Bab 44

Romance Series 33257

Emir membuka matanya lebih awal dari biasa. Badannya yang penat terasa lebih segar. Usai membersihkan diri, Emir keluar dari bilik menuju ke dapur. Datin Fauziah menyenduk nasi goreng ke atas pinggan lalu diserahkan pada Elly.

"Jom makan, ngah. Mama ada meeting kat pejabat ni," Datin Fauziah menepuk bahu Emir sebelum keluar.

Apabila Emir dan Elly sahaja di ruangan dapur. Emir berdehem menarik perhatian Elly. Elly buat-buat tak dengar.

"Happy dik? Aku dah kena marah kaw-kaw malam tadi," ucap Emir sambil menyuapkan nasi dalam mulutnya.

Elly panggung kepalanya. Dahinya berkerut. "Angah juga kata bagitahu hal sebenar. AKu bagitahulah hal sebenar,"

"Lagipun kau lembab sangat macam cendawan," gumam Elly.

"Apa?" soal Emir. Elly mengeleng.

"Kau jangan sampai aku..." belum habis dia berbicara. Telefonnya berbunyi. Nama Sofia tertera sebagai pemanggil di skrin. Jantungnya berdegup kencang saat dia segera menjawab panggilan tersebut.

"Sofia, awak okay? Awak ada kat mana? Saya janji akan selamatkan kamu. Saya akan pastikan siapa yang culik awak akan terima padahnya," Elly terus memandang Emir saat mendengar abangnya itu menyebut nama Sofia.

Sofia tidak menjawab. Sebaliknya, suara lelaki asing terdengar di hujung talian.

"Emir, dengar sini. Datang ke alamat yang akan dihantar pada kau."

Terdengar suara Sofia di latar belakang, meminta dengan suara lemah. "Jangan datang, ini perangkap..."

Jeritan kesakitan Sofia membuatkan hati Emir hancur. Dia mendengar bunyi Sofia disepak dan suara lelaki asing kembali kedengaran.

"Tolong, jangan apa-apakan Sofia! Saya janji saya akan datang!"

Panggilan terputus. Emir duduk seketika, berusaha menenangkan dirinya. Dia segera bersiap untuk keluar. Telefon bimbitnya berbunyi lagi dengan mesej yang baru diterima. Dia membaca mesej itu sekilas, rahangnya mengetat apabila menyedari mesej itu tidak menyatakan secara langsung di mana alamat yang harus dituju.

Kau perlu cari kami di tempat di mana manis bertemu dengan keruh, tempat di mana tebu dijadikan emas putih. Hanya mereka yang pintar akan temui.

Jangan lambat, setiap 5 minit kelewatan, Sofia akan terus diseksa. Tik Tok, masa berlalu.

Emir memandang mesej itu dengan kebingungan. Dia tahu bahawa teka-teki ini adalah petunjuk penting, tetapi dia tidak tahu di mana tempat yang dimaksudkan. Dia segera memutuskan untuk pergi ke pejabat dan bertemu dengan Jeremy, Pembantu Peribadinya.

Setibanya di pejabat, dia segera menuju ke meja Jeremy.

"Jer, Saya perlukan bantuan awak. Ini soal hidup dan mati."

Jeremy memandang Emir dengan serius, menyedari betapa gentingnya keadaan. "Beres! Apa bos nak?"

Emir menunjukkan mesej teka-teki itu kepada Jeremy. "Saya tak tahu di mana tempat ini. Awak aje yang saya tahu ada otak pinta untuk benda-benda macam ni,"

Jeremy membaca mesej itu dengan teliti, menggaru-garu kepalanya sambil berfikir. Sementara itu, Emir menghubungi Aidil untuk memaklumkan tentang keadaan tersebut.

"Aku di hospital sekarang bawa Mia untuk rawatan susulan. Tapi jangan risau, aku akan tanya Wafa dan Hani untuk minta bantuan cari jawapan teka-teki itu."

"Oh... Sorry, aku lupa. Tak apalah, nanti bagitahu aje kalau Hani dengan Wafa dapat cari jawapannya,"

Aidil mengangguk walaupun Emir tidak dapat melihatnya.

Emir menamatkan panggilan dan kembali kepada Jeremy yang masih berusaha mencari jawapan teka-teki itu.

"Indah Permai... Bos, saya rasa ini merujuk kepada sebuah kawasan. Tapi kita perlu lebih tepat. Tempat di mana tebu dijadikan emas putih... Kilang gula mungkin? Tapi kita perlu pastikan."

Jeremy segera menggunakan kepakaran bidang IT-nya untuk menyemak lokasi kilang gula yang sudah tidak digunakan berhampiran kawasan Indah Permai. Jari-jarinya pantas menari di atas papan kekunci, mencari data yang relevan.

Emir berdiri di belakang Jeremy, menunggu dengan sabar walaupun hatinya berdebar-debar. Setiap detik yang berlalu terasa semakin mendesak. Setelah beberapa minit, Jeremy menghela nafas panjang.

"Bos, ada lebih dari 30 kilang gula yang sudah tidak beroperasi di sekitar kawasan ini. Ini senarainya."

Emir mengambil senarai yang dicetak oleh Jeremy, matanya mengimbas setiap nama dan alamat kilang tersebut.

"Thank you, Jer. Nanti saya naikkan gaji awak ya," Emir menepuk bahu Jeremy.

"Saya harap bos cepat jumpa Sofia. Hati-hati, bos. Kalau perlukan bantuan lagi, mesej ASAP" pesan Jeremy

Emir mengangguk. Dia segera keluar dari pejabat, membawa bersama senarai lokasi kilang-kilang gula yang sudah tidak beroperasi. Dia tahu bahawa tugasnya sekarang adalah mencari kilang yang tepat sebelum masa berlalu dan Sofia terus diseksa.

Sambil memandu, Emir menghubungi Zulkifli, untuk memaklumkan perkembangan terkini.

"Tuan Zul, saya ada senarai kilang gula yang sudah tidak beroperasi. Ada lebih dari 30 kilang. Saya akan mula periksa satu persatu. Boleh tak kalau saya minta Tuan Zul bantu saya dengan menyemak latar belakang kilang-kilang ini?"

"Boleh. Hantar aje list kilang tu. Tuan hati-hati ya. Saya akan hubungi tuan kalau ada maklumat berguna,"

Emir mengakhiri panggilan dan meneruskan pemanduannya. Segugus debaran menggoncang dadanya. Suara Sofia menjerit terngiang-ngiang di telinganya. Dia mengengam stereng kereta dan menekan pedal minyak.

Dia tiba di lokasi kilang pertama dalam senarai. Kilang itu kelihatan terbiar dan sunyi, tetapi Emir tidak membuang masa. Dia memasuki kawasan kilang dengan berhati-hati, berharap ini adalah tempat yang dia cari. Namun, setelah memeriksa dengan teliti, dia mendapati kilang itu kosong.

Emir segera bergegas ke lokasi kilang berikutnya, tidak mahu kehilangan masa yang berharga. Setiap kilang yang diperiksa menambah tekanan dalam dirinya, tetapi dia tidak mahu menyerah.

"Sabar, Sofia. Saya akan cari awak. Saya janji."

Emir terus berjuang, bergerak dari satu kilang ke kilang lain, dengan harapan dapat menemukan Sofia sebelum terlambat. Dia tahu bahawa dia tidak boleh menyerah, tidak selagi Sofia masih berada dalam bahaya.

Emir meneruskan pencariannya, memeriksa satu persatu kilang gula yang terdapat dalam senarai yang diberikan oleh Jeremy. Setiap kilang yang diperiksa menambah tekanan dalam dirinya, kerana dia tahu masa semakin suntuk. Sudah hampir 2 jam mencari, dapat dia bayangkan kesengsaraan Sofia saat ini.

Di pejabat, Zulkifli sedang berusaha keras menyemak latar belakang kilang-kilang yang ada dalam senarai.

"Tuan, kami dah semak beberapa kilang. Ada satu kilang yang mencurigakan. Kilang itu terletak di kawasan Indah Permai dan sudah lama ditinggalkan. Tiada maklumat jelas tentang pemiliknya sekarang."

"Mungkin kita kena maklumkan dengan kawan tuan untuk periksa kilang itu dulu." sambung kerani bernama Maria itu.

Zulkifli mengangguk, setuju dengan pandangan maria. Dia segera menghubungi Emir untuk memberitahu tentang maklumat terbaru itu.

"Assalamualaikum, tuan. Saya dengan staf saya dah semak latar belakang kilang-kilang itu. Ada satu kilang di kawasan Indah Permai yang tak ada pemilik dan hampir 15 tahun kosong. Saya rasa tuan patut periksa kilang itu dulu."

"Baik, Tuan Zul. Terima kasih. Saya akan ke sana sekarang,"

Emir mengubah haluan menuju ke kilang yang dimaksudkan di Indah Permai. Perasaannya bercampur antara harapan dan kebimbangan. Setibanya di kilang yang ditinggalkan itu, suasana sunyi menyambutnya. Kilang itu kelihatan terbiar dengan pintu yang sudah berkarat dan dinding yang berlumut. Emir berasa tidak sedap hati, tetapi dia tahu dia perlu memeriksa tempat itu.

Dengan berhati-hati, Emir memasuki kilang tersebut. Dia mendengar bunyi yang lemah dari arah dalam, menambah debaran di dadanya.

Semakin dalam dia masuk ke dalam kilang, semakin jelas bunyi tersebut. Dia tahu dia semakin dekat. Ketika dia tiba di satu bilik, dia mendapati pintunya terkunci. Emir mengetuk pintu itu dengan kuat.

"Sofia! Kamu ada di dalam?"

Suara lemah Sofia kedengaran dari dalam bilik tersebut. "Emir, jangan datang... Mereka akan..."

Sebelum Sofia sempat menghabiskan ayatnya, suara garau lelaki kedengaran menampar gegendang telinganya.

"Kau akhirnya sampai, Emir. Welcome to our paradise!"

Emir merasakan darahnya mendidih. Dia tahu dia perlu bertindak cepat. Dengan segala kekuatan yang ada, dia menendang pintu tersebut hingga terbuka. Dia melihat Sofia terbaring lemah di lantai, dengan luka-luka di tubuhnya.

"Sofia!"

Sebelum dia sempat menghampiri Sofia, lelaki berbadan sasa itu muncul dengan sebatang kayu di tangan. Emir tahu bahawa dia perlu berhati-hati, tetapi dia juga tahu bahawa dia tidak boleh meninggalkan Sofia dalam keadaan itu.

Emir cuba melawan tetapi hanya dengan satu layangan kayu di badan Emir. Lelaki itu terus terbaring di lantai. Tanpa belas, Emir dipukul dan disepak sehingga pengsan. Sofia menangis melihat keadaan Emir.

Tolong, jangan pukul dia lagi! Stop!!!" jeritannya memenuhi ruangan itu.

Namun, Alvin, yang kini berdiri di hadapan Sofia, hanya tersenyum sinis. Dia menampar muka Sofia dengan kuat sehingga bibirnya pecah dan darah mengalir perlahan dari luka tersebut.

"Diamlah, Sofia. Kau fikir kau boleh hentikan semua ini dengan tangisan dan rayuan kau?"

Sofia teresak-esak, wajahnya penuh dengan rasa sakit dan ketakutan. Alvin mencengkam pipi Sofia dengan kuat, menambah kesakitan yang dialaminya.

"Dengar sini, Sofia. Ada drama hebat yang akan dibintangi oleh dua lelaki yang kau sayang ni. Kau duduk situ diam-diam dan tonton saja. Jangan cuba buat apa-apa yang bodoh."

Sofia hanya mampu menangis dalam kesakitan dan ketakutan. Dia tahu Alvin serius dengan ancamannya. Dia sedar dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Emir dan dirinya sendiri saat ini. Alvin memandang Sofia dengan wajah puas, menikmati penderitaan yang dialami oleh wanita itu. Dia tahu dengan menakut-nakuti Sofia, dia akan lebih mudah mengawal keadaan.

"Ingat, Sofia. Setiap gerakan kau diperhatikan. Kau buat satu kesalahan, mereka akan menderita lebih lagi. Faham?"

Sofia mengangguk perlahan, terpaksa menerima nasibnya. Hatinya hancur melihat keadaan Emir yang tidak sedarkan diri di lantai.

Alvin menyuruh dua orang suruhannya mengikat Emir yang masih pengsan dan menarik Khaleel yang hampir tidak dikenali mukanya kerana mata dan bibirnya bengkak selepas dipukul Alvin dan orang-orangnya. Dua lelaki itu duduk berhadapan, dengan Khaleel kelihatan sangat lemah dan tidak melawan.

"Apa yang awak cuba lakukan, Alvin? Tolong jangan apa-apakan mereka!"

Alvin ketawa jahat dan menundukkan sedikit badannya mengikut paras mata Sofia.

"Sayang betul kau dengan jantan-jantan tak guna ini ya?"

Sofia merayu, air mata mengalir di pipinya. "Tolong, Alvin. Jangan buat apa-apa pada mereka. Saya akan buat apa saja yang awak nak,"

Alvin mengetap bibirnya, merasa benci melihat kesetiaan Sofia kepada Emir dan Khaleel. Dia menolak dahi Sofia dengan kasar.

"Kau memang sayang betul dengan mereka, ya? Baiklah, kita lihat sejauh mana sayang kau."

Alvin mengarahkan orang-orangnya untuk mengeluarkan Alana dari bilik kurungan. Tidak lama kemudian, Alana yang kelihatan lemah dan ketakutan dibawa masuk. Air matanya terus mengalir sebaik sahaja melihat wajah Khaleel yang penuh dengan lebam.

"Khaleel! Apa yang mereka buat pada awak?"

Khaleel hanya mampu memandang Alana dengan mata yang separuh tertutup, kelihatan sangat lemah. "Alana... Maafkan aku." dia bersuara perlahan.

Alana menangis, cuba mendekati Khaleel tetapi dihalang oleh konco-konco Alvin. Sofia hanya mampu melihat dengan rasa putus asa dan marah.

"Alvin, cukup! Tolong, lepaskan mereka." rayu Sofia.

Alvin hanya ketawa dan menggelengkan kepalanya. "Belum cukup, Sofia. Aku baru saja mula. Kau akan lihat betapa sayangnya aku pada kau dengan cara yang tak pernah kau bayangkan."

Sofia merasakan ketakutan yang mendalam. Alvin tidak akan berhenti di sini. Dia perlu mencari jalan untuk menyelamatkan Emir, Khaleel, dan Alana. Tetapi bagaimana? Dua lelaki berbadan sasa menarik dia dan Alana ke bahagian atas kilang iaitu bekas pejabat yang kini hanya kelihatan seperti balkoni.

"Bos nak kamu enjoy the show," kata lelaki tadi.

Mereka diletakkan bersebelahan dan dua lelaki tadi berdiri dengan keadaan senang diri di sebelah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience