Bab 46

Romance Series 30289

"Apa cerita ni Izz??Kenapa sampai jadi macam ni??".Tanya Rayyan Muhammad yang musykil itu.

"Erm??Bagi phone aku dulu".Minta Izz yang mahu membuka cerita tentang kejadian yang telah berlaku terhadap dirinya.

Telefon Izz diberikan oleh Ikmal Haqiem yang menjumpai phone itu di tempat Izz berjumpa dengan si penghantar mesej.Ketika itu juga,Izz meminta Rayyan Muhammad membaca mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

"Sebab tu lah kau pergi sana?".Soal Rayyan Muhammad.

Izz menganggukkan kepalanya dan tiba-tiba wajah Rin bermain di dalam fikirannya.

"Rin macam mana dia okay tak??".Tanya Izz pula kepada kawan-kawannya.

Luqman Khidir dan Rayyan Muhammad saling bertukar pandangan,teragak-agak mereka mahu memberitahu ke tidak tentang apa yang telah berlaku kepada gadis itu.Takut-takut Izz pengsan balik je setelah mendengar cerita tentang Rin.

"Ahhhhh.Rin dia okay je cuma tadi dia hampir kena langgar dengan kereta".Beritahu Wafie Asyraf yang baginya jika Izz tahu perkara ini daripada mulut orang lain atau daripada penulisan Lin,mengamuklah dia nanti.

"Hah kena langgar??Habis tu??Dia okay tak??".Soal Izz lagi yang hatinya terasa sakit mendengar kata-kata daripada Wafie Asyraf.

Pada waktu itu juga,Izz baru teringat yang dia juga berada di tempat kejadian di mana Rin hampir dilanggar dan dia nampak segala-galanya cuma tidak tahu akan apa yang jadi seterusnya setelah dia pengsan semula.

"ALHAMDULILLAH dia okay cuma orang yang selamatkan dia je yang tak okay".Tambah Wafie Asyraf yang sedang dipandang oleh Izz.

"Siapa yang selamatkan dia??Orang tu kenapa??".Tanya Izz yang terasa mahu sahaja dia berterima kasih akan penyelamat Rin.

"Ahh.Nadz".Jawab Wafie Asyraf pendek.

Riak wajah Izz terus berubah apabila mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Wafie Asyraf.

"Hurm..Good job".Kata Izz perlahan.

"Hah??Good job??".Tanya Ikmal Haqiem yang memasang telinga.

"Nanti-nantilah aku cerita,korang aku laparlah.Ada makanan tak??".Soal Izz yang perutnya mula meminta-minta makanan.

Kawan-kawannya tergelak tatkala mendengar permintaan daripada kawannya yang sakit itu.Nasib baiklah Luqman Khidir sempat masak bubur tadi.Lagipun,di antara mereka berlima,hanya Luqman Khidir sahaja yang pandai memasak.Tahulah juga daripada tidak tahu langsung.Yang lain hanya tahu masak air,masak maggi,masak nasi dan mengarah.Mestilah korang tahu siapa yang mengarah tu kan??.

==========

Beberapa hari kemudian,tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Rin dan rakan sekelasnya iaitu hari mereka pergi ke Tadom Hill.Hooreyy!!!

Tetapi sebelum bertolak ke sana,Rin terpaksa berjumpa dengan Hairi terlebih dahulu di KLIA.Janji perlu ditepati dan dia akan bagi peluang kepada Hairi tetapi bukan peluang untuk mencuri hatinya.Hanya peluang untuk menjadi temannya sahaja.

Rin memandu keretanya ke KLIA selepas tamat kelasnya.Jalan menuju ke KLIA pun boleh dikatakan agak sesak dan kira-kira 20 minit juga Rin tersekat di dalam kesesakan lalu lintas itu.Sementara menunggu kereta di hadapannya bergerak,dia bermain telefonnya.

"Don't try this in your car okay".
Pesanan ringkas daripada saya penulis novel ini.

Entah macam mana,tiba-tiba terpapar gambar Izz di paparan skrin telefonnya.Terkejut juga dia,mungkin dia ada tertekan something tadi.Dia berfikir sejenak tentang Izz.Hampir tiga hari dia tidak nampak pemuda itu di universiti,juga tiada sebarang mesej dan whatsapp daripada Izz.Risau juga tetapi bila dia tanya Muadz mengenai Izz,Muadz hanya menjawab yang majikannya itu sedang sibuk dengan assignmentnya yang memerlukan di keluar daripada universiti itu.Dua tiga hari ini juga,Muadz la yang menghantar Rin ke universiti dan juga membawanya pulang ke kondo.Yang bertambah pelik lagi,kawan-kawan Izz juga mengelak daripada Rin apabila mereka tertembung atau terserempak.

"Pin!!Pin!!".

Tersedar Rin daripada terus memikirkan Izz,dia menukar gear ke "D" ketika melihat kereta di hadapannya mula bergerak.

Sesampainya Rin di KLIA,dia mencari-cari Hairi yang mahu sangat berjumpa dengan dirinya.Telefonnya berdering di saat itu dan lantas dia menjawab panggilan daripada "Encik Bertopeng".

"Hello Rin.You jumpa I tak?".Tanya Hairi yang berharap sangat Rin akan berjumpa dengan dia.

"Hello.I ada kat area kedai-kedai ni.You dekat mana?".Soal Rin pula yang matanya melilau mencari Hairi.

"Ohh I nampak you,you jalan depan sikit.I kat tempat duduk ni".Balas Hairi yang hatinya mula terasa riang.

"Oh okay.You tunggu situ".Tutur Rin seraya mematikan panggilannya lalu memasukkan telefon pintarnya ke dalam beg tangan yang berwarna merah jambu dan ketika itu juga ...

"Adoii!!".Rin mengadu kesakitan apabila kepalanya terlanggar siku seseorang.

"Ahh maafkan saya,saya tak sengaja".Ujar lelaki yang memakai jaket kulit itu.

"Aduh siku dia ni durian ke apa.Tajam betul".Telah Rin di dalam hati.

"Alamak!".Kata lelaki itu perlahan tetapi mampu didengar oleh Rin.

"Tak ape saya okay".Bicara Rin seraya memandang lelaki yang memakai topi,berkaca mata dan memakai face mask.

"Lelaki ni sakit ke??".Tanya Rin di dalam hati.

"Maafkan saya".Ucap lelaki itu dan terus berjalan laju meninggalkan Rin yang kepalanya masih terasa sakit itu.

"Aikk blah macam tu je??Pape je lah".Bisik Rin perlahan.

"You!You okay tak??".Tanya jejaka yang segera mendekati Rin apabila melihat dia terlanggar seseorang.

"Saya okay".Balas Rin seraya melihat wajah seorang lelaki yang tidak pernah dia lihat.

"Ahh nah".Tutur pemuda itu sambil memberikan sejambak bunga coklat kepada Rin.

"Who are you??".Soal Rin yang menjauhkan sedikit jarak di antara dia dengan lelaki yang memberinya sejambak bunga coklat.

"Hairi la..Tak kan you tak kenal?".Jawab jejaka yang segak memakai kemeja berwarna dark grey.

"Hairi??".Rin terkejut,dia memandang lelaki itu daripada kepala sehingga ke kaki dia.

"Yup.I Hairi.Oh lupa,I tak pakai topeng.Sebab tu you tak perasan yang I ade dekat sini lagi tadi".Kata Hairi dengan tersenyum manis.

"Ohhh..Patutlah tapi kenapa tiba-tiba you tak pakai topeng?".Tanya Rin yang renungannya tidak dapat merenung ke arah lain selain merenung wajah Hairi yang sememangnya tampan.

"Sebab I nak jumpe orang yang istimewa".Balas Hairi.

"Siapa?".Tanya Rin yang mula tertanya-tanya.

"You!".Ujar Hairi sambil memberikan jambangan bunga coklat itu kepada Rin.

"T..Th..Thank you".Ucap Rin yang tiba-tiba gugup melihat Hairi yang sedang melutut di hadapannya.

"You are welcome".Jawab Hairi dengan senyuman yang masih tidak lekang pada wajahnya.

"You.....Berdiri la.Orang tengok ni".Tutur Rin perlahan seraya melihat orang yang berada di sekeliling mereka.

"Tak nak".Hairi tidak mahu mendengar kata Rin.

"Hairi ni dah la ramai fans dan dia ahli koprat..Atoiii.Ade reporter ke??Ade reporter ke??".Telah Rin di dalam hati dengan kepalanya dipusingkan untuk melihat sama ada reporter berada berdekatan dengan mereka atau tidak.

"You..Orang tengok la.Malu la I".Bicara Rin yang mulutnya ditutup dengan jambangan bunga coklat pemberian Hairi.

"I akan bangun if you maafkan segala kesalahan dan kesilapan I selama ni.I tahu you mesti marah sangat dekat I.I pun tahu yang you clueless sangat pasal pertunangan yang diadakan untuk kita berdua.I'm so sorry but I will try my best to protect you and....love you as much as I can".Luah Hairi yang matanya memandang tepat wajah yang sungguh cantik dan mempesona itu.

"Owwwwwwww".Celah dua orang perempuan yang berjalan di sebelah kami.

"Maafkanlah dia cik".Kata seorang wanita yang sedang memakai kaca mata hitam itu.

"Ahh??Kenapa dengan diaorang ni??Sibuk jaga tepi kain orang.Eh!!Aku tak pakai kain,aku pakai jeans.Jadi..Haa sibuk je jaga tepi jeans orang".Bisik Rin di dalam hati.

"Will you forgive me??".Soal Hairi yang menantikan jawapan daripada Rin dengan degupan jantung yang mula berdegup kencang.

"Yes.I maafkan you".Jawab Rin dengan ikhlas yang dia tidak mahu bermusuh dengan Hairi.

"Thanks you so much Rin!!!".Jerit Hairi yang sangat teruja.

Dia bangun lalu memeluk Rin yang terdiam dengan tindakannya.Rin berada di dalam pelukan Hairi yang hangat itu,wajahnya melekap pada dada Hairi.Sehinggakan wangian yang digunakan oleh Hairi pun dapat dihidu Rin.Gadis itu menolak Hairi apabila dia terasa perbuatan Hairi kepadanya itu dipandang orang sekeliling dan dia tahu yang itu dosa memeluk seorang lelaki yang bukan ada pertalian darah dengan kita.

"Ops sorry I gembira sangat".Pinta Hairi yang masih kegembiraanya itu tidak hilang.

Rin menjawab kata-kata Hairi dengan pandangan yang tajam.Terasa mahu sahaja dia menghempuk jejaka itu tetapi disebabkan dia tidak mahu memalukan Hairi,terpaksalah niat itu diketepikan dahulu.

"Jangan buat lagi.I tak suke".Marah Rin yang sedang memeluk tubuhnya.

"Ok I janji.Jangan marah tau nanti you jadi beast".Pujuk Hairi seraya kenyitan mata dihadiahkan kepada Rin.

"Beast??You nak I jadi beast ke?".Soal Rin dengan tersenyum sinis.

"Kalau you bertukar jadi beast pon,I tetap akan suka you and I akan tolong you berubah kepada beauty semula".Jelas Hairi.

"Ha ha ha ha".Rin ketawa tidak ikhlas.

"Erm..Ok la I kena pergi ni,nanti kita jumpe lagi ye.Take care dan kalau rindukan I,jangan malu..call je".Ujar Hairi sambil matanya memandang jam tangan Rolex miliknya.

"In Shaa ALLAH I tak rindukan you.Take care kat sana".Balas Rin sambil tangannya mengambil sekuntum bunga daisy dan sekeping coklat cadboury.Rin memberikan bunga dan coklat itu kepada Hairi.

"Nanti kalau lapar atau rasa nak makan coklat,makanlah ni.Lepas tu kan,kalau terasa area sit you tu berbau,you baulah bunga ni".Tutur Rin yang bibirnya tersenyum manis.Barulah ketika itu,Hairi dapat melihat senyuman manis Rin yang buat pertama kalinya selepas gadis itu melarikan diri semasa majlis pertunangan antara mereka berdua.

"Please.senyum macam ni setiap kali kita berjumpa".Bicara Hairi dengan nada yang lembut seraya tangan kanannya mengusap kepala Rin.

Betapa hatinya meronta-ronta mahu menjadikan gadis comel dihadapannya itu sebagai teman yang paling istimewa di dalam hatinya.Dia tidak pernah tertarik dengan mana-mana gadis yang bertudung tetapi Rin sajalah yang mengubah persepsinya tentang perempuan yang bertudung ini adalah perempuan yang sejuk mata apabila memandang mereka.

"See you again cutie fatty".Ucap Hairi lalu berjalan pergi dari situ dan dia sempat melambaikan tangan kanannya kepada Rin.

"Fatty???Aku fatty???Kurang ajarrrrrrrrr".Marah Rin seraya menggelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience