Bab 36

Romance Series 30286

"Babe janganlah moody macam ni.Aku risau ah".Ujar Khai yang menepuk lembut bahu kawannya yang sedang menghias kek coklat dengan chocolate ganache itu.

"Kau ni,aku okay je la.Tepi sikit babe bagi aku ruang".Jawab Rin yang sebenarnya dia memang tengah moody.

"Bohong la.Aku kenal sangat la dengan kau ni Rin.Jangan nak menipu la dengan aku".Balas Khai yang sedang mengacau kuah masak lemak cili api itu.

"Haah la Rin..Kau macam tak okey je hari ni.Kalau kau ada problem cerita la".Celah Qiesyah yang mengambil tempat di sebelah Rin.

"Kitaorang kan member kau.So,tak salah kan kalau share story dengan kitaorang".Tambah Aleen yang menghadiahkan segaris senyuman untuk Rin.

"Tak ade pe la korang.Aku okay je cuma penat sikit".Balas Rin seraya mengelap tangannya dengan kain.

"Babe jangan simpan sorang-sorang babe.Nanti makin melarat,makin sakit hati kau".Celah Nadheera yang sedang memotong bawang.

"Eish apa korang merepek ni,aku okay je la.Kejap eh aku nak gi tandas la".Kata Rin yang mendekatkan dirinya dengan Puan Izwana.

"Khai kau sembunyikan sesuatu pasal Rin dengan kitaorang kan??".Tanya Aleen yang sudah dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena di antara dua orang rakannya itu.

"Aku tak boleh bagitahu la korang.Rin tak kasi aku bukak cerita ni.Aku dah janji dengan dia tapi aku percaya,suatu hari nanti korang akan tahu juga".Jawab Khai yang memandang Rin keluar dari pintu bengkel.

"Ermm okay aku faham.Rin tu kan memang kuat berahsia.Tapi aku tak pernah tengok dia macam tu".Bicara Aleen.

"Aku pun tak tahu nak buat ape lagi.Since semalam dia macam tu".Balas Khai yang masih mengacau lagi kuah masak lemak cili api.

Rin membasuh mukanya ketika berada di dalam tandas.Dia masih lagi tidak boleh melupakan peristiwa yang mengejutkannya semalam sehingga dia tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika sedang menjalankan amali memasak.

"Ya ALLAH..Engkau kuatkanlah hatiku ini.Engkau buatkanlah aku tersenyum kembali..Engkau buatkanlah aku melupakan kejadian yang sedang menghantui aku ini".Telah Rin di dalam hati.

Dia mengelap tangannya dengan tisu dan menapak keluar dari tandas dan.....

"Owwwww....".Rin mengadu kesakitan tatkala kepalanya terlanggar tubuh seseorang.

"Oww.Sorry awak.Saya tak sengaja".Kata pemuda itu.

"No,it's okay.Just kepala saya sakit sikit".Tutur Rin.Kepalanya terasa sangat sakit kerana menangis terlalu lama semalam.

"Awak boleh bangun tak ni??".Tanya pemuda itu.

"Saya boleh bangun sendiri".Cakap Rin seraya berdiri.Kepalanya yang pusing itu dipegangnya dan...

"Awak!!!!!".Jerit pemuda itu.

>>>>>>>>>>>>

"Smile please.....Saya rindu senyuman awak".

"Hah??".

Rin membuka matanya setelah mendengar kata-kata itu.Kepalanya dipegang lagi saat kepalanya terasa sakit.

"Aku kat mana ni?".Monolog Rin seorang seraya memandang sekelilingnya.

"ALHAMDULILLAH awak da bangun".Rin mendengar suara seseorang.

"Macam mana saya boleh ada kat sini??".Tanya Rin kepada orang itu sambil menggosok-gosok kedua belah matanya kerana pandangannya masih kabur.

"Awak pengsan tadi masa kita berlanggar dan saya pun bawaklah awak ke sini".Terang dia.

"Setiap kali saya pengsan mesti awak yang bawak saya ke sini kan??".Ucap Rin yang pandangnnya sudah semakin jelas dan lelaki yang berada di sisinya ialah Nadz.

"Mungkin saya fairy godmother awak tapi versi lelaki".Jawab Nadz yang menguntumkan seukir senyuman setelah lega melihat gadis di hadapannya itu telah membuka matanya.

"Awak fairy godmother saya??Tapi awak tak ada tongkat?".Tanya Rin yang bersahaja itu.

"Saya tak ade guna tongkat tapi saya guna tangan saya ni..Untuk bawak awak ke sini".Balas Nadz.

"Again??Awak cempung saya lagi??Awak tak penat ke?".Soal Rin yang sedang baring itu.

"Nope.Tak penat pun cuma awak makin berat la.Mesti awak makan banyak akhir-akhir ni".Sakat Nadz yang sengaja mahu mengusik Rin.

"Eish awak ni saya tak berat pon la".Ujar Rin sambil menepuk manja bahu Nadz.

"Ohh da pandai bantai saya sekarang eh.Ambik ni".Nadz membalas serangan Rin dengan menjentik jari Rin.

"Auuuu that's hurt.Saya gurau je la".Tambah Rin yang mengusap-usap jarinya yang dijentik oleh Nadz.

"Sorry".Spotan Nadz mengusap lembut jari yang di jentiknya yang beralaskan dengan selimut itu.

"It's okay".Balas Rin ringkas.

"Oh by the way,doktor kata perut awak kosong.Jadi saya ada beli bubur untuk awak ni dan awak kena makan.Wajib!!!".Suruh Nadz yang sedang mencapai bekas plastik yang berisi bubur.

"Tak nak la saya kenyang.Saya tak nak makan".Rin menolak suruhan Nadz.

"You have to eat.Saya tak nak tengok awak sakit.Nanti saya pun sakit".Minta Nadz sambil menyuakan sesudu bubur untuk Rin.

Tanpa berkata apa-apa,Rin hanya membuka mulutnya dan menerima suapan Nadz manakala jejaka itu hanya tersenyum sahaja pabila melihat Rin makan bubur itu.

"Awak meh la bubur tu,saya boleh makan sendiri".Pinta Rin.

"No,no,no,no,no,no,no,no,no,no,no,no.Saya nak suap awak.Jangan degil eh cik PESAKIT".Nadz menidakkan permintaan Rin dan sambung menyuap bubur kepada Rin.

Perkara yang menghairankan Nadz ketika itu adalah setiap kali Rin mengunyah,Rin pasti akan termenung jauh.

"Smile please.....Saya rindu senyuman awak......Rin".Tegur Nadz yang sedang melihat Rin.

"Ermm??".Rin terasa seperti dia pernah mendengar ayat itu sebelum ini tetapi dia dah terlupa.Di mana dan bila dia mendengar ayat itu.

"Saya perasan,daripada pagi tadi...Awak nampak muram je.Awak tak ceria seperti selalu.Awak ada masalah ke".Soal Nadz yang mahu mengetahui masalah yang dihadapi oleh gadis itu.

"Saya okay".Jawab Rin dan air matanya mengalir tanpa disedarinya ketika mendengar pertanyaan Nadz.

"Kalau awak tak nak cerita tak ape".Kata Nadz seraya mengelap air mata Rin dengan ibu jarinya.

"Saya akan setia di sebelah awak di saat awak memerlukan seseorang untuk mengalirkan air mata awak.Saya akan ada di sisi awak untuk membuatkan awak tersenyum.Jadi,tolonglah senyum.Saya tak nak awak menangis macam ni.Makin risau saya nanti.Please......Senyumlah".Pujuk Nadz yang mengusap lembut kepala Rin.

Rin memandang Nadz dengan mata yang berkaca.Tidak tahu mengapa tetapi Rin tersenyum mendengar pujukan Nadz.Hatinya tersentuh mendengar kata-kata jejaka itu.

"Macam ni lah Rin.....Seorang yang tersenyum sentiasa.Saya rindukan Rin yang ini bukan yang tadi".Tambah Nadz lagi yang menepuk manja pipi Rin.

Terus membahang pipi gadis yang ditepuk lembut oleh Nadz itu.Sementara hatinya sempat bermain drum sehingga membuatkan dia tidak berhenti tersenyum.

"Kenapa awak baik sangat dengan saya??".Tanya Rin seraya membetulkan posisi kedudukannya.

"Sebab saya sayangkan awak...".Jawab Nadz selamba.

"Hah??".Rin terkejut mendengar jawapan yang dikatakan oleh Nadz dan hatinya semakin rancak bermain drum di saat mendengar kata-kata itu.

"Sebagai seorang kawan rapat?!".Tambah Nadz lagi yang baru perasan,dia terlepas kata-kata yang sudah dia pendam lama.Terpaksalah dia berbohong kerana dia tidak bersedia lagi mengungkapkan rasa sayang dia yang sebenarnya terhadap Rin setelah dia mula nervous ketika mencuba meluahkan perasaan itu kepada Rin sewaktu Rin tidak memberi sebarang respons terhadapnya.

"Ohhhhhh".Kata Rin dengan nada yang meleret sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Why?Ada apa-apa yang tak kena ke?".Tanya Nadz yang melihat gadis itu tidak tersenyum lagi.

"Aku ada salah cakap ke???Ke pasal sayang tadi??".Monolog Nadz di dalam hati.

"Nothing just thinks about something".Balas Rin seraya menundukkan kepalanya.Hatinya memberontak tatkala tidak mendengar kata-kata yang di mahukannya.

"Okay.The truth is,I want to talk something with you..".Tutur Nadz yang menarik nafasnya sedalam yang mungkin.

Rin mengangkat kedua-dua belah keningnya tanda mahu Nadz meneruskan percakapannya.

"Sebenarnya saya da lama....

"There you are!!".Tegur seseorang di muka pintu.

"I've been looking for you".Tambah dia lagi.

"How did you find me??"Soal Rin kepada jejaka yang sedang tersenyum kepadanya.

"Aku round satu U ni tau cari kau.Khai ada mesej aku tanya mana kau.Dia ingatkan kau keluar jumpa aku.Rupanya kau kat sini dengan dia tu".Jelas Izz seraya menjelingkan matanya pabila matanya tertembung dengan mata Nadz.

"Ehem excuse me encik Tengku Khalil dah kenapa jeling saya macam itu?Saya ada buat salah ke??".Soal Nadz yang masih tidak tahu lagi mengapa Izz membenci dirinya.

"Shut your mouth!!!".Marah Izz sambil menudingkan jarinya.

"Kalau nak gaduh kan??Pergi keluar dari sini.Jangan nak serabutkan fikiran ni".Celah Rin yang mulai serabut melihat dua orang jejaka yang berada di hadapannya.

"Apa aku buat ni Izz sampai kau benci sangat kat aku??".Tanya Nadz yang mahu mengetahui kebenaran.

Serta-merta Izz teringat akan peristiwa yang mematahkan persahabatannya dengan Nadz setelah dia melihat Nadz yang terbaring di atas katil bertemankan botol kaca dan sepacket beg plastik kecil.Izz berlari mendapatkan Nadz,digoyangkan tubuh sahabatnya itu supaya Nadz dapat menyedarkan dirinya.

Akhirnya Nadz membuka matanya dan langsung menolak kuat Izz ke tepi sehingga dahinya terkena bucu meja yang terletak di sisi katil.Izz mengadu kesakitan sambil memegang dahinya yang mula mengalirkan air yang berwarna merah semantara Nadz pula memegang belakang kepalanya yang terasa sakit.

"Nadz kau kenapa ni??Kenapa kau jadi macam ni??".Tanya Izz yang matanya semakin kabur itu.

Tanpa menjawab soalan daripada Izz,Nadz bangun dan mengangkat Izz lalu menolaknya sekali lagi ke dinding.Dahi Izz yang sakit itu tersentuh dinding dan Izz tidak dapat menyedarkan dirinya akibat hentakkan itu.

"Izz!!!!".Laung Rin yang menyedarkan Izz yang termenung jauh itu.

Izz memandang Rin dan menolak Nadz ke tepi untuk menjauhkan jarak antara Nadz dan Rin.Terduduk Nadz di atas sofa kerana di tolak oleh Izz.

"Izz kau kenapa ni?Kenapa kau tolak dia".Tanya Rin seraya menarik lengan Izz yang seperti mahu menumbuk muka Nadz.

"Dia yang sepatutnya bagitahu aku dulu kenapa dia tolak aku dahulu!!!!!"'Marah Izz yang semakin sakit hatinya ketika teringatkan waktu itu.

"Bila masa pulak dia tolak kau wei??Kau yang tolak dia!".Marah Rin pula.

"Ehem!!Ada apa-apa masalah ke??".

Mereka bertiga serentak memandang empunya suara yang sedang bertanyakan soalan itu.

"Tempat ni untuk orang yang sakit berehat bukannya nak bergaduh di sini".Tegur Doktor Fazira iaitu doktor yang bertugas di Universiti itu.

"Maaf doktor".Nadz meminta maaf kepada doktor itu.

"Macam mana Rin??Awak okay ke?".Tanya doktor Fazira yang sedang memeriksa Rin.Automatik Izz dan Nadz menjauhkan diri mereka daripada dua orang perempuan itu.

"Ahhh good".Jawab Rin ringkas.

"Okay saya rasa awak da boleh masuk kelas cuma nasihat saya...jangan terlalu overthinking,stress dan jangan banyak menangis dan tak makan.Disebabkan ketiga-tiga itu,badan awak akan menjadi lemah.

"Menangis??".Soal Nadz di dalam hati.

Nadz mula menapakkan kakinya keluar dari situ supaya dapat mengurangkan api yang marak di dalam hati Izz.Dia risau jika dia masih berada di situ,dia akan bergaduh besar dengan Izz.

~~~~~~~~~~

"Kau tipu aku eh??".Soal Izz yang sedang berjalan beriringan dengan Rin.

"Hah??T..ti..tipu ape??".Balas Rin yang mulai gagap kerna takut dia terlepas cakap perkara yang sebenarnya.

"Kau kata kat aku semalam yang kau tak nangis.But just now,doktor kata kau banyak menangis".Tutur Izz yang memasang telinga pabila doktor menasihati Rin.

"Aku banyak menangis sebab aku sakit kepala yang sakit gile kau tahu tak!!".Rin mencuba memperdayakan Izz dengan memberikan jawapan yang tidak benar.

"Dah la..Malas aku nak tanya lagi.Kalau aku tanya lagi pun,kau bukannya nak bagi aku jawapan yang betul".Ujar Izz yang give up itu.

Rin menundukkan kepalanya kerana terpaksa membohongi Izz.Ketika itu juga,dia baru perasan yang Nadz hilang dari pandangannya.Belum sempat dia mengucapkan terima kasih kepada jejaka itu.

"Ahhhhh Izz??Kita nak pergi mana ni?".Tanya Rin yang hairan melihat Izz melalui jalan yang tidak menuju ke bemgkel Rin.

"Okay sekarang kau ikut je aku,tak payah masuk kelas.Aku dah bagitahu pensyarah kau".Jawab Izz yang tadi dia ada menghubungi pensyarah Rin dan menerangkan tentang keadaan Rin yang tidak dapat meneruskan amalinya.

"Eish suka-suka kau je buat keputusan kan??Bukannya nak tanya aku dulu".Ucap Rin sambil menepuk bahu Izz.

"Dah jangan nak membebel,masuk dalam kereta aku sekarang".Arah Izz yang sengaja mahu mengenakan Rin.

"Ye lah ye lah!!!".Rin membuka pintu kereta Izz dan melihat dua buah kotak berada di atas seat kereta itu.

"Izz???".Panggil Rin.

"Hah???bukak kotak tu".Jawab Izz seraya tersengih.

"Yang mana satu???".Soal Rin.

"Mana-mana".Balas Izz seraya menghidupkan enjin keretanya.

Rin membuka kotak yang berwarna purple dan.............

"Arghhhhhhhhhhhhhhh".Terkejut Rin sambil membaling kotak itu ke luar kereta.

Izz hanya tergelak besar melihat Rin yang terkejut beruk itu.

"Izzzzzzz!!!!!!!!!!!!!!!!!".Marah Rin menepuk kuat bahu Izz.

"Hahahaha amiklah hadiah tu".Kata Izz yang masih tergelak sakan itu.

"Kau ni kan,saje je nak sakat aku".Kecewa Rin yang terkejut melihat seekor lipas di dalam kotak itu.

"Okay-okay..Hahaha aku gurau je la.Bukak lagi satu tu".Suruh Izz yang sedang memandu.

Rin membuka lagi satu kotak yang berwarna putih.Teragak-agak juga dia membuka kotak itu kerna dia masih berasa ragu dengan isi kotak yang tadi.

"Ahh...ahhhh..ahhh ke ke kenapa diam".Tanya Izz yang tiba-tiba gagap pabila melihat Rin yang terdiam melihat isi kotak yang ke dua.

Mata Rin membulat melihat kain yang berwarna pink itu dan serentak juga pipinya yang mula berona merah.

"Kau..kau tertinggal hari tu".Ujar Izz yang juga pipinya mula membahang.

Rin terasa malu pabila melihat pakaiannya dan juga pakaian dalamnya di dalam kotak itu.

"Hari tu kau tertinggal pakaian kau masa kita main hujan hari tu".Terang Izz yang tidak mahu Rin salah faham yang banyak kali pakaian Rin tertinggal di rumahnya dan banyak kali juga dia melihat pakaian Rin terutama yang bahagian dalam itu.Dia tidak sengaja melihatnya pabila ibunya memberikan kotak itu pagi tadi.

"Okay by the way thanks....".Ucap Rin yang masih berasa malu itu.

"Ahhh nak tanya...Kau memang suka pakai jenis macam itu ke??Kalau ye aku boleh belikan untuk kau".Tanya Izz yang sebenarnya itu ialah pertanyaan daripada mummynya yang disuruh untuk menyampaikan soalan itu kepada Rin.Bukannya dia yang mahu menanyakan soalan itu.

"Eh apa kau ni tanya soalan tu.Sengallah kau".Bicara Rin sambil mencubit peha Izz.

"Adoiii sakit lah..Wei aku tengah drive ni".Adu Izz seraya fokus semula pada pemanduannya.

"Padan muka!!!".Balas Rin

Izz memandang wajah Rin berselang-seli juga dia memandang jalan.Dia memberhentikan keretanya di sisi jalan.

"Ahhhh Izz kenapa berhenti dekat sini??".Tanya Rin yang juga memandang Izz yang pandangannya agak semacam itu.

Izz mendekatkan dirinya dengan Rin setelah menanggalkan seatbelt.

"Ahhh Izz kenapa ni??".Soal Rin lagi yang terasa takut melihat Izz yang bertindak seperti itu.

Semakin lama semakin Izz mendekatkan tubuhnya dengan Rin.

"Wei wei wei.Kau nak buat ape ni???".Tanya Rin yang menjauhkan dirinya dengan Izz.

Izz menarik Rin supaya dia dapat mendekatkan dirinya dengan Rin dan kepalanya berada di atas bahu Rin.

"Kau ingat aku nak ape-apekan kau ke??Aku malu sebenarnya ni.So,bagi aku masa sikit untuk hilangkan rasa malu ni".Beritahu Izz yang sebenarnya hatinya berdegup sangat kencang setelah melihat pakaian Rin dan bertanyakan soalan yang di suruh oleh mummynya.Lelaki kan,biasalah la kalau overthinking sikit pasal tu.Disebabkan itulah Izz tidak dapat menahan lagi rasa malunya.Dia juga risau yang jika dia memikirkan tentang perkara itu lagi,pasti Rin akan menjadi mangsanya.

"Ah ah..okay".Kata Rin yang terkejut mendengar penjelasan Izz yang sememangnya cute pada pandangannya.

Rin mengusap lembut kepala Izz dan menambahkan lagi rasa malu dan sayang Izz terhadap Rin.Tidak pernah dia berasa malu seperti itu ketika bersama dengan Rin.Izz mencapai sarung tangan kulitnya yang berada di atas deskboard lalu menyarungkannya di tangan kanannya.Tangan Rin digenggam erat olehnya.Bertambah lagi rasa terkejut Rin dengan kelakuan Izz yang lain daripada hari-hari yang sebelumnya.

"Please sekejap je kita macam ni.Tolong aku hilangkan rasa something kat hati aku ni".Minta Izz lalu semakin erat dia memegang tangan Rin.Rin hanya mampu tersenyum sahaja.

"Don't make me fall in love with you again".Telah Rin di dalam hati seraya memandang Izz yang kepala Izz berada di atas bahu dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience