Bab 37

Romance Series 33080

Aidil menangis meminta maaf pada Mia. Tangan Mia dipegang erat sepanjang perjalanan. Hatinya bagai disiat-siat melihat keadaan isterinya. Panggilan telefon yang diterima pagi tadi menyentak tangkai jantungnya. Suara Mia yang berbisik dan panik masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Awak... Ada orang masuk dalam rumah," Mia berbisik. 

Dahi Aidil berkerut. "Mia, apa yang berlaku?

Bunyi punyi diketuk kuat kedengaran. Aidil yang sedang duduk segera berdiri. Dia mencari-cari kunci keretanya.

"Khaleel... Rasanya itu Khaleel. Dia panggil Lana," Mia panik.

"Okay.. Okay... Talk to him nicely. Saya balik sekarang," pesan Aidil. 

Dia segera menghubungi Emir untuk datang segera ke Valley Hilltop untuk menemankan Sofia dan anak-anaknya. Emir terus sahaja bersetuju. Usai itu, Aidil memecut ke rumah Mia dengan hati yang penuh kebimbangan. Ketika tiba, dia melihat ambulan di luar rumah. Dia bergegas masuk dan melihat keadaan rumah yang bersepah. Alana tidak kelihatan di mana-mana, sementara Mia terbaring dengan wajah kesakitan.

Hani dan Wafa berada di situ, memanggil ambulans dan mengatur bantuan. Aidil tiba serentak dengan ambulans. Selepas ambulans bergerak, Hani dan Wafa mengekori ambulans itu menuju ke hospital. Hani mengesat air matanya. "Aku takut, Fa. Aku takut," Wafa mengenggam tangan Hani memberikan kekuatan pada sahabtnya yang berhati tisu itu.

Sebaik sahaja mereka tiba di hospital. Mia terus dibawa ke bilik kecemasan. Mereka bertiga menunggu di luar. Aidil meraup mukanya. Tidak putus-putus dia berdoa untuk isterinya. Matanya yang basah diseka dengan belakang tangan. 

"We are so sorry," Wafa melabuhkan punggungnya di sebelah Aidil setelah melihat lelaki itu sedikit tenang.

"Ini bukan salah sesiapa tapi saya," Aidil mengeleng. AIr matanya diseka lagi.

"Saya patutnya dengar cakap Sofi," suaranya bergetar.

"Apa saya nak jawab kat mama babah kalau ada apa-apa jadi kat Mia?" Dia mengetap bibirnya.

"Aidil, Mia? Mia kenapa?" suara panik itu dikenali mereka. 

"Babah... Dil minta maaf bah," Aidil memegang tangan bapa mentuanya.

"Ya Allah, Dil. Apa jadi dengan anak mama Dil? Wafa? Kenapa dengan Mia?" wajah Panik Puan Sri Aida ditatap dengan penuh rasa bersalah.

"Dil temankan Sofi ke Mystic Valley. Mia kat rumah dengan Lana, pagi tadi ada orang masuk dalam rumah culik Lana dan cederakan Mia ma," jawab Aidil.

"Ya Allah!" Ibu mentuanya menutup mulutnya.

"Lepas ni, Dil terus nak ke balai. Tapi nak tunggu Mia dulu," ujar Aidil. Ibu dan Bapa mentua Aidil mengangguk faham. Mereka bersama-sama duduk di hadapan bilik kecemasan.

I'm here

Mesej Emir dibaca. Jejarinya menari di atas skrin telefonnya.

Kami masih di hospital. Tak payah bagitahu Sofi pasal Mia.

Seminit kemudian telefonnya berbunyi.

Okay. Dia tak suspect apa-apa pun.

Selepas hampir sejam menunggu, seorang doktor perempuan diirngi seorang jururawat keluar bertemu dengan mereka. 

"After a few test, wife Encik Aidil mengalami kecederaan tulang belakang. Kecederaannya tak teruk, tapi dia perlu menggunakan kerusi roda sementara waktu," 

Wajah lega terpancar di wajah masing-masing. "Terima kasih, doktor. Boleh jumpa isteri saya sekarang?" 

Doktor itu mengangguk.  Aidil segera masuk mengekori doktor bernama Jason itu.

Sebaik sahaja mata Aidil bertemu dengan mata Mia. Dia terus menangis. Tangan Kia dikucup beberapa kali.

"Mia, I'm really sorry. I tried to protect my sister, but my wife ended up getting hurt. I'm so stupid." suara Aidil bergetar.

"Janganlah macam ni. Kita tak tahu pun benda ni nak jadi. Awak ada kat sini pun dah okay dah," Mia bersuara lemah.

"Sekarang ni, bagitahu saya. Khaleel buat macam mana? Lepas ni saya nak ke balai polis," Aidil berkata.

"Saya dengan Lana sembunyi bawah katil. Dia pecah pintu bilik lepas tu dia tarik Lana dari bawah katil. Lana menjerit panggil nama saya. Saya terus kejar dia dan tarik tangan Lana. Dia pusing lepas tu lempang saya sampai saya terjatuh kat tangga," cerita Mia.

Tapi..." Mia menelan air liurnya.

"Saya tak nampak muka Khaleel. Dia pakai topeng," sambung Mia. 

Aidil mengangguk tanda faham. Dia mengucup dahi Mia dan meminta Hani dan Wafa menemani Mia, kemudian segera ke balai polis untuk melaporkan hal itu. Usai membuat laporan polis, Aidil cuba menghubungi Alana, tetapi tiada jawapan. Tidak puas dengan itu, dia menghantar mesej pada adiknya itu, namun masih tiada jawapan. Dia cuba menghubungi Sofian, tetapi juga tidak berjawab. Akhirnya, Aidil memandu ke rumah keluarganya di Taman Suria dengan hati yang berat.

Tanpa salam, Aidil menerjah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu. "Abah! Abah!" 

"Apa ni tak ada salam apa-apa, terjerit-jerit ni kenapa?" 

Aidil mendongak ke atas. Dengan pandangan tajam dia meluru ke arah Zakiah.

"Abah mana, ma?" soalnya. 

"Manalah mama tahu. Dari semalam tak balik orang tua tu," Zakiah mengeleng. Dia menuruni tangga.

"Lana? Lana mana?" soal Aidil lagi. Kakinya mengekori langkah Zakiah.

"Hei, Lana bukan kat rumah kamu?" Zakiah menoleh ke arah Aidil.

Aidil memicit tengkuknya. Bibirnya tersenyum sinis. 

"Ma, kalau Lana kat rumah Dil, buat apa Dil datang sini?" Aidil menghela nafas.

"Pagi tadi, ada orang datang rumah Dil, ambil Lana, Mia cedera sebab nak lindungi Lana," sambung Aidil. 

"Ambil Lana? Siapa? Mia cedera terukkah?" membuntang mata Zakiah mendengar kenyataan Aidil.

Aidil terus duduk di atas tangga. Dia menarik nafas dalam-dalam. Matanya memandang Zakiah dengan wajah tak berpuas hati.

"Culik ma... Lana diculik. Siapa buat mama jangan pura-pura tak tahu. Tak ada lain, abah dengan Khaleel punya kerja," 

"Buat apa abah nak culik anak sendiri? Tak masuk dek akal betullah. Buruk pun dia abah kamu, jangan suka-suka nak tuduh benda tak tahu. Jatuh fitnah nanti," Zakiah meneruskan langkahnya.

"Tak masuk akal? Ma, sedarlah ma. Abah tu suami jenis macam mana? Ma masih nak pertahankan dia? Mama boleh buka mata tak ma?" Aidil mulai hilang sabar.

"Sedar tak ma, semua yang berlaku dengan keluarga kita berpunca dari abah. Apa yang berlaku dengan mama Izzah, dalangnya siapa? Jangan fikir Dil tak tahu apa abah buat?" bentak Aidil.

Zakiah tunduk. Air matanya mulai mengalir. Tidak sanggup dia menatap mata anak sulungnya itu,

"Ma, Dil minta maaf. Tapi kita kena hadapi kenyataan. Abah tak akan jaga kita. Kita yang kena jaga keluarga kita sekarang. Alana perlukan kita," Aidil bersuara kendur

Zakiah mengangguk perlahan, dia menangis teresak-esak di sudut tangga. Perasaan bersalah Aidil memarahi Zakiah menggunung. Dia mencekak pinggangnya memandang Zakiah.

"Ma, maafkan Dil ya ma," Aidil meraih tangan Zakiah lalu dikucup lembut tangan mamanya.

"Mama pun nak minta maaf. Tapi, jujur mama tak tahu abah kat mana? Sejak akhir-akhir ni abah dah jarang balik rumah Dil," Zakiah mengusap lembut ubun-ubun Aidil.

"Tak apa ma, nanti Aidil cari abah ya," Aidil memeluk Zakiah.

"Kalau abah balik nanti mama terus telefon Dil ya," Zakiah menepuk bahu Aidil.

"Tapi, janji dengan mama ya. Cari Lana sampai dapat. Kasihan dengan adik Dil yang satu itu," Zakiah menyeka air matanya dengan hujung lengan baju.

Aidil bersalaman dengan Zakiah. Dia memeluk mamanya dengan erat. Air matanya diseka perlahan. 

"Mia siapa jaga? Nak mama ke hospital?" soal Zakiah selepas melepaskan pelukannya.

"Ada Hani dengan Wafa. Mentua Dil pun ada. Dil jalan dulu ya ma," 

Zakiah menyeka air matanya. Terngiang-ngiang suara Aidil di telinganya. Dia akui kebenaran kata-kata Aidil tadi. Sepanjang perkahwinan dia dan Sofian, dia hanya menuruti apa sahaja kemahuan Sofian tanpa bantahan.

Share this novel

Anita Azmi
2024-07-09 10:57:37 

sambungan pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience