Bab 20

Romance Series 30286

Semasa dia sedang mahu memarkirkan keretanya di garaj,dia ternampak dua buah kereta yang amat janggal baginya.Tidak pernah langsung dia melihat kereta-kereta itu di persekitaran istana milik ayahnya.Namun,dia endahkan kereta itu dan melangkahkan kakinya ke dalam rumahnya.Salam diberi dan di sahut oleh Mek Ila iaitu pembantu rumahnya.

"Mek,papa dan mama mane?".Soalku yang mencari orang yang aku rindui sangat-sangat itu.

"Datin dan Dato di ruang tamu.Ada tetamu datang".Jawab Mek Ila yang sedang membancuh teh untuk tetamu yang hadir itu.

"Oh.Siapa yang datang Mek?".Tanyaku lagi.

"Entah.Mek pun tak kenal.Ini pertama kali Mek nampak mereka".Balas Mek Ila.

"Oh.Mama dan papa tak bagitahu Mek ape-ape pasal tetamu itu?".Tanyaku lagi yang masih tertanya-tanya siapa gerangan tetamu yang hadir itu.

"Tak ade lah pulak.Eh kamu ni Rin,ape kata kamu pergi tengok.Lepastu bagitahu Mek".Tutur Mek seraya tertawa kecil.Aku juga turut tertawa sekali.

"Kalau macam tu,saya bawak dulang ni ye Mek.Boleh la saya tengok siapa diaorang tu".Kata aku pula.

"Bagus juga kamu yang hantar,Mek ade kerja lagi kat belakang.Kamu tolong Mek ye".Pinta Mek Ila.

Aku menganggukkan kepalaku seraya membawa dulang itu ke ruang tamu.Ketika aku tiba di ruang berdekatan dengan bilik air,aku ternampak satu kelibat yang berjalan di hadapanku.Aku menelan air liurku dan menyuruh diriku berfikir positif.Perlahan-lahan aku menapakkan kakiku semula ke ruang tamu dan tiba-tiba mataku tertembung dengan benda berwarna hitam dan ada mata padanya.

"Arghhhhhhhhhhh".Aku menjerit kerana terkejut dan tanganku terlepas memegang dulang yang berisi cawan itu.Habis pecah ke semuanya.

"Eh Rin?Kamu kenapa ni?".Soal Dato Syed Halim Shah Syed Khalid Idris yang kaget pabila mendengar suara anak daranya menjerit.

"Ha..Ha..hannn...hanntuu!".Teriakku sambil menekapkan mukaku di dada ayahku.

"Apa terjadi ni?".Soal Mek Ila yang baru sahaja tiba itu.

"Hantu?Mane ade hantu pagi-pagi ni?".Tutur Datin Syarifah Mariah Mikayla.

"Tuuu Ma tuuu".Ujarku yang mula gagap seraya menunjukkan apa yang aku nampak tadi.

"Ya ALLAH Rin.Cuba kamu buka mata kamu luas-luas dan tengok balik".Bicara Datin Syarifah Mariah Mikayla.

Aku memberanikan diriku memandang benda yang menakutkan aku itu.Mata yang aku kecilkan tadi,dibuka luas sedikit demi sedikit.Kelihatan seluar jeans di hadapanku,aku memandang ke atas.Seorang lelaki memakai topeng berwarna hitam berdiri di hadapanku.Aku merenung sahaja lelaki itu daripada atas sampai ke bawah.Sah memang sah.Manusia.

"Ehehe manusia rupanya..ehehe".Tuturku yang malu dengan diri sendiri.

"Haa tu la lain kali,jangan asyik pikir hantu je.Kan dah jadi macam ni".Kata Dato Syed Halim Shah Syed Khalid Idris yang tahu sangat akan anaknya itu selalu menonton filem horror.Kerna itulah dia senang terbayangkan benda-benda tu.

"Ehehe baru aku perasan ada mulut jugak rupanya.Tadi aku nampak mata je..Ahaha ape la aku ni".Aku bernonolog di dalam hati.

"Kamu tak kenal ke siapa lelaki ni?".Soal Datin Syarifah Mariah Mikayla kepada anaknya.

Rin menggelengkan kepalanya seraya memandang lelaki yang sedang memandangnya itu.

"Eish seram je aku tengok dia ni.Dah la nampak mata je.Aku cucuk nanti".Telah Rin di dalam hati.

"Hairi..Hi Rin..Lame kita tak jumpe".Ujar pemuda yang memakai topeng itu.

"Hairi?Hairi mane ni?".Soalku di dalam hati.

"Don't you remember?Kita berjumpa masa kita kecil lagi.Ingat tak awak pada lelaki yang selalu bersendirian dan awak selalu datang padanya dan main kahwin-kahwin bersama".Jelasnya yang cuba membantu aku mengingati semula tentang dirinya.

"Lelaki yang bersendirian?Main kahwin-kahwin?".Tanyaku perlahan tetapi mereka tidak mendengar suaraku.

~~~~~
Aku cuba mengingati semula peristiwa yang mamat bertopeng itu katakan dan bayangan seorang anak kecil bermain di fikiran aku.Budak itu selalu duduk keseorangan sahaja sambil bermain dengan kereta mainannya di taman permainan.Jarak antara taman permainan dengan rumah aku tidaklah jauh mana.Hanya dalam kira-kira 300 meter sahaja.Budak itu juga diperhatikan oleh seorang lelaki yang memakai baju berwarna hitam.Jika diperhatikan dengan teliti,tidak syak lagi budak itu adalah jiranku.Jadi,memandangkan aku juga keseorangan pada waktu itu,aku memberanikan diri dan mendekatinya.Pada mulanya,budak itu sangat malu dengan aku tetapi lama-kelamaan kami mula rapat sehinggalah pada suatu hari aku mencarinya di tempat yang kami selalu main itu.Tetapi bayangannya langsung aku tak nampak dan aku telah diberitahu oleh lelaki yang memakai baju hitam itu.

"Adik.Hairi tak ade kat sini.Dia dah pindah".Katanya yang mampu membuatkan aku menisitiskan air mata.

~~~~

"Awak budak yang selalu dengan lelaki pakai baju hitam tu eh?".Soalku padanya.

Dia menganggukkan kepalanya dan aku tidak tahu sama ada dia sedang senyum ke tidak kerna wajahnya telah ditutupi dengan topeng berwarna hitam itu.Aku menundukkan kepalaku kerana mula teringat akan zaman kanak-kanak kami yang suka bermain kahwin-kahwin itu.Adoii malunya.Ahaha.

"Hairi kamu berbuallah dengan Rin.Abah dan Ummi nak berbual dengan auntie dan uncle".Datin Syarifah Nur Adelina Idayu.

"Ha kamu Rin,berborak-boraklah kamu berdua ye.Dato',Datin marilah kita ke ruang tamu semula".Ajak Datin Syarifah Mariah Mikayla.

Lalu,ibu dan ayah kami berdua pun menuju ke ruang tamu semula.Tinggallah aku berdua dengan Hairi di situ.Mek Ila pula sedang membersihkan segala cawan yang pecah disebabkan aku itu.

Tergigit bibir aku jadinya.So,aku membantu juga Mek Ila dengan mengemop lantai yang dibasahi dengan teh itu.Hairi pula hanya melihat sahaja kami berdua yang sedang membersihkan lantai itu.

Setelah hampir 10 minit kemudian,Mek Ila berkata padaku.

"Rin,kamu ni pergilah borak-borak dengan si Hairi tu.Kesian dia sorang-sorang.Takkan kamu nak duduk kat sini je".Ujar Mek Ila yang melihat aku yang langsung tidak berganjak daripada tempat duduk di dapur.

"Laa Mek,Rin bukannya ape.Rin malu la Mek".Balasku seraya memandang lantai yang berjubin itu.

"Kamu ni,malu tu tolak tepi dulu.Kamu anggap je la yang kamu tak kenal dengan dia.Anggap dia tetamu yang kamu kena layan aje.Ye".Tutur Mek Ila yang sedang meletakkan dua gelas di atas dulang.

"Tapi Mek!?!?".

Belum sempat aku menghabiskan ayatku,Mek Ila telah menyambungnya.

"Tak ade tapi-tapi.Ha ini kamu bawak dulang ni gi taman.Gi berborak dengan dia kat sane".Arah Mek Ila yang geli hati dengan telatah anak kepada majikannya itu.

Rin hanya mengikuti sahaja arahan Mek Ila.Kalau tidak diikuti,pasti aku akan diceramah oleh mama dan papa kerna tidak mengikut arahan mereka.Aku berjalan menuju ke taman,wajah lelaki yang bertopeng itu sedang berjalan-berjalan di sekitar taman yang dihiasi oleh mama.Pabila dia ternampak aku yang makin mendekati dirinya,terus dia mengambil tempat di atas kerusi yang berwarna putih.Aku meletakkan dulang yang aku bawa tadi di atas meja lalu aku tuangkan jus oren itu ke dalam gelas.

"Jemput minum ye".Pelawaku seraya melabuhkan punggungku di atas kerusi yang berhadapan dengannya.

Dia hanya sekadar menganggukkan kepalanya sahaja dan meneguk air itu beberapa kali.Iyaa hampir 5 minit kami tidak mengeluarkan sepatah kata pun,air yang di hadapan kami menjadi mangsa menghilangkan rasa segan yang sedang dirasai ini.Suasana yang sunyi sepi itu dipecahkan pabila...

"Urm..So how's your study?".Tanya Hairi.

"ALHAMDULILLAH ok but not too ok".Jawabku selamba.

"Why?".Soal dia lagi.

"Erm.Biasalah belajar bukannya perkara yang senang.Pasti akan ada masa yang kita akan dapat score yang menurun dan menaik".Balasku sambil memerhatikan kawasan sekililing untuk menutupi rasa awkward itu.

"Oh you makin cantik kan sekarang ni?Dah lama I tak jumpe you".Katanya dengan nada yang rendah.

Alamak dia ber I,you pulak.Tak ape. Layankan aje laaaa..

"ALLAHUAKBAR..Mane ade.I biasa-biasa sahaja.Macam dulu juga".Ujarku yang makin bertambah rasa malu pula.

"Yeah dari kecil lagi.You memang cantik".Tuturnya seraya menongkatkan kepalanya di atas meja.

Aku tidak tahu apakah bentuk wajah yang dia sedang dia lakukan di sebalik topeng itu.Mahu sahaja aku membuka topeng itu dan melihat wajah aslinya yang pernah aku lihat sewaktu dia kecil tetapi pastilah wajah yang pernah aku lihat itu telah berubah kerna dia sudah meningkat dewasa.

"You buat ape sekarang ni?".Tanyaku pada si dia.

"Study juga dan dalam pada masa yang sama,I tolong Abah di pejabat".Balas Hairi kepada pertanyaanku tadi.

"Aduhh nak tanya ape lagi ni eh.Alamakkkk sesiapa tolong la tarik aku pergi dari sini.Aku dah tersangat awkward ni".Rintihku di dalam hati.

"Meoww".

Mataku mula melilau memandang keliling pabila aku terdengar suara daripada seekor kucing.Seorang lelaki yang memakai jacket hitam berT-shirt warna putih menghampiri kami berdua sambil memegang carrier di tangan kirinya.

"Tuan muda ini kucing tuan.Saya dah bawa Hyuniee gi klinik tadi.Suka betul dia masa kat klinik tadi".Kata lelaki yang memakai kaca mata hitam itu.

"Oh terima kasih ye Afzal.Tolong bawak keluar Hyunie tu".Arah Hairi.

Afzal mengikuti sahaja arahan Hairi dan mengeluarkan kucing kesayangan Hairi itu lalu di biarkan kucing itu pergi kepada tuannya.Hairi duduk di atas rumput hijau itu sambil bermanja dengan kucingnya.

"Hai sayang,macam mane hari ini?Uncle kata Hyunie happy".Tanya dia kepada kucing itu.

"Meow meowww".Balas si manja itu.

"Wangi la sayang daddy ni".Ujar Hairi seraya mencium pipi Hyunie yang gebu itu.

Aku tersenyum sahaja pabila melihat dua makhluk yang berada di hadapanku ini.Seperti seorang ayah bersama dengan anaknya lagaknya.Untung sungguh kucing yang berada dalam pelukan Hairi itu,pasti dia sangat gembira mendapat tuan yang tersangatlah baik dengannya.

Hairi memandang gadis yang sungguh leka memandang kucing yang memakai loceng di lehernya itu.Senyuman terbit di wajahnya yang terlindung dengan topengnya itu.

"You nak pegang tak?".Soal Hairi pada Rin.

"Nakk!!".Jawab Rin seraya mendekatkan dirinya dengan kucing itu ketika Hairi bertanyakan soalan itu kepadanya.

Hairi memberikan kucingnya itu kepada Rin.Rin mengambil kucing itu dan membawanya ke dalam dakapan dia.

"You are so cute dear and so fluffy".Kata Rin kepada kucing yang sedang mengeow di dalam pelukannya itu.

Pemilik kucing itu memerhatikan sahaja gerak-geri gadis yang bermain dengan kucing yang telah dianggap seperti anaknya sendiri itu.Senyuman sentiasa terukir di wajahnya pabila melihat senyuman manis di bibir Rin.

"You masih same.Tak berubah.Masih lovely macam dulu,Rin....".Katanya di dalam hati.

>>>>>

Hairi telah terjatuh cinta dengan Rin dalam diam-diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience