Bab 41

Romance Series 33080

Emir sudah dua hari tidak tidur, kepalanya sarat dengan Sofia. Dia tidak tahu di mana Sofia berada, dan anak-anak mereka mula menangis mencari ibu mereka. Keadaan rumah semakin tegang dengan setiap jam yang berlalu tanpa berita.

Hani baru sahaja pulang dari kerja dengan wajah yang cemas. Dia memegang sekeping sampul putih di tangannya dan melangkah masuk ke dalam ruang tamu di mana Mia, Wafa, Aidil, dan Emir sedang berkumpul.

"Guys..." Hani membuka kasutnya. Dia menghulurkan sampul putih itu kepada Emir. Emir mengambil sampul itu dengan tangan yang bergetar. Wafa, dan Aidil terus mendekati Emir, penuh dengan rasa ingin tahu dan cemas.

"Apa yang ada dalam sampul tu?" soal Mia.

Emir membuka sampul putih itu dan mengeluarkan pendrive. Dia segera menuju ke komputer dan memasukkan pendrive itu. Semua orang menahan nafas, menunggu apa yang akan muncul di skrin.

Sebuah video mula dimainkan. Dalam video itu, Sofia kelihatan dipukul tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki yang tidak kelihatan wajahnya. Dia menangis kesakitan, wajahnya penuh dengan lebam dan luka. Di akhir video, muncul satu mesej yang membuatkan darah mereka berderau.

YOU ARE NEXT.

"Ya Allah, Sofi! Siapa yang buat macam ni pada dia?" Wafa menekup mulutnya.

"Kita mesti cari Sofi dengan segera. Kita tak boleh biarkan dia dalam keadaan macam ni." suara Aidil bergetar.

Emir merasa marah dan sedih pada masa yang sama. Dia mengepalkan tangan, menahan air mata yang mahu mengalir.

Setelah melihat video yang mengerikan itu, Emir dan Aidil memutuskan untuk mengambil tindakan segera. Mereka berdua menuju ke balai polis untuk menyerahkan pendrive tersebut sebagai bukti. Mereka tahu bahawa ini adalah langkah pertama untuk menyelamatkan Sofia dan memastikan keselamatan keluarga mereka.

Di balai polis, Emir dan Aidil bertemu dengan seorang pegawai polis bernama Inspektor Masree. Inspektor mengambilnya dan segera memasukkan pendrive itu ke dalam komputer. Wajahnya berubah serius apabila melihat kandungan video tersebut.

"Ini bukti yang sangat penting. Kami akan segera menjalankan siasatan. Terima kasih kerana membawa ini kepada kami." ucap Inspektor Masree

Ketika mereka berbincang dengan Inspektor Masree, telefon Aidil berbunyi. 

"Hello, Mia? Ada apa?"

"Awak, ada kereta tak dikenali berhenti lama di depan rumah. Saya takut mereka ada niat tak baik." 

Aidil menoleh ke arah Emir, wajahnya penuh dengan kebimbangan. "Emir, kita kena balik sekarang. Mia kata ada kereta tak dikenali berhenti lama di depan rumah."

Emir segera bersetuju. Mereka berdua bergegas meninggalkan balai polis bersama Inspekrot Masree dan kembali ke rumah dengan segera. Dalam perjalanan, Emir berasa semakin cemas mengenai keselamatan anak-anaknya.

"Aidil, aku rasa anak-anak aku tak selamat kat sana. Kita perlu lakukan sesuatu."

Sebaik tiba di rumah, mereka melihat kereta tersebut masih di sana, namun ia segera beredar apabila melihat kehadiran Emir dan Aidil. Emir segera masuk ke dalam rumah dan memeluk anak kembarnya dengan erat. Dia tahu bahawa dia perlu memastikan mereka selamat.

Emir menekan butang panggil. "Adik, boleh datang rumah Sofi tak?"

Elly tiba tidak lama kemudian. Dia melihat wajah cemas abangnya dan setelah diberitahu kejadian yang berlaku dia turut panik.

"Angah kalau mama dan papa tanya, apa aku nak cakap?"

"Bagitahu aje mereka hal sebenar, dik. Mereka perlu tahu apa yang sedang berlaku." jawab Emir.

Elly mengangguk, memahami tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Emir memeluk erat kedua anaknya yang kelihatan sugul.

"Nak mama..." rengek Farish. Irina memegang tangan Farish lalu memandang Emir.

Emir memandang wajah Farish dan Irina. "Ayish dan Rin ikut aci Elly balik dulu ya. Nanti papa datang dengan mama," serentak anak kembar itu mengangguk.

Elly membawa anak kembar Emir keluar dari rumah dengan segera, berusaha memastikan mereka selamat.

"Kita perlu terus mencari Sofia. Aku tak akan berhenti sehingga dia selamat." Emir memandang Aidil. Aidil mengangguk, bersedia untuk bersama Emir dalam perjuangan ini. 

Hani yang merasa semakin cemas tentang keselamatan Sofia, memutuskan untuk menggunakan sosial media  sebagai cara untuk mencari bantuan. Dia duduk di meja dan membuka laptopnya dan menyiarkan mengenai kehilangan Sofia di Fac.

"Mungkin dengan cara ini, kita boleh dapat lebih banyak maklumat tentang Sofia. Semoga ada yang tahu sesuatu." Hani berkata sendiri.

Kawan-kawan semua, tolong bantu kami. Sofia, telah diculik. Kami amat risaukan keselamatannya. Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat, tolong hubungi kami atau balai polis terdekat. Tolong kongsikan post ini untuk membantu kami menemui Sofia secepat mungkin."

Setelah menyiarkan status tersebut, Hani melihat komen dan mesej mula masuk dengan pantas. Ramai yang memberi kata-kata semangat dan ada juga yang menawarkan bantuan.

"Ni, kau buat perkara yang betul. Semoga ada yang boleh membantu." Wafa menyerahkan segelas air pada Hani yang tampak letih.

"Hopefully, Fa. Kita perlu lakukan segala yang kita mampu untuk mencari Sofi, " jawab Hani.

Tiba-tiba telefon Hani berbunyi, Hani menerima mesej peribadi dari seorang pengguna yang tidak dikenali.

Saya ada maklumat tentang Sofia. Tapi kita perlu berjumpa.

Hani menunjukkan mesej itu kepada Mia dan Wafa. Mereka semua memandang dengan perasaan bercampur aduk.

"Ni, kita perlu berhati-hati. Kita tak tahu siapa orang ini." Mia bersuara risau.

"Aku tahu, Mia. Tapi kita tak ada pilihan lain. Kita perlu dapatkan semua maklumat yang kita boleh."

"Aku setuju dengan Hani. Tapi kita perlu pastikan pertemuan ini dilakukan dengan selamat."

Mereka memutuskan untuk mengatur pertemuan di tempat yang terbuka dan meminta Emir dan Aidil untuk menemani Hani. Mereka semua tahu bahawa ini adalah langkah yang berisiko, tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Baik. Kita jumpa kat kafe yoyo. Beritahu masa yang sesuai.

Tidak lama kemudian, pengguna tersebut membalas dengan masa dan Hani bersiap untuk pertemuan tersebut. Mereka tahu bahawa ini mungkin satu-satunya petunjuk yang mereka ada untuk mencari Sofia.

Emir memandang wajah Hani dan Wafa. Dia tahu bahawa mereka semua terdesak untuk mendapatkan sebarang petunjuk mengenai Sofia, tetapi dia juga tahu bahawa keselamatan mereka adalah keutamaan.

"Hani, Wafa, saya rasa lebih baik awak berdua tunggu kat sini aje. Biar saya aje yang pergi berjumpa dengan pemberi maklumat misteri tu."

Hani dan Wafa saling berpandangan dan akhirnya mengangguk setuju. Mereka faham kebimbangan Emir dan tidak mahu menambah risiko.

"Baiklah, Emir. Tapi awak perlu berhati-hati. Kita tak tahu siapa orang ini." pesan Hani

"Betul tu, Emir. Jangan ambil risiko yang tidak perlu." sambung Wafa.

Aidil, yang mendengar perbualan mereka, segera menawarkan diri untuk menemani Emir. Namun, Emir menggelengkan kepala dan memandang Aidil dengan senyuman.

"Dil, kau perlu jaga Mia di rumah. Dengan dua anak dara ni sekali," Emir tergelak kecil melihat wajah Hani dan Wafa yang berkerut.

Aidil terdiam sejenak, mempertimbangkan kata-kata Emir. "Baiklah, tapi kau mesti berhati-hati. Kalau ada apa-apa, terus call aku,"

Emir mengangguk dan memeluk Aidil sebagai tanda terima kasih. Dia kemudian memandang Hani dan Wafa. "Aku akan kembali dengan berita tentang Sofia. Jangan risau."

Dengan itu, Emir meninggalkan rumah menuju ke tempat pertemuan dengan pemberi maklumat misteri. Dia tahu bahawa ini adalah langkah yang berisiko, tetapi dia tidak mempunyai pilihan lain. Hani dan Wafa menunggu dengan penuh harapan, berdoa agar Emir akan kembali dengan petunjuk yang dapat membawa mereka kepada Sofia.

Emir menunggu di kafe itu hampir tiga jam. Setiap kali pintu kafe terbuka, dia berharap untuk melihat pemberi maklumat misteri itu masuk. Namun, masa berlalu dan tiada siapa pun yang datang. Kekecewaan dan kebimbangan mula menguasai dirinya.

"Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Kenapa mereka tidak muncul?" tanyanya sendiri.

Dengan perasaan kecewa, Emir memutuskan untuk pulang. Dia berjalan ke arah keretanya dengan langkah yang berat. Namun, sebaik sahaja dia mendekati keretanya, dia melihat sebuah sampul putih diselitkan di wiper keretanya. Hatinya berdebar-debar. Dia segera mengambil sampul itu dan membukanya.

Emir, jangan ingat kau boleh selamatkan Sofia dengan melibatkan polis. Jika kau teruskan, Sofia akan mati. Padamkan post di media sosial tentang kehilangannya, atau kau akan menyesal.

Emir merasakan darahnya mendidih membaca kata-kata tersebut. Nota itu jelas mengugut dan dia tahu bahawa ancaman ini tidak boleh diambil mudah. Emir memasukkan nota itu ke dalam poketnya dan segera memandu pulang. Dia tahu bahawa dia perlu menunjukkan nota ini kepada yang lain dan mereka perlu merancang langkah seterusnya dengan lebih berhati-hati.

Sebaik tiba di rumah, Emir segera masuk dan menunjukkan nota tersebut kepada Hani, Mia, Wafa, dan Aidil.

"Apa maksud semua ini, Emir? Mereka benar-benar mengugut kita." Hani mengetap bibirnya.

"Mereka kata kita tak boleh libatkan polis. Ini adalah ancaman serius." Wafa mendengus,

"Emir, kita perlu berhati-hati. Kita tak boleh buat apa-apa yang boleh membahayakan Sofia." ujar Aidil.

Emir mengangguk, merasakan keazaman yang sama seperti mereka. Dia tahu bahawa mereka semua perlu bersatu dan berusaha keras untuk menyelamatkan Sofia dari cengkaman orang yang kejam ini.

"Hani, awak perlu padamkan post di sosial media tentang kehilangan Sofia. Kita tak boleh ambil risiko. Kita akan cari Sofia sendiri."

Hani mengangguk, memahami situasi yang genting. Dia segera menuju ke laptopnya dan memadamkan post tersebut, walaupun hatinya berat untuk melakukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience