Bab 51

Romance Series 30286

Sementara itu,di tempat penginapan Rin dan Khai.

"Okay awak.Bye bye.Selamat malam.Assalamualaikum".Perbualan di antara Khai dan Amir dipituskan oleh Khai.Terasa riang sungguh di hati Khai tatkala mendengar suara orang yang dicintainya itu.Sedang hati dia mula berbunga-bunga,dia baru sedar yang kawannya Rin tiada di dalam bilik.

"Rin!!!Rin!!!Oii Rin!!Mane kau??Masuklah buat ape lama-lama kat luar tu?".Panggil Khai tapi tiada sebarang sahutan daripada orang yang dipanggilnya itu.

"Rin??!!Rin??!!Meh la masuk".Kata Khai seraya membuka pintu bilik tetapi Rin tiada di luar.

"Eh!Mana pulak Rin ni pergi??Mungkin dia pergi bilik Aleen kot".Fikir Khai lalu kakinya melangkah pergi ke bilik bersebelahan dengan biliknya itu.

Dia mengetuk pintu dan memanggil nama Aleen.Aleen yang mendengar ketukan pintu dan suara orang itu,membuka pintu biliknya dan melihat Khai sedang berdiri di hadapannya.

"Ye??Ape hal kau panggil aku ni??".Tanya Aleen yang baru sahaja mahu melelapkan matanya.

"Oh sorry ganggu kau tapi Rin ade kat dalam tak??".Soal Khai yang matanya memandang ruang tidur Aleen dan Wawa.

"Mana ada.Rin tak ade pun masuk sini.Kenapa??".Tanya Aleen pula.

"Ahhhhhh....Tadi aku tengah berborak dengan Amir dekat telefon dalam bilik.Masa tu,Rin ada kat luar tapi bila aku keluar je.Rin tak ade.Tu aku ingat dia ada kat dalam bilik kau".Agak Khai yang ketika itu tidaklah dia terlalu risau akan Rin.

"Oh mungkin dia pergi jalan-jalan kot.Eh jap itu Luthfia dengan Piqah.Luthfia!!!!!Piqah!!Sini kejap".Panggil Aleen yang melihat Luthfia dan Piqah yang sedang berjalan melalui biliknya.

"Yow!!Apehal??"Sahut Piqah yang memakai jacket itu.

"Korang ada nampak Rin tak??".Soal Aleen kepada mereka berdua.

"Tak".Jawab Piqah ringkas.

"Aku pun tak nampak".Luthfia juga menjawab jawapan yang sama dengan Piqah.

Ketika itulah,entah kenapa rasa tidak sedap hati mula dirasa oleh Khai.

"Ok aku try tanya kat group pulak".Bicara Aleen sambil mengeluarkan telefon pintarnya daripada poket.Pantas jarinya menekan paparan skrin telefonnya.

"Ting...ting..ting".

Notifkasi whatsapp daripada Aleen turut didapati oleh Piqah,Luthfia dan Khai yang mengetahui kejadian yang sedang berlaku itu.

"Tak ade pulak aku nampak??".Balas Yussry.

"No".Sambung Kiran.

"Tidak.Kali terakhir aku nampak masa kita makan tadi la".Jawab Nadzri.

"Betul tu Nadzri!!".Linda mengiakan pesanan yang dihantar oleh Nadzri.

"Kenapa tanya Aleen??".Soal Kiran.

"Aku rasa.....Rin hilang".Khai menjawab pertanyaan Kiran.

"Hah??Hilang??.Kata Naziha yang terkejut itu.

"Weii korang jangan buat lawak.Dah malam ni tau".Tambah Afifah.

"Ya ALLAH betul wei..Kitaorang tak main2.Lagipun korang tengok la.Tak ade pun Rin balas.Online pon tak.Pastu last seen dia pukul 8:48 malm.Sekarang da pukul 10:55".Balas Luthfia yang bulu romanya mula meremang.

"Okay kalau macm tu.Semua keluar dan sama2 kita cari Rin".Cadang Mazlin yang mula risau itu.

"ALRIGHT.Semua keluar.Cepat!!".Kata Kiran.

Mereka yang berada di dalam bilik,dengan pantas keluar dan berkumpul di hadapan bilik Aleen dan Wawa.Yang masih lepak di tempat mereka makan dan yang sedang berjalan-berjalan mengambil angin juga turut berkumpul di situ.

"Sekarang ni.Cuba cerita apa yang terjadi".Minta Kiran yang dahinya berpeluh kerana berlari.

Aleen dan Khai menjelaskan tentang situasi yang sedang terjadi itu.

"Korang ade try call Rin tak??".Tanya Hafriz.

"Tak".Serentak Aleen dan Rin menjawab pertanyaan Hafriz.

"Laa.Asal tak call????Okay tak ape..Ape kata ko try call sekarang.Tutur Qiesyah.

Khai mendail nombor telefon Rin dengan tangannya yang menggeletar.Sewaktu menunggu Rin menjawab panggilan telefon itu,mereka terdengar lagu Taylor Swift.

"Eh ini bukan ke ringtone phone Rin??".Bicara Syifa yang tahu kawannya meminati Taylor Swift.

"Aah la.Ringtone ni macam dekat je dengan kita.Jom kita cari".Ajak Kiran lalu mengetuai pencarian dari mana datangnya bunyi ringtone telefon Rin itu.

"Ehhh???!!!Korang dekat sini".Panggil Daniel yang berada di belakang kawan-kawannya yang lain.Mereka semua mendekati Daniel yang sedang memegang telefon pintar milik Rin.

"Erm??Tapi ini bukan ke bilik kau Khai??".Tanya Ina yang mereka semua sedang berada di hadapan bilik Khai dan Rin.

"Aah.Kat mana kau jumpa phone ni Daniel??.Tanya Khai lalu mengambil phone yang diberi oleh Daniel itu.

"Atas tanah".Jawab Daniel yang menjumpai telefon milik kawannya.

"Atas tanah ni??Jangan kata Rin kena culik!!".Mata Afra terbeliak dan hatinya berasa sangat risau akan keadaan Rin.

"Eishhh mulut kau.Aku stapler kejap lagi kang".Marah Kiran yang juga risau akan Rin.

"Kau janganlah marah aku.Aku agak je".Kata Afra yang tidak puas hati apabila mendengar Kiran yang seakan-akan memarahi dirinya.

"Mana ada marah tapi kau tu.Mulut tak ade insurans".Marah Kiran lagi.

"Dah la tu korang berdua.Sekarang ni kita patut fikir apa yang kita kene buat sekarang ni.Bukannya bertekak".Marah Aleen pula.

"Yang korang ni kenapa kecoh ni??Ada aktiviti ke??'.Tanya Wawa yang sedang menggosok matanya.

"Alamak aku terlupa kejutkan kau la Wawa tapi tak pe.Kejap lagi aku cerita".Balas Aleen yang terlupa ada seorang lagi kawan mereka yang sebilik dengan Aleen.

"Jangan fikir bukan-bukan.Kita kena cari Rin malam ni jugak.Kalau boleh jangan bagitahu sesiapa pasal hal ni.Kita try cari dulu.Sekarang dah pukul 11:15.Lagi sejam kalau kita tak jumpa jugak Rin.Barulah kita bagitahu orang-orang yang kerja kat sini.Sekarang ni kita berpecah kepada 3 kumpulan memandangkan kita ada 10 lelaki dan 15 perempuan.Satu group ada 3 lelaki dan 4 perempuan.Akan ada lebih sorang lelaki dan 3 perempuan.Yang lebih tu duduk sini tunggu, mana tahu kot-kot Rin dah balik ke.Yang lain kita cari Rin sekitar kawasan sini.Sekarang kita team up.Tak kisah dengan sesiapa janji 4 perempuan dan 3 lelaki.Cepat!!!".Arah Aqiel yang tidak mahu melengahkan masa lagi kerana dia risau yang malam semakin larut dan ia akan menyukarkan pencarian Rin.

Mereka semua bertindak mengikut arahan Aqiel tanpa membantah dan yang akan tinggal di situ ialah Wawa,Rina,Luthfia dan Daniel manakala yang lain akan mencari Rin secara berkumpulan.Mereka berpecah,group yang diketuai Kiran menuju ke arah utara,group diketuai Mazlin pergi ke arah barat dan group diketuai Aqiel menuju ke arah selatan.Tanpa mengeluarkan banyak bunyi daripada mulut mereka,mereka terus mencari Rin dengan doa yang sempat dibaca oleh Hafriz sebelum memulakan pencarian.

"Rin!!Rin!!".Laung Mazlin yang mencari Rin di belakang tempat mereka menjamu selera tadi.

"Rin!!Kau kat mana??".Jerit Aqiel yang berada di sekitar tempat perkhemahan.

Ketika itu,seorang pekerja yang mendengar jeritan daripada mereka berasa hairan melihat tetamu-tetamu yang menjerit nama seseorang.Pekerja itu mendekati Izhan yang sedang mencari Rin di situ.

"Kenapa dengan kamu semua ni??".Tanya pekerja itu yang tangannya memegang lampu suluh.

"Yang sebenarnya kami sedang mencari kawan kami.Tiba-tiba dia hilang.Lagi tadi kitaorang cari tak jumpa".Jelas Izhan kepada pekerja itu.

"ALLAHUAKBAR!!Kalau macam itu,saya akan kejutkan kawan-kawan saya jugak untuk cari kawan awak".Tutur pekerja yang memakai baju berwarna oren itu.

"Tak ape encik.Tak payah kejutkan diaorang.Lagi sejam kalau kitaorang masih tak jumpe kawan kitaorang tu.Barulah kami akan mintak tolong orang lain".Ujar Izhan yang teringat akan kata-kata Aqiel tadi.

"Baiklah.Kalau macam tu,saya akan cuba pergi ke bilik CCTV.Kot-kot kita boleh dapat tahu dekat mana kawan awak pergi".Bicara pekerja itu yang dia seorang sahaja pekerja yang belum tidur.

"ALHAMDULILLAH.Terima kasih banyak-banyak encik.Hanya ALLAH sahaja yang boleh balas jasa encik".Ucap Izhan yang terasa terhutang budi dengan bantuan yang cuba dilakukan oleh pekerja itu.

"Sama-sama kalau ade apa-apa nanti.Carilah saya ye.Saya pergi ke bilik CCTV dulu".Kata pekerja itu lalu bergegas ke bilik CCTV.

Manakala kumpulan yang diketuai oleh Kiran pula sedang mencari Rin di kawasan pokok-pokok yang disitulah Rin menjumpai Cik Ponti itu.

"Ya ALLAH permudahkanlah urusan kami mencari kawan kami".Doa Hafriz di dalam hati.

RIN!!Kalau kau dengar suara kitaorang,jawablah".Jerit Kiran yang mula tidak tentu arah memikirkan temannya itu.

Pada waktu yang sama.....

Rin langsung tidak menghentikan langkahnya juga tidak berpatah balik ke biliknya.Cik Ponti yang berada dihadapannya masih bergerak dan dia juga tidak berhenti.Setelah hampir 20 minit berjalan tanpa berhenti,barulah Rin terasa penat dan langkah terhenti.Dia tertunduk kerana kepenatan dan cuba mengambil nafas yang panjang.Apabila dia mengangkat kepalanya,kelihatan Cik Ponti tiada di hadapannya.Matanya mula terbeliak dan jantungnya semakin kuat berdegup.Ketika itu dia terasa yang ada sesuatu sedang berdiri di belakangnya.Tanpa berfikir panjang,dia memusingkan badannya dan......

"AHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!Jerit Rin sekuat hati pabila matanya bertentang dengan Cik Ponti yang bermata merah dan mulutnya yang terlopong.Akhirnya,Rin pengsan dan terbaring di atas tanah.Dia berada di kawasan yang gelap dan jauh daripada tempat penginapan mereka.

Kiran,Hafriz,Yussry,Aleen,Khai dan Afra mendengar jeritan apabila mereka kebetulan mengikut jejak Rin yang melalui kawasan itu.Aleen,Khai dan Afra berpelukan kerana terkejut mendengar jeritan itu manakala Kiran dan Hafriz cuba menenangkan mereka bertiga.Semestinya Kiran dan Hafriz berasa takut tetapi disebabkan mereka berdua lelaki,mereka kena kuat dan melindungi kaum hawa iaitu kawan mereka.

"It...Itu ma..macam suara Rin".Kata Khai dengan gagap.

"Aah kita nak masuk dalam lagi ke??".Tanya Kiran kepada rakan mereka yang lain.

"Jom.Kita kena jumpa Rin malam ni jugak".Ujar Aleen yang tangan kanan dan kirinya di peluk oleh Khai dan Afra.

"Okay kalau macam itu.Masing-masing baca Al-Fatihah dan Ayat Kursi dalam hati.Sambil sambil tu doa semoga kita dilindungi ALLAH".Suruh Hafriz yang sedang memakai kopiah itu.

Mereka berlima menurut suruhan Hafriz supaya mereka dapat menemui Rin secepat yang mungkin.Kumpulan yang diketuai oleh Kiran itu semakin lama semakin mendekati tempat di mana Rin pengsan dan mereka tidak tahu keadaan yang sedang berlaku terhadap Rin.Khai memandang keadaan di sekelilingnya,bunyi cengkerik yang menemani malam mereka itu menambahkan ketakutan yang sedang dihadapi olehnya.

"Korang jom la kita patah balik.Tak mungkin Rin ada dekat sini".Kata Afra yang sedang ketakutan itu.

"Eh kita dah sampai sini,tak akan la kita nak patah balik".Jawab Kiran yang sedang memandang kiri dan kanan.

"Lagipun kita dengar kan jeritan tadi dan tak syak lagi.Itu suara Rin".Sambung Aleen yang kedua belah tangannya masih dipegang dua orang kawan perempuannya.

"Tapi korang.Aku rasa tak sedap hati lah".Tambah Afra lagi yang air matanya mula mengalir.

"Aduh Afra!!Janganlah fikir bukan-bukan".Kata Khai dengan nada yang tinggi.Situasi yang macam ni lah Afra mahu buat hal.

"Korang janganlah bergaduh.Afra kalau kau tak nak ikut.Kau pergilah patah balik sorang-sorang.Kitaorang still nak cari Rin sampai jumpa".Tegas Kiran yang tidak mahu berpatah balik.

"Shush!!Korang.....Korang aaaa ape tu??".Tanya Hafriz seraya jari telunjuknya menunjukkan sesuatu di hujung belah kanan mereka.

Jari telunjuk Hafriz ditunjukkan ke arah sesuatu yang berpakain putih.Afra dan Khai semakin erat memeluk tangan Aleen manakala Kiran pula berdiri di belakang Hafriz.

"Wei wei.Asal benda tu macam semakin dekat dengan kita??".Soal Khai yang sedang menggigil.

"Okay sekarang ni kita nak ke depan ke?Ke belakang??".Tanya Aleen.

"Kita slow slow ke belakang.Bila ada chance kita lari".Balas Kiran yang cuba menguatkan dirinya.

Sesuatu yang berpakaian putih itu semakin mendekati mereka tetapi ada sesuatu yang pelik...

"Slow slow guys".Bicara Afra yang tidak melepaskan tangan Aleen.

"Aku kira 1,2,3...Kita lari okay".Beritahu Kiran.

"Ok".Serentak mereka bersetuju dengan Kiran.

"1,2,3.Lari!!!!".Jerit Kiran dan mereka berlima berlari sepantas yang mungkin.Sempat Kiran menoleh ke belakang dan melihat makhluk yang berpakaian putih itu juga bergerak semakin laju tetapi tidak selaju larian mereka berlima.

Mereka berlari sepantas yang mungkin dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai ke tempat penginapan mereka.Kawan-kawan mereka yang sedang berkumpul di situ kerana tidak menjumpai Rin,terkejut apabila melihat Kiran,Aleen,Khai dan Afra yang sedang berlari.

"Eh!!Eh!!Eh!!Korang kenapa ni???".Tanya Piqah yang sempat menyambut Afra yang hampir terjatuh itu.

"Asal korang berlari ni??".Soal Mazlin yang mendapatkan Kiran.

"Ki...Ki..Kitaorang terjumpa ha...Hantu dan benda tu ikut kitaorang".Jelas Aleen yang tercungap-cungap itu.

"Biar betul korang ni??".Tanya Qiesyah yang tidak percaya dengan penjelasan Aleen.

"Betul kitaorang tak tipu.Benda tu pakai baju warna putih".Tambah Khai.

"Okay okay tapi aku nak tanya.Mana Hafriz??Hafriz bukan dengan korang ke??".Tanya Aqiel yang menyedari seorang kawannya tiada di antara mereka.

"HA?!?!?!?!?!Hafriz??".Mereka berempat baru menyedari yang Hafriz tiada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience