TC 2 BAB 13

Romance Series 30286

“Ni aku Izz!! WOIII PEREMPUAN TAK GUNA!!”. Marah Izz di hujung talian.

Kedua-dua mata Rin terbeliak tatkala mendengar suara yang amat diketahuinya. Jantungnya yang mula berdegup kencang dek kerana Hairi kini berubah disebabkan oleh Izz. Gadis itu melihat semula paparan skrin telefon pintarnya dan ia sememangnya benar bahawa si pemanggil itu ialah Izz. Riak wajah ketakutan terpamer pada wajah Rin yang merunsingkan fikiran lelaki yang berada di sebelahnya. Dengan pantas, Hairi menyeka air mata yang membasahi pipi gadis itu.

“Ermm.. Kau kenapa ni Izz? Tiba-tiba marah orang”. Rin meninggikan sedikit suaranya.

“Kau tanya aku kenapa? Aku yang patut tanya soalan tu dekat kau.. Kenapa kau datang rumah aku? Siapa suruh kau datang? Suka hati kau je masuk tanpa mintak izin tuan rumah”. Pertanyaan Izz mengkakukan Rin.

“Huh?!?! Oh sorrylah aku tak tahu pulak aku tak dibenarkan masuk ke dalam VILLA KESAYANGAN kau tu. Patutnya kau letaklah gambar aku dekat pintu pagar lepas tu tulis perempuan tak guna ini tak dibenarkan masuk”. Balas Rin dengan hati yang mula membara.

“ Bagus jugak idea kau tu.. Lain kali aku buat macam tu.. Aku nak lepas ni, jangan sesekali kau masuk villa aku tu.. Dan aku nak, kau pulangkan balik kunci villa aku tu dekat Muadz bila kau da balik rumah kau nanti.. Aku tak nak walau setitik peluh kau pun ada dekat rumah tu.. And… Aku pun tak nak kau munculkan diri kau dekat rumah family aku atau muncul depan aku.. Please don’t you ever come near me or my family.. I really hate you Rin.. Aku benci kau.. We are strangers now..”. Sambung Izz seraya merenung ke langit yang gelap.

“ Baik… Nanti aku passkan kunci tu dekat Muadz.. Maaf aku tak mintak izin kau sebelum masuk villa kau.. Lepas ni aku janji yang aku takkan jejakkan lagi kaki aku kat dalam rumah tu.. Sorry Izz…….”. Lantas Rin menamatkan panggilan itu tanpa berfikir dengan lebih lama.

Hairi menunggu sahaja Rin membuka mulutnya tentang panggilan yang tidak didugai mereka. Mata yang tidak ingin dilihat oleh Hairi muncul semula pada penglihatannya. Rin bingkas bangun dan berlalu pergi dari situ tanpa berkata apa-apa, dia meninggalkan Hairi yang mempunyai banyak tanda tanya di dalam fikirannya. Rasa risau menduduki hati Hairi lalu dia berlari pantas mengejar Rin lantas mencapai lengan gadis itu.

“ Jangan cuba larikan diri bila you menangis.. I nak.. I nak ada dengan you untuk bantu you hentikan air mata you tu..”.

Semakin laju air mata mengalir di pipi Rin. Gadis itu terduduk kesedihan, sedih kerana buat pertama kalinya, dia mendengar Izz menengkingnya sebegitu. Salah apa yang telah dia lakukan sehingga diperlakukan seperti itu. Jika benar dia ada melakukan kesalahan, seharusnya Izz memberitahunya bukan bertindak sedemikian sehinga melukakan hatinya. Hairi menarik lengan Rin dan gadis itu menurut sahaja langkah sang teruna itu.

“Hurm….I have to do this…Sorry……Rin…..”. Kata si dia.

“Look at that..Isn’it beautiful?”. Soal Hairi seraya menunjukkan bintang-bintang di langit.

Rin mendongakkan kepalanya untuk melihat bintang-bintang yang berkelipan jauh darinya. Sungguhpun dia terpesona dengan ciptaan ALLAH itu, hatinya masih berasa pedih dan pilu. Hairi perasan akan riak wajah Rin yang tidak berubah itu, dia menarik lembut lengan Rin dan mempelawa gadis itu untuk melabuhkan punggungnya disisi dia.

“You tahu tak… Dulu kan, I susah sangat nak rasa tenang.. I sentiasa rasa hidup I serba tak kena… Macam-macam benda I buat untuk happykan diri I tapi.. I masih tak dapat jumpa kebahagiaan dan ketenangan yang I cari.. You sendiri tahu kan apa yang I buat dulu?”. Soal Hairi.

“ Tahu.. You banyak buat benda-benda yang tak sepatutnya”. Balas Rin sambil mengelap air matanya.

“Bingo! Wow you tahu eh pasal I? You stalk I eh?”. Sakat Hairi dengan selamba.

“EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE… Ingat kita stalk saja-saja ke? Kita stalk pon sebab dia tu tunang kita, jadi kita kenalah tahu apa tunang kita buat.. Even though, I terkejut gak lepas tahu you buat benda yang bukan-bukan tu”. Jawab Rin yang sedang memeluk kedua-dua belah kakinya.

“Hahahaha… Bila fikirkan balik kan, I rasa bodoh sangat sebab buat benda-benda macam tu.. Padahal banyak je lagi benda yang boleh dibuat untuk gembirakan diri sendiri… Tapi…. I pula yang pilih cara yang lain.. Last-last…Pengakhirannya bukan seperti apa yang I nak.. I tak nampak pon kebahagian dan ketenangan yang I nak.. Yang I jumpa.. Hanyalah kebahagian dan ketenangan yang sementara..Tak pernah sekali pun ia kekal lama.. Sampailah.. Satu hari, I ternampak sesuatu..”. Hairi mengimbau semula segala kelakuan nakalnya yang dahulu.

“ You nampak ape? Eishh janganlah seram-seram.. Dah malam ni”. Rin memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan dengan laju.

“Eish ke situ pulak yang dia fikirkan”. Hairi menyekeh kepala Rin, terus gadis itu mengadu kesakitan.

“I nampak you”. Rin memandang Hairi dengan penuh rasa hairan.

“I nampak gambar you.. Sejujurnya, for the first time I rasa lain bila tengok gambar perempuan”.

“Gambar I? Lain? Apa yang lainnya? You yang lain ke I yang lain?”. Rin berasa keliru dengan kata-kata Hairi.

”Yup, gambar you.. Eishhh dia ni.. I la yang lain..Bukannya you”.

“For the first time, I rasa macam seolah-olah jantung I berdegup laju and rasa…..”. Hairi menghentikan seketika tuturnya.

”You rasa apa? Rasa pelik ke tengok gambar I?”. Soal Rin.

“Hahahaha, of course la tak…. I tiba-tiba rasa”. Hairi memandang tepat wajah gadis di hadapannya.

“It’s not actually rasa.. I tiba-tiba tertanya-tanya kenapa perkara pertama I pikir bukannya tentang saiz, bentuk badan and style rambut”.

“Wait stop!! You fikir macam tu ke kalau tengok perempuan???”. Celah Rin yang terkejut itu.

“Yup betul, tapi itu dulu.. I kalau nampak perempuan, mostly akan fikir macam tu.. And after that, I will try to approach that woman if I tertarik dengan dia and….. You tahu kot apa akan jadi…Tapi tu semua tidak terjadi bila I tengok gambar you”. Jelas Hairi sambil mengingati semula momen itu.

”Masa tu I terfikir yang I kene rembat you dulu sebelum orang lain dapat..Hahahaha”. Kata Hairi yang tertawa kecil itu.

“Huh?? I ni bukannya helok mana pun… I tengok ramai aje perempuan yang lagi lawa daripada I.. Lagipun you kan kenal ramai anak-anak dato or anak-anak vip yang cantik-cantik.. Tapi I pelik juga… Kenapa you pilih I sedangkan ada ramai lagi perempuan yang helok-helok”. Akhirnya, setelah sekian lama, barulah Rin membuka mulut untuk menanyakan soalan itu kepada Hairi.

”Hahahaha… Serius ke you tak tahu sebab I pilih you?”. Rin menggelengkan kepalanya selepas mendengar pertanyaan daripada tunangnya.

“Sejujurnya, memang first-first I tertarik dengan you sebab rupa, tapi semakin lama I fikir semakin I rasa yang you sesuai untuk dijadikan sebagai bidadari hidup I.. Bukannya hanya sekadar gadis yang menjadi mainan I dan menjadi tempat I melepaskan kepuasan I.. I tak tahu tapi sampai sekarang jugak I tertanya-tanya, kenapa bila dengan you sahaja I rasa relax, more calm and tak de rasa nak buat benda-benda yang tak baik dekat you… I juga ada rasa yang I kene protect you and I tak boleh touch you selagi I tak sarungkan cincin kat jari you.. I betul-betul rasa gadis yang dekat sebelah I ni bukan gadis yang macam kat luar sana.. I really really really want you to be the most important person in my life”. Luah Hairi.

”Terima kasih….”. Kata Rin ringkas.

“For what?”.

“Terima kasih sebab buat I rasa penting”. Terbit senyuman di bibir Rin tatkala mendengar kata-kata yang jujur daripada Hairi.
--------------------------

“Doktor macam mana keadaan Syed Eizlan?”. Tanya Ray yang masih tidak percaya akan apa yang terjadi.

“Nasib baik Syed Eizlan cepat tiba di hospital, kami dapat hentikan pendarahan. Kalau Syed Eizlan terlambat, berkemungkinan ada beberapa komplikasi yang akan terjadi pada Syed Eizlan. Kami juga berjaya mengeluarkan 2 butir peluru yang ada pada bahu kiri dan dada kiri Syed Eizlan. Nasib baik juga jantung Syed Eizlan terletak di bahagian kanan jikalau tidak saya rasa sukar untuk kami selamatkan dia.”. Terang Doktor Ukasyah yang berkot putih itu.

“ALHAMDULILLAH, terima kasih doktor.. Boleh saya tengok dia?”. Ray baru teringat yang Ekh adalah salah seorang hamba ALLAH yang unik kerana jantung lelaki itu tidak terletak di bahagian kiri dada tetapi ia berada di bahagian kanan dada.

“Boleh tetapi pastikan dia banyak berehat.. Kalau tak ada apa-apa..Saya minta diri dulu”. Sambung Doktor Ukasyah dengan diiringi dua orang jururawat

“Baik doktor terima kasih”. Kata Ray yang memandang pintu bilik wad yang bernombor 3.

Ray membuka pintu bilik wad Ekh, lalu melihat susuk tubuh yang berada di atas katil. Dia mendekati Ekh yang masih belum sedarkan diri itu. Matanya tertumpu pada Ipad Ekh yang berada di atas meja, diambilnya Ipad itu lalu melihat rakaman CCTV rumah Ekh. Dia berasa hairan kerana tiada apa-apa rakaman pada waktu pagi hari itu, sedangkan CCTV itu masih dalam keadaan yang baik. Dia mengambil pula telefon pintar Ekh dan melihat “call log”. Orang terakhir yang dihubungi Ekh ialah Aleen iaitu kawan rapat kepada adik pemuda yang terlantar di atas katil itu. Beberapa saat selepas itu, nama Aleen tertera di skrin telefon itu.

“Hello?”.

“Ya ALLAH abang Ekh, abang Ekh macam mana? Abang okay tak? Berpuluh kali saya call abang.. Saya dengar bunyi tembakan tadi.. Abang kena tembak ke? Lepas tu saya ada dengar juga suara lelaki… Suara dia macam saya familiar dengar…Abang…Abang..”.

“Ermmm?? Maknanya Aleen ni tahulah apa yang jadi kat Ekh.. Kalau tengok call log Ekh ni pun, memang banyak nama Aleen.. Jadi aku rasa, Aleen ni boleh dipercayai”. Monolog Ray di dalam hati.

“Boleh bagitahu saya apa yang jadi dekat Ekh? Saya Ray.. PA Ekh”. Jawab Ray yang semakin tertanya-tanya.

“Oh Encik Ray..Maaf tapi saya nak tahu dulu, abang Ekh okay ke?”. Aleen tidak berhenti menanyakan soalan yang sama.

“ALHAMDULILLAH Ekh okay.. Dia dekat hospital sekarang.. Nasib baik saya tergerak hati untuk singgah rumah dia pagi tadi.. Saya tak tahu ape akan jadi kalau saya tak singgah”. Ray teringat semula akan kejadian dia melihat Ekh terbaring di atas lantai yang penuh dengan darah.

“ALHAMDULILLAH..Encik Ray tak ada bagitahu Rin kan tentang abang Ekh?”. Soal Aleen sambil memandang Rin yang sedang bergelak tawa dengan Hairi.

“Tak, saya terfikir nak call dia kejap lagi.. Fikiran saya runsing sangat sampai saya tak contact sesiapa pon ahli keluarga dia”.

“Bagus, saya rasa lebih baik Encik jangan contact sesiapa pun sebab tadi saya ada terdengar.. Lelaki tu ugut abang Ekh, kalau dia bagitahu sesiapa pasal ni, dia akan cuba bunuh sesiapa sahaja dalam keluarga abang Ekh”. Aleen cuba mengingati ayat-ayat yang dinyatakan oleh lelaki yang bersama abang Ekh pada ketika itu.

“Hurm…. Baiklah saya tak akan bagitahu sesiapa, tetapi saya nak awak jelaskan semuanya.. Jelaskan apa yang awak dengar”. Tutur Ray yang semakin hairan.

“Okay tetapi kejap saya akan send jugak record audio perbualan saya dengan abang Ekh pagi tadi.. Kebetulan masa tu saya rasa nak record bila saya dengar abang Ekh menjerit”. Aleen menghantar record audio itu menerusi whatsapp.

Aleen menceritakan kepada Ray tentang apa yang telah terjadi. Setiap ayat dan setiap perkara yang didengarinya diceritakan satu demi satu. Setiap kata-kata yang dikatakan oleh Aleen mengejutkan Ray yang mendengarnya. Dia seperti tidak percaya akan apa yang didengarinya tetapi pada waktu itu, dia teringat akan sesuatu.

“Eh kejap saya baru teringat Hairi ada upah orang untuk perhatikan rumah dia dan rumah Rin. Nanti saya call awak semula ye, saya nak call orang upahan Hairi”.

Dengan pantas Ray mencari nombor telefon orang yang telah diupah oleh Hairi untuk memerhatikan Rin daripada jauh. Dia mendail nombor telefon itu tetapi panggilan tidak dapat disambungkan. Entah mengapa dia terasa ada sesuatu yang buruk terjadi juga kepada orang-orang uapahan itu. Selang beberapa kali dia cuba menghubungi salah seorang orang upahan itu, panggilan telefonnya dijawab.

“Hey are you still alive?”. Suara garau menjawab panggilan itu.

“Who are you? What do you mean by saying that?”. Jawab Ray.

“Huh…You are his personal assistant right? Is your boss dead or alive? Oh by the way.. I found these four weaklings.. Hurm they are so weak why you hired them?? Such a waste of money.. I want to warn you, please don’t try to put yourself in this chaotic issue or else you will be like them too.. You better watch out my friend”. Lelaki inggeris itu memberi amaran kepada Ray.

“I will make sure, I will find you and after that I will put you in jail.. You better watch out too my friend”. Ray tidak gentar mendengar amaran daripada si penjawab panggilan itu.

“Huh? We will see who gonna win in this war.. Either you are in graveyard or me in jail.. Can’t wait to see the result”.

Ray bertekad akan mencari tahu dalang yang merupakan punca kepada Ekh yang cedera begitu. Buat sementara ini juga dia akan mengambil alih tugas Ekh untuk melindungi Rin dan kedua ibu bapanya. Dia tidak mahu Ekh mendengar kabar buruk setelah lelaki itu membuka matanya. Dia akan pastikan semua yang terlibat dalam hal ini akan dibawa ke muka pengadilan.

==============================

“Tuan muda…”.

“Tak pe saya tahu.. Jangan sesekali bagitahu Rin pasal ni.. Ada lebih baik jika kita berpura-pura tak ada apa-apa yang terjadi.. Tentang orang-orang upahan tu, saya akan call polis untuk tolong carikan diaorang”. Khabaran tentang Ekh telah Hairi ketahui di saat pembantu peribadi Ekh menelefonnya.

“Keadaan sekarang makin teruk tuan muda.. Saya risau suatu hari nanti Rin pun akan jadi macam abang dia”. Afzal terasa yang mereka betul-betul perlu melindungi Rin dan keluarganya.

“Jangan cakap macam tu!! Mulut kau ni!!”. Hairi memegang kuat dagu Afzal.

“Tuan muda, sabar tuan muda.. Kawal emosi tuan muda tu”. Joyie menarik lengan majikannya dan menjauhkan dia daripada teman sekerjanya.

“Sorry Afzal, saya tak sengaja.. Saya terlalu risaukan Rin.. Apa patut kita buat? Adakah kita perlu upah lagi ramai orang untuk perhatikan Rin?”. Hairi duduk di atas kerusi untuk menenangkan dirinya.

”Tak pe tuan muda tapikan tuan muda.. Saya dapat rasa ada yang tak kena”. Beritahu Afzal.

“Apa yang tak kena?”. Hairi memegang kepalanya.

“Sini tuan muda”. Hairi mengikuti langkah Afzal dari belakang, Joyie juga turut mengikut mereka berdua.

“Daripada tadi saya perasan, kereta tu dekat situ daripada lepas isyak tadi.. Dah 4 jam, kereta tu langsung tak bergerak. Kadang-kadang saya nampak dua ke tiga orang keluar masuk daripada kereta tu.. Memang nampak yang mereka seperti memerhatikan rumah ni”. Ketika Afzal ingin menghantar daging BBQ kepada Rin dan Hairi, dia ternampak kereta itu parkir di hadapan rumah yang mereka duduki.

“Hurm.. Jom kita pergi dekat kereta tu”. Ajak Hairi yang ingin tahu sebab kereta itu di situ.

“Okay baik.. Jom Joyie!!”.

“Kejap aku nak standby pistol.. Untuk keselamatan.. Takut tiba-tiba ada yang gone diantara kita”. Joyie memasukkan pistol di dalam poket seluarnya.

Mereka bertiga menapakkan kaki ke luar rumah tetapi langkah mereka dihentikan oleh…

“Sayang? You nak pergi mana?”. Tanya Rin apabila melihat Hairi muncul di hadapannya.

“Eh you? Tak tidur lagi? Dah lewat ni, sayang buat apa dekat luar ni?”. Soal Hairi yang terkejut Rin di hadapannya.

“Oh I nak amik handphone I dekat gazebo.. Tertinggal ehehehe”. Ujar Rin lalu tersipu malu.

“Eish dia ni macam mana boleh tertinggal.. Kejap, I ambilkan”.

“Eh tak apa I bo…”. Belum sempat Rin menghabiskan ayatnya, Hairi berlari pantas mengambil telefon pintar miliknya lalu beri kepadanya.

“Maseh sayang”. Rin menghadiahkan satu senyuman untuk Hairi.
“Aduh susah I nak lena malam ni tengok you senyum macam tu”. Tersengih Hairi melihat senyuman Rin.

“Aduh susah jugak kita tengok diaorang ni sweet-sweet depan kita”. Bisik Joyie kepada Afzal.

“Kita aduh je la.. Sini an ramai awek, kita ada chance nak dapat sorang satu.. Kalau boss boleh bahagia, kita pon boleh bahagia”. Afzal balas dengan berbisik kepada Joyie.

“Eeeee dia ni… Gigit kang”. Ugut Rin.

“Meh sini meh cepatlah gigit, I janji tak report dekat sape-sape”. Cabar Hairi sambil mendekatkan tubuhnya dengan Rin.

“Aaaaa…Tak pelah I tarik balik.. Byeeeeeee!”. Rin berlari sepantas yang mungkin sebab terlalu malu.

“Hahahaha comel”. Hairi bersuara dengan nada yang perlahan.

“Ehem ehem tuan muda… Jangan lupa, tujuan sebenar kita dekat luar ni”. Joyie ingin menyedarkan majikannya.

“Eh ya ALLAH.. Sorry saya terlupa.. Jom jom”. Mereka menyambung semula langkah mereka menuju ke kereta yang dimaksudkan oleh Joyie.

Setibanya mereka di hadapan kereta itu, Hairi dengan beraninya mengetuk tingkap kereta itu.

“Weii macam mana ni?? Diaorang datanglah”.

“Aku dah cakap gerak tadi kau tak nak”.

“Manalah aku tahu, dia betul-betul datang kat sini.. Aku ingatkan dia tengok dekat pagar je”.

“Habis tu? Kita nak buat ape ni?”.

“Korang berdua keluar ah, aku mana boleh keluar.. Kantoilah”.

“Eish kau ni.. Yelah yelah”.
Hairi terkejut tatkala melihat dua orang lelaki keluar daripada perut kereta itu.

“Assalamualaikum… Ye bang kenapa?”. Tanya salah seorang daripada lelaki itu.

“Waalaikumusalam.. Tak ada apa-apa cuma saya nak tanya.. Buat apa ye dekat sini?

“Ahhhh sebenarnya”. Lelaki itu tidak tahu mahu menjawab apa untuk soalan daripada Hairi itu.

“Ahhh abang sorrylah kami dekat sini sebab kami sesat.. Kami nak cari rumah kawan kami tapi tak tahu kenapa.. Waze tunjuk dekat sini.. Tapi bila tanya kawan kami, dia kata bukan.. Ni kami dok tunggu dia la ni.. Lama benau menunggunya… Eh Hid cuba kau call si Al tu balik”. Suruh salah seorang pemuda itu dengan rasa yang berdebar-debar.

“Dah cuba call tapi dia tak jawab.. Maaflah ye bang kalau abang tak selesa kami dekat sini.. Tak pe kami pergi tempat lain”. Tambah Hid sambil konon-konon cuba mendail nombor telefon Al.

“Eh tak pe tak pe.. Saya cuma nak tahu je tujuan kamu semua dekat sini sebab nampak macam mencurigakan.. Maklumlah zaman sekarang kan ramai orang jahat”. Hairi lega yang rupanya mereka tiada niat jahat.

“Ooooo saya faham bang.. Zaman sekarang kita tak boleh teka orang tu jahat ke baik.. Kebanyakan muka baik nilah rupanya jahat”. Celah Hid yang turut berasa lega.

“Maaflah ye abang buruk sangka, tak pe tunggu jelah kawan korang dekat sini.. Kalau ada apa-apa panggil je abang ye.. Ok abang masuk dulu”. Hairi memusingkan badannya untuk berlalu pergi dari situ.

“Fuhhhhh”. Hid dan rakannya itu menghembus nafas lega.

“Eh tetapi kejap”. Terhenti langkah Hairi dia memusingkan badannya semula berhadapan kereta itu.

“Alamak apahal ni?”. Kata lelaki yang berada di tempat duduk pemandu.

“Kita pernah berjumpa ke sebelum ni? Sebab saya rasa macam pernah nampak kamu ni”. Tanya Hairi seraya memandang kedua-dua belah mata Hid.

“Ahhh..Ahhhhh..Saya tak pasti pulak abang.. Mungkin abang salah orang”. Hid cuba mengumpan Hairi masuk ke lubang penipuannya.

“Oh mungkin juga.. Maaflah ye.. Ok abang masuk dulu”. Satu demi satu langkah Hairi bertapak pergi dari situ.

“Psssttttt masuklah cepat.. Dia da blah tu”. Tegur lelaki yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu.

“Yolah.. Sabaulah kejap.. Kau tahu tak jantung aku dah nak meletup ni.. Penatlah asyik jadi ejen perisik ni.. Aku ingatkan aku dah tak buat lagi kerja-kerja ni”. Hid membebel sendiri.

========

Keesokkan harinya, mereka semua meluangkan masa bersama di pantai. Masing-masing membuat aktiviti yang ingin mereka lakukan. Ada yang naik jetski, ada yang naik pelampung donat, ada yang naik banana boat dan ada yang berborak di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang tersergam indah. Mereka juga memasang beberapa khemah dan berkaraoke untuk memeriahkan lagi suasana. Kebetulan di pantai itu hanya ada mereka sahaja, memang agak jarang pantai itu dipenuhi orang awam. Hairi memerhatikan sahaja tindak-tanduk tunangnya itu, senyuman tidak berhenti pamer pada wajah sang jejaka itu. Dia tidak mengalihkan pandangannya ke arah lain, hanya memandang seorang gadis yang cantik mengenakan tubuhnya dengan blouse berwarna baby blue. Malam semalam dia mendapat kiriman whatsapp daripada cinta hatinya.

“You..Sorry ganggu.. Nak tanya.. You ada baju warna biru tak?”.

“Tak ganggu pon.. Ada, kenapa sayang”. Balas Hairi dengan cepat.

“Kalau ada, you pakailah esok”. Jawab Rin.

“Kenapa? Kenapa kena pakai baju warna tu?”. Soal Hairi lagi.

“Pakai je”.

“Yolah yolah.. I pakai esok”.

Sungguh terkejut dia tadi ketika melihat Rin memakai baju warna biru, Rin mengenyitkan matanya buat Hairi apabila melihat tunangnya itu memakai warna baju yang dia minta.

“Ehem you… Hello.. Pandang ape tu?”. Tegur Rin sambil menggerakkan tangannya di hadapan Hairi.

“Tengah pandang bidadari”. Balas Hairi tanpa berfikir panjang.

“Hahaha dia ni.. Hah bidadari nak tanya, tuan putera nak air tak?”. Jantung Rin berdegup kencang melihat Hairi memandangnya sebegitu.

“Tak nak air… Nak air love you boleh?”. Hairi menongkatkan dagunya.

Rin duduk di hadapan Hairi lalu ke hadapankan sedikit tubuhnya. Bibirnya didekatkan dengan telinga kanan Hairi.

“I love you, I love you, I love you, I love you, I love you”. Bisik Rin yang buat Hairi terkaku.

“Cukup tak air love you tu?”. Soal Rin seraya mengikut Hairi yang menongkatkan dagunya.

“Jangan bagi lagi, cukup cukup… I tak boleh stop senyum nanti”. Hairi menutup mukanya dengan tangannya dek kerana tahan malu.

“Ok ok last”. Rin menulis sesuatu di pasir.

Hairi melihat satu per satu huruf yang di tulis oleh Rin. Masih tidak lekang senyuman yang terukir di bibir mereka berdua. Setelah habis Rin menulis..

“I love you so much Hairi”. Hairi membacanya tetapi kali ni dia memang tidak boleh memandang Rin kerana rasa yang sangat malu itu menyelubungi hatinya.

“Eish orang da cakap I love you bukan dia nak balas pon… Sampai hati”. Marah Rin seraya menjuih bibirnya.

“Jantung I ni memang dah nak meletop au, lepastu jantung ni lagi bertambah meletop bila tengok you buat bibir macam tu.. Jangan you, ada yang bibir I singgah dekat bibir you nanti”. Luah Hairi yang mengetap bibirnya.
“Meh ah kalo berani, meh ah kiss sa”.

Dengan sekelip mata muka Hairi sangat dekat dengan muka Rin. Mata mereka bertaut, hidung semakin bertemu dan bibir mereka hampir bersentuh. Gadis itu terdiam dan terkaku dengan perilaku Hairi yang tidak dijangka langsung olehnya. Kini, bukan jantung Hairi sahaja yang ingin meletup, jantung Rin juga hampir meletop.

“Macam mana? You betul-betul nak I kiss you ke?”. Soal Hairi dengan tersenyum herot.

“I…I…I….I…”. Tergagap Rin yang ingin membalas pertanyaan Hairi.

“Hahaha.. Why you are so cute sayang? Ok… Sorry ye”. Hairi menjauhkan mukanya daripada Rin.

Diamati sahaja wajah yang sudah bertukar ke rona merah itu. Tertunduk malu gadis itu apabila melihat wajah Hairi yang sangat dekat dengannya.

“You? You okay ke? I mintak maaf”. Hairi rasa serba salah.

“Urm.. I… I.. I… I nak gi masuk rumah jap”. Rin bingkas bangun dan beredar dari situ.

“Aku buat salah ke?”. Monolog Hairi.

“Waduh .. Kok gitu caranya”. Tegur Aleen yang memerhatikan mereka berdua dari jauh.

“Hah saya buat salah ke?”.

“Dok aih… Tak buat salah pun.. Just pergilah dekat dia.. Dia tak marah cuma dia malu je.. Pergilah try tenangkan dia”. Nasihat Aleen lalu tertawa kecil.

“Ohh gitu.. Ok sekarang saya nak kejar dia”.

“Aip sabar sabar..Saya nak tanya ni..Rin still tak tahu kan pasal abang Ekh?”. Aleen risau jika Rin mengetahui tentang keadaan abangnya.

“Tak, dia tak tahu..Saya pon da pesan dekat bodyguards saya supaya tak terlepas cakap pasal ni.. Tadi saya call Ray, dia kata Ekh masih belum sedar lagi.. Harap dia cepat sedar”. Terang Hairi yang runsing juga fikirannya memikirkan perkara yang menimpa bakal abang iparnya.

“In Shaa ALLAH..Ok da da gi kejo dak Rin tu kang kalo…”.

Hairi berdesup berlari masuk ke rumah dan meninggalkan Aleen yang ternganga melihat dia berlari sepantas itu.

“Aku tak habiskan lagi ayat aku dia dah blah.. Hurm mabuk cinta katakan.. Aku setakat ni mampu mabuk lauk je, mabuk cinta belum mampu lagi.. Syedih betul ah dengan diri sendiri ni”. Ngomel Aleen sendiri.

Rin masuk ke dapur rumah, dia mengambil segelas air dan meneguknya dengan laju. Jantungnya masih berdegup dengan kencang juga setelah cuba menenangkan dirinya dengan meminum segelas air.

“Okay Rin relax…Tenanggggggg… Eh jantung please eh, jangan buat konsert sangat.. Tenang Rin tenang”.

Gambaran wajah Hairi muncul di fikirannya semula. Digelengkan kepalanya dengan laju.

“Ya ALLAH, macam mana nak relax ni? ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR..ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH”.

“Rin sedar Rin… Kau da gila bayang sangat ni eish tapi comel gila wei dia… EH EH EH.. Please sedar Rin.. Tapi gila tak cair tengok dia tenung aku macam tu… Macam mana kalau tadi bibir kitaorang………………………. AHHHHH JANGAN FIKIR PASAL TU LAGI RINNNN”.

“Ok Rin Tarik nafas….Hembuss……Tarik…….Hembus….Tarik……..Hembus…..Ok coolkan diri..Tenangkan diri anda Rin.. Act like there’s nothing happened… Tapi… Hensemnya dia.. Kenapa hensem sangat dia harini.. Pakai seluar pendek, pakai topi pastu pakai pulak baju warna sama dengan aku… Alamak aihhhhh cair gila tengok dia tadi”.

“Eh RIN SEDAR RIN… Kau kena relax Rin, kalau kau tak relax… Kau susah nak berhadapan dengan dia nanti.. Sedar Rin… Sedar Rin”. Rin menepuk kedua-dua belah pipinya.

“Hai bidadari… Jangan tepuk kuat sangat pipi tu.. Nanti kalau sakit macam mana?”. Kata Hairi seraya bersandar pada pintu.

So sorry sebab dah lama tak update.. Tq sebab sabar menunggu.. And maaf sekali lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience