Bab 49

Romance Series 30286

Aleen dan Afra pergi ke receptionist untuk menempah tempat untuk kami bermalam dengan harga yang berpatutan.Sudah tentu kami telah memberikan wang kami kepada Aleen dan Afra dan tidak mungkin mereka berdua yang menanggung segala perkhidmatan di Tadom Hill ini.Aku memandang sekitar kawasan di Tadom Hill,penuh dengan kehijauan alam semula jadi yang dicipta ALLAH.Kagum??Itu pasti.

~~~~~~

"Assalamualaikum".Ekh memberi salam apabila tiba di pintu rumah milik keluarga Dato Syed Halim Shah Syed Khalid Idris.

"Waalaikumusalam...Dah balik dah kamu..Meh sini kot dan beg kamu tu??".Minta Mek Ila,orang gaji di rumah itu.

"Tak pe Mek,Ekh boleh pegang sendiri.Ni Ekh nak tanya ni Mek.Mama dan papa dah balik ke??".Soal Ekh tentang kedua ibu bapanya setelah dia sudah lama tidak berborak dengan mama dan papanya selepas kejadian yang langsung tidak dipersetujuinya itu.

"Dato' dan Datin tak balik hari ni.Kata Dato,beliau outstation.Mek tak pastilah ke mana.Datin pula agak sibuk sekarang ini kerana majlis pelancaran produk terbaru Datin akan tiba beberapa hari lagi".Terang Mek Ila yang tangannya mengambil kot daripada tangan Ekh.

"Ohhhh.Okay ni ada lagi satu soalan yang Ekh nak tanya".Kata Ekh seraya tangannya mengambil semula kot daripada tangan Mek Ila.

"Tanya ape??".Jawab Mek Ila yang pantas mengambil kot Ekh dan menjauhkan jarak di antara dia dengan anak kepada majikannya itu.

"Mek masak ape??Hehehe".Tanya Syed Eizlan Ekhuan Syah yang kelaparan dek kerana dia tidak makan tengah hari tadi.

"Mek masak butter ape tu?Butter peron,ayam masak merah dengan sup kangkung".Balas Mek Ila yang berbelit lidahnya menyebut perkataan English itu.

"Bukan butter peron la Mek.Butter prawn".Ekh membetulkan sebutan Mek Ila yang salah itu.

"Lahh maafkan la Mek.At least Mek try ok" Jawab Mek Ila dengan selamba.

"HAHAHA..Mek sejak bila speaking ni??".Ujar Ekh dengan tertawa di akhirnya katanya.

"Dah lama dah Mek simpan kepandaian Mek ni.Saje tak nak tunjukkan".Balas Mek Ila dengan gayanya tersendiri.

Ekh tertawa besar mendengar jawapan daripada Mek Ila yang sungguh selamba dan bersahaja itu.

"Dah-dah la tu Mek.Dah pandai eh Mek buat lawak sekarang.Hahaha..Ok jom la kita makan sama-sama".Ajak Ekh yang memang tidak dapat menahan laparnya lagi.

"Eh tak ape la Ekh,kamu makan lah.Mek ada kerja lagi yang nak kena buat ni".Mek Ila menolak lembut ajakan anak kepada majikannya.

"Mek.....Mama dan papa tak ade pon lah.Jom la kita makan sama-sama.Lagipun tak bestlah makan sorang-sorang".Tambah Ekh yang tahu sikap akan kedua-dua orang tuanya yang tidak suka akan Mek Ila untuk makan bersama-sama mereka.Ye lah..Mek Ila itu hanyalah SEKADAR pembantu rumah dan wanita itu tidak layak makan dengan keluarga tuan rumah tersebut.

"Baiklah Ekh tapi nanti sekejap,Mek amik pinggan".Akur Mek Ila yang menerima ajakan Ekh itu.

Ekh seorang yang sangat merendah diri dan menghormati orang yang lebih tua daripada dia.Walaupun dia anak kepada seorang Dato' dan Datin,dia masih ada rasa hormat terhadap orang lain kerna pada zaman era globalisasi ini,orang yang berdarjat tinggi sering memandang rendah kepada orang yang berada di bawah mereka dan seharusnya perkara itu tidak patut berlaku.Kaya mana pun kita,setinggi mana darjat kita,itu tidak dipandang oleh ALLAH S.W.T.Yang dipandang olehNya ialah amalan kita ketika kita hidup di dunia yang diciptaNya ini.

20 minit selepas Ekh dan Mek Ila mengisi perut,Ekh menaiki tangga untuk ke biliknya.Sememangnya hari ini merupakan hari yang amat meletihkan dia kerana dia asyik memandang komputernya yang penuh dengan projek-projek dari dalam negara juga negara-negara jiran.

Sewaktu dia mahu memusingkan tombol pintu biliknya,dia terpandang pintu bilik yang berada di sebelah biliknya.Dia pergi ke pintu bilik yang mempunyai papan tanda yang tertulis "Hedrina Liyana".Tersenyum pahit dia melihat nama di papan tanda itu.Dia memusing tombol pintu bilik Rin dan melihat bilik adiknya yang sungguh kemas.Kakinya mendekati rak-rak buku yang tersusunnya buku-buku masakan dan buku-buku ilmiah.Matanya tertatap pada bingkai gambar Ekh dan Rin ketika mereka masih kecil.Ekh mengambil bingkai gambar tersebut dan merenung gambar dia bersama adiknya ketika mereka berdua membuat istana pasir di tepi pantai.

Ekh tertawa di saat dia teringat akan kejadian yang berlaku sehinggakan adiknya merajuk dengan dia kerana dia dengan sengaja memusnahkan istana pasir yang penat dibuat oleh adik perempuannya itu.Pembina istana pasir tersebut terus mengalirkan air matanya tatkala melihat istana pasirnya dimusnahkan begitu sahaja.

^^^^^^^^^^^^^^

"Ape ni abang Ekh.Jahatlah.Tak baik tau.Tak mau kawan".Marah Rin yang langsung tidak puas hati dengan tindakan abangnya dan air mata anak kecil itu juga turut mengalir.

"Alololo.Meh la kawan".Balas Ekh seraya menjelirkan lidahnya.

"Dah lah!!Tak mau kawan abang Ekh.Dah pergi main jauh-jauh shuh shuh".Kata Rin sambil menghalau abangnya.

"Hahaha.Janganlah marah abang.Abang bergurau je".Jawab Ekh dengan niat untuk memujuk adiknya.

Namun tiada sebarang jawapan dan reaksi daripada Rin.Mukanya mula ketat dan langsung tidak dipusingkan kepalanya untuk melihat lelaki yang memakai jersey pasukan Harimau Malaya itu.

"Okay-okay abang mintak maaf.Jom kita buat balik sama-sama??".Tutur Ekh kepada adiknya.

Tapi masih tiada sebarang respon daripada Rin kerana ketika itu dia memang berasa sangat marah akan abangnya.

"Baiklah.Tak nak tak pe.Erm abang terasa nak pergi makan aiskrim pulak.Abang pergi beli tau.Bye-bye".Beritahu Ekh yang cuba mengumpan adiknya.

"Nak ikut,nak ikut,nak ikut!!!Nak aiskrim jugak".Jerit Rin yang melihat abangnya mula menapak pergi jauh daripadanya.

Ekh memberi isyarat dengan menggunakan kepalanya tanda mengajak Rin untuk pergi membeli aiskrim bersama dengannya.

Dua batang aiskrim berperisa vanilla dan chocolate berjaya didapati Rin dengan hasil memujuk abangnya.Ekh mengibarkan bendera putih apabila melihat mata adiknya yang mula bersinar-bersinar apabila Rin meminta Ekh membelikan aiskrim lebih daripada satu untuknya.Kadang-kadang seorang abang akan cepat kasihan dan mengalah dengan adiknya, begitu juga dengan Ekh yang amat menyayangi adiknya.

Selepas mereka makan aiskrim,Ekh membuat istana pasir dengan adiknya yang tidak merajuk lagi dengan dia.Pada waktu itu,abang Faizal iaitu penjaga kami berdua (ala-ala babysitter gitu) mengambil gambar si pembuat istana pasir itu.For your information,yang pergi pantai pada hari itu hanyalah Rin,Ekh,Abang Faizal dan Mek Ila.Di manakah papa dan mama mereka berdua??Sudah semestinya mereka sibuk dengan hal duniawi.

^^^^^^^^^^^^
"Ekh kamu okay??".Tanya Mek Ila di muka pintu.

"Saya okay Mek,cuma tiba-tiba saya rindu pulak dengan Rin".Balas Ekh yang masih menatap gambar di tangannya itu.

"Dah lama gak kan Rin tak balik?Mek pun rindukan dia".Sambung Mek Ila yang rindu akan gadis yang memberi sinar di dalam rumah ini.

"Saya risau dia tak akan balik sampai bila-bila dan saya risau saya tak akan dapat tengok senyuman dia lagi".Kata Ekh yang hatinya mula sakit memikirkan rintangan yang perlu dihadapi oleh adiknya.

"Apa kata kalau Ekh bawa balik Rin sementara Dato' dan Datin tak ade kat rumah".Cadang Mek Ila.

"Erm..Okay jugak kan??Tapi ape kata kita stay kat apartment saya??".Cadang Ekh yang tidak mahu jika adiknya akan bersedih lagi apabila tertembung dengan papa dan mama mereka ketika mereka pulang nanti.

"Boleh jugak tu tapi lebih baik Ekh mesej Rin dulu.Mana tahu Rin busy ke?".Agak Mek Ila.

Dengan pantas Ekh mengeluarkan telefon pintarnya dari poket dan menghantar pesanan ringkas kepada Rin.

"Tut...tut..tut".

Rin mengambil telefonnya di dalam beg tangannya tatkala mendengar bunyi notifikasi yang baru masuk.Mesej daripada abangnya Ekh dibaca dan perasaan serba salah mula menyelubungi.

"Tut..Tut..Tut".

Pesanan ringkas daripada Rin diterima oleh Ekh.Lantas dia membaca mesej itu dan...

"Rin cakap ape??".Tanya Mek Ila yang mahu tahu isi pesanan ringkas itu.

"Rin kata yang hari ini dia dengan kawan-kawan dia lepak kat Tadom Hill dalam 2/3 hari".Bicara Ekh yang hampa kerana tidak dapat bertemu dengan adiknya.

"Ohh ok la tak pe kalau macam itu tapi Mek rasa bagus juga kalau dia pergi sana.Mungkin dia dapat tenangkan diri dia kat sana".Ujar Mek Ila kepada Ekh yang riak wajahnya mula berubah.

"Harap-harap begitulah.".Tutur Ekh bernada rendah.

~~~~~~

"SYARIFAH NUR HEDRINA LIYANA!!You have to tell me the truth".Kata Khai dengan nada yang tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience