Bab 40

Romance Series 30286

"Hi Rin.How are you.You sihat tak??You macam mana??Okay??I rindukan you.Boleh tak kalau kita berjumpa??".

Izz teringat akan pesanan ringkas daripada Hairi yang sempat dia curi-curi tengok mesej itu sewaktu Rin pergi ke tandas ketika mereka di mall tadi.Rasanya Rin tidak membaca lagi mesej itu dan Izz pun segera memadam mesej itu supaya dia tidak mahu lelaki itu mengganggu hari bahagianya.

"Oit Izz.Kenapa diam aje ni??Biasanya mulut kau tak berhenti membebel".Soal Rin yang memandang si pemandu kereta itu.

"Shutt..Diam la aku tengah fokus ni.Dah la gelap gelita".Jawab Izz yang matanya membulat untuk memandang highway yang hanya diterangi dengan lampu di tepi jalan dan bulan.

"Boleh tak??Kalau tak boleh aku drive".Soal Rin yang kasihan akan Izz.

"Tak pe tak pe.I'm fine.Kau tidur lah.Kau mesti mengantuk kan??".Jawab Izz dengan senyuman terukir pada wajahnya di dalam suasana yang gelap itu.

Rin tidak mahu tidur dan dia mahu menemani Izz walaupun dia memang tersangatlah mengantuk waktu itu.Lebih-lebih lagi perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur itu hanya ditemani lampu-lampu jalan.Makin bertambah risau la dia nanti kalau Izz tertidur ke,terlelap tanpa sengaja ke or apa-apa yang kita sendiri tak dapat nak jangkakan.Biarlah dia bersengkang mata seketika dan menjadi teman untuk Izz berbual.Maklumlah Encik Tengku Driver yang berada di sebelah dia tu seorang yang boleh dikatakan talkative orangnya.Nanti kesian dia cakap sorang-sorang,mahu aku terjun kereta sebab terkejut tengok Izz if dia cakap sorang-sorang.

Rin mulai bosan,tidak tahu apa yang mahu dijadikan sebagai topik perbualan antara dia dengan Si Tengku itu.Dia memandang Izz yang sedang memandu itu,walaupun pandangan dia tak berapa nak jelas kerana gelap,dia sangat pasti yang orang di sebelahnya itu sangat baik dengan dia dengan hanya mengingati segala layanan Izz terhadap dia.Since kecik sampailah besar,tidak jemu dia melayan segala karenah dia,kenakalan dia and everything.Dia tak bosan ke??Kenapa dia still rapat dengan aku??Sebab kebanyakkan(kebanyakkanlah)tak semua orang kawan yang melebihi 10 tahun itu kekal dan sangat akrab.Kalau ade pon mungkin tak seakrab seperti dahulu.Izz...Izz..Izz memang lain daripada yang lain.

»»»»»»»»»»»»»»»

"Hah Rin ke mana kamu semalam??".Tegur Puan Yati yang tertembung dengan pelajarnya yang tidak masuk kelas dia semalam.

"Ahh..ahhh saya tak sihat semalam puan.Saya minta maaf sebab tak bagitahu puan yang saya tak dapat masuk kelas".Jawabku dengan rasa takut mula menghantui aku.

"Hurm..Tak pe.Tengku dah bagitahu saya dah tentang keadaan awak.Saya harap awak masuk kelas hari ini dengan kondisi badan awak yang sihat.Kalau awak rase tak okay,awak pergi jumpa doktor ye".Terang Puan Yati yang risau akan pelajarnya yang sorang itu.

"Saya okay je puan,tak ade apa-apa yang tak okay dah kat diri saya ni".Jawabku dengan senyuman aku lemparkan kepada Puan Yati.

"Nanti kamu tanya kawan kamu tentang assignment yang saya bagi semalam ye".Kata Puan Yati.

"Baiklah nanti saya tanya".Balasku yang terpandang seorang lelaki yang kemas berkemeja berwarna sea green.Tersenyum herot aku apabila memandangnya

Puan Yati pergi dari situ setelah memberikan senyuman kepada pelajarnya.Lelaki yang aku nampak itu mendekati aku dan senyuman terukir di wajahnya.

"Hi..Breakfast jom??".Ajaknya yang seperti malu-malu kucing itu.

"Ahhh tapi..."

"No tapi-tapi.Jangan risau saya belanja.Jom".Ajaknya dengan menarik beg tanganku untuk mengikut jejaknya.

Tiba-tiba jantungku berdegup kencang seperti Amy Search mengadakan konsert rocknya di dalam jantungku ini dan ketika itu muncul juga satu persoalan di dalam fikiran aku.

"Aku...Aku ni memang suka Nadz ke??" Soalku seraya memandang Nadz.

"Ye....Aku cintakan dia".Senyuman aku terbitkan di wajahku.

"Kau tengok tu.Semua dia nak rembat.Tak paham betul aku dengan betina tu.Tengku pon dia nak,ni Nadz budak akaun tu pon dia nak.Bodoh betul minah ni".

"Habis?Kau nak buat ape?Kau tahu kan yang dua orang lelaki tu memang dah syokkan dia".

"Tak pe.Aku ada plan.Dia tak kan dapat sesiapa pun dan aku akan buat Tengku Khalil Izuddin Arasy melutut kat depan aku".

"Dah-dah la tu babe,aku malas nak masuk campur.Kalau plan kau ni tak jadi and Tengku dapat tahu.Nahas kau nanti.So,ape-ape aku tarik diri dulu.Aku tak nak cari pasal dengan Tengku".

"Okay fine biar aku buat sorang.Aku tak mintak tolong kau pun".

>>>>>>>>>

"Macam mana dengan keadaan awak sekarang??Awak okay tak??".Tanya Nadz yang melihat Rin di sebelahnya.

"Okay ALHAMDULILLAH.Thanks sebab tanya".Jawabku yang sedang memandang tasik itu.

"Semalam saya ada cari awak,tapi tak jumpe.Saya tanya Khai,Khai kata awak da balik awal.Saya mesej awak tak balas".Tambah Nadz yang sedang melontar batu ke dalam tasik.

"Maaf sebab buat awak cari saya and mesej??Saya tak dapat ape-ape mesej pon".Jawab Rin sambil mencari phonenya di dalam handbag miliknya.

Rin menekan-menekan paparan skrin yang memaparkan nombor untuk unlock screen telefonnya.Seperti apa yang dia kata kepada Nadz,tiada sebarang mesej pon yang dia dapat.

"Awak tak dapat??Pelik.Saya memang ada hantar mesej semalam".Ujar Nadz seraya menunjukkan paparan skrin telefonnya yang mahu membuktikan dia telah menghantar pesanan ringkas kepada Rin.

"Maaf la awak memang tak ade.Mungkin sama ada mesej awak tak sampai kat saya atau saya terclear segala mesej semalam.Sorry ye".Pinta Rin yang membuat riak wajah meminta Nadz kasihan akan dia.

"Eh tak pe,tak pe.Hal kecik je".Jawab Nadz yang of course cair dengan Rin waktu itu.

Hehehehehe..Mestilah tak lain tak bukan ini semua kerja Izz,sebab semalam..Izz juga sempat memadam mesej daripada Nadz sewaktu dia ingin memadam mesej daripada Hairi.Kerna itulah Rin tidak dapat membaca apa-apa mesej daripada dua orang lelaki itu dan hanya Izz sahaja yang tahu isi pesanan ringkas daripada mereka berdua.

"Awak..Kalau saya nak tanya satu soalan boleh tak".Tanya Nadz yang risau itu.

"Tanyalah".Jawab Rin ringkas.

"Kenapa semalam mata awak bengkak??Awak menangis kan??Boleh saya tahu kenapa awak menangis??".Soal Nadz yang agak teragak-agak itu.

"Oh..Ye memang saya menangis.Banyak benda yang bermain di dalam fikiran saya ni.Sedih,kecewa,marah segala perasaan tu asyik menyakitkan hati saya.Apa yang saya boleh buat hanyalah menangis..Menangis dan menangis.Kadang-kadang saya give up jugak tapi nak buat macam mana.Semua ni dah tertulis,nak tak nak saya kena terima jugak".Tutur Rin dengan suara yang mula menandakan air mata ingin mengalir di pipinya.

"No!Don't cry again".Bicara Nadz yang sempat menyeka air mata yang hampir mengalir di pipi gadis itu dengan sapu tangannya.

"Saya tak nak awak nangis kat sebelah,tepi,depan,belakang saya.Saya tak nak benda tu berlaku.Saya cuma nak tengok senyuman awak je bila berada di sisi saya dan saya akan cuba buat awak tersenyum.So,please usojo".Pujuk Nadz yang kasihan akan Rin.

"Uso??Usoho??Uso apa tadi?".Soal Rin yang terdengar satu perkataan yang pelik keluar daripada mulut Nadz.

"Hahaha.Usojo la awak.Usojo tu bahasa Korea.Maksud dia senyum".Jelas Nadz yang tertawa mendengar pertanyaan Rin.

"Hahaha okay okay.Lain kali cakap melayu la.Saya tengok je drama korea tapi tak belajar bahasa diaorang".Beritahu Rin yang tertawa itu.

"Oh layan korea jugak awak ni?".Tanya Nadz.

"Layan okay tapi boleh la sebab nak melayankan Khai tu".Balas Rin yang tahu sangat akan kawannya yang gilakan drama korea.

"Click".

"Eishh awak!!".Tegur Rin yang memandang Nadz mengambil gambarnya.

"Hahaha.Comellah awak buat muka macam ni".Bilang Nadz yang tersenyum melihat gambar Rin.

Ketika itu,Rin memandang jam tangannya,jarum pendek menunjukkan pukul 8:55 dia kena masuk bilik kuliah sekarang ni.

"Awak.Awak saya gerak dulu eh,saya ada kelas kejap lagi".Kata Rin.

"Okay jom.Saya teman awak".Tutur Nadz yang sedang memakai cermin mata.

"Eh tak pe la.Saya boleh pergi sendiri".Ujar Rin yang tidak mahu menyusahkan Nadz untuk menemaninya ke bilik kuliah.

"Saya nak ikut jugak.Lagipun saya nak masuk kelas jugak ni".Jawab Nadz yang tetap mahu menemani Rin.

Rin mengalah,dia membiarkan sahaja Nadz berjalan beriringan dengannya menuju ke bilik kuliah yang ingin dia masuki.Nadz pula ketika itu hanya memandang telefon pintarnya dan riak wajahnya seperti dia sedang marah tapi tidak pula dia berkata ape-ape kepada Rin.

Pintu bilik kuliah dibuka oleh Rin setelah melambaikan tangannya kepada Nadz.Kawan-kawannya tersenyum melihat Rin yang akhirnya kembali seperti biasa.Seorang yang tidak lekang senyuman di wajahnya.Masa itu ada juga kawannya yang menjerit-jerit memandang telefon pintar mereka.

"Haih dah kenapa kecoh-kecoh ni??".Soal Rin kepada Naziha.

"Ni ha lelaki yang aku adore sangat tu".Kata Naziha sambil menunjukkan telefon pintarnya.

"Ahhhh..Siapa ni??Pelakon mana ni?Ke penyanyi??".Tanyaku yang memang tidak mengenali lelaki di dalam gambar itu.

"Inilah Tengku Fayyad Ariq Zayne.Pengarah,producer,penerbit yang terkenal kat satu dunia ni tau.Dia yang buat drama dengan pelakon Jepun tu.Hensem kan??".Ujar Naziha yang excited.

"Hensem??Kenapa gambar dia muka sebelah je??".Tuturku yang pelik memandang gambar Tengku yang diminati Naziha ini.

"Haaa..Itu aku tak tahu.Majoriti gambar dia semua muka sebelah je.Kalau ada gambar muka dia full pon,mesti kabur and blur je.Aku pun pelik gak tengok semua gambar-gambar dia".Tambah Naziha yang telah menjadi salah seorang ahli di dalam fanclub Tengku Fayyad tu.

Erm..Bila difikirkan balik.Aku pernah dengar and tahu pasal Tengku Fayyad Ariq Zayne.Kalau tak silap aku la,dia ni memang popular di seantero dunia ni.Ramai orang yang pernah jumpa dengan dia mesti kata dia ni tampan la kacak la hensem la itu la ini la tetapi mestilah perempuan yang cakap macam itu.Hanya orang tertentu sahaja kiranya VVVVVVVVVVVVVVVVVIP je la kot yang dapat tengok muka dia.Masa mengarah filem or drama pon dia akan duduk kat dalam satu bilik yang agak jauh daripada tempat pengambaraan itu.

Aku tak tahu kenapa dia buat macam itu.Maybe dia tak nak ada benda buruk berlaku pada dia kot??Agaknya la.Dia tu dah la kaya gila,kereta bermacam-macam jenama,rumah bortingket-tingket.Mungkin dia tak nak orang rompak,ragut atau culik dia.Haa ni semua aku tahu sebab aku baca majalah Amaze.Salah satu majalah yang sangat mendapat sabutan di dalam negara mahupun di luar negara.Ahhhh.Fikir pasal ni membuatkan aku teringat pulak dekat mamat bertopeng tu.Kedua-duanya tidak menunjukkan wajah mereka.Haish dah la malas nak fikir pasal Hairi.

Tuan Rizman memberi salam setelah tubuhnya berada di dalam bilik kuliah itu dan salamnya dijawab oleh aku dan rakan sekelasku.Sesi pembelajaran dimulakan dengan bacaan doa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience