TC 2 BAB 12

Romance Series 30289

“RINN!!!!!!!!!”.

“Huh??!!”.

Rin memandang kiri dan kanannya, Wak Man dan Mak Milah tersenyum melihat dirinya.

“Mak Milah mana Izz?”.Rin berasa hairan kerana wajah lelaki itu tiada di dalam bilik itu.

“Tengku?Tengku dekat Australia..Kenapa ni Rin?”.Jawab Mak Milah.

Rin bangun dan meninggalkan katil yang dibaringnya tadi, lantas dia keluar dari bilik itu. Langkahnya dilajukan menuju ke satu demi satu bilik yang ada di dalam vila itu. Tombol pintu bilik Izz juga dipusingnya, dimasukinya bilik itu lalu memandang bilik yang hanya berisi perabot. Fikirannya mula menyambungkan satu per satu ingatannya bersama Izz beberapa jam yang lalu.

“Rin kamu kenapa?”.Tanya Wak Man.

“Mana Izz?? Tadi dia ada dengan saya.. Dia betul ada depan mata saya”. Rin membalasnya seraya terduduk di atas permaidani.

“Nak…Tengku tak ada pun.. Dia masih belum balik lagi.. Kamu bermimpi ni.. Kamu tahu tak yang kamu tak sedarkan diri hampir 3 jam tadi.. Risau kami berdua.. Kamu tak sihat ke?”. Wak Man cuba menjelaskan perkara yang telah berlaku dengan tenang.

“Saya tak sedarkan diri almost 3 jam?Saya pengsan?”. Rin baru perasan yang kepalanya berasa sangat sakit. Barulah dia tahu penyebab kepada kesakitan itu. Sungguh dia tidak sedar yang dia pengsan selama tiga jam. Kini, dia tertanya-tanya pula akan sebab dia pengsan di dalam vila itu.

“Ye ke?Macam mana saya boleh pengsan?”.

“Wak dan Mak Milah tak tahu.. Tahu-tahu je kamu pengsan depan kami”. Ujar Wak Man yang serba salah itu.

“Jadinya apa yang saya nampak tadi hanyalah mimpi? Izz… Izz… Izz tak ada pon sebenarnya?”. Omel Rin sendiri.

“Haihh… Dah kenapa dengan aku ni? Rindu sangat ke aku kat Izz sampai tahap aku jadi macam ni? Tapi kenapa aku rasa.. Itu semua bukan mimpi.. Aku betul-betul dapat rasakan yang dia ada dengan aku tadi.. Aura dia, kehangatan dia dan senyuman dia.. Aku benar-benar dapat rasakan semua tu.. Tapi memang betul, mungkin itu semua hanyalah mainan tidur.. Mungkin juga sebab aku terlalu fikirkan dia masa masuk vila ni sampai aku pun bermimpikan dia.. Alangkah seronoknya jika itu semua bukan sekadar mimpi”. Desis Rin yang hatinya mula terasa pilu.

“Maafkan saya Wak Man, Mak Milah sebab menyusahkan.. Saya rasa saya patut mintak diri dulu.. Terima kasih sebab bagi saya masuk vila ni”. Rin bingkas berdiri namun belum sempat dia memulakan langkahnya, gadis itu bersuara.

“Kalau Izz dah balik, tolong call saya.. Saya rindu dia..”. Dipusingkan wajahnya lalu menapakkan kakinya jauh daripada pasangan yang menjaga vila itu.

“Saya rasa Rin perlu tahu apa yang jadi sebenarnya.. Biar saya yang bagitahu dia”. Bilang Mak Milah yang tidak sanggup melihat kesedihan yang diterbitkan pada wajah pemudi itu.

“Jangan Milah, ini bukan urusan kita.. Ingat kita dah berjanji dengan tengku.. Kita ni hanya mengikut arahan sahaja.. Saya percaya tengku ada sebab dia tersendiri untuk buat semua ni”. Wak Man menghentikan perilaku isterinya.

Di pantai…

“Wei korang dah lebih dua jam ni… Awning tudung Rin pun aku tak nampak”. Daniel terasa ada sesuatu yang telah terjadi kepada kawannya.

“Aih ni tak boleh jadi.. Moh le kita sama-sama cari Rin.. Yang kat sana tu berhenti selfie!!”. Jari telunjuk Izhan menunjuk ke arah sekumpulan gadis yang sedang melakukan pelbagai gaya itu.

“Korang.. Aku rasa Rin okay je.. Jangan risaulah dia okay je tu.. In Shaa ALLAH tak ada apa-apa jadi dekat dia..”. Khai cuba untuk menenangkan kawan-kawannya.

“Lagi tadi aku rasa pelik dengan kau Khai.. Kau nampak macam relax je bila Rin tak ada.. Biasanya kau yang paling kalut”. Naziha berasa musykil dengan kelakuan Khai.

“Bukannya aku tak risaukan Rin.. Cuma aku rasa dia okay je.. Daripada riak muka dia tadi, dia macam familiar and tahu dengan tempat ni.. Korang nampak sendiri kan muka dia terkejut and macam sedih? Maybe tempat ni kot yang tengku bawak Rin masa kecoh pasal Hairi dengan Rin dulu..Korang sendiri pun tahu kan, kalau bab-bab sedih ni, mesti ada kaitan dengan tengku”. Khai menerangkan kepada rakan-rakannya mengenai pandangannya.

“Betul gak cakap Khai”. Celah Nick yang bertopi merah itu.

“Tapi kita cari jelah Rin.. Kot-kot dia pengsan ke apa ke.. Korang pon tahu keadaan dia”. Tambah Aleen yang semakin rasa gusar. Tambahan pula, dia dapat merasakan yang Tengku Fayyad mengekori mereka.

“Dah-dah tak payah cari aku.. Aku ada je ni ha”. Kehadiran Rin mengejutkan anak-anak muda yang berada di situ.

“Eh kau ni.. Terperanjat aku.. Jangan muncul tiba-tiba macam ni.. Boleh kena heart attack aku.. Kau ni dari mana.. Dah macam biskut marie dah kau ni”. Tutur Aqiel sambil mengurut dadanya.

“Aku dari vila tengku.. Saja singgah kejap”. Balas Rin yang masih berasa kecewa itu.

“Betul tak apa aku cakap… Korang tak percaya”. Tekaan Khai kini dipercayai oleh mereka.

“Tapi kan babe.. Kenapa kau nampak sedih semacam ni.. Kenapa?Ada apa-apa jadi ke Rin?”. Tanya Rina yang sedang melihat Rin.

“Ermmm… Ada lah sedih tu sikit.. Tapi jangan risau, aku okey je.. Just entahlah.. Mungkin aku terlalu fikirkan orang yang da tak de dengan aku sampai aku moody and sedih..”. Pantai yang berombak itu menjadi tempat Rin mengalirkan air matanya.

“Dahlah Rin, tak mo sedih sedih macam ni.. Kitaorang buat vacay ni bukan untuk buat kau sedih tapi nak kau happy.. Salah kitaorang pilih tempat ni.. Dah jangan nangis-nangis.. Moh le kita berjimba sementara masa masih ada”. Pujuk Afra yang tumpang rasa kasihan akan nasib yang menimpa Rin.

Terbit senyuman di wajah Rin, melihat rakan-rakannya yang cuba menceriakan dia yang mula suram itu. Sememangnya betul akan apa yang dikatakan oleh Afra. Percutian ini bukan tempat untuk dia menyambung menitiskan air matanya, tetapi tempat untuk dia bersuka ria meluangkan masa yang tidak panjang itu bersama bekas rakan sekelasnya. Jangan jadikan si dia itu sebagai punca segala kesedihan yang terpahat di hati. Sesungguhnya dia sendiri tahu bahawa lelaki itu sudah tidak mengambil peduli tentang dia lagi, mengapakah dia perlu meletakkan lagi sang jejaka itu ke dalam fikiran dan hatinya.

“Aku rasa aku tahu, lepas ni confirm Rin dah tak sedih..Sebab ada orang yang boleh buat dia senyum”. Tersengih Syukri melihat seseorang menghampiri kumpulan itu.

“Hai love”. Tegur pemuda itu dengan lembut di telinga kanan Rin.

Rin memusingkan tubuhnya lantas terkejut tatkala melihat satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Seseorang yang mula bertapak di dalam mahligai hatinya, sungguh dia berasa gembira melihat wajah lelaki yang segak memakai kemeja itu. Mereka berdua tidak dapat menahan diri mereka daripada tesenyum apabila menatap wajah mereka di antara satu sama lain. Walaupun begitu, Hairi terpandang mata tunangnya yang berona merah dan hatinya tiba-tiba terasa pedih. Mulalah dia tertanya-tanya akan sebab warna mata gadis itu berubah seperti sedemikian. Akan tetapi sebelum dia bertanya…

“Don’t worry..I cuba tak akan benarkan sesiapa lagi buat you nangis..Hanya I sahaja yang boleh buat you menangis..Dan hanya I je yang boleh tenangkan you and pujuk you.. I mintak maaf sebab terlambat untuk hentikan air mata you.. I janji..In future, there will be no tears on your cheeks..Maafkan I Rin”. Hairi mengusap lembut kepala Rin dengan penuh rasa sayang.

Ayat yang dituturkan oleh Hairi membuatkan Rin berfikir sejenak..

“Mengapa aku fikirkan tentang orang lain sedangkan ada seseorang yang sangat menyayangi aku?? Sangat mengambil tahu tentang aku…Mengapakah aku tidak menjadikan dirinya sebagai orang yang sentiasa berlegar di dalam fikiran aku?? Kenapa aku terlalu ikutkan perasaan sedih aku sedangkan ada insan yang istimewa yang tidak berhenti-henti cuba untuk mengekalkan senyuman aku?? Kenapa dari dulu aku tidak perasan akan semua ni?? Sememangnya salah aku kerana terlalu….Terlalu susah untuk melupakan si dia..Move on…Aku kena belajar kenal maksud perkataan itu.. Kerana ada seorang manusia yang dihantar oleh ALLAH untuk aku.. Untuk aku kenal apa itu erti sayang daripada seseorang yang bakal aku gelar… Suami…”. Telah Rin di dalam hati dengan matanya yang masih bertaut pada mata Hairi.

“Hei~I ada dekat depan mata you.. Jangan sesekali cuba untuk masham masham depan I okay.. Sayang?”. Sambung Hairi yang masih tidak mengalah untuk memastikan senyuman tetap pamer di wajah gadis yang dicintainya.

“Ya I tahu.. I tengah pandang lah ni.. I tak tahu kenapa..I rasa yang you hari ni handsome semacam… Cair pulak I tengok you.. Sayang..”. Balas Rin yang ingin mengusik Hairi dengan ayat manisnya.

Hairi mengetap bibirnya setelah mendengar ayat-ayat yang sungguh mencairkan hatinya. Bahang di pipinya semakin dirasai apabila dia cuba untuk menahan rasa malu yang mula menyentuh dirinya. Dia menarik nafas dan menghembusnya untuk beberapa kali agar dia dapat mengawal degupan jantungnya yang semakin kencang itu.

“Hari ni I handsome? Hari yang sebelum-sebelum ni I tak handsome ke??”. Tertawa Hairi di akhir ayatnya.

“Hurmmm… Sebelum – sebelum ni you comel.. Handsome tu adalah sikit tapi hari ni.. I rasa you paling handsome.. Maybe sebab kita dekat tepi pantai..”. Rin juga terasa yang pipinya mula bertukar kepada warna merah.

“Sebenarnya.. I tahu I ni boleh tahan handsome jugaklah tapi kan you nak tahu tak.. Apa yang boleh tambah lagi kekacakkan I ?”.

“Ape?”. Balas Rin pendek.

“Bila you ada dengan I.. Cia cia cia”. Jawab Hairi sambil mengenyitkan matanya.

“Puak single!! Assemble!!!”. Jerit Aleen yang sudah geram itu.

“Yes captain!!”. Sahut rakan-rakan Rin yang single.

“Captain single apa patut kita buat sekarang ni? Indeks pencemaran kehangatan asmara semakin tinggi sekarang ni”. Lapor Naziha yang berasa cemburu itu.

“Betul captain.. Perkara ini tidak boleh dibiarkan lagi.. Jika dibiarkan lebih lama.. Hati kita semua berderai nanti”. Ujar Aqiel yang turut serta perbualan puak single.

“Ye memang betul kata-kata kalian itu.. Baru-baru ini, kes ini semakin melonjak tinggi.. Tetapi apakan daya.. Saya sebagai ketua kepada anda-anda semua.. Telah membuat satu keputusan yang sangat drastik”. Ketua puak single itu berkata dengan penuh bersemangat.

“Apa dia captain?!?!?!”. Ahli jawatankuasa yang lain berminat mendengar keputusan daripada Aleen.
“Marilah kita memusingkan badan kita dan memandang pantai yang cantik ini.. Sambil-sambil tu bermuhasabahlah dengan diri sendiri tentang mengapa kita masih single!! Kenapa kita masih lonely!!”. Kata Aleen yang juga bersimpati dengan nasib sendiri.

“Korang ni dah kenapa??”. Soal Rin lalu menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Ceh dasar orang tak single.. Pi main sana.. Anda tak layak untuk join kami yang single”.

“Hahaha sorry lah korang.. Janganlah macam ni.. Aku sweet sikit je.. Jangan marah.. Kata nak berjimba bersama-sama.. Jom-jom kita balik bilik and then malam nanti kita bbq.. Amacam??”. Cadang Rin yang menerujakan rakan-rakannya.

“I nak join boleh?”. Tanya Hairi.

“Boleh kalau you sudi sentiasa bersama dengan I”. Jawab Rin dengan selamba.

“Dia mula balik dahhhhhh…..”. Bilang ahli-ahli puak single.

~~~~

“Kan bagus tu senyum..Ni tak..Muncung je bibir kau tu..Kadang-kadang aku rasa nak potong je bibir tu”. Tegur Khai yang sedang memandang Rin memakai selendang.

“Kau jangan buat macam tu babe..Takut aku..Nanti aku tak boleh kiss Hairi..”. Rin masih angau sejak jumpa Hairi petang tadi.

“Wah bukan main ye kau.. Makin bahagia.. Happy aku.. Tapi kan Rin.. Aku nak tanya.. Kau dah tak ada perasaan ke dekat tengku?”. Soalan Khai mengejutkan Rin.

“Ahhh… Mungkin dulu ye.. Tapi sekarang dah tak.. Kau ni dalam banyak-banyak soalan.. Soalan tu jugak kau tanya”. Rin berasa hairan dengan Khai seperti ada sesuatu di sebalik soalan itu.

“Sorry ah.. Aku saja je tanya.. Tapi kan…Cuba kau bayangkan kalau tengku cintakan kau.. Apa kau akan buat?”. Khai cuba memasang jerat.

“Erm aku tak tahu apa aku akan buat sebab aku tak lalui pon.. And sebab aku tak pernah dengar dari mulut Izz sendiri yang dia cintakan aku… So buat apa aku perlu fikir semua tu… Dah la aku nak turun dulu..”. Balas Rin yang sedang keluar dari bilik itu.

“Susah ni..”. Telah Khai.

Rin menapakkan kakinya ke luar rumah, tempat barbeku ditujuinya. Tertawa kecil Rin ketika melihat Afzal dan Joyie sedang memanggang daging. Dia amat yakin Hairi yang menyuruh mereka melakukan perkara itu dan dia juga tahu, mesti mereka berdua ada membuat sesuatu yang tidak digemari oleh Hairi.

“Aih... Dah kenapa abang berdua buat semua ni? Ni mesti ada buat Hairi marah ni.. Betul tak?”.

“Ermmm.. Tuan muda dapat tahu sebab kenapa puan muda menangis.. Lepastu, kitaorang kena marah sebab tak ikut puan muda pergi vila kawan puan muda tu.. Kalau kitaorang ikut, mesti puan muda tak sedih.. Maafkan kami puan muda”. Afzal menundukkan kepalanya kerana dia sedar yang dia tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

“Kitaorang tadi dah kena berleter dah dengan tuan muda.. Dah nak jadi hulk dah dia tadi..”. Sambung Joyie yang teringat akan riak wajah Hairi yang penuh dengan kemarahan itu.

“Haah boleh tahan teruk diaorang kena marah tadi Rin.. Kesian aku tengok.. Kau pun satu.. Lain kali jangan lupa bawak diaorang sekali kalau kau nak pergi mana-mana”. Sampuk Kiran yang sedang mengambil beberapa ketul daging.

“Owhh.. Sorry.. Saya betul-betul mintak maaf.. Saya tak tahu pulak disebabkan saya abang berdua kena marah.. Tak ape jangan risau.. Kejap lagi saya pergi marah tuan muda korang tu”. Kedua-dua belah mata Rin melilau mencari sang jejaka yang digelar tuan muda itu.

“Go puan muda.. Tolong balas dendam untuk kami.. Kasi marah itu orang.. Hahahaha”. Sokong Joyie yang kadang-kadang geram juga dengan majikannya itu.

“Jangan risau…Kita satu pasukan.. Kita kena kasi hajar itu anak.. Berani dia marah-marah orang.. Nanti saya belasah dia”.

“Jangan belasah kuat sangat sebab kau patut ucap terima kasih dekat dia”. Beritahu Kiran yang masih belum beredar dari situ.

“Sebab?”. Tanya Rin ringkas.

“Actually dia yang rancang semua ni.. Dia yang bayar semuanya.. Tempat ni.. Makanan-makanan ni.. Kitaorang pun patut rahsiakan benda ni daripada kau.. Tapi aku saja je bagitahu kau sebab aku nak kau nampak effort yang dia buat untuk kau.. Dia plan ni semua untuk gembirakan kau.. Sebab tu lah dia marah bila dapat tahu yang kau menangis.. Aku agak maybe dia rasa yang plan dia untuk gembirakan kau tak berjaya..”.

Rasa terharu dan serba salah semakin kuat dirasai oleh Rin.

“Betul puan muda.. Kitaorang faham kenapa tuan muda marah kitaorang.. Lagipun kitaorang memang patut kena marah.. Sebenarnya kan, kitaorang gembira dengan attitude tuan muda sekarang.. Puan muda sendiri pun tahu yang banyak gila perubahan tuan muda semenjak puan muda muncul dalam hidup dia.. Sekarang kalau dia marah… Dia marah kejap je dan beberapa minit lepas tu dia dah cool dah.. Kalau dulu, ya ALLAH seminggu pun belum tentu dia boleh cool..”. Jelas Afzal yang juga berasa bangga dengan perubahan majikannya.

“Yup saya nampak tu semua.. Sebab tu la sekarang saya balas cinta dia.. Mungkin akan amik masa sikit tapi saya tahu.. Yang dia mesti tunggu saya..”. Rin masih tidak jumpa Hairi setelah puas dia melihat sekelilingnya.

“Puan muda ni…Hehehehe.. Kalau cari tuan muda.. Dia ada dekat gazebo depan.. Tuan muda tengah buat kerja dia”. Joyie perhati sahaja gerak-geri Rin.

Rin mengambil makanan yang tersaji di atas meja dan segelas air cocktail juga dicapainya. Sempat juga dia mengucapkan terima kasih kepada pengawal peribadi tunangnya yang menyediakan makanan-makanan itu. Rin mengorak langkah ke gazebo yang berada di hadapan rumah. Selang beberapa meter dari gazebo itu, dia terlihat seorang lelaki yang sedang duduk sambil menghadap komputer riba yang berada di hadapannya. Rin mendekati Hairi yang tidak berhenti menekan papan kekunci komputer ribanya dan di samping sang teruna itu juga terdapat beberapa fail.

“Nak duduk sini boleh?”. Belum mendengar jawapan daripada Hairi pun, Rin sudah duduk terlebih dahulu.

“Kalau nak duduk atas pangku I pun boleh”. Balas Hairi yang tidak mengalihkan pandangannya daripada paparan skrin komputer ribanya.

“Owww…SAKIT!”. Jerit Hairi yang dicubit manja oleh Rin.
Rin memandang tajam jejaka itu seraya melemparkan senyumannya lalu dia berkata..

“Dah makan?”.

“Belum.. Kejap lagilah.. I tak lapar lagi.. You dah makan?”. Soal Hairi pula.

“Belum”.

“HAAAA!! Kenapa you belum makan lagi? Macam mana kalau perut you masuk angin kalau makan lambat? Nanti you sakit macam mana?”. Kata Hairi sambil memandang Rin yang berada di sebelahnya.

“Nah bukak mulut”. Rin menyuakan Hairi seketul daging, tanpa disedari Hairi menelan sahaja pemberian Rin itu.

“Sebab kenapa I tak makan lagi… Sebab I nak makan dengan you…”. Automatik tersenyum Hairi mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Rin.

“So cute.. Don’t worry.. You makan dulu okey? Bagi I lebih kurang 20 minit untuk settlekan kerja-kerja I okey?”. Pujuk Hairi supaya gadis di hadapannya itu makan terlebih dahulu.

“Okey fine.. Kalau you tak nak makan sekarang.. I tak nak sayang you”. Ugut Rin.

“Haaaa.. Mana makanan?? Meh sini bagi dekat I.. Meh I nak makan.. I lapar.. I LAPAR GILEEE NI!!”. Hairi dengan pantas meletakkan komputer ribanya jauh daripada dia.

Tertawa besar Rin apabila melihat Hairi menunjukkan reaksi sebegitu. Dia memberi pinggan yang berada di hadapannya kepada Hairi. Jejaka itu hanya memandang sahaja pinggan itu seraya memuncungkan bibirnya. Rin memiringkan kepalanya kerana berasa hairan dengan Hairi yang tidak menjamah makanan itu. Selepas itu, Hairi memandang tepat wajah buah hatinya dengan mulutnya yang terbuka.

“Suap I…Ahhhhh~~~”. Rin tersenyum herot lalu menuruti permintaan sang lelaki itu.

“Makin lama makin manja eh you ni”. Tutur Rin yang sedang menongkat dagunya di atas meja.

“Tak salah kan kalau I manja dengan you? Ke you nak I manja dengan perempuan lain?”. Soal Hairi dan entah mengapa tiba-tiba dia terasa panas setelah menanyakan soalan itu kepada Rin.

“Boleh aje tapi lepas tu I bagi daging-daging you dekat Afzal and Joyie.. I nak mintak tolong diaorang grill kan daging-daging you tu nanti..”.Tertelan air liur Hairi tatkala mendengar ugutan daripada Rin yang jawab soalan itu dengan tersenyum sinis.

“Ahhh… Ahhhh.. Mana ada.. Tak.. Tak.. I takkan buat macam tu.. Dengan you je I akan bermanja.. I janji”.

“Urmm.. Silap-silap you bermanja dengan perempuan yang you nak jumpa petang tadi.. Perempuan muda pastu cantik.. And nak bincang pasal future”. Rin teringat akan perbualan dia dengan Hairi pada pagi tadi.

“ Haah.. I jumpa dia tadi.. Lawa gila you.. Tergugat jugak I tadi.. Setiap kali I jumpa dia, mesti makin cun.. Dia kan satu-satunya perempuan yang I tengok kalau jelling pun perghhhhh comel gila.. I tak tahulah macam mana future husband dia nanti hidup dengan dia.. Mesti berbunga-bunga je hati dia bila dengan perempuan tu.. Beruntung betul lelaki tu..”. Melambung-lambung Hairi memuji gadis cantik itu.

“Wah siapalah ye perempuan yang you puji gila-gila ni… Terasa macam I nak try pulak baling pinggan ni dekat you”. Rasa cemburu semakin berleluasa di dalam hati Rin.

“Tapi betul you.. Dia the only girl yang paling lawa I pernah tengok pastu an…Eh ada something la dekat tudung you..”. Hairi merapatkan tubuhnya dengan Rin untuk menghilangkan sesuatu yang ada pada tudung Rin.

“Hah ape dia!!!”. Rin mula rasa panik.

Hairi menepuk lembut kepala Rin beberapa kali lalu diusapnya dengan penuh lemah lembut telinga gadis yang ditutupi dengan selendang itu. Lantas sang tunang itu berkata..

“You lah perempuan tu”. Suaranya yang sangat lembut itu menyebabkan bulu roma Rin terus meremang. Terasa puas hati Hairi sewaktu melihat Rin sudah tersipu-sipu malu.

“Aihh.. Blushing ke tu??”. Hairi mendekatkan wajahnya dengan wajah Rin yang dengan pantas memalingkan mukanya apabila melihat wajah Hairi.

“Haih.. By the way an, boleh tahan jealous jugak you ni eh.. Sayang jugak you dekat lelaki ni”. Rancak sungguh Hairi menyakat Rin.

Rin yang sudah tidak dapat menahan rasa malu itu, dengan spontan meletakkan kepalanya di atas bahu Hairi. Tangan kanannya memukul lembut dada Hairi tanpa henti sambil mencomel..

“ Mestilah I jealous.. You tu tunang I.. You tu milik I.. Mana boleh I biarkan you bermanja atau memanjakan perempuan lain selain daripada I… Salah you lah yang buat I jatuh cinta dengan you.. Kalau dulu I tak kisah langsung you rapat dengan mana-mana perempuan sebab I tak ada rasa sayang pun kat you.. Tapi sekarang ni.. Semuanya dah berbeza.. You dah jadi lelaki yang paling I sayang.. Jadi you kena bertanggungjawab dengan apa yang you buat dekat I.. Please.. Don’t leave me.. I sayangkan you..”.

Pengakuan Rin itu sungguh tidak disangkakan oleh Hairi. Dia masih tidak percaya akan apa yang didengarinya. Dia menepuk pehanya supaya dia sedar dari lamunan itu tetapi dengan melihat Rin yang berada di sisinya, dia sedar yang ianya sememangnya berlaku. Bukan mimpi, bukan lamunan malah bukan juga harapan. Ianya adalah realiti. Sungguh dia berasa sangat bahagia kerana ayat-ayat yang ingin sekali didengarinya, akhirnya dikatakan juga oleh si puteri itu. Jikalau boleh mahu sahaja dia melompat-lompat keriangan tetapi dia perlu mengekalkan ketampanan dia di hadapan Rin.

“ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH”. Ucap Hairi di dalam hati.

“In Shaa ALLAH.. I takkan tinggalkan you.. I janji setiap hari.. I akan sedaya upaya menceriakan hari you.. I akan bertanggungjawab atas semua yang I dah buat dekat you.. Jadi sekarang tolonglah, jangan sesekali pudarkan rasa cinta you pada I.. Kerana I tak tahu apa akan jadi pada I nanti bila you hilang daripada pandangan I.. I don’t know how many times I cakap yang I sayangkan you.. Tetapi kali I nak you dengar betul-betul apa yang I nak cakap ni and pandang muka I”.

Rin mendongakkan kepalanya dengan perlahan lantas mengamati wajah kekasihnya.

“I love you so much.. I sayangkan you.. I cintakan you.. I takkan cuba menyakiti you malah I akan merawati segala keperitan you.. I tahu dulu I selalu sakitkan hati you tapi sebenarnya I tak berniat pun nak buat macam tu.. I buat tu semua sebab I nak you nampak betapa sayangnya I pada you.. Tapi I baru sedar tindakan-tindakan I tu telah menyakiti hati you.. I betul-betul mintak maaf Rin.. I menyesal dengan perbuatan I.. Sorry Rin.. Tapi I akan buktikan yang cinta I pada you itu bukannya gurauan atau penipuan.. Ia memang betul.. Just trust me okay sayang? Bagi I masa and peluang untuk buat you rasa tak menyesal mencintai I”. Luahan Hairi sangat menyayukan hati Rin.

Kejujurannya itu, sungguh membuatkan Rin percaya bahawa Hairi tidak mengambil remeh tentang perhubungan ini. Rin menatap sahaja wajah pemuda itu, rasa sayang dia pada lelaki itu semakin mendalam. Sedang asyik dia merenung wajah lelaki itu, dia tidak sedar akan air mata yang menitis di pipi jejaka itu. Dilihat mata yang mengeluarkan air mata itu, warnanya mula bertukar rona merah.

“Sayang.. Jangan macam ni.. Jangan nangis.. Benda da lepaskan..Lagipun I dah maafkan you dah.. Jadi jangan fikir sangat dah pasal semua tu.. Baik kita fikirkan tentang kita pada masa ni.. Kita kena kekalkan hubungan kita yang sekarang ni.. Tak perlu ungkitkan tentang hal yang lalu.. Please sayang.. Jangan menangis”. Pujuk Rin yang tidak berhenti menenangkan Hairi yang diselubungi rasa serba salah itu.

“Okey sayang.. Terima kasih sebab maafkan I.. I janji.. Yang I takkan sia-siakan you.. I LOVE YOU SO MUCH SAYANG”. Ucap Hairi dengan penuh teruja.

“I love you t…”.

"But one of these things is not like the others
Like a rainbow with all of the colors
Baby doll, when it comes to a lover
I promise that you'll never find another like
Me-e-e, ooh-ooh-ooh-ooh"

Ringtone telefon pintar Rin mencelah keromantikan mereka berdua.

“Hello, siapa ni?”. Soal Rin yang menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenalinya.

“Ni aku Izz!! WOIII PEREMPUAN TAK GUNA!!”. Marah Izz di hujung talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience