Bab 13

Romance Series 30286

"Sebenarnya saya cin".

"Pin pin".

Bunyi hon kereta berbunyi.Spontan kami berdua menoleh,memandang kereta yang mengeluarkan bunyi hon itu.Pemandu kereta itu keluar dari keretanya sambil memegang sekaki payung di tangannya.Dia berjalan ke arah kami berdua yang sedang kesejukkan itu.

Izz memandang wajah lelaki yang berada di sebelah Rin.Perasaan marahnya pada lelaki itu masih tersemai lagi di dalam hati dia.Di jelingnya lelaki itu dan memberikan renungan yang tajam.

"Kau tak akan dapat ambil Rin daripada aku.You will never get her Nadz!Kali ini kau tak akan dapat".Bentaknya di dalam hati.

"Jom.Aku hantar kau balik.Nanti kau demam,mama marah aku nanti sebab tak jaga kau".Ujar Izz yang mengajak Rin pulang bersamanya.

Rin memandang Izz lalu memandang Nadz yang masih berada di sebelahnya.Dia terasa ada sesuatu yang tidak kena di antara dua orang lelaki itu.Seperti ada sesuatu yang bermain di dalam fikiran mereka.Rin memandang mata Izz yang merenung tajam Nadz yang berada di sebelahnya kerna itulah dia menebak bahawa dua orang lelaki itu mempunyai perkara yang mereka sorokkan.

Nadz memandang Izz,even tough renungannya di balas dengan jelingan,dia tetap cuba merapatkan hubungan dia semula dengan Izz.Walau bagaimanapun,Izz tetap bersikap dingin dengan dirinya.

"Rin awak ikutlah Izz.Betul juga kata dia,nanti awak deman.Susah nanti kan?".Pujuk Nadz.

"Nadz ni macam faham je isi hati aku.Sebenarnya aku serba salah mahu tinggalkan Nadz berseorangan di sini yang dalam kesejukkan".Desis Rin di dalam hati.

"Kau tak payah sibuk la.Bukan susahkan kau pun".Marah Izz yang semakin menyampah dengan Nadz.

"Eish asal kau cakap macam tu.Tapi Nadz awak okay ke ni?".Tutur Rin yang masih dalam dilema itu.

"Saya okay je.Saya kan lelaki".Jelas Nadz yang cuba memujuk gadis itu untuk pulang bersama Izz.

"Tak boleh ke kalau Nadz ikut kita balik sekali Izz?".Soalku pada Izz.

Rin memandang wajah Izz dengan riak wajah yang meminta simpati.Namun,lelaki itu langsung tidak terpedaya dengan pandangan itu,dikerlingkan matanya ke tempat lain pabila melihat Rin memberikan reaksi seperti itu.

"Eh tak pe tak pe.Kejap lagi hujan berhentilah.Saya boleh tunggu.Awak jangan risau".Kata Nadz yang sedaya-upaya untuk gadis itu pergi bersama Izz.

Izz yang semakin rimas berada di situ,menarik lengan Rin.Rin hanya mengikuti sahaja langkah Izz yang mula menapakkan kaki ke keretanya.Pintu kereta dibuka oleh Izz untuk Rin.Rin memasukkan tubuh badannya dalam perut kereta itu.Izz berada di kerusi pemandu dan mula menghidupkan enjin kereta Ferrarinya.

Rin memandang Nadz di sebalik cermin gelap itu.Nadz langsung tidak memandang kereta itu malah juga langsung tidak memandang Rin yang berada di dalam kereta itu.Fikirannya masih tertanya-tanya tentang sikap dingin Izz terhadap Nadz yang menimbulkan rasa ragu-ragu di dalam hatinya.

Pabila kereta milik Izz itu mula memasuki jalan raya,Nadz memandang semula jalan tar yang berada di hadapannya itu.Dia beristighfar beberapa kali,cuba memikirkan apa kesalahan dia yang menyebabkan Izz langsung tidak berkomunikasi dengan dia.Nafas dikeluh panjang oleh Nadz.

Di dalam kereta,Rin masih memikirkan lelaki yang memberikan dia jaket yang masih tersarung kemas di tubuh bandannya itu.

"Eh alamak aih.Lupa pula nak bagi balik jaket dia.Ya ALLAH.Tak apalah esok aku pulangkan".Ucapku di dalam hati.

"Babe kau okay tak".Soal Izz seraya memandang gadis di sebelahnya itu.

Rin membalas kata-katanya dengan senyuman manis.Spontan Izz tersenyum melihat wajah manis itu.

"Rin aku ada sesuatu untuk kau".Izz berkata begitu seraya menghentikan kenderaanya pabila tiba di hadapan pintu masuk kondo Rin.

Rin menjungkitkan keningnya.Hatinya membuak-buak ingin tahu apa yang hendak diberikan oleh Izz.

Izz mencapai sebuah kotak sederhana kecil di seat belakang.Kotak yang bermotifkan bunga-bunga yang berwarna-warni di berikan kepada Rin.

"Apa ni?".Soal Rin yang mula tertanya-tanya.

"Ada lah.I know you will like it.But first don't open it here.Buka masa da sampai bilik kau okay".Jelas Izz sambil mengukir senyuman manis.

"Kau ni kan.Suka sangat bagi aku macam-macam.Membazir duit je".Terang aku

"Lebih baik duit itu aku gunakan untuk memberi daripada membeli.Lagipon kau bukannya orang lain.Kau kan hamba aku".Tutur Izz seraya mengetuk kepala aku.

Aku menggosok kepalaku yang telah di ketuk itu.Tadi baru je kena usap,ini kena ketuk balik.Apalah nasib.

"Ermm..Da la.Aku naik dulu.Thanks for today".Ucapku seraya membuka pintu kereta lalu melambaikan tanganku pada Izz.

Izz memasuki semula jalan raya.Peristiwa tadi bermain di fikirannya.Stereng kereta di hentaknya beberapa kali.Perasaan geram terhadap Nadz masih terpahat di hatinya.Semakin membina lagi perasaan itu pabila melihat Nadz dan Rin berduaan di bus stop.

Sementara itu,Rin telah tiba di kamarnya.Bungkusan hadiah daripada Izz di letaknya di atas katil.Dia membersihkan diri terlebih dahulu dan menunaikan solat Asar.Sejurus selepas itu,barulah dia menghampiri bungkusan hadiah itu.Ikatan riben yang berwarna merah jambu dibukanya perlahan-lahan.

Dia membuka kotak pabila ikatan riben itu terbuka.Dia terkejut pabila melihat beberapa keping gamba Izz di dalamnya.

"Asal dia suka sangat bagi gambar dia ni?Ingat aku suka ke?".Kataku seraya menepuk dahiku.

Sekeping demi sekeping gamba aku renung.Tidak tahu mengapa,senyuman herot aku ukirkan.Ada di antara gambar-gambar itu,ada gambar kami berdua sewaktu berada di universiti.Gambar yang paling menarik perhatian aku ialah gambar sewaktu dia menarik aku masuk ke dalam kolam ketika sambutan hari lahirku.Entah siapa yang mengambil gambar itu.Tetamu yang telah dijemput untuk memeriahkan sambutan hari lahir aku tergamam dan panik dengan tindakan Izz yang secara tiba-tiba itu.Aku pon hairan mengapa dia berbuat sedemikian.Ketika itu dia hampir terjatuh ke dalam kolam kerna di langgar oleh seseorang.Dengan tiada kena mengena,lenganku menjadi mangsa tarikan Izz lalu kami berdua termasuk ke dalam kolam.

Kejadian itu masih segar di ingatanku.Izz memegang erat kedua belah tanganku.Kami bertentangan mata semasa berada di dalam air.Semakin lama semakin dia mendekati diriku.Selepas itu,dia melepaskan genggamannya.Dia menunjukkan bentuk love dengan menggunakan tangannya.Aku tersenyum dan menutup mataku secara perlahan-lahan.

Pabila aku membuka mata,Izz berada di hadapanku.Wajahnya mula mendekati wajah aku.Dengan spontan aku menolak mukanya ke belakang.

Tetamu yang hadir memandang kami berdua yang berada di atas lantai.

"Eh tadi bukan ke aku terjatuh ke dalam kolam?".Monologku di dalam hati.

"Rin kamu okay nak?".Soal Dato Syed Halim Shah Syed Khalid Idris iaitu ayah kepada Rin.

"Apa yang sudah terjadi ni papa?".Tanyaku yang berasa bingung.

"Kamu terjatuh ke dalam kolam tadi.Nasib baik Izz ada.Dia selamatkan kamu.Kamu ni dah la tidak tahu berenang".Terang Datin Syarifah Mariah Mikayla.

Aku memandang Izz yang sedang berdiri,mengelap rambutnya yang basah dengan menggunakan tuala yang telah diberikan oleh PA dia.Baju dan seluarnya juga basah lencun.

Izz memandang Rin yang baru tersedar daripada pengsannya.Hatinya tercuit pabila para tetamu meminta dia melakukan CPR terhadap Rin yang belum menyedarkan dirinya pada waktu itu.Beberapa kali dia menolak cadangan itu,tetapi demi menyelamatkan Rin dia sanggup membuatnya.Dia merendahkan tubuhnya untuk mendekati wajah Rin yang sungguh cantik tanpa memakai sebarang make-up.Bibir Rin yang seksi itu di pandangnya.Perasaan gugup mula hadir di dalam dirinya.Dia berniat di dalam hati,dia melakukan ini hanyalah untuk membantu Rin menyedarkan dirinya bukan di sebaliknya.Akhirnya dia mula mendekatkan wajahnya dengan Rin.Waktu itulah Rin tersedar lalu menolak muka Izz.

Rin tergelak pabila teringat kembali peristiwa yang sungguh istimewa baginya pada waktu dahulu.Ketika itu,aku menerima seutas jam tangan berwarna silver sebagai hadiah ulang tahun kelahiranku.

Cer teka siapa bagi?Cepat aku bagi 5 saat je untuk korang fikir.Ok 1,2,3,4,5 jawapan nya ialah Mama dan Papa lah siapa lagi.Mesti korang ingat Izz yang bagi kan?Ahaha masa tu Izz bagi aku jersey.

Guess what??jersey team ape?ahaha.Ianya jersey team Manchester City.Kenapa Manchester City??Entah.Aku pun tak tahu kenapa dia bagi jersey team tu.But jersey tu katanya original.Dia beli sendiri di kedai official yang menjual barangan team Manchester City.

Di renungnya balik gambar-gambar pemberian daripada Izz.

"Kenapa mesti gamba?Tidak benda lain?".Soalku sendiri.

Dengan pantas aku mencapai telefonku di dalam tasku.Nombor Izz di dail olehku.Menunggu Izz menjawab panggilanku buat seketika.

"Hello?".Sapa suara garau itu.

"Assalamualaikum".Jawabku.

"Ehemm..waalaikumusalam".Terasa malu pabila Rin memberi salam padanya.

"Izz kenapa bagi aku gambar kau?".Soalku sambil melihat gambar aku dan Izz sewaktu kami berada di bangku sekolah.Tersengih aku dibuatnya.

"Saje je.Mana tahu kalau aku dah tak ada nanti,boleh la kau tatap gambar tu".Balas Izz di hujung talian.

"Kenapa kau cakap macam itu?".Tanyaku yang mula rasa hairan dengan kata-kata Izz.

"Tak ada apa la.Mana tau kau rindukan aku kan.Lagipun tak lama lagi aku kena sambung belajar di Australia.Kau lupa eh".Balas Izz seraya berjalan ke ruang tamu.

"Aah.Aku lupa la wei.Sorry".Ucapku yang terlupa bahawa Izz akan menyambung pelajarannya di Australia nanti.

Itu pun sebenarnya permintaan daripada ibu dan ayahnya.Dia hanya turuti sahaja permintaan itu.

"Aku tak nak lah kau rindukan aku nanti.Nangis-nangis pergi rumah daddy cari aku".Perli Izz.

Ketika aku masih menjadi pelajar sekolah rendah,aku sering kali pergi ke rumah Izz untuk mengalirkan air mata aku di sana.Aku selalu menangis waktu itu kerana ibu dan ayahku sering bergaduh dan sering tiada di rumah.Pergaduhan mereka hampir memfailkan penceraian tetapi ALHAMDULILLAH doa aku dan abangku termakbul.Mama dan papa tidak bercerai setelah mendengar ceramah daripada Ustaz Adnin yang berkaitan dengan jodoh.Keluargaku kembali bahagia sehinggalah sekarang dan itu semua berkat daripada pertolongan daripada ALLAH S.W.T.

Daddy dan Mummy Izz menjadi tempat aku meluahkan segala masalah dan rintihan aku.Aku bersyukur yang mereka sedikit sebanyak membantu aku menguatkan diri untuk melalui semua rintangan itu.

Izz ketika itu banyak menceriakan aku dengan bermain masak-masak bersama aku.Ahaha.Dia lah yang menjadi mangsa aku ketika itu.Semua permainan perempuan dia main.Barbie,make-up,doktor dan macam-macam lagi.Nasib dia jenis melayan sahaja karenah aku.Kalau abang aku,memang tidak lah dia mahu main permainan seperti itu.

"Eishh kau ni.Tak akan aku nak buat macam tu.Aku da besar la".Tuturku seraya mengerlingkan mataku.

"Ahaha tapi...aku rindu masa kita budak-budak dulu".Tersenyum herot Izz pabila mengenangkan peristiwa yang telah berlaku pabila dia bersama dengan gadis itu.

Puan Sri Cheryl Humaira Helene memerhatikan anaknya yang sedang tersenyum keseorangan seraya berbual di telefon.Dia yakin bahawa orang yang berbual dengan anak terunanya itu ialah Rin.Dia mendekatkan dirinya dengan Izz yang telah melabuhkan pinggangnya di atas sofa.

Izz memandang ibunya yang berada di sisinya itu.

"Rin ye?".Soal Puan Sri Cheryl Humaira Helene pada anaknya.

Izz menganggukkan kepalanya lalu tanpa meminta,Puan Sri Cheryl Humaira Helene merampas telefon Izz daripada tangan anaknya itu.Izz terkejut dengan tindakan mummynya itu namun dibiarkan sahaja.

"Assalamualaikum Rin.Ni mummy ni".Ujar Puan Sri Cheryl Humaira Helene pada gadis yang berada di dalam hati Izz itu.

"Waalaikumusalam.Eh mummy.Mummy apa khabar?".Tanya Rin yang terasa excited mendengar suara Puan Sri Cheryl Humaira Helene itu setelah sekian lama dia tidak mendengar suara wanita yang berumur lingkungan 40-an itu kerna wanita itu sering berada di luar negara untuk meluaskan kerjayanya.

"Khabar baik.Dah lama kamu tidak datang rumah mummy ye?".Soal Puan Sri Cheryl Humaira Helene seraya melihat lelaki yang berada di sebelahnya.

"Ahh..maaflah mummy Rin busy dengan assignment.Nanti bila Rin dah siapkan semua assignment ni,Rin datang rumah mummy ye".Pujuk Rin yang teragak-agak dengan kata-katanya sendiri.

"Baiklah janji ye.Nanti kita pergi shopping tau".Ajak Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

"Rin!!".

Suara Khai mengejutkan Rin yang berada di atas katil itu.

"Okay mummy.Mummy,Rin kena off dulu ni.Khai panggil Rin.Nanti Rin call mummy eh".Balasku seraya memberi salam dan memutuskan talian pabila mendengar Mummy menjawab salamku.

Aku pergi ke ruang tamu di mana Khai memanggil namaku.

Di atas meja terhidang makanan yang telah dibeli oleh Khai.Khai macam tahu sahaja yang perut aku berbunyi.Kami membaca doa lalu menjamah makanan di atas meja.

Setelah makan,aku mencapai telefonku di atas meja...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience