara timbul di wajah mereka Aidil tersenyum kekok.

"Empat ibu lawan satu ibu mestilah empat yang menang. Jadi, yang rugi tu diaorang. Rin dengan Aish beruntung sangat. Kamu ada mama, ibu, mummy¸dan umi. Tak payahlah pedulikan ejekan kawan-kawan kelas tu," sambung Aidil lagi. Kali ini suaranya diperlahankan.

"Lepas ni kalau orang usik lagi, bagitahu cikgu aje. Nanti sampai rumah, cerita dengan ayah. Jangan gunakan kekerasan. Tak elok," Mata Aidil merenung tajam masuk ke dalam kalbu Farish.

Farish mengeluh sambil menongkat dagunya. Dia menyiku Irina menarik perhatian kembarnya yang sedang sibuk makan. Mata mereka bertaut kemudian Irina mengangguk

"Ayah percaya tak kalau Aish kata bukan Aish yang pukul kaw..."

"Of course! Ayah tahu anak ayah bukan anak yang kasar," sampuk Aidil. Dia memegang kedua belah pipi Farish dengan senyuman bangga.

"She did," jari telunjuk Farish di tunjuk ke arah Irina.

Mulut Aidil ternganga dan matanya terbeliak medengar kenyataan Farish. Irina tersenyum menampakkan barisan giginya yang tidak sama rata

"Rin dah tahan macam yang ayah ajar tu tapi Rin marah sangat dengan Faridzuan. Dia tu kawan kami tapi dia yang banyak ejek kami," terang Irina.

"Dia orang pertama ejek Aish lepas tu semua kawan ejek Aish. Lepas Rin marah, dia ejek Rin pula," cerita Irina.

"Rin marah sangat sebab tu Rin baling dia guna botol air lepas tu Rin pukul dia macam ni," Irina menunjukkan gaya menumbuk sambil tersenyum memandang Aidil.

Berkerut dahi Aidil mendengar pengakuan Irina. Matanya beralih arah ke wajah Farish pula. Dia memicit dahinya.

"Ayah mesti tak ada selera sekarang ni. Mari Aish tolong makan. Lapar pula," pinggan tadi ditarik semula. Ayam KFC itu digigit mengisi perutnya.

"Ayah... tak payahlah sakit kepala. Ibu seorang aje marah kat ayahkan?" Irina menepuk lembut tangan Aidil.

"Aish ni yang kesian. Bukan seorang tapi empat orang marah dia," Irina menepuk bahu Farish.

"Dil!"

Aidil menoleh ke arah suara itu. Segaris senyuman terukir di bibirnya. Mereka segera bersalaman dan berpelukan. Matanya beralih ke arah dua anak kembar itu.

"Patutlah ajak lepak asyik sibuk aje kau. Sibuk jadi bapa pula ya. Besar dah anak-anak kau," Emir terus duduk tanpa dijemput.

"Kau buat apa kat sini?" soal Aidil.

"Aku ni datang nak tolong belikan makanan untuk adik aku. Dah sampai depan kaunter tak jadi pula," cerita Emir.

Dia menghulurkan tangannya. Irina dan Farish menyambut tangan lelaki itu. Senyuman Emir tak lekang dari bibir memandang ke arah kembar itu.

"Berapa umur diorang ni?" Soal Emir. Aidil mengaru kepalanya.

"Hey, tak akanlah Mia aje yang ingat umur anak-anak kau ni," usik Emir.

"Dah lama tak jumpa tiba-tiba dah jadi bapa dah kau ye," tambah Emir lagi sambil menepuk-nepuk bahu Aidil

"Kami lapan tahun uncle," Irina memandang wajah Emir sekilas. "Uncle kawan Ayah ke?" tambahnya lagi.

"Rin, tak baik menyampuk. Ayah dah pesan banyak kali," Aish mengingatkan.

"Uncle yang tanya. Rin jawab aje," dahi Irina berkerut.

"Uncle dengan ayah ni bff dari zaman sekolah dulu?" Emir tersenyum.

"Nak tahu cerita apa pasal ayah kamu? Meh sini uncle cerita," Emir menepuk dadanya.

Pandangan mata Aidil dapat dibaca Farish. Dia menyuruh kembarnya itu makan tanpa menganggu Aidil dan Emir. Irina mendengus tetapi akur dengan permintaan Farish.

"How's life?" soal Emir.

"Are you asking about me or her?" Aidil meminta kepastian. Emir senyum nipis.

"Aku dengar kau jumpa dia kat pejabat dia?" Aidil tanya lagi.

"Life has been good. And, yup! Aku terjumpa dia kat pejabat dia. Aku dengar masa dia call kau ugut nak bunuh kau kalau kau ada bagitahu aku pasal dia," cerita Emir.

"Itulah kehidupan aku sejak perpisahan kau orang. Asyik nak dibunuh aje aku ni," Serentak mereka ketawa.

Lama dia menatap wajah sahabat lamanya itu berselang seli dengan wajah anak kembar di hadapannya. Hatinya dipagut rasa sayu.

"Aku banyak sangat nak tanya pasal dia tapi...," Emir bersandar berpeluk tubuh.

"Tanya ajelah. Mana yang aku rasa boleh jawab. Aku jawab," Aidil meruap dagunya.

"Itu masalahnya. Aku nak tahu semua tapi aku takut. Takut esok lusa mati kau dia kerjakan," Ternyata lelaki itu masih seperti yang dulu. Dalam keadaan serius akan terselit lawak tak cerdiknya.

"Aku hempuk juga kang," masih bersisa ketawa mereka.

"Okaylah. Aku tanya soalan yes or no aje. Dia single ke plural?"

Sekali lagi pecah ketawa mereka. Lama mereka berbual mengenang kisah lama tanpa menyedari jam sudah hampir menunjukkan jam 10.30 malam. Restoran KFC 24 jam semakin lengang.

"Nanti jumpa lagi ya. Nanti uncle belanja tidur di hotel uncle," Emir mengusap lembut kedua-dua kepala Farish dan Irina.

Mereka saling bersalaman. Emir menghantar mereka masuk ke dalam perut kereta.

"Aku balik dulu. Jumpa lagi nanti. By the way, dia masih single. Assalamualaikum," Aidil terus menutup pintu kereta.

Setibanya mereka di rumah, Farish dan Irina sudah pun tertidur di dalam kereta. Usai mengangkat mereka, Aidil segera ke rumah Sofia.

"Yang, jom balik." Dia memegang tangan isterinya, Mia.

"Okay. Good night, everyone. Assalamualaikum," Mia mengekori Langkah Aidil.

"Aku nak bagitahu sesuatu ni. Tapi kau jangan panik pula," Aidil memandang Sofia yang sedang berdiri di hadapan pintu.

"Tadi, aku terjumpa Emir,"

"Dia tanya apa-apa tak?" Mia menyoal.

"Tak ada pun,"

Sofia urut dada. Lega. Sebelum keluar daripada pintu rumah Sofia, Aidil menoleh.

"Dia tanya kau single ke tak je. Aku bagitahulah yang kau single. Good night,"

Belum sempat Sofia membuka mulut, Aidil sudah pun menarik Mia balik ke rumah mereka.

Sofia hampir menjerit marah tetapi melihat jam di dinding dia mematikan niatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience