Bab 8

Romance Series 33080

Sofia memulakan harinya pagi itu dengan niat untuk mengelak sebarang pertemuan dengan Emir dan komunikasi secara professional sahaja. Hanya dengan membayangkan pertemuan anatara mereka menimbulkan ribut emosi dalam dirinya dan membangkitkan kenangan yang sudah lama terkubur.

Walaupun Sofia memutuskan untuk mengelak daripada Emir. Nasib tidak menyebelahinya apabila Encik Samat mendesaknya ke pejabat LHKK untuk memeriksa penempatan perabot. Tugasan itu memerlukan dia untuk berada di sana.

"Bos, bukan Cik Usop dah ke sana? Dia lagi pandai bab susunan perabot dari saya," ujarnya cuba mengelak.

"Betul. Saya setuju yang itu. Tapi ini berkenaan perabot perpustakaan. Tuan Emir sungguh-sungguh nak bantuan daripada kita," jawab Encik Samat dengan bersahaja.

Dalam keadaan paksa rela, Sofia mendapati dirinya memandu menuju ke LHKK ditemani Alvin. Sebaik sahaja mereka tiba di situ, Sofia dan Alvin bertembung dengan Emir di pintu masuk utama. Kehadiran Emir menyebabkan detak jantung Sofia berdebar kencang.

"Morning tuan," sapa Alvin sambil menghulurkan tangannya hendak bersalaman.

Tangan Alvin disambut. Emir paksa senyum. Melanie yang berada di sana menegur Emir.

"Bos, okay tak ni? Kenapa bibir bos ni terketar-ketar? Bibir bos sakit ke?" Melanie merenung muka Emir.

Emir berdehem. Matanya mencerlung memandang wajah Melanie. Lekas-lekas Melanie menundukkan kepalanya.

"Selamat pagi tuan. Bos kata nak periksa kedudukan rak-rak buku," Sofia berbicara dengan bersahaja.

"Mel, kenalkan ini Puan Sofia. Dia yang akan bantu kita berkaitan perpustakaan. Bolehlah ajak dia tengok setiap tingkat," arah Emir

"Boleh bos," Melanie membuat gaya tabik ke arah Emir.

"Jom Puan," Sofia terus mengekori langkah wanita itu.

"Tak payahlah panggil saya puan. Panggil Sofi aje," Sofia senyum.

"Okay, jom ikut akak!" Melanie merangkul tangan Sofia.

Sofia memastikan setiap perabot diletakkan dengan betul mengikut pelan yang telah disediakan pengurusan hotel. Selain itu, Sofia dan Melanie juga perlu membuat catatan tentang sebarang kekurangan atau kerosakan yang dikesan pada perabot untuk diambil tindakan selanjutnya.

"Yang ni macam tak ada book stand. Masa beli perabot ni memang dia tak bagi cukup-cukup?" soal Sofia.

"Iyalah Sofia. Semua rak ada yang ini aje kosong. Tak apa, nanti akak maklumkan semula dengan pembekal,"

"Rak yang jenis build in sekali dengan sofa ini rasanya boleh masukkan dalam bilik. Rak tinggi dalam bilik tu boleh dikeluarkan," cadang Sofia.

Melanie menulis sesuatu di skrin ipad miliknya. "Okay... Done!" Melanie menaikkan kedua ibu jarinya tanda bagus.

"Sorry tau kak kalau Sofi banyak complaint. Bos Sofi suruh betulkan semua," Sofia mengipas mukanya dengan tangan.

"Okay aje. Memang ini tugas akak setiap hari,"

Usai urusan itu, Sofia menapak ke luar bangunan. Yusoff dan Alvin bersama beberapa pelajar sedang sibuk memyiapkan mural.

"Faizal, jom ganti dengan saya. Saya nak mengecat yang tu," Sofia memegang tangga sambil menunjukkan lukisan yang sedang dicat Faizal.

Faizal tanpa bantahan segera turun den menyerahkan berus cat tadi pada Sofia. Perlahan dia memanjat tangga tetapi Sofia tersalah langkah menyebabkan dia hilang keseimbangan. Degupan jantungnya seakan terhenti apabila dia terjatuh tetapi sebelum sempat dia sampai ke lantai. Tindakan refleks Alvin sempat menyelamatkannya. Sorakan dan tepukan dari beberapa orang pelajar menarik perhatian Emir.

Emir yang menyaksikan adegan itu mengenggam penumbuknya. Matanya memancar api kemarahan.

"Bos, jangan bos. Ramai orang ni," Jeremy segera menahan Emir.

Emir menarik nafas dalam-dalam cuba mencari ketenangan. Dia segera masuk ke dalam pejabatnya. Terasa bagaikan hendak menjerit marah tetapi dia menahan diri. Menyedari tindakan kompulsifnya akan membuatkan kacau bilau.

"Panggil dia masuk," Emir mencekak pinggangnya.

"Dia?" dahi Jeremy berkerut.

"Ya!Dia!" Emir memukul mejanya.

Melihat Jeremy yang masih binggung. Emir mendengus kasar.

"Sofia!Panggil dia masuk!,"

Jeremy segera menghilangkan diri dari pandangan Emir. Selang beberapa minit, wanita itu masuk ke dalam pejabat Emir tanpa Jeremy. Ketegamgan wajah Emir kelas terpancar semasa Sofia duduk di hadapan Emir yang jelas berusaha menahan emosinya.

"Ada apa tuan panggil saya ya?"

"Saya... Ermm... Saya nak tanya pasal ? Awak tahu nak beli kat mana?" Emir mengetuk-getuk mejanya dengan jari.

"Kalau nak melalui PNM ada yang percuma tapi..." Sofia terdiam. Ketukan di meja itu mengganggunya.

"Kalau nak yang berbayar boleh cari aplikasi Kindle," Sofia menyambung. Alisnya bertaut tidak senang dengan kelakuan Emir.

"Kalau PNM boleh guna u-pustaka. Dalam website ada banyak pangkalan data boleh gun..."

"Awak boleh tak hati-hati?" Emir merenung tajam wajah Sofia. "Kenapa awak terlibat dengan benda-benda remeh macam ni?" dada Emir berombak.

"Huh? Sorry?" berkerut dahi Sofia.

"Saya minta awak datang untuk bantu saya pasal perabot aje tahu tak? Bukannya saya suruh awak ikut cat mural, Sofi!" bentak Emir.

Sofia berundur beberapa langkah "Kenapa? Tak boleh? Salahkah saya nak tolong kawan-kawan saya? Salah?"

Tangannya hendak memulas tombol pintu tetapi tindakan pantas Emir menolak kasar pintu pejabatnya. Sofia terkejut memandang Emir yang kini berdiri dekat dengannya. Sofia merasa gelombang haba bangkit dalam dirinya.

"Yusoff perlu bantuan jadi saya rasa tak salah kalau saya tol..."

"You could have been seriously injured!" bentak Emir. "What were you thinking, risking your safety like that?" soal Emir pula.

"I was being careful, Emir!"

"Awak jatuh Sofi!Jatuh!"

Kesabaran Sofia menipis mendengar tengkingan Emir. "Accidents happen, but I had Alvin there to assist me. I wasn't alone!" Sofia menguak rambutnya.

Sekali lagi cubaan Sofia untuk keluar dari pejabat Emir tidak berjaya. Emir masih teguh berdiri di hadapan pintu. Kemarahan Emir memuncak mendengar nama lelak itu terbit dari mulut Sofia.

"It seems he's always by your side, doesn't he? Is he your personal assistant?" Emir menyoal dengan nada sinis.

"Alvin tu kawan kerja saya Tuan Emir," balasnya dengan tegas. Sengaja ditekankan perkataan tuan untuk halwa telinga Emir.

"Kawan? Betulkah kawan? Berdua-duaan makan bersama tu kawankah?" Emir semakin dirasuk api kemarahan.

Suaranya mendatar tetapi kedengaran sinis mengkhianati emosinya yang bergelora. "Kalau kawan kenapa tak ajak Yusoff dan Maryam?"

"Saya nak makan dengan siapa? Saya nak berdua-duaan dengan sesiapapun suka hati sayalah. Saya tak perlu nak jelaskan apa-apa dengan awak," Sofia bersuara tegas, sedikit bergetar dengan bebanan emosinya.

"Kita dah lama bercerai, Emir. You should know your place," tambah Sofia sengaja memuntahkan fakta yang menyakitkan

"What if I want to get back with you?" Soalan Emir membuat darah Sofia mendidih.

Kemarahannya mengalir melalui urat nadinya, memberikan keberaniannya menatap mata Emir. "No, thank you! I'd rather live alone than with you!"

"Step aside Sir,".

Ketegangan di antara mereka mencapai titik noktahnya saat Sofia menapak keluar meninggalkan pejabat Emir. Saat Sofia lenyap dari pandangannya, kesunyian yang meliputi pejabat Emir memekakkan. Kata-kata Sofia bagai merobek ranting-ranting semangatnya.

"Bos," panggil Jeremy. Emir panggung kepala menghadap Jeremy. Dia menarik nafas dalam sebelum membetulkan duduknya. Tali leher di tarik kasar. Lama mereka begitu sebelum Emir membuka mulut.

"Awak tahu tak? Selepas bercerai dengan Sofia, separuh dari diri saya hilang," suara Emir diselaputi pilu. "Perasaan saya kosong," redup pandangan Emir.

Jeremy tersenyum nipis "Faham sangat bos. Penceraian ni bukan senang apa lagi kalau perasaan sayang tu masih ada"

"Saya dah cuba semua untuk lupakan dia. For once, I thought I was doing okay, but suddenly she appeared in front of me. I realize that I still love her, Jer. More than I can put into words," bayang-bayang kesedihan jelas terpancar di wajahnya

"Kadang-kadang, melepaskan orang tersayang is the greatest act of love," Jeremy memandang Emir dengan pandangan redup.

Emir meraup mukanya. "Itu masalahnya Jer, saya lepaskan dia sebab nak dia bahagia walaupun terpaksa mengorbankan perasaan saya. Tapi, hari ini nampak dia dengan Alvin macam tu. Marah, cemburu. Menyesal semua bercampur jadi satu,"

Jeremy mengangguk faham. "Bos dah buat pilihan untuk lepaskan dia demi kebahagian dia. Mengenangkan kisah lama hanya akan melambatkan proses bos untuk move forward,"

Kali ini mata Emir berkaca. "Saya tahu, Jer. Sakitnya nampak dia mesra dengan orang lain. Saya nak dia gembira tetapi di dalam hati," Emir memicit dahinya. "I still hope for a chance to make things right, to show her how much she means to me."

Jeremy berfikir sejenak "It's never too late to make amends, Bos. If you still love Sofia, then perhaps it's time to have an honest conversation with her. Let her know how you feel, without expectations or conditions. Who knows what the future may hold?" menepuk bahu Emir sebelum bergerak menuju ke pintu.

"Jer," panggil Emir sepatah. Pandangan mata Emir difahami Jeremy.

"Ya, semua dengar. Lucky you, kami dengar suara menjerit aje tak faham satu apa pun," Jeremy senyum. Daun pintu ditutup perlahan meninggalkan Emir yang mulai menyesali tindakannya.

Pls do Leave you comments

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience