Bab 26

Romance Series 30286

"Saya memang tak tahu ape-ape awak.Kalau saya tahu,saya dah lama bagitahu awak".Bicara Nadz seraya melihat paparan skrin telefonnya yang tiba-tiba sahaja berdering lalu dia menjawab panggilan itu.

Ketika Nadz sedang berbual melalui telefon dia menjauhkan jarak di antara dirinya dengan Rin.Sememangnya Rin tidak dapat mendengar perbualan Nadz tetapi gaya lelaki itu seperti sedang berkata tentang perkara yang penting dengan si pemanggil.

Jika difikirkan,Rin langsung tidak mengenali latar belakang Nadz.Dia hanya tahu nama lelaki itu dan dia ada kereta juga motorbike.Selain daripada itu,tentang keluarga Nadz juga Rin tidak ketahui.Oleh sebab itu,dia akan menanyakan soalan itu selepas Nadz memutuskan panggilannya nanti.

Setelah hampir 20 minit juga Nadz berbual,barulah jejaka itu memunculkan dirinya semula di hadapan Rin.

"Awak bercakap dengan siapa?Lama bebenau".Tanya Rin yang seperti seorang detektif itu.

"Ahhh...Dengan Farzan.Kitaorang bincang pasal presentation tadi.Katanya dia terdelete presentation yang hampir siap tu.Itu yang lama sangat berborak tu".Jawab Nadz seraya menggaru lehernya.

"Ohh begitu.Haa..Awak boleh tak saya nak tanya soalan lagi itu pun kal".

"Maaf la ye awak.Saya nak balik ni.Lain kali ye awak tanya soalan.Bye".Pintas Nadz seraya berlalu pergi dari situ dengan pantas sekali.

"Aik.Lajunya jalan.Nak kata tertinggal bas.Tak juga sebab dia naik motor.Hurm..ajak aku jalan-jalan tapi dia yang jalan dulu.Apa la".Rungutku seorang diri.

"Hah itu lah.Aku dah cakap banyak kali.Jangan rapat dengan dia.Tu la kau degil sangat sampai kena tinggal.Padan muka kau".Kata Izz yang entah dari mana dia datang tu.

"Engkau ni,ada pasang waze ke kat aku?Sampai kau tahu je aku kat mana".Soal Rin yang berasa pelik dengan Izz.Ke mana sahaja gadis itu pergi,pasti dia tahu.

"Instinct aku kuat la.That's why aku boleh tahu kau kat mana.Dah la jom!".Bicara Izz seraya menarik lenganku untuk mengikut rentaknya.

"Jom?Jom pergi mana?".Tanya Rin.

"Rumah aku".Balas Izz ringkas.

"Rumah kau?Nak buat ape?".Soal Rin yang mula blur itu.

"Kau da janji dengan mummy hari tu yang kau nak datang rumah tapi tak datang-datang.Setiap hari mummy tanya pasal kau.Naik muak aku dengar nama kau je".Cakap Izz yang pagi-pagi mummynya sudah menyuruh dia membawa gadis itu ke rumah.Dia bukan tidak tahu yang mummynya itu sememangnya berharap yang Rin akan menjadi bakal menantunya.

"Aah aku lupa la babe.Kesian mummy".Ucapku yang baru teringat akan janjiku dengan mummy si Izz ini.Itulah sibuk sangat sampai terlupa janji.Errr??Sibuk sangat ke aku ni??.

"Hah itu lah kau.Disebabkan kau rapat dengan Nadz la,sampai kau jadi pelupa macam ni".Tutur Izz sambil membukakan pintu kereta untuk Rin.

"Eish kau ni.Tak ade kena mengena tau dengan dia.Kau ni asyik-asyik sebut nama dia".Jawabku seraya memasuki perut kereta.

"Memang tak ade kena mengena tapi dia tu da mengalirkan perangai buruk dia pada kau".Ujar Izz seraya memegang stereng kereta selepas enjin dihidupkan.

"Perangai buruk dia??and aku nak tanya..Kenapa kau benci sangat dengan Nadz ni?Apa yang dia dah buat pada kau?".Sambungku pula dengan rasa tidak puas hati dengan sikap Izz itu.

"Tak yah nak menyibuk hal kitaorang.Kau perempuan!!Ini hal lelaki".Marah Izz yang semakin membara api kemarahannya itu.

"Kau ni.Relax la jangan marah aku macam ni.Aku takut la".Rin mula berasa takut dengan emosi kawannya yang sudah berubah itu.

"No.Kau kena faham.Aku lagi takut kalau kau pulak hilang dari padangan aku".Tutur Izz perlahan seraya melihat jalan raya.

"Hilang?Apa maksud kau dengan kau takut aku pulak yang hilang".Soalku seraya memandang side mirror kereta Izz.

"Dah la.Aku tengah drive ni.Kau diam la sekejap.Bagi aku fokus".Balas Izz mudah untuk mengelakkan dirinya menjawab soalan Rin.

Sewaktu perjalanan pergi ke rumah Izz,mereka berdua tidak bersuara,hanya lagu-lagu yang dimainkan oleh stesen radio eyra.fm yang mematahkan suasana yang mula krik-krik itu.Dalam pada masa yang sama,Izz memikirkan tentang peristiwa yang menyebabkan dia membenci Nadz.

>>>>>>>>>>

Peristiwa itu berlaku semasa dia berumur 16 tahun.Saat itu,Izz tertembung dengan kawan sekelasnya iaitu Faizal.Kawannya itu memberitahu dia yang Nadz mahu berjumpa dengannya di tempat biasa selepas habis sesi persekolahan.Izz hanya mengiyakan sahaja kata-kata Faizal.Sememangnya dia ingin berjumpa dengan Nadz kerana dia hairan mengapa kawan baiknya yang berumur setahun lebih tua daripada dia itu,tidak hadir ke sekolah buat pertama kalinya.Pasti ada sesuatu yang telah terjadi kepada Nadz sehingga dia tidak muncul di dalam kawasan sekolah pada hari itu.

Enjin motosikalnya dihidupkan lalu dia pergi ke tempat yang menjadi kebiasaanya mereka lepak dan mengabiskan masa mereka di situ walaupun tempat itu agak tersembunyi daripada pandangan orang awam.Tempat itu terletak di banglo kepunyaan ayah Izz iaitu Tan Sri Aziz azmi Alauddin.Ayahnya memberikan banglo itu kepadanya setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.Yah..Yah..Kecik-kecik dah ada banglo sendiri.Untung badan...

Banglo itu juga menjadi tempat dia menenangkan fikiran,lepak,buat kerja sekolah and macam-macam la dia buat dekat situ tapi aktiviti-aktiviti yang negatif tu,tidaklah diaorang buat.Nadz la menjadi peneman dia di sana.Bukan setakat Nadz sahaja,kawan-kawan rapat dia juga sering dijemput datang ke banglo itu.KAWAN RAPAT JE EH.Yang kurang rapat tu memang tak la dia nak ajak.

Pabila dia tiba di luar banglo miliknya,kereta Nadz berada di tempat parking.Tidak pula dia lihat kawan baiknya itu di luar rumah,pastinya dia berada di dalam.

Selepas salam diberi,dia terkejut pabila melihat barang-barang berselerak di atas lantai dan serpihan-serpihan kaca juga ada di atas lantai berjubin itu.

"Asal rumah ni jadi macam ni?Kenapa barang-barang kat atas lantai??Yang paling penting....Siapa nak kemas!!!!!!".Fikir Izz yang keliru dan badannya tiba-tiba terasa penat di saat memandang barang-barang bersepah di atas lantai.Baru tengok je tu,belum buat lagi.Haihhh...

"Aihhh.Nadz ni,pening kepala ke sampai jadi macam ni???Ke dia????Eh!!!Apa warna merah tu??".Hairan Izz melihat beberapa tompok berwarna merah di atas lantai.

"Nadz...Nadz..Kau kat dalam ke?".Teriak Izz yang juga hairan keadaan dalam banglo itu sunyi sepi.

"Nadz oiii!Jawab la.Jangan takutkan aku.Oiiii.!!Nadz!!!!".Laung Nadz.Namun,masih tiada sebarang respon daripada kawan baiknya itu.

"Nadz!!!Asal rumah ni bersepah sangat.Kau ni,kalau ye pun tak reti-reti ke nak kemas.Haih".Jerit Izz lagi seraya mengelakkan kakinya terkena serpihan kaca.

"Woii.Kau kat dalam bilik ni ke?Nadz!Ohh Nadz!!".Izz berada di hadapan pintu salah satu bilik di dalam banglo itu.

"Nadz!!!Aku bukak tau pintu ni!!Oii Nadz!Kau tidur ke?".Jerit Izz sambil memandang tombol pintu bilik itu.

Tombol pintu itu dipusingkan lalu pintu itu terbuka.Izz hanya mampu terdiam dan terkaku di muka pintu itu saat melihat Nadz terbaring di atas katil bertemankan dengan beberapa botol kaca dan beberapa packet beg plastik.

"Nadz..Nadz..Kau min".

"Izzzzzzzzzzzzzzzzzzz tengokk depan!!!!!".Jerit Rin di telinga Kiri Izz.Puas gadis itu memanggil namanya tetapi langsung dia tidak menyaut panggilan itu.

"Kau ni dah kenapa?Nasib aku sempat pusingkan stereng tu.Kalau tak...termenung je la kerja kau.Eish!!".Marah aku.

"Sorry la Rin,aku pening la".Tipu Izz sambil memarkirkan keretanya di bahu jalan.

"Kenapa??Kau okay tak??".Soalku yang mula risau.

"Entah la..Tiba-tiba aku rasa tak sedap badan pulak".Jelas Izz dengan nada yang sedih.

"Erm?Kenapa ni?".Tanyaku lagi seraya meletakkan telapak tanganku di dahi Izz juga wajahnya.

Izz yang berada di sebelah gadis itu tersenyum tatkala Rin berbuat sedemikian walaupun kata-katanya hanyalah satu penipuan yang terpaksa dia sorokkan.

"No,I'm okay.Don't worry eh".Balas Izz sambil mengetuk manja kepalaku.

"Eishh kau ni!Erm..Tak pe lah.Meh aku drive kereta ni.Kau rehat okay".Kataku seraya membuka pintu kereta.

"Eh eh.Rin!Rin".Panggil Izz pabila dia terkejut mendengar Rin berkata seperti itu.

"Apa lagi.Change la".Ujarku selepas membuka pintu kereta di tempat memandu.

"Ahhh..Rin aku boleh drive la.Jangan risau".Bantah Izz yang tidak mahu menyusahkan Rin.

"Kau ni degil la.Tukar je la.Aku tak nak kau makin melarat nanti".Balasku seraya mencubit lengan Izz.

"Awww.Sakitlah.Ye lah ye lah.Aku tukar".Akur Izz.Jika dia tidak mengikut arahan Rin,pasti lengannya akan dicubit lagi.

Izz pun bertukar tempat duduknya dengan Rin setelah mendapat perintah daripada orang yang bertakhta di hatinya itu.

"Serius kau boleh tolong drive??".Tanya Izz.

"Yeahh.Of course I can".Jawab Rin dengan yakin.

Enjin kereta dihidupkan lagi dan meneruskan perjalanan mereka ke rumah Izz.Sewaktu Rin sedang memandu,Izz menghadapkan mukanya pada Rin dan memandang sahaja gadis yang sedang memandu keretanya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?".Soal Rin yang terasa segan kerana Izz memandangnya seraya tersenyum.

"Saje je.Salah ke aku pandang kau".Tutur Izz yang matanya mulai penat itu.

"Tak la salah tapi pandangan kau tu buat aku seram je".Bicara Rin.

"Lahh..Aku bukannya nak terkam kau.Nak takut buat ape".Tambah Izz seraya tertawa.

"Mane la tahu.Kau ni kadang-kadang tak boleh percaya sangat".Ucap Rin sambil menggelengkan kepalanya.

"Hah tak lama lagi kau ada game besar kan?".Soalku tetapi tidak pula aku mendengar jawapan daripada Izz.

"Izz kau dengar tak ape aku kata ni?".Tanyaku.

"Erm.......Aku dengar".Balas Izz yang sudah terlelap di sisi Rin.

"Eh sorry la aku kacau kau tidur.Alolololo cian dia.Okay tido balik ehhh".Kataku dengan nada yang manja seperti melayan seorang bayi.

Cap yang berada di atas deskboard, aku ambil lalu aku pakaikan cap itu di kepala Izz untuk menutup mukanya dari pancaran cahaya matahari.Nanti muka dia kalau dah kena sunburn,mula la dia bising tetapi kan...comel jugak dia tidur macam itu.Selepas itu,Rin memberikan tumpuan semula pada pemanduannya.Di dalam fikirannya,dia memikirkan mengenai mummy Izz yang sangat rindu akan dirinya.Entah apa alasan akan dia lontarkan hari ini supaya Puan Sri Cheryl Humaira Helene tidak merajuk dengan dia kerana tidak datang melawatnya.

Dalam diam,di sebalik topi berwarna merah itu,Izz curi-curi pandang Rin yang tidak berhenti-henti memikirkan tentang mummy nya.

"Ya ALLAH.Semoga gadis di sebelahku ini akan menjadi insan yang halal buatku".Doanya di dalam hati kepada Yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience