Bab 72

Romance Series 30286

"Nadzmirul dah meninggal dunia".Khai memotong ayat Aleen.

"Nadzmirul??Nadmirul mana ni??".Soal Rin yang terbayang wajah Nadz di dalam fikirannya.

"Nadz..Orang yang kau rapat semenjak dua menjak ni..Dia dah meninggal dunia malam semalam..Maaf sebab tak bagitahu kau lebih awal".Khai menundukkan kepalanya.

"Serius ah??Korang ni janganlah main-main..Aku tak suka orang gurau macam ni..Weiii korang bergurau je kan??".Tangan Rin menggeletar dan badannya juga mula seram sejuk.

"Ya ALLAH..Kitaorang serius Rin..Buat ape kitaorang nak main-main benda macam ni..".Afra juga tidak senang duduk.

"Kenapa??Ma..Ma..Macam..Macam..Macam mana dia boleh meninggal??Bila??Kat mana???Kubur arwah kat mana???".Bertalu-talu soalan diajukan kepada tetamu yang berada di dalam kondo milik Khai dan Rin.

"Kitaorang tak pasti macam mana arwah boleh meninggal..Sebab ada yang kata arwah kena langgar,bunuh diri,kena pukul..Jadi,kitaorang tak tahu mana satu yang betul".Kematian Nadz penuh dengan misteri yang tiada sesiapa tahu punca kematiannya.

"Habis??Betul ke yang dia dah meninggal dunia???Ke korang salah orang??".Rin masih tidak mempercayai kawan-kawannya.

"Iya betul,kawan-kawan dia sendiri yang cerita..Kaptenlah yang informkan benda ni kat U semalam..Tapi dia tak cerita pulak sebabnya".Wawa terserempak dengan kapten ketika dia keluar dari pejabat petang semalam.

"Aku...Aku langsung tak percaya..Aku...".Tertunduk kepala Rin ketika wajah Nadz berlegar di dalam fikirannya.

"Maaf sebab kitaorang tak bagitahu kau..Kitaorang bukan tak nak bagitahu awal-awal tapi kau pun sendiri tahu kan keadaan kau sekarang ni..Jadi,sebab tu lah kitaorang tak bagitahu semalam..Sorry Rin".Khai memandang wajah Rin yang mula berubah riak wajahnya.

"Rin???Kau okay tak".Tanya Afra yang memerhatikan Rin yang terkaku ketika memandang paparan skrin telefonnya.

"Rin??Rin??".Panggil Linda yang berada di sisi Rin.

"Rin kau kenapa ni??!!".Soal Aleen seraya menggoyangkan tubuh gadis yang asyik dengan telefonnya itu.

Rin berdiri dengan sekelip mata lalu menuju ke pintu utama rumahnya.Aksi itu dilihat oleh rakan-rakannya yang terkejut melihat Rin bertindak sedemikian.Kasut kanvas jenama Vans disarungkan oleh Rin dengan sepantas yang mungkin.Kunci kereta Audi A3 yang tergantung di dalam kotak kunci dicapai Rin.Langkahnya dilajukan untuk pergi ke tempat keretanya diparkirkan.Afra,Khai,Aleen,Linda dan Wawa bangun serentak lalu mengekori kawannya yang keluar dari rumah itu tanpa bersuara.

"Weiii korang Rin dah kenapa???".Jerit Afra yang sedang berlari itu.

"Manalah aku tahu,kalau aku tahu..Aku tak lari laju macam ni".Balas Linda yang memanjangkan langkahnya.

"Rin!!Rin!!".Laung Khai tatkala melihat Rin berada di dalam lif.Namun,belum sempat mereka berempat ingin masuk ke dalam lif itu,Rin menekan butang yang menunjukkan simbol anak panah tutup pintu lif.

"Hah...Hahh..Hah...Hah..Aku rasa Rin pergi kat parking ni".Agak Khai yang ternampak Rin mencapai kunci keretanya tadi.

"Lambat la lif ni..Jom la kita guna tangga".Cadang Aleen seraya menunjukkan jari telunjuknya ke arah tangga.

"Engkau giler nak guna tangga..Kita kat tingkat 12..Bukan satu".Wawa tidak setuju akan cadangan Aleen.

"Ting!!".

"Ahhh cantik!!Tu ada lif dah bukak pintu".Kata Khai lalu mereka berlima meluru masuk ke dalam lif.

"Korang ke tepi sikit,ke tepi sikit".Wawa menolak dengan perlahan rakan seuniversitinya yang keluar dari lif tersebut.

"Eh!Eh!!Kenapa dengan korang ni??".Soal Atiqah yang terkejut itu.

"Ada kecemasan kecemasan".Jawab Afra.

"Kecemasan apa pulak ni??".Bicara Afrina sambil menggaru kepalanya.

"Woi cepatlah tekang butang tu!!".Suruh Aleen yang tergesa-gesa itu.

Beberapa saat kemudian...

"Ting!!".

Pintu lif dibuka semula dan mereka berlima berjalan laju ke arah tempat Rin meletakkan keretanya.

"Vroom vroom".

Sebuah kereta Audi A3 melintasi mereka berlima tanpa dihentikan.Pemandu kereta tersebut tidak mengalihkan pandangannya kepada gadis-gadis yang berada di luar keretanya.Afra dan Aleen menuju ke arah utara manakala Khai,Linda dan Wawa pergi ke arah barat.Kereta yang dikejar mereka keluar dari kawasan kondominium itu.

"Korang Rin dah keluarrrr..Dia belok kanan!!".Kata Aleen yang tidak mengetahui destinasi yang mahu dituju oleh Rin.

"Hey guys!!Tengok kat situ!!".Linda ternampak dua orang lelaki di luar kondominium mereka.

"Itu bukan ke Tengku??Tapi siapa pulak yang sorang lagi tu??".Lelaki yang memakai topeng tidak dikenali Wawa.

"Takkan lah tu Sheik Dazril??Tunang Rin??".Khai hairan Hairi berada di situ dan dia seperti sedang berbual dengan Izz.

"Kenapa diaorang berdua dekat situ??".Monolog Khai.

"Ohh~~Inilah Tengku yang popular di UTKM ni??Popular dengan rampas tunang orang".Mata Hairi menjeling Izz.

"Errmmm..Encik Sheik Dazril..Saya rasa encik dah salah faham..Bukan saya yang rampas tunang orang tapi orang yang rampas kekasih saya".Balas Izz dengan tersenyum sinis.

"Kekasih??Sejak bila Rin kekasih kau??Setahu aku,Rin tak ada hubungan dengan mana-mana lelaki pun..Kalau ade pon,orangnya adalah aku".Tambah Hairi seraya menepuk dadanya.

"Hurmmm..Saya malas nak cari gaduh dengan encik yang suka cari pasal dengan orang ni..Alang-alang saya dah jumpa encik ni,saya nak mintak ganti rugi pada encik".Kata Izz sambil menghulurkan tangannya.

"Ganti rugi???Untuk apa?".Tanya Hairi yang berpura-pura tidak tahu.

"Ganti rugi segala kemusnahan yang orang-orang encik dah buat pada court and bola saya".Marah Izz yang sangat terkejut ketika mendapat berita daripada teman rapatnya di dalam "group" "whatsapp" mereka.

"Izz tunang si Rin ni buat hal weiii..Orang-orang dia potong bola kita macam diaorang potong daging babe..Lepas tu,tiang gol kita tinggal satu je..Kitaorang jumpa tiang gol yang satu lagi dekat tempat sampah terkumpul..".Dihantar oleh Luqman Khidir.

"Kitaorang tak tahu macam mana diaorang boleh masuk court kita sedangkan pintu dah kunci".Sambung Rayyan Muhammad.

"Uncle Arjun kata malam kejadian tak ade sesiapa pun masuk U kita dan masa uncle Arjun dan Pak Ahmad round pun,tak ade dengar any bunyi pun bila dia lalu kat court kita".Celah Ikmal Haqiem.

"Tetapi..Kita bersyukur yang Tuan Farhan stay kat U malam tu..Dia kata yang dia ternampak ada satu kereta Nissan Elgrand dekat belakang bangunan yang jarang Uncle Arjun dan Pak Ahmad round kat situ..".Jelas Wafie Asyraf.

"Aku rasa dia ada baca jampi sebelum dia lalu pondok guard..Kalau tak,macam mana diaorang masuk??".Kata Luqman Khidir.

"Haishh husnuzon..Mana tahu dia masuk dengan cara baik cuma Uncle Arjun dan Pak Ahmad je yang tak perasan..Aku rasa diaorang guna pintu sesuka hati".Balas Wafie Asyraf.

"Ada jugak kepala kau jadi biru ni kang".Rayyan Muhammad "annoyed" dengab Wafie Asyraf.

Back to the scene...

"Tak naklah..For what aku nak bagi duit aku pada kau..After all,aku tak sengaja buat semua tu".Jawab Hairi yang tidak gentar dengan Izz.

"Encik ni memang tak ade rasa bersalah ke dalam diri encik??".Soal Izz.

"Dan kau pulak,tak rasa serba salah ke pancitkan tayar kereta aku??".Tanya Hairi pula yang juga mendapat laporan daripada pengawal peribadinya tentang tayar keretanya yang pancit oleh kerana kelakuan Izz.

"Opssss..Yang itu saya sengaja".Tutur Izz sambil menutup mulutnya.

"Dah lah...Saya stopkan kereta encik ni bersebab..Ada something saya nak cakap dengan encik".Bicara Izz dengan memeluk tubuhnya.

"Kau nak cakap apa??Aku tak ada masa yang banyak untuk kau".Hairi mengerlingkan matanya.

"Tentang encik dan Rin and....Of course...Pasal saya jugak".Izz bersuara dengan nada yang rendah.

Dalam pada masa yang sama,pesanan ringkas yang muncul di ruang notifikasi Rin menusuk hatinya ketika membaca ke semua pesanan ringkas yang dihantar kepadanya daripada orang yang sama.Dirinya dipersalahkan atas segala yang telah terjadi.Pemergian Nadzmirul Adam Bakri amat mengejutkannya kerana dia tidak sangka yang lelaki itu akan pergi pada usia yang muda.Tiada sesiapa yang tahu bila kita akan masuk ke dalam liang lahad.ALLAH iaitu pencipta kita sahaja yang tahu siapakah di antara kita yang akan pergi terlebih dahulu tidak kira usia,jantina,bangsa mahupun agama.

Kereta Rin dipandu menghala ke tempat yang sering dijejakinya.Seseorang yang mengenali arwah ingin dicarinya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang bermain di dalam fikirannya.Jam yang dipakainya menunjukkan nombor lima.Rin amat yakin orang yang ingin dia jumpai itu masih berada di universitinya.

Setelah meletakkan kenderannya di kotak "parking" yang telah disediakan,dia meluaskan langkahnya untuk pergi ke padang bola sepak.Di dalam perjalanan ke sana,dia tertembung dengan pemuda yang dicarinya.Lantas dia terus menghentikan langkah pemuda itu tanpa menegurnya.

"Kapten..Kapten kena bagitahu saya..Nadz belum mati kan??".Soal Rin yang tidak percaya dengan kenyataan.

"Rin..Saya rasa awak pun dah tahu sebelum awak sampai sini..Mustahil awak tak ade dengar cerita ni daripada kawan-kawan awak..Lin dan Lan pon dah post pasal ni kat portal U kita".Jawab Farzan Azril yang sedang menggalas beg.

"Kalau betul..Please bagitahu saya,kat mana arwah tinggal??".Soal Rin yang mahu menziarah keluarga Nadz.

"Saya minta maaf..Saya tak tahu arwah duduk mana..Puas kami cari tapi tak jumpa..Segala maklumat tentang arwah tiada di dalam sistem universiti kita..Semua orang pelik dengan arwah..Kematian dia penuh dengan misteri..Saya terdengar yang arwah mati disebabkan orang tikam dia dengan parang..Jadi kami assumed yang arwah mati dibunuh".Penjelasan Farzan Azril mengkakukan Rin yang mendengarnya.

"Dia ada mesej saya dua hari lepas,dia gembira sangat bila dapat yang awak sukakan dia".Farzan Azril teringat akan mesej yang dihantar oleh arwah kawan baiknya.

"Tapi..Dia sangat kecewa ketika berita tentang hubungan awak dengan ahli koprat tu tersebar..Berita tentang arwah meninggal dunia mengejutkan saya ketika saya berada di rumah..Saya ingat saya nak pergi ke rumah arwah tapi bila saya cari alamat dia kat pejabat semalam..Saya tak jumpa..Semalam jugak ada sesuatu yang berlaku..Tapi benda tu jarang terjadi kat u ni".Rin memberikan tumpuannya ketika Farzan Azril sedang berkongsi cerita dengannya.

"Apa yang jadi??".Soal Rin.

"Beberapa pelajar yang menuntut di U ni,data tentang mereka telah hilang.Lebih kurang 50 orang namanya tiada di dalam sistem universiti kita..Maklumat tentang mereka semua pun tak ade..Nadz dan Tengku Khalil tergolong juga antara 50 orang itu..Kerani yang bertugas masa itu juga pelik sebab sistem universiti kita mempunyai tahap keselamatan yang tinggi hingga susah untuk menggodamnya..Tapi semalam ada orang yang hack sistem tu..Pelajar-pelajar yang mengambil kos komputer berkumpul semalam untuk bincang pasal masalah tu tapi diaorang tetap tak dapat jumpa jalan penyelesaian..".Terang Farzan Azril dengan panjang lebar.

"Kenapa pulak sistem kene hacked??".Fikir Rin.

"Semua ni terjadi lepas ada orang datang universiti kita semalam".Kata Farzan Azril yang sedang mengelap peluhnya.

"Siapa yang datang??".Tanya Rin yang sudah dapat menebak orang yang dimaksudkan oleh kapten bola sepak itu.

"Saya tak tahu siapa..Saya dapat berita ni pun masa saya sampai U petang semalam..".Pasukan bola sepak UTKM telah pergi ke Melaka kerana mereka mempunyai perlawanan persahabatan di sana.

"Ramai yang mengagak mereka yang hack sistem kita..Saya pun dapat tahu yang diaorang jugak hancurkan beberapa peralatan dan gelanggang bola keranjang".

"Kenapalah tunang aku perangai macam ni??".Telah Rin yang sedang geram itu.

"Kapten tahu tak kat mana kubur arwah??".Tanya Rin.

"Sebenarnya saya tak boleh bagitahu sebab ada orang suruh rahsiakan pasal ni tapi memandangkan awak orang yang penting untuk arwah..Saya akan bawak awak ke sana".Wajah gadis yang berada di hadapan Farzan menimbulkan rasa kasihan di dalam dirinya.

"ALHAMDULILLAH terima kasih banyak-banyak".Ucap Rin dengan seukir senyuman pahit.

"Tapi saya nak mandi dulu..Awak tunggu saya kat parking".Farzan Azril ingin membersihkan dirinya selepas mengeluarkan banyak peluh.

Rin memusingkan badannya dan pergi ke keretanya semula.Kata-kata Farzan Azril tidak hilang di dalam fikirannya yang hanya muncul nama Hairi di sebalik semua kejadian itu.Dia juga tertanya-tanya sebab Hairi melakukan semua itu jika dialah pelaku yang sebenarnya.Gadis itu tidak mahu menuduh secara membuta tuli akan tetapi segala yang disebut oleh kapten bola sepak itu meyakinkan Rin bahawa Hairi orang yang menimbulkan masalah itu.

Dua puluh minit kemudian,Farzan Azril membawa Rin ke kubur yang dikatakan olehnya.Farzan Azril menunggang motosikalnya manakala Rin pula memandu keretanya.Perjalanan dari universiti mereka ke kawasan perkuburan agak jauh dari situ,kira-kira tiga puluh minit.Waktu tiga puluh minit itu memusingkan kepala Rin kerana telefonnya asyik berdering tanpa henti.Kesemua panggilan itu adalah daripada kawannya yang amat risau akan dia yang beredar dari rumahnya tanpa bersuara.

Farzan Azril menongkatkan motosikalnya apabila mereka telah sampai di kawasan perkuburan.Rin menguatkan dirinya untuk menziarah kubur jejaka yang pernah muncul di dalam hidupnya.Satu demi satu kubur mereka lalui dan kubur yang dicari dijumpai di bawah pokok yang besar.

Nama Nadzmirul Adam Bakri tertulis pada batu nisan yang ditunjuk oleh Farzan Azril.Rin melabuhkan punggungnya di atas tanah yang dipenuhi dengan daun-daun yang gugur.Hatinya juga seperti daun-daun itu semasa kawan-kawannya memberitahunya tentang pemergian. Nadzmirul.Rakan rapat arwah berdiri sambil memandang gadis yang sedang mengalirkan air matanya.

"Nadz sanggup kau tengok dia menangis macam ni??".Telah Farzan Azril di dalam hati.

Rin berhajat ingin membacakan Yasin untuk arwah tetapi apakan daya,kelebihan yang diberi oleh ALLAH S.W.T kepada kaum hawa membatalkan niatnya untuk berbuat sedemikian.

"Terima kasih kapten sebab tolong saya..Tanpa kapten saya rasa saya tak akan jumpa kubur ni".Ucap Rin yang bersyukur dengan bantuan Farzan Azril.

"Sama-sama..Saya tolong pun sebab arwah sayangkan awak walaupun awak dah lukakan hati dia".Rin terasa pisau yang tajam tertikam hatinya.

"Marilah kita balik..Dah nak senja ni".Ajak Farzan Azril lalu berjalan beriringan dengan Rin.

Sebelum masuk ke dalam kereta,Rin mengucapkan terima kasih kepada Farzan Azril walaupun dia telah mengucapkannya sebelum itu.Kapten bola sepak itu membalas ucapan Rin dengan senyuman yang manis.

"Huhhhh..I'm sorry Rin".Tutur Farzan Azril ketika kereta Audi A3 meninggalkan tempat itu.

Tidak lama selepas itu,Farzan Azril memakai topi keledar dan pergi dari situ.Sebuah kereta berwarna hitam yang terletak jauh dari kawasan perkuburan itu dipandang oleh Farzan Azril ketika melaluinya.Seorang lelaki keluar daripada kereta itu sambil memandang Farzan Azril yang sedang menunggang motornya.

"Hahaha..Pity on you Hedrina..What you give is what you get".Ujarnya sambil tersenyum herot.

•••••••

"Hi anak mummy!!Macam mana dengan your short vacation??".Soal Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang tersenyum riang melihat anak terunanya.

"Yeahh..Good..".Balas Izz ringkas.

"Aih??Orang senyum bila balik daripada vacation,Izz pulak balik dengan muka sedih..Kenapa dengan anak daddy ni??".Soal Tan Sri Aziz Azmi Alauddin yang sedang duduk di atas sofa sambil menonton siaran ulangan Liverpool menentang Manchester United.

"Nothing..Izz penat je..Izz naik atas dulu ye".Jawab Izz dengan lemah.

"Abanga!Abang!!".Panggil Puan Sri Cheryl Humaira Helene seraya memandang anaknya yang sedang menaiki tangga.

"Hahhhh golllll!!!".Jerit Tan Sri Aziz Azmi Alauddin ketika Juan Mata menjaringkan gol untuk Manchester United.

"Abang!!".Panggil Puan Sri Cheryl Humaira Helene lalu menepuk paha suaminya.

"Iya??Kenapa??".Tanya Tan Sri Aziz Azmi Alauddin.

"Saya kesiankan anak kita,muram je saya tengok dia..".Ujar Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

"Awak jangan risaulah,anak awak dah besar..Dah pandai buat keputusan sendiri..Tengoklah keputusan dia..Langsung kita tak terpikir".Kata Tan Sri Aziz Azmi Alauddin.

"Izz tu kan anak abang..Abang buatlah sesuatu".Pujuk Puan Sri Cheryl Humaira Helene seraya menggoyangkan tubuh suaminya.

"Kejap lagi eh abang fikir..Bagi abang tengok match ni dulu".Mata Tan Sri Aziz Azmi Alauddin tertumpu pada televisyen.

"Hurm..Bencilah dengan abang ni".Tutur Puan Sri Cheryl Humaira Helene sambil membaling bantal kepada Tan Sri Aziz Azmi Alauddin.

>>>>>>

Keesokkan harinya,Rin hadir ke universitinya seperti biasa.Kawan sekelasnya yang datang ke rumahnya semalam bersama-sama berjalan ke tempat mereka menuntut ilmu.Pelajar-pelajar lain yang ternampak dan tertembung dengan Rin langsung tidak menanyakan soalan tentang pertunangannya.Keadaan itu serba sedikit menceriakan Rin yang tidak perlu menjawab soalan wartawan yang tidak berbayar.Bilik kuliahnya yang terletak di tingkat tiga ditujui oleh mereka berenam.Ketika Rin sedang berjalan di kaki lima,seorang gadis menegurnya dari belakang.

"Hai tunang encik bertopeng..Awal datang hari ni??".Soal gadis yang memakai skirt pendek itu.

"Hai cik penyibuk yang asyik jaga tepi kain orang".Aleen menyaut panggilan Hannah yang tidak memanggilnya.

"Excuse me,aku tak cakap dengan kau eh gemuk..Aku cakap dengan perempuan ni".Tangan Aleen sudah bersedia untuk menumbuk perut Hannah.

"Wah sedap mulut kau je cakap kawan aku ni gemuk..Diri sendiri gemuk tak sedar".Wawa juga mencelah perbualan mereka.

"Sorry sikit..Aku tak gemuk okay..Badan aku ramping je and muka aku cantik tak macam kau hodoh!!".Kini,Wawa pula yang menggoyangkan kakinya untuk menyepak muka Hannah.

"Sekurang-kurangnya si Aleen ni gemuk sebab makan,tak macam kau gemuk sebab banyak dosa..Then,kau ingat ALLAH pandang rupa untuk tentukan syurga atau neraka ke??".Afra memberi kata pedas untuk menyedarkan Hannah.

"Alamak guys..Panas pula telinga aku ni pagi-pagi kena ceramah..Hoi tunang orang,kau tak ade dengar cerita ke pasal kawan kau ke??".Soal Hannah sambil mengipas-ngipaskan dirinya dengan tangannya.

"Kau ni memang tak ada kerja eh??Kacau orang pagi-pagi??".Tanya Rin yang akhirnya bersuara.

"Opss aku terlupa tujuan aku jumpa kau..Nah!!Tolong bagi fail ni kat pejabat ye,Puan Raina suruh hantarkan..Aku nak pergi makan lah..Bye-bye".Hannah memalingkan mukanya ke tempat lain seraya kakinya menuju ke kafeteria.

"Eeeee pompuan tu..Kau pegang aku Khai..Eisshh patut tadi aku hempap je dia tu..Dah la perasan cantik pastu mulut tak ade insurans..".Marah Aleen yang menyuruh Khai memegang tangannya.

"Tak guna betul perempuan tu..Suka hati dia je suruh kau buat kerja dia".Afra turut marah dengan sikap Hannah.

"It's okay la guys..Biarkan je la dia tu..Maybe ada hikmah kot aku kena hantar fail ni..Dah lah aku nak pergi pejabat nanti kita jumpa kat dalam kelas".Rin terus pergi ke pejabat.

"Awat kawan hang tu baik sangat..Kalau aku la,aku baling je fail tu kat muka pompuan tu".Rasa geram terhadap Hannah masih dirasai oleh Linda.

"Itu kalau kau,kalau aku...Aku wrestling dia kat sini".Khai memerhatikan Rin yang sedang berjalan itu.

"Assalamualaikum,kak..Ni ada fail Puan Raina bagi".Ucap Rin sambil menghulurkan fail rona coklat.

"Waalaikumusalam terima kasih ye..Eh Rin??Kamu buat apa di sini??".Tanya kerani yang bernama Erma itu.

"Sama-sama..Saya datang sini sebab nak hantar fail ni".Jawab Rin.

"Saya bukan tanya sebab kamu datang sini,saya tanya kenapa kamu datang U hari ni??".Pertanyaan Cik Erma mengelirukan Rin.

"Ahh??Saya datang sebab ada kelas hari ni".Balas Rin dengan dahinya dikerutkan.

"Kamu??Kamu tak pergi airport ke??".Tanya Cik Erma yang sedang menulis sesuatu di kertas.

"Buat apa saya pergi airport cik??".Soal Rin yang semakin keliru.

"Ah??Kamu tak tahu ke yang Tengku akan berlepas ke Australia pagi ni??Tengku kan sambung belajar kat sana".Beritahu Cik Erma yang mendapat maklumat itu beberapa hari yang lalu.

"Hah??!!Australia??!!Tengku??!!".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience