Bab 28

Romance Series 30286

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Lambat balik Rin.Kau pergi mana?".Soal housemate aku yang korang mesti tahu siapa orangnya.

"Pergi rumah Izz tadi.Mummy dia nak sangat jumpa aku".Jawabku seraya membuka ikatan tali kasutku.

"Ohh.Kau bawak ape tu?".Tanya Khai yang melihat kawannya sedang memegang satu beg plastik di tangannya.

"Ni?Mummy Izz kasi.Nah lauk favourite kau.Ayam masak lomak cili apii!! dengan Ikan merah asam pedas".Jawab Rin seraya memberi beg plastik itu kepada Khai.

"Umaigad!!Sekarang jugak aku hidangkan.Kita makan sama-sama eh?".Ajak Khai yang teruja ingin memakan lauk kegemarannya.

"Tak pe lah Khai.Kau makanlah.Aku da makan dengan family Izz tadi.Aku nak masuk tidur.Selamat malam".Rin menolak lembut ajakan Khai.

"Okay selamat malam.Jangan lupa solat tau".Ingat Khai lalu pergi ke dapur untuk memanaskan lauk.

"Alright".Balasku.Lantas aku pergi ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat maghrib dan isyak setelah membersihkan diriku.

»»»»»»»»»»»»»»»

Throwback kejap.....

"Rin.Mummy nak tanya satu soalan boleh tak".Perbualan antara aku dengan Puan Sri Cheryl Humaira Helene masih terngiang-ngiang di dalam fikiranku.

"Ye mummy.Tanya la".Balasku seraya menjamah churros yang dicicah dengan coklat.

"Apa tanggapan Rin tentang Izz.Yeah about my son.What do you think about him?".Tanya Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

"Izz??Tanggapan?Maksud mummy?".Soalku pula.

"Maksud mummy.Apa pandangn Rin terhadap Izz.Cara layanan dan sikap dia dengan Rin".Jelas Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang mahu mengetahui jawapan daripada mulut Rin sendiri tentang anak tunggalnya itu.

"Tentang Izz?Erm.........".Rin berdiam diri seketika,memikirkan jawapan sementara Puan Sri Cheryl Humaira Helene pula hanya menunggu.

"Izz dia annoying,sombong,poyo,berlagak,jahat,nakal dan yang paling penting.....Izz tu suka sangat sakat Rin".Terang Rin dengan reaksi wajah yang geram dengan Izz.

"Hahaha..Macam la kamu tak tahu perangai Izz tu yang suka menyakat orang.Especially kamu".Tambah Puan Seri Cheryl Humaira Helene dengan segaris senyuman di bibirnya.

"Rin tahu sangat mummy,walaupun Izz tu macam tu...Dia sebenarnya baik".Tutur Rin yang membuatkan Puan Seri Cheryl Humaira Helene berminat untuk mendengarnya.

"Dia baik,caring sangat walaupun dia tu sometimes ego dia tu tinggi.Then,Izz dia selalu cari gaduh dengan Rin tetapi dalam pada masa yang sama dia mengambil tahu tentang segalanya pasal Rin.Rin dah makan ke belum??,Rin sihat ke??,Rin okay ke??.Soalan tu selalu sangat dia tanya.Disebabkan itulah dia membuatkan Rin terasa selesa pabila dengannya".Luah Rin dari sudut hatinya tentang Izz.

Penjelasan Rin telah mengukirkan senyuman di bibir Puan Seri Cheryl Humaira Helene.Sungguh dia gembira mendengar kata-kata Rin yang jujur mengenai anaknya.

"Rin.Kan best kalau Rin boleh tinggal di rumah ni buat selamanya tetapi dengan gelaran yang lain".Ujar Puan Seri Cheryl Humaira Helene.

"Gelaran yang lain?Apa maksud mummy?"'Soal Rin sambil menjungkitkan keningnya.

"I hope so..".Balas Puan Seri Cheryl Humaira Helene pendek.Dia sememangnya berharap bahawa gadis itu bakal digelar sebagai menantu keluarga Tan Sri Aziz azmi Alauddin dan bukannya sebagai teman tapi mesra anak tunggal Tan Sri Aziz azmi Alauddin.

Di sebalik tirai putih yang menghiasi ruang tamu rumah seperti mahligai itu,Izz tersenyum riang mendengar perbualan di antara gadis yang di sakatnya tadi dengan mummynya.Membuatkan dia ingin sahaja menjerit di situ.Namun,kegembiraanya di tolak tepi dahulu dan dia pun pergi ke tempat mummynya dan Rin berborak.Belum sempat dia mahu menyertai perbualan itu,mummynya bangun dan beredar dari situ.Seolah-olah memberikan green light untuk dirinya.

"Kau mengumpat ape pasal aku pada mummy?".Soal Izz yang datang secara tiba-tiba itu kepada Rin yang baru sahaja mahu meneguk air yang dihidangkan oleh Puan Seri Cheryl Humaira Helene.

"Ahh.Tak de kerja aku nak mengumpat pasal kau.Baik aku mengumpat pasal Mak Cik Jenab jiran kondo aku tu".Sengaja aku mahu membuat lawak pasal jiran aku yang mak bawang tu.Haaa!!Kau ingat kat kondo tak ade mak bawang ke?Silap la.Bukan setakat mak bawang je ada,pak cili pun ada.

"Mula la tu melalut.Orang serius kau main-main".Balas Izz seraya mengambil tempat berhadapan dengan Rin.

"Laaaa....Orang tu marah ke?Jangan la marah,orang di sini bergurau je".Kataku seraya menongkatkan daguku dengan tangan kananku.

"Hurm!!Orang di sini merajuk!".Ujar Izz seraya memeluk badannya sendiri.

"Jangan la merajuk sebab orang di sini malas nak pujuk.Dah besar panjang kan".Tuturku sambil tertawa kecil melihat perangai Izz yang berubah seperti budak-budak itu.

"Dah orang di sana yang buat orang di sini merajuk.So,orang di sana la kena pujuk".Jawab Izz yang telah memusingkan badannya ke arah timur.

"Aduhh kena pujuk jugak ke??Aku malas la.Pandai-pandai la kau pujuk diri sendiri".Bilang aku yang malas melayan karenah Izz.

Habis sahaja Rin berkata seperti itu,Izz berdiri lalu meninggalkan Rin yang mula terpinga-pinga itu.Terkebil-kebil mata si Rin itu,melihat Izz berjalan tanpa memandang ke belakang.Merajuk betul mamat ni.

"Izz oiii.Nak pergi mana tu?Alamakk!".Teriak Rin sambil menepuk dahinya.

"Jangan toleh ke belakang Izz.Tak macho la kalau macam tu.Biarkan dia pujuk kau.Bukan selalu dia pujuk aku".Telah Izz di dalam hati.Padahal dah banyak kali dah Rin pujuk Izz bila dia merajuk.Disebabkan itu lah,Rin malas nak pujuk dia.Nanti dia baik sendiri la tu.

Izz pergi ke belakang rumah,menunggu Rin memujuk dia.Namun,Rin langsung tidak muncul ,suaranya jugak tidak dia didengari.

"Aih Rin ni memang tak nak pujuk aku ke?".Tutur Izz perlahan yang berharap gadis itu akan datang memujuknya.

"Bammmm!!!!"

Bunyi guruh mengejutkan Izz yang berdiri keseorangan itu.

"Rin mana kau?Aku tunggu ni".Ujar Izz lagi yang masih berharap itu.

Air yang jatuh dari langit menitis sedikit demi sedikit ke bumi.Izz mendongak ke langit,melihat awan-awan gelap menutupi langit yang tadinya cerah dek kerana cahaya matahari yang menyinari.Hujan mula lebat dengan sekelip mata.

Dengan rasa hampa,Izz memusingkan badannya untuk berjalan masuk ke dalam rumah.Ketika itu dengan tiba-tiba tubuhnya tidak terasa ada air yang menitis dari atas.Dia memandang ke hadapan,melihat seorang gadis sedang memegang sekaki payung di tangannya sambil melemparkan senyuman yang manis buatnya.Dengan automatik,dia juga tersenyum saat melihat Rin tersenyum padanya.

"Lama betul kau merajuk eh.Sampai tiba-tiba hujan.Ahaha".Rin bersuara sambil tertawa.

Yang sebenarnya,Rin memerhatikan Izz dari jauh semasa lelaki itu sedang merajuk.Sengaja dia mahu menguji lelaki itu.Pabila hujan mula membasahi lelaki itu,cepat-cepat dia mengambil payung dan pergi kepada lelaki itu.

"Hujan pun faham perasaan aku tetapi kau?Langsung tak faham perasaan aku".Jawab Izz seraya meraup wajahnya yang basah.

"Buat ape aku nak faham perasaan kau?".Balasku.

"Sebab perasaan ni akan kekal buat selamanya walaupun kau tidak memujuknya atau mengetahui bila kedatangannya".Kata Izz seraya tersenyum herot.

"Ahhh??Aku tak faham la ape kau cakap?Erm..Lupakan aje la.Jom masuk.Nanti kau demam.Dah la kau ni kena hujan.Jom!!".Ajak Rin sambil menarik lengan baju Izz tetapi Izz tidak berganjak dari tempatnya walau seinci pun.

"Eh kenapa ni?Jom la.Aku tak nak kau demam".Rin risau jika kawannya itu akan mulai demam jika tidak menggantikan pakaiannya dengan segera.

"Kau tak nak aku demam?So ape kata kita demam sama-sama".Ucap Izz sambil merampas payung daripada tangan Rin lalu membalingnya ke atas permukaan tanah yang basah itu.Terbeliak mata Rin ketika itu sewaktu Izz bertindak di luar jangkaannya.

"Weii!!Kenapa kau baling payung tu.Kan hujan ni".Marah Rin pada Izz.

"Nak takut dengan hujan buat apa?Hujan pun salah satu ciptaan ALLAH kan".Bicara Izz perlahan di telingaku yang dilitupi dengan tudung lalu menarik tangan Rin.

Mereka berdua bermain hujan dengan penuh gelak tawa.Keseronokkan itu di tambah lagi dengan Izz membuka air paip dan memancutkan air itu ke arah Rin.Dah la hujan,bertambah pula dengan si Izz tu menyiram Rin seolah-olah Rin itu seperti pokok bunga di luar rumahnya.

Walaupun begitu,Rin langsung tidak marah,malah membalas perbuatan Izz itu dengan merampas hos di tangan Izz.Kedua-dua mereka bertambah basah dan semakin kesejukkan tetapi kesejukkan itu diketepikan dahulu dengan keseronokkan yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu betapa gembiranya mereka ketika itu.

Aksi yang comel dan mencuit hati itu diperhatikan oleh Puan Seri Cheryl Humaira Helene dari balkoni biliknya.Sungguh hatinya tercuit melihat dua orang hamba ALLAH yang sungguh degil itu.Hujan-hujan ni la mereka nak bermesra.Masa matahari panas terik tak nak pulak.Ahahaha.Asalkan mereka bahagia sudahlah.Alangkah bagus jika mereka di satukan secara sah.

Pembantu rumah Izz memberikan dua helai tuala kepada anak muda yang bermain dengan hujan itu.Mereka berdua menggigil kesejukkan,pembantu rumah yang berwarganegara Indonesia itu tersenyum sahaja melihat mereka berdua.Dia sudah masak sangat dengan perangai mereka berdua yang kadang-kadang macam anjing dengan kucing,kadang-kadang macam cincin dengan permata.Sekejap okay sekejap tak okay.Dia sudah lali sangat dengan perangai dua orang hamba ALLAH itu.

Ketika Izz sedang mengelap lengannya,dia memandang Rin yang sedang mengelap mukanya dengan tuala berwarna hijau itu.Direnung wajah comel itu secara curi-curi.Sewaktu dia melihat mata Rin mula tertembung dengan matanya,cepat-cepat dia memandang ke tempat lain.

"Ini semua sebab kau la ni.Habis basah lencun aku".Rin menyalahkan Izz yang menjadi penyebab dia bermain hujan.

"Eh apahal aku pulak!Lagipun kau tak lari masuk dalam rumah.So,aku ingat kau on la main hujan ni".Jelas Izz seraya memandang tajam Rin.

Kecut perut Rin apabila Izz memandang dia dengan pandangan itu.Namun,dia memberanikan dirinya untuk membalas pandangan tajam si Izz itu.

"Apa pandang-pandang?Ada hutang?".Tanya Izz yang sedang membuka butang bajunya.Lencun sangat sampai bila perah tu,boleh penuh satu botol.

"Siapa pandang dia?Hek eleh perasan je lebih".Jawab Rin yang memandang sliding apabila terlihat susuk tubuh Izz yang baru dia perasan.Ada six pack rupanya mamat ni.

"Ke kau terpesona dengan ketampanan aku?Mengaku je la.Jangan malu-malu".Ujar Izz seraya mendekatkan wajahnya dengan muka Rin.

"Tak ade makne aku nak terpesona dengan kau.Biasa je aku tengok.Tak lah tampan mana pon kau ni".Rin menidakkan ketampanan yang dimiliki Izz itu tetapi yang sebenarnya Izz sememangnya tampan orangnya.Cuma Rin tidak mahu mengiakan kata-kata Izz,kalau tidak makin poyo la mamat senget tu.

"Dah la.Aku nak pergi atas ni.Kau nak tukar baju tak?".Soal Izz yang mula tidak tahan kesejukkan itu.

"Mestilah nak.Eh!! Tapi aku mana ada bawak baju lebih".Kata Rin yang baru perasan yang dia tidak membawa sebarang pakaian ke rumah Izz.Mana taknya dia pun tak tahu yang Izz mahu membawa dia ke sini.

"Kau da lupa eh yang pakaian kau tertinggal kat sini masa kau stay rumah ni dua bulan lepas".Tutur Izz yang membuatkan Rin gembira mendengarnya.

"Ye ke?Yeay!!!".Sorak Rin yang gembira itu.

Dua bulan lepas,Rin ada tinggal di rumah Izz untuk seketika semasa keluarga Izz mengadakan majlis kesyukuran,doa selamat dan tahlil.Mummy Izz meminta aku untuk membantunya di rumah memandangkan keluarga Izz tidak menggunakan katering untuk menyediakan makanan kepada tetamu yang datang.

Izz membiarkan Rin yang bersorak itu dan mula menapakkan kakinya ke bilik.

"Eh tapi mana baju aku Izz?".Tanya Rin kepada lelaki yang sedang menaiki tangga itu.

"Ada dalam bilik aku.Ahaha.Pandai-pandai la kau cari".Balas Izz seraya tertawa kecil.

"Eh kenapa dekat bilik kau pulak?Bukan hari tu aku duduk kat bilik tetamu ke?".Soal Rin yang pelik tentang kedudukan yang sepatutnya pakaiannya tersimpan itu.

"Ahhh??Aku tak dengar la kau kata apa.Kau masuk je la nanti bilik aku.Ada dalam almari aku".Ucap Izz yang sudah masuk ke dalam kamarnya.

Selepas Izz diberitahu oleh Bik Siti tentang pakaian Rin tertinggal sewaktu gadis itu di rumahnya,dia mengambil pakaian itu dan meletakkannya ke dalam kotak lalu di simpan di dalam almarinya.

"Eish kenapa dia pulak yang simpan baju aku.Nak bomohkan aku ke apa?".Rin bermonolog dengan dirinya sendiri.

"Pakaian aku eh?Erm..Eh kejap!!Pakaian?Dia tak kata baju je kan?That's mean....Alamak!!!!!!!".Rin menepuk dahinya pabila memikirkan balik kata-kata Izz.

Berlari Rin menaiki tangga seraya memikirkan..

"Kalau dia kata pakaian...Maknanya....Pakaian dalam aku pun ada jugak la ni".Telah Rin di dalam hati.

Pintu yang mempunyai papan tanda kecil yang bertulis nama Izuddin diketuk aku.

"Izz!!Aku masuk ni!!".Jerit Rin seraya memusingkan tombol pintu itu.

"Wahhhhh!!".Sungguh terpesona Rin melihat bilik Izz yang cantik itu.Cadar katilnya yang berwarna beige itu menarik minat Rin yang sukakan warna yang lembut itu.Di sebelah barat,terdapat balkoni yang ada dua buah kerusi di situ.

Dia memandang keliling bilik itu,bayangan Izz tidak pula dia lihat.Pasti Izz sedang mandi.Kebetulan dia juga terdengar ada air yang sedang mengalir.

Inilah pertama kali aku masuk ke dalam bilik Izz.Sebelum ini pernah tetapi bilik Izz yang dahulu ketika lelaki itu berjiran dengan aku lah.Kira-kira 5 tahun yang lepas Izz berpindah rumah ke tempat lain.Katanya ini permintaan daripada ayahnya kerana kedudukan rumah itu berdekatan dengan syarikat ayahnya.

"Eh Rin.Kau masuk sini sebab nak cari pakaian kau tau.Bukannya nak tour bilik dia".Rin menyedarkan dirinya sendiri.Selepas itu dia pergi ke almari Izz yang besar itu.

Dibuka pintu almari yang pertama,dia hanya melihat kemeja Izz sahaja yang tergantung di dalamnya dan ada sebuah kotak juga.Dengan rasa hampa,dia membuka pintu almari kedua dan kali ini...Kot,tuxedo dan blazer pula yang ada di dalamnya.

"Aduh!!Mana pulak dia simpan baju aku ni?".Makin geram Rin kerna tidak menjumpai pakaiannya itu.Dah la sejuk dan lagi bertambah sejuk dia ketika berada di dalam bilik Izz yang terpasang penghawa dingin itu.

Tetapi Rin tidak mengalah,sebelum tuan bilik ini keluar dari bilik airnya,lebih baik dia bertindak segera mencari pakaiannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience