Bab 65

Romance Completed 59279

Emir menghela nafas panjang sebelum berkata kepada Elly. "Aku ada banyak kerja hari ni. Kau  boleh tolong temankan Sofia ke Harbour City. Aku tak nak dia pergi seorang-seorang," pintanya dengan nada lembut.

Elly tersenyum kecil, faham akan kebimbangan abangnya. "Jangan risau, aku akan teman dia. Lagipun, aku pun dah lama tak keluar dengan Sofi," jawab Elly dengan mesra.

Sementara itu, Sofia sudah menunggu di Harbour City, duduk di sebuah kerusi kayu yang menghadap pintu masuk pusat membeli-belah itu. Matanya sesekali melirik jam di tangannya.

Tidak lama kemudian, Elly tiba dengan senyuman. "Sorry... Lambat sikit, banyak kereta kat jalan tadi," katanya.

"Tak apa. Jom masuk, kita terus pergi kedai desert yang aku cerita tu," jawab Sofia, tersenyum sambil bangun dari tempat duduknya. Mereka berdua melangkah masuk serentak ke dalam pusat membeli-belah itu.

Mereka berdua berjalan di sekitar pusat membeli-belah, sesekali berhenti melihat kedai-kedai menarik sebelum Sofia membawa Elly ke sebuah kedai desert tempatan yang baru dibuka. "Aku nampak kedai ni kat Instagram. Review dia bagus, jadi aku nak cuba," kata Sofia sambil menunjukkan kedai manisan yang bernama "Manisan Warisan".

Setelah memesan makanan, Sofia tiba-tiba meminta diri. "El, aku nak keluar sekejap. Nak ke tandas," katanya, sedikit tergesa-gesa.

Elly mengangguk tanpa sebarang soalan. "Okay, jangan lama-lama tau," balas Elly sambil melambai Sofia yang sudah bergerak menuju ke pintu.

Sofia segera mepercepatkan langkahnya keluar dari kedai, matanya mengerling kiri dan kanan seperti sedang memerhati sekeliling. Dia memanjat tangga menuju ke tingkat satu, dan sebaik sampai di hadapan Zara Boutique Hotel, Sofia menarik nafas panjang, menenangkan debaran di dadanya.

Dengan hati yang berat, dia membuka pintu kaca hotel itu dan terus menuju ke arah cafe di dalamnya. Matanya melilau mencari seseorang. Akhirnya, dia ternampak figura yang dikenalinya sedang duduk di satu sudut, menikmati minuman. Sebaik sahaja Sofia melihat lelaki itu, hatinya berdebar kencang.

"Papa..." panggil Sofia dengan suara perlahan tetapi cukup untuk menarik perhatian lelaki itu.

Datuk Emran, yang pada awalnya tersenyum mesra ketika menikmati minumannya, segera berubah riak wajahnya sebaik sahaja matanya bertemu Sofia. Senyuman di bibirnya serta-merta hilang, dan wajahnya bertukar tegang.

"Siapa kau nak panggil aku macam tu?" Lelaki itu terus berdiri dengan penuh amarah, meninggalkan mejanya dengan langkah tegas.

Sofia tergamam seketika, tetapi segera mengekori langkah Datuk Emran. "Papa... Sofi nak jumpa papa sekejap aje... Please, papa," rayu Sofia.

Datuk Emran berhenti, memandang Sofia dengan dahi yang berkerut penuh kemarahan. "Datuk Emran! Aku dengan kau tak ada hubungan apa-apa ya. Kau tak ada hak nak panggil aku papa," suaranya keras, penuh dengan kedinginan.

Sofia terdiam, terpukul dengan kata-kata itu. Dahulunya, lelaki itu sendiri yang memintanya memanggil "papa", tetapi kini segalanya berubah.

Sofia menarik nafas dalam, cuba bersikap tenang. "Saya cuma nak tanya khabar Pa.. Datuk. Dah lama kita tak jumpa. Saya tak nak masuk campur urusan Datuk dengan Em..."

Datuk Emran memintas kata-kata Sofia, pandangannya masih tajam. "Aku tak rasa perlu untuk kau ambil tahu tentang keadaan aku. Apa yang berlaku antara aku dengan Emir... itu urusan kami," Usai itu Datuk Emran belari menuruni tangga. Mukanya merah padam dadamya berombal-ombak.

Sofia tersentak mendengar nada dingin Datuk Emran. Namun, dia cuba mengawal perasaannya. Langkah kakinya dicepatkan seiring dengan rentak kaki Datuk Emran.  "Saya faham, Datuk. Tapi... saya harap hubungan Datuk dengan Emir boleh pulih. Dia anak Datuk, dan saya tahu dia masih ambil berat tentang Datuk."

Datuk Emran tiba-tiba menoleh, wajahnya penuh amarah. "Ambil berat? Kalau dia ambil berat, dia tak akan buat keputusan bodoh macam ni! Berhenti kerja! Kahwin dengan kau! Semua yang aku bina selama ni... semuanya hancur sebab dia. Dan kau pun tak jauh beza, Sofia. Kau ni tak bawa untung pada keluarga aku!"

Sofia terkedu, kata-kata itu menikam hatinya seperti belati. Air matanya hampir jatuh, tetapi dia cuba menahan perasaan.

"Datuk... Saya dan Emir... Kami cuba bina semula hidup kami. Emir cuma nak buat keputusan yang terbaik untuk dia dan anak-anak kami. Saya tak nak hal ini buat hubungan Datuk dengan Emir berantakan," Sofia cuba mempertahankan Emir, tetapi Datuk Emran memotong.

"Keputusan terbaik? Kau ingat aku peduli tentang 'keputusan terbaik' dia? Apa yang aku tahu, sejak Emir kenal dengan kau, hidup dia penuh masalah. Anak aku... hilang arah, hilang masa depan sebab kau! Kau punca semua ni, Sofia. Kalau kau tak wujud dalam hidup Emir, mungkin dia akan jadi macam abang kembarnya. Sekarang, tengok apa yang terjadi!" suaranya bergetar dengan marah, setiap kata-kata penuh dengan kebencian.

Sofia mengerutkan dahi, air mata kini tidak dapat ditahan lagi. Hatinya hancur mendengar tuduhan itu. "Datuk... Saya..."

Namun, Datuk Emran memotong kata-katanya lagi. "Cukup! Hidup Emir lebih baik sebelum dia jumpa kau. Kau ni tak lebih daripada beban! Dan kalau kau fikir Emir akan bahagia dengan kau semula, kau silap besar!"

Sofia tak mampu berkata apa-apa lagi. Kata-kata Datuk Emran benar-benar menggores perasaannya. Dia berdiri kaku di situ, air matanya mengalir di pipi tanpa dapat ditahan. Perasaan bersalah, marah, dan sedih bercampur-baur dalam dirinya.

Datuk Emran terus masuk ke dalam keretanya tanpa menoleh ke belakang lagi, meninggalkan Sofia yang masih kaku di situ. Enjin kereta dihidupkan, dan kereta itu meluncur pergi, menjauh dari pandangannya.

Sofia terasa ada tangan yang menyentuh bahunya. Dia berpaling dan melihat Elly yang berdiri di sebelahnya, wajahnya penuh dengan kerisauan. "Sofi..." bisik Elly, sambil memeluk Sofia erat.

Sofia menangis dalam pelukan Elly, cuba menahan kesedihan yang melimpah. "Kenapa kau jumpa papa? Kau tahu angah tak akan setuju kalau dia tahu," marah Elly tetapi nadanya lembut, cuba menenangkan Sofia.

"Kau nak minta restu papakah?" soal Elly menduga.

Sofia teresak-esak, cuba menjelaskan. "Aku... Aku cuma nak tolong perbaiki hubungan Emir dengan papa,"

Elly melepaskan pelukan dan menatap wajah Sofia, cuba mencari makna di sebalik kata-kata itu. "Ya Allah Sofi, itu bukan tugas kau. Kau tak perlu buat itu semua..."

Sofia menggeleng sambil mengesat air matanya. "Aku tahu, El tapi aku tak boleh berhenti fikir pasal ini. Aku rasa bersalah dengen semua ini," 

Elly menghela nafas panjang, memegang kedua-dua bahu Sofia. "Kau tak perlu rasa bersalah Sof, ini bukan salah kau atau sesiapa pun. Apa yang jadi antara papa dengan angah tu tak ada kaitan dengan kau pun,"

Telefon Elly berbunyi, dia memandang sekilas skrin telefonnya. Mata dia dan Sofia bertaut sebelum dia menunjukkan telefonnya pada Sofia.

Sofia pantas menggeleng, matanya penuh dengan rasa takut. "Janji dengan aku El kau tak akan bagitahu Emir. Aku tak nak Emir tahu apa yang papa cakap,"

Elly memandang Sofia yang masih tersedu-sedu, air mata mengalir deras di pipinya. Wajah Sofia jelas mempamerkan rasa kecewa dan terluka yang mendalam. Elly akhirnya mengangguk.

"Ngah..." Elly meletakkan telefonnya di telinga.

"Belum siap lagi. Sekejap lagi baliklah. Kenapa?" Bohong Elly.

"Nak cakap dengan Sofi?" Matanya memandang Sofia. Pantas Sofia mengeleng.

"Dia pergi tandas ngah. Nanti kau call dia, aku nak makan. Assalamuallaikum," Elly terus mematikan talian.

"Sebenarnya, tujuan kau nak ke sini untuk untuk jumpa papa kan?" soal Elly dengan suara lembut. Tangnnya diraytkan dengan tangan Sofia. Kaki mereka melangkah perlahan menuju ke kedai manisan tadi. Sofia terdiam seketika, mengesat sisa air matanya dan mengangguk perlahan.

"Ya... sebab tu aku nak pergi sendiri. Tapi Emir insist nak kau ikut. I have to do something about them, El," balas Sofia dengan nada pilu, suaranya hampir berbisik.

Elly menarik nafas dalam, cuba memahami perasaan Sofia. "Tapi benda tu tak perlu pun Sofi. Macam mana kau cuba pun, tak akan berhasil sebab papa aku keras hati," jawab Elly.

"Kau nak restu dari papakah?" Elly mengulang semula soalannya tadi. Sofia tidak menjawab tapi pandangan matanya dapat dibaca Elly.

" Bukankah mama dah restu hubungan kau dengan Emir? Tak cukup ke?"

Sofia menundukkan kepalanya, memandang meja tanpa menyentuh makanan di hadapannya. "Aku takut, El... Aku takut benda yang sama akan berulang. Dulu kami kahwin tanpa restu papa Emir... dan akhirnya kami bercerai. Aku tak nak benda tu terjadi lagi. Kalau kami berkahwin tanpa restu, mungkin perkahwinan kami takkan bertahan lama."

Elly menggeleng kepala, cuba meyakinkan Sofia. "Sofi, jangan risau. Tak akan jadi macam dulu. Mama dah restu perkahwinan kau dengan angah, itu dah cukup. Dulu, kau tak ada restu langsung dari kami, tapi sekarang mama sangat sayangkan kau, aku sayangkan kau. Kamu bagi restu dan sokongan dengan hubungan kamu. Itu lebih daripada cukup, Sofi. Kau tak perlukan kedua-duanya. Restu mama adalah yang terpenting."

Sofia terdiam, cuba memproses kata-kata Elly. Hatinya sedikit lega, tetapi masih ada sedikit ketakutan yang berlingkar di sudut hatinya.

Mereka duduk di meja itu tanpa menyentuh makanan yang mereka pesan. Sofia memicit dahinya, berasa sedikit penat dengan segala perasaan yang menghimpit. Akhirnya, Elly menghela nafas panjang dan menyentuh bahu Sofia dengan lembut.

"Sofi, jom kita balik. Kau dah cukup melalui banyak perkara hari ini. Fikirkan aje majlis kahwin kau. Itu yang penting sekarang."

Sofia mengangguk perlahan, menghela nafas panjang sebelum bangkit dari kerusi. Sebelum masuk ke dalam kereta, Elly memandang Sofia dengan rasa ingin tahu. "Macam mana kau tahu papa akan ada kat sini, Sofi?" soalnya.

Sofia tersenyum kecil, seolah-olah malu untuk mengaku. "Jeremy yang tolong aku. Dia dapatkan maklumat tentang jadual papa," jawab Sofia.

Elly memeluk Sofia erat, cuba menguatkan wanita itu. "Lupakan apa yang papa cakap pada kau tadi. Fokus pada majlis perkahwinan kau dengan angah, okay? Tak lama lagi semuanya akan selesai dan kau akan mulakan hidup baru dengan orang yang betul-betul sayangkan kau."

Sofia mengangguk perlahan, membalas pelukan Elly dengan penuh rasa syukur. Hatinya masih bersedih, tetapi sokongan Elly memberinya sedikit kekuatan. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta, bersedia untuk pulang dengan hati yang sedikit tenang, dan Sofia cuba memujuk dirinya untuk fokus kepada kebahagiaan yang bakal tiba.

Sofia melangkah masuk ke dalam rumah dengan lesu, tubuhnya berasa berat dengan segala perasaan yang melanda sepanjang hari itu. Kedua-dua anaknya, Farish dan Irina, berlari ke arahnya, wajah mereka penuh dengan senyuman gembira. Sofia segera memeluk mereka erat, membiarkan kasih sayang anak-anaknya meredakan sedikit kesedihan di hatinya.

"Mama nak rehat kejap ya?" Sofia berkata lembut sambil tersenyum pada anak-anaknya. Farish dan Irina mengangguk dengan patuh, kemudian berlari kembali ke ruang tamu.

Sofia menghela nafas panjang, melangkah perlahan ke biliknya. Namun, tidak lama selepas itu, Wafa dan Hani saling berpandangan sebelum mengekori Sofia ke bilik. Mereka dapat melihat jelas di mata Sofia yang sembam, ada sesuatu yang membebani hatinya.

"Kenapa mata kau sembam macam ni, Sofi?" tanya Wafa penuh kerisauan.

Sofia cuba mengelak, tetapi akhirnya tunduk, suaranya perlahan, "Aku... Aku jumpa papa Emir tadi."

Hani menggenggam tangan Sofia dengan lembut, cuba memberinya kekuatan. "What happen? Just tell us okay?" desaknya lembut.

Sofia menarik nafas dalam-dalam sebelum mula menceritakan segalanya. "Aku cuma nak tolong perbaiki hubungan dia dengan Emir lepas tu aku dapatkan restu dia untuk perkahwinan kami..." suaranya tersekat-sekat, dan matanya mula berkaca lagi.

"Dia marah kau?" Teka Hani.

Sofia mengangguk lagi, air matanya mula menitis perlahan, dan dia segera menyeka pipinya.

"Dia cakap apa?" tanya Wafa lagi.

Suara Sofia bergetar menahan rasa. " Macam-macam. Aku tak boleh nak ulang, sakit kat sini," Sofia memegang dadanya. Air matanya kembali mengalir.

Suasana menjadi sunyi seketika, sehingga telefon Sofia tiba-tiba berbunyi, membuatkan mereka tersentak. Nama Emir tertera di skrin, membuatkan hati Sofia berdebar. Dia menghela nafas, menguatkan dirinya, dan menjawab panggilan itu.

"Saya ada kat depan rumah, turunlah sekejap." suara Emir di hujung talian kedengaran lembut tetapi sedikit tegas.

Sofia segera membasuh wajahnya di bilik mandi, cuba menenangkan dirinya dan menyembunyikan jejak tangisan di wajahnya sebelum melangkah ke bawah. Hani dan Wafa mengekori langkah Sofia, bimbang meninggalkan Sofia sendirian.

Di hadapan pintu, Emir sedang menunggu, memegang beberapa kotak makanan. Dia tersenyum ketika anak-anak mereka berlari keluar ke arahnya, menerima makanan yang dibawa. Namun, sebaik sahaja matanya bertemu dengan Sofia, senyuman itu perlahan-lahan menghilang, berganti dengan kerisauan.

"Jom keluar kejap, kita cakap kat luar." ajak Emir dengan nada serius, memberi isyarat pada Sofia untuk mengikutnya keluar dari rumah.

Sebaik berada di luar rumah, Emir memandang Sofia lama, suaranya rendah tetapi jelas. "Sofi, awak jumpa papa tadi?" soalnya, suaranya seolah-olah sudah tahu jawapan yang bakal diberikan.

Sofia terdiam, mengetap bibir, dan akhirnya mengangguk perlahan. Emir menghela nafas panjang, kedua tangannya diletakkan di pinggangnya dengan wajah penuh kebimbangan.

"Kenapa, Sofi? Kan saya dah kata tak payah jumpa papa."

Sofia tunduk, cuba menahan air mata yang mula mengalir lagi. "Saya... saya nak tolong awak dengan papa. Lepas tu saya takut, Emir. Saya takut nak kahwin tanpa restu papa. Saya tak nak benda yang dulu berulang... Saya tak nak kita bercerai lagi," ujarnya dengan suara yang bergetar.

Emir terdiam, wajahnya berubah lembut sebaik sahaja melihat air mata Sofia. Dia tahu Sofia benar-benar terluka dan bimbang.

"Papa cakap apa dengan awak?" Soal Emir.

"Tak ada apa-apa. Kami tak sempat jumpa pun," bohong Sofia.

Emir tarik nafas dalam. Pipinya ditolak dengan lidahnya. "Don't lie to me, Sofi. Apa papa cakap?"

Sofia cuba menjelaskan lebih lanjut. Wajah Emir berubah. Sofia cuba menenangkan Emir. "Saya okay aje. Semua tu tak ganggu apa-apa pun. Saya lebih risau kalau hubungan awak dengan papa awak tak okay sampai majlis kita nanti. Awak tak nak pisang berbuah dua kali kan?"

"At least, awak jemput aje papa datang... dia nak datang atau tak, itu hak dia. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu yang awak tak belakangkan dia, walaupun hubungan awak dengan dia sekarang tak baik."

Emir terdiam lama, merenung Sofia. Hatinya penuh dengan rasa kecewa terhadap papanya, tetapi di sebalik itu, dia tidak mahu melihat Sofia terus terbeban dengan perkara ini.

"Emir... please. Kita tak lama lagi nak kahwin. Can you at least go and see your dad?" rayu Sofia, air matanya masih berbekas di pipinya.

Emir menghela nafas panjang, meraup wajahnya dengan tangan sebelum menguak rambutnya ke belakang. Matanya memandang jauh, seolah-olah mencari kekuatan untuk menuruti permintaan Sofia.

"Baiklah, Sofi. Kalau itu boleh buat hati awak tenang, saya akan cuba cari masa untuk jumpa dia," jawab Emir akhirnya, nadanya berat tetapi penuh tekad.

Sofia tersenyum kecil, hatinya sedikit lega mendengar jawapan Emir. Emir memandang wajah Sofia dengan penuh sayang, kemudian menenangkan hatinya sendiri untuk melakukan hal yang diminta Sofia—walaupun itu adalah sesuatu yang amat berat baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience