Bab 61

Romance Completed 59279

Sofia terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi enjin kereta di luar. Mata yang masih separuh tertutup kini terbuka luas. Dia segera bangun dan menyelak langsir biliknya. Pandangannya tertumpu pada sebuah kereta yang terparkir di luar rumah—kereta Emir.

Emir? Fikirannya segera berkecamuk. Perasaan marah, kecewa, dan rindu bercampur baur dalam dirinya. Tanpa berfikir panjang, Sofia berlari menuruni tangga dengan pantas. Tangannya terhenti sebelum memutar tombol pintu.

'Kenapa aku nak kena jumpa dia? Kan aku masih marah? ' Dia menepuk dahinya.

Namun, sebelum sempat dia berfikir lebih lanjut, Sofia terdengar bunyi tombol pintu rumah dipusing dari luar. Sangkaannya Emir yang berada di sebalik pintu membuatkan dia tersenyum tanpa sedar. Tetapi, sebaik sahaja pintu terbuka, senyumannya serta-merta hilang.

Isabella berdiri di hadapannya dengan senyuman manis. "Eh, akak! Sorry, Bella lupa bawa kunci rumah,"

Sofia senyum tipis. Dia menjenguk ke luar pintu memandang kereta Emir. "Oh, abang Emir kebetulan nak ambil barang dia ajar Bella sekali," ucap Isabella.

Sofia terkedu seketika, perasaan marah yang tadinya hampir reda kembali marak. Fikirannya diselubungi rasa tidak puas hati. Sofia cuba mengekalkan wajah tenang, namun hatinya semakin bergejolak.

Sofia menapak ke tepi menjemput Isabella masuk. Dia mengekori Isabella masuk ke bilik lalu duduk di atas katil. "Kerja Bella macam mana? Okay? Best tak kerja?"

Isabella tersenyum lebar sambil membuka almari di biliknya untuk mengeluarkan barang-barangnya. "Kerja okay je. Cuma ada a few things nak kena belajar,"

Sofia memerhatikan Isabella yang sibuk mengemas barang-barangnya. Fikirannya mula tertanya-tanya. Kenapa dia tiba-tiba mengemas barang-barang dia pula ni?

Isabella yang menyedari Sofia memandangnya terus berkata, "Oh, Akak Wafa tak bagitahu ke? Bella nak tinggal di quarters staff dekat Rasa Riang Resort. Abang Emir suruh Bella tinggal sana, senang sikit nak urus kerja."

Sekali lagi, hati Sofia terasa berat mendengar nama Emir disebut dengan mesra oleh Isabella. "Oh, abang Emir yang suruh?"

"Ya," Isabella menjawab sambil tersenyum, tidak menyedari perubahan di wajah Sofia. "Katanya lebih mudah kalau Bella tinggal di sana. Tak perlu berulang-alik jauh. Quarters staff pun sangat selesa."

"Abang Emir tu baik sangatlah akak. Rasa bertuah betul kenal abang Emir," ucap Isabella.

Sofia cuba menahan diri daripada membiarkan rasa cemburu dan marah menguasai dirinya. Dia tidak boleh menunjukkan perasaannya di depan Isabella. "Good for you. Kalau kat pejabat akak, budak praktikal tak boleh keluar di waktu kerja,"

Isabella tergelak kecil, seolah-olah tidak menyedari nada sindiran dalam soalan Sofia. "Datin bagi kelonggaran. Dia kata Bella boleh kemas barang dulu, nanti baru settle di quarters."

"Datin?" dahi Sofia berkerut.

Isabella mengangguk. "Datin Fauziah, mama abang Emir. Baik sangat akak,"

Sofia mengangguk perlahan, cuba menahan rasa tidak puas hati yang semakin menyesakkan dadanya. Aku nak setahun kahwin dengan kau, kena menyorok masa mama kau datang rumah. Hatinya semakin resah memikirkan layanan istimewa yang diberikan Emir kepada Isabella.

"Okaylah, akak nak rehat. Nanti, jangan lupa kunci pintu kalau nak keluar," kata Sofia, cuba menamatkan perbualan sebelum dia benar-benar hilang sabar.

Isabella tersenyum lebar dan mengangguk. "Okay, akak tak payah risau, nanti Bella kunci pintu,"

"Akak!" panggil Bella. Langakh Sofia terhenti. Dia mengeta bibirnya sebelum menoleh.

"Terima kasih tau tumpangkan Bella kat sini,"

Sofia hanya mengangguk dan berjalan perlahan-lahan ke arah tangga, menahan diri daripada melepaskan rasa marah yang semakin membuak dalam hatinya. Setiap langkah terasa berat, dan fikirannya penuh dengan bayangan Emir dan Isabella.

Sofia terus naik ke atas, meninggalkan Isabella yang masih sibuk mengemas barang-barangnya di bawah.

Sofia menyelak sedikit langsir biliknya, matanya memerhati ke arah luar. Di bawah, dia melihat Isabella sedang memasukkan barang-barangnya ke dalam kereta Emir dengan bantuan Jeremy. Wajah Isabella kelihatan ceria, sambil ketawa kecil bersama Jeremy. Sofia memerhatikan dengan perasaan yang sukar digambarkan—campuran antara cemburu dan marah yang dia sendiri cuba untuk nafikan.

Beberapa saat kemudian, Sofia terdengar suara Isabella dari bawah, jelas dan ceria.

"Akak! Saya jalan dulu ya! Thank you tumpangkan saya sini. Byeeee!"

"Sama-sama," jawabnya perlahan dari tingkat atas.

"Bukan setakat tumpangkan kau, ayah anak-anak aku kau rembat sekali," katanya dengan nada sinis sebelum cepat-cepat beristighfar, berasa bersalah dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya sendiri.

Dia memandang cermin di hadapan katilnya, memarahi diri sendiri. "Padan muka kau, Sofi! Nak sangat fikirkan benda-benda ni. Sekarang anak-anak kau akan dapat mak tiri, kau dapat apa?" Sofia menjerit kecil, menahan rasa amarah yang bergolak di dalam hatinya. Dia melatakkan dahinya di atas meja solek.

Tiba-tiba, pintu biliknya dikuak pantas. Hani meluru masuk dengan wajah panik.

"Kau kenapa?!" Hani bertanya, matanya terbeliak memandang Sofia yang kelihatan sedang menahan emosi.

Sofia tersengih, cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya. "Aku... tak ada apa-apa. Cuma penat sikit," jawabnya, cuba mengelak daripada terlalu menjelaskan.

Hani memandang Sofia dengan pandangan tidak percaya. "Aku jumpa Bella dengan Emir tadi kat bawah. Kau okay ke?"

Sofia mengangguk tanda tahu, tetapi hatinya tidak setenang apa yang cuba dia tunjukkan. "Aku? Okay aje, kenapa?" Sofia menjawab perlahan.

Hani melabuhkan pungungnya di atas katil Sofia, memandang Sofia lama. "Betul kau okay? Aku tengok kau macam tak sihat aje sejak Bella datang ni. Aku faham, Sofi. Aku kawan kau. Kalau ada apa-apa kau boleh luahkan."

Sofia cuba tersenyum, tapi senyuman itu hambar. "Tak ada apa-apalah, Hani. Aku cuma risau... kalau Emir dan Bella betul-betul rapat, macam mana dengan anak-anak aku? Itu aje. Aku... aku tak kisah pasal dia orang, aku cuma tak tahu macam mana nanti penerimaan anak-anak kalau Emir ada orang lain dalam hidup dia,"

"Penerimaan anak-anak kau kalau Bella ada hubungan dengan Emir?" ulang Hani dengan nada menyoal.

"Kau pula macam mana? Penerimaan kau kalau Emir dan Bella bercinta?" soal hani lagi.

Sofia cuba mempertahankan dirinya, "Aku tak ada perasaan apa-apa pada Emir. Aku dah lama move on, Hani. Cuma... aku risaukan penerimaan anak-anak. Itu saja." Suaranya kedengaran sedikit tegas, cuba meyakinkan Hani, tetapi juga cuba meyakinkan dirinya sendiri.

Hani memandang Sofia lama, seolah-olah sedang membaca hati sahabatnya itu. "Kalau macam tu aku lega sebab aku tak nak kau sakit lagi," Hani senyum.

Dahi Sofia berkerut memandang Hani. "Kenapa? Kau tahu apa-apakah?" soal Sofia.

Hani nampak teragak-agak hendak menjawab. "Sebenarnya tadi... aku dengar Emir panggil Bella 'sayang'."

Sofia tersentak. Matanya terbeliak, dan air mata mula bergenang di kelopak matanya. "Sayang?" suaranya hampir tidak kedengaran, terlalu terkejut untuk berkata lebih.

Hancur hatinya mengenang apa yang berlaku. Baru tiga hari mereka bekerja bersama dia dah panggil Bella 'sayang'? Habis tu aku ni apa? Tunggul? fikir Sofia. Perasaan marah dan kecewa yang cuba dia tahan selama ini akhirnya pecah juga. Hatinya terasa retak mendengar kenyataan itu.

Hani tidak berkata apa-apa lagi. Dia hanya mendekati Sofia dan memeluknya erat, cuba memberikan kekuatan yang tidak mampu diberikan melalui kata-kata. Sofia menangis di bahunya, meluahkan segala kesedihan yang terbuku selama ini.

Sofia benci melihat dirinya kembali menjadi wanita lemah seperti ini. Selama bertahun-tahun dia membina kekuatan setelah perpisahan dengan Emir. Namun kini, perasaannya kembali rapuh.

"Kenapa aku jadi macam ni lagi, Hani? Kenapa Sofia yang lemah ni kembali lagi? Aku dah lama tinggalkan Sofia yang macam ni. Aku dah janji pada diri sendiri, aku tak akan menangis lagi sebab dia,"

Hani mengusap belakang Sofia dengan lembut. "Sorry Sofi.. I don't know what to say. I am really sorry,"

Setiap kali dia merasakan dirinya kuat, Emir muncul semula, membawa perasaan yang telah lama dipendam kembali ke permukaan. Sofia tahu, dia perlu mencari kekuatan semula. Tetapi untuk saat ini, dia hanya mampu menangis dan melepaskan semua rasa perit yang menghimpit hatinya.

Malam itu, suasana rumah sunyi. Di dapur, Hani dan Wafa duduk berdua berbual perlahan. Wajah mereka kelihatan serius.

"Macam berjaya aje, tapi aku kasihankan dia, Fa," kata Hani dengan nada risau. Dia menyandar di kerusi sambil bermain dengan cawan di hadapannya. Matanya redup, memikirkan keadaan Sofia yang semakin tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Wafa yang duduk di sebelah hanya menggeleng. "Kau tahan dulu hati kau tu. Ini untuk kebaikan dia juga. Kalau kita tak buat macam ni, entah sampai bila keadaan berterusan macam sekarang," jawab Wafa tegas, namun ada kelembutan dalam suaranya.

Hani menarik nafas panjang. "So, aku teruskan aje apa aku buat ni?" Dia memandang Wafa, menunggu kepastian.

Wafa mengangguk perlahan. "Ya, teruskan aje. Kalau dia tanya siapa suruh, kau jawab aje aku."

Hani mengangguk sambil merenung ke arah tangga. Dia tahu apa yang perlu dilakukan, walaupun hatinya berat. Tanpa berlengah lagi, dia bangun dan menuju ke bilik Sofia. Langkah kakinya terasa lebih berat, tetapi Hani tahu ini adalah langkah yang perlu diambil demi kebaikan Sofia.

Sesampainya di hadapan pintu bilik Sofia, Hani mengetuk perlahan. "Sofi?" panggilnya. Tiada jawapan, Hani membuka pintu perlahan-lahan, disapa oleh kegelapan yang menyelimuti bilik itu.

"Sofi?" Hani memanggil lagi, kali ini dengan suara yang sedikit lebih kuat.

Dari dalam bilik, kedengaran suara Sofia menyahut perlahan, suaranya lemah dan jelas tidak bermaya. "Hmm?"

"Aku bawa ubat ni," kata Hani sambil melangkah masuk. Dalam kegelapan, dia melihat Sofia yang sedang berbaring di atas katil dengan tubuh yang kelihatan lemah dan tidak berdaya.

Sofia, yang kelihatan letih dan kesakitan, perlahan-lahan duduk apabila mendengar kata-kata Hani. "Aku dah kata aku tak nak makan ubat. Nanti esok okeylah migrain aku ni," jawab Sofia dengan nada yang sedikit keras, cuba menolak bantuan yang diberikan.

Hani duduk di tepi katil dan memandang Sofia dengan sabar. "Kau suka tau tak?" Hani membalas dengan senyuman tipis. "Wafa kata kau kena makan ubat. Esok kau ada appointment dengan unit kaunseling kat hospital. Tak boleh skip."

Sofia mendengus kecil, jelas tidak senang. Dia benci apabila dipaksa dalam keadaan seperti ini, terutama apabila dia berasa tidak punya kawalan ke atas hidupnya. Namun, dia tahu Hani dan Wafa hanya mahu membantunya. Selepas beberapa saat berdiam diri, Sofia akhirnya mengalah. Dia mengambil ubat dari tangan Hani dan menelannya perlahan-lahan.

"Ish... Ya lah aku makan," kata Sofia dengan suara yang lemah, tanda dia menyerah.

Hani tersenyum lega. Dia tahu Sofia mungkin tidak mahu menunjukkan kelemahannya, tetapi di sebalik segala amarah dan kesakitan yang dipendam, Sofia masih memerlukan sokongan.

"Aku tak kisah kau marah, Sofi. Tapi kami semua di sini untuk bantu kau, okay? Jangan lupa esok, kau kena jumpa kaunselor tu. Sangat penting," kata Hani lembut sambil mengusap bahu Sofia.

Malam itu terasa panjang bagi Sofia. Selepas Hani keluar dari bilik, dia berbaring semula di atas katil. Fikirannya terus bermain-main dengan pelbagai soalan yang belum terjawab. Kecewa, marah, dan sedih semuanya bergaul menjadi satu. Matanya berat, tetapi tidurnya tidak lena

Esoknya, matahari mula terbit perlahan-lahan, menyimbahkan cahaya pagi yang lembut ke dalam bilik Sofia. Walaupun sudah pagi, Sofia masih berbaring. Kepalanya terasa berat, tetapi bukan kerana migrain semata-mata—fikirannya masih terganggu dengan semua yang berlaku antara Emir dan Isabella.

Kenapa aku masih terfikirkan dia? bisik Sofia dalam hati. Dia cuba menyingkirkan semua perasaan negatif yang muncul, tetapi hatinya terasa semakin sesak setiap kali teringat tentang perbualan Isaella dengan Emir. Adakah aku masih berharap sesuatu yang tak akan pernah terjadi?

Dengan susah payah, Sofia akhirnya bangun dari katil. Dia tahu hari ini bukan hanya tentang perasaan yang perlu dihadapi, tetapi juga ada hal penting yang perlu diselesaikan—temujanji kaunseling di hospital. Walaupun berat hati, dia tahu, perjumpaan dengan kaunselor mungkin satu-satunya cara untuknya kembali menstabilkan diri.

Sofia menarik nafas dalam-dalam sebelum turun ke bawah. Di dapur, Wafa sedang menyediakan sarapan. Hani pula sedang menyiapkan bekal untuk anak-anaknya. Apabila Sofia muncul di ambang pintu, kedua-dua wanita itu memandangnya dengan senyuman kecil.

"How are you today?" tanya Wafa, dengan nada prihatin. Dia memandang Sofia yang masih kelihatan letih.

Sofia mengangguk perlahan. "Aku okay," jawabnya, walaupun suaranya masih kedengaran lemah.

Hani mendekati Sofia sambil menghulurkan cawan teh panas. "Minum ni dulu. Kau perlukan tenaga untuk appointment nanti."

Sofia mengambil cawan itu dan tersenyum kecil. "Thanks, Hani. Thanks, Wafa. Aku tak tahu macam mana aku nak hadapi semua ni tanpa korang."

Wafa mengangguk, meletakkan tangan di bahu Sofia. "Kami ada kat sini untuk kau, Sofia. Kau tak perlu tanggung semua ni seorang diri."

Sofia diam sejenak, cuba menelan emosi yang semakin menekan dadanya. Dia tahu kata-kata Wafa benar, tetapi rasa malu dan kecewa masih menghantui dirinya. Kenapa aku perlu jadi begini? fikirnya lagi, walaupun dia sedar soalan itu tidak akan membawa apa-apa perubahan.

Setelah bersarapan sedikit, Sofia bersiap untuk ke hospital. Hatinya terasa berat, namun dia tahu pertemuan dengan kaunselor ini sangat penting untuk proses penyembuhan emosinya. Hani menawarkan diri untuk menghantar Sofia, tetapi Sofia menolak dengan lembut. Dia mahu menghadapi sesi kaunseling ini sendirian.

Setelah bersiap, Sofia keluar rumah dan memandu menuju ke hospital. Fikirannya terus berputar, dan hati kecilnya tetap berharap ada sesuatu yang positif dari sesi kaunseling hari ini. Namun, walaupun dia cuba optimis, bayang-bayang Emir dan Isabella masih menghantui setiap detik.

Di hospital, kaunselor yang bernama Rafidah itu adalah seorang wanita berusia pertengahan, wajahnya tenang dan penuh dengan empati. Setelah mereka berkenalan, kaunselor itu mula bertanya tentang perasaan dan keadaan Sofia sejak akhir-akhir ini.

"Terima kasih sebab datang sesi kaunseling hari ini. Macam mana keadaan awak sekarang?" soalnya sambil tersenyum.

Sofia menghela nafas panjang sebelum menjawab. "Alhamdulillah, saya okey je. Saya dah boleh buat semua benda macam biasa. Masak, kemas rumah, uruskan anak-anak... semua macam dulu,"

Rafidah mengangguk. "Bila awak masak, atau awak tidur ada tak rasa macam terganggu, mungkin teringat insiden yang berlaku?" tanyanya lagi.

"Tak, saya tak rasa apa-apa. Mungkin sebab saya cepat letak insiden tu di belakang. Saya anggap benda dah jadi, saya tak nak biarkan ia mengawal hidup saya. Kalau saya takut, nanti saya tak boleh teruskan hidup macam biasa," jawab Sofia.

"Sikap awak yang kuat ni memang mengagumkan. Saya doakan awak terus sembuh dan bahagia. Teruskan dengan semangat yang sama, tapi ingat, kita ada untuk bantu kalau awak perlukan," Rafidah tersenyum bangga.

"Tapi... Boleh tak saya nak cerita hal lain?" Sofia senyum nipis. "Silakan," Rafidah angguk.

"Saya... saya rasa hilang. Saya rasa semua yang saya bina selama ini—untuk kuat, untuk move on—runtuh begitu sahaja. Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni lagi. Saya rasa seolah-olah saya kembali kepada Sofia yang lama... yang lemah."

Rafidah mendengar dengan penuh perhatian. "Move on? Maksud awak?"

"Saya sebenarnya pernah berkahwin dan bercerai. Saya belajar untuk hidup tanpa dia, lepas insiden yang berlaku dia sentiasa ada dengan saya. Dia ajak saya kahwin semula , dan saya belum bagi jawapan. Saat ini, kita tengah bercakap ini dia tengah sibuk dengan wanita lain which is okay! Sebab kami tak ada apa-apa hubungan tapi..." Sofia menarik nafasnya.

Tapi?" Rafidah menanti ayat seterusnya dari Sofia. Sofia diam tidak berkutik.

"Saya takut terluka..." suara Sofia semakin perlahan.

"Kenapa awak rasa Sofia yang lama itu muncul semula?" tanya Rafidah lagi, nadanya penuh dengan perhatian.

Sofia terdiam, cuba mencari jawapan di dalam dirinya. "Saya tak tahu. Dulu, saya berjaya letakkan dia di belakang saya, tapi sekarang dia kembali dalam hidup saya. Saya asyik fikirkan dia dan saya tak suka dengan perasaan ini. Saya tak dapat nak kawal perasaan saya..." Sofia menguis-guis karpet biru laut dengan ibu jari kakinya. .

Rafidah tersenyum tipis, memahami apa yang Sofia cuba sampaikan. "Kadang-kadang, kehadiran seseorang dalam hidup kita boleh mengaktifkan semula perasaan lama yang kita sangka sudah terkubur. Ini bukan kelemahan, Sofia. Ini adalah tanda yang awak masih manusia—awak masih punya emosi. Dan itu perkara normal."

Sofia mendengar dengan teliti, cuba memahami setiap kata-kata Rafidah. Namun, hatinya masih terasa berat.

"Jadi, apa yang patut saya buat sekarang?" tanya Sofia, cuba mencari jawapan.

"Pertama, awak perlu terima bahawa perasaan awak sekarang adalah valid. Awak berhak rasa sedih, marah, kecewa—itu semua normal. Tapi awak juga perlu tanya diri sendiri, apa yang awak nak dari hidup awak sekarang? Adakah awak masih nak bergantung pada perasaan lama? Atau awak bersedia untuk mencipta jalan baru, dengan atau tanpa bekas suami awak?"

Soalan itu menembusi hati Sofia, membuatnya termenung sejenak. Apa yang dia mahu sebenarnya? Sofia sedar, hanya dia yang boleh membuat keputusan tentang masa depannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience