Bab 37

Romance Series 30286

>>>>>>>>>>>>>>

"Ahhhh??Kita nak pergi mana sebenarnya ni???".Tanya Rin yang pelik melihat kereta yang dipandu oleh Izz melalui tol.

"Pergi ke tempat untuk release tension".Jawab Izz seraya tersenyum manis.

"Sampai pergi Negeri Sembilan???".Soal Rin lagi.

"Dah ini je tempat yang dekat,kalau nak bawak kau pergi Scotland,memang jauh la".Balas Izz yang memandu keretanya masuk ke dalam kawasan villa.

"Tak la bukan macam tu,maksud aku kenapa sampai bawak aku ke sini.Asal tak round KL je".Kataku yang juga sedang memerhati villa-villa yang berada di bahagian kanan dan kiriku.

"Masalah kau tu dekat KL.So,aku bawak la kau keluar dari KL tu untuk lupakan apa yang berlaku dekat sana.Faham??!!".Tutur Izz yang sedang menyentuh paparan skrin telefonnya.

"Ermm okay".Jawab Rin yang terasa serba salah dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Izz terhadap dia.

"Chill la,aku cuma nak buatkan kau tersenyum and be happy again".Tutur Izz sambil menyentuh hidungku.

Automatik senyuman terbit di wajahku ini.

"Hello,Assamualaikum....Wak Man saya da sampai ni.Tolong bukakkan gate ye".Minta Izz dengan orang yang berada di hujung talian.

Sejurus selepas itu,pintu gate yang berada di hadapan kereta Izz dibuka perlahan-lahan.Izz memasuki kawasan villa yang bernama "Khaliz".Setelah Izz memarkirkan keretanya,seorang lelaki dan seorang wanita yang telah berumur berdiri di luar keretanya.Aku pun membuka pintu kereta itu dan menyalami tangan wanita itu.Senyuman dihadiahkan kepadaku tatkala melihat aku tersenyum padanya.

"Wah Tengku..Siapa ni??".Tanya pak cik yang memakai baju warna putih itu.

"Ahh..Ini Rin".Jawab Izz seraya mengetuk perlahan kepala Rin.

"Eish nak introduce aku pun..tak yah la sampai ketuk kepala aku".Rungut aku di dalam hati.

"Assalamualaikum mak cik,pak cik".Salam aku berikan terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam.Cantik orangnya,manis pulak tu..Pandai kamu pilih".Puji wanita yang tersengih-sengih memandang dua orang anak muda yang berada di hadapannya itu.

"Mana ada mak cik,saya biasa-biasa je".Balasku yang tersipu-sipu malu.

"Cantik??Dia tak la cantik mana".Celah Izz sambil memandang Rin.

"Dia tak cantik......tapi dia comel.Eh tak-tak....dia lawa".Bisik Izz di dalam hati.

"Ops sorry sikit eh.Aku cantik okay".Tambah Rin yang mahu menidakkan kata-kata Izz.

"Eleh.Orang cantik,mana ada mengaku yang dia cantik".Balas Izz yang sengaja mahu mengusik Rin.

"Habis,kau tu handsome sangat ke??"Tanyaku yang tidak berpuas hati.

"As always.Aku hensem sejak azali lagi okay and aku ni kan anggota kumpulan The Hanest".Puji Izz kepada dirinya sendiri yang membuatkan aku mahu membaling kasutku ke mukanya.

"You are not handsome as always,but you are ANNOYING as always".Kata Rin dengan memandang tajam Izz.

"Sudah,sudah.Tengku ni memang suka mengusik orang.Rin,mari Mak Milah bawa kamu ke bilik kamu.Oh,panggil mak cik mak Milah ye,itu suami mak cik.Namanya Wak Man".Terang Mak Milah.

"Baiklah Mak Milah".Tuturku.

"Eh tak ape Mak Milah.Saya yang akan bawak Rin round satu villa ni.Mak Mila tolong hidangkan makanan untuk tengah hari ni ye".Ujar Izz yang matanya seperti memberikan isyarat kepada Mak Milah.

"Baiklah Tengku".Mak Milah menuruti arahan Izz.

"Dah jom..Aku nak tunjukkan villa ni dekat kau".Ajak Izz sambil menarik lenganku untuk mengikuti langkahnya.

Mak Milah tersenyum melihat gelagat Izz bersama gadis yang dibawanya itu.

"Aih Milah,kamu senyum-senyum ape??".Tanya Wak Man yang memerhatikan sahaja isterinya itu.

"Tak ade apa-apa lah bang,cuma...Milah teringat masa kita dulu-dulu.Mula-mula gaduh,tapi akhirnya duduk jugak kita kat atas pelamin tu".

"Alah awak ni,masa-masa ni lah awak nak terkenangkan masa lalu.Dah pergi buat kerja awak,nanti Tengku marah kalau awak lambat".Jawab Wak Man yang juga terkenangkan waktu dahulu dia bersama dengan isterinya.

Sementara di dalam Villa Khaliz....

"Wah lawanya".Mata Rin tidak dapat mengalihkan pandangannya di saat dia kagum melihat isi rumah tersebut.

"Well,tengoklah siapa yang decorate".Mulalah hidung si Izz tu tinggi.

"Serius ah kau yang decorate??".Soal Rin yang tidak percaya akan Izz.

"Ye la..Kau ingat aku ni pandai bab-bab muzik je.Decorate pun aku tahu la.Jom aku tunjukkan bilik kau".Kata Izz yang sejurusnya menarik lengan Rin yang tidak puas melihat ruang tamu villa itu.Namun,diikutkan sahajalah langkah Izz.

Pintu yang berwarna putih dibuka Izz.

"Ini bilik kau".Ucap Izz lalu membaringkan tubuhnya di atas katil.

"Kau kata ni bilik aku,tapi kenapa kau baring atas katil tu pulak?".Tanya Rin kepada Izz yang sedang menutup matanya.

"Yup memang betul tapi Villa ni aku punya.So,suka hati aku lah nak tido kat mana".Balas Izz dengan matanya masih tertutup.

"Aduh kau ni.Turun la!".Pinta Rin yang sebenarnya mahu membersihkan dirinya tetapi dia tidak boleh berbuat sedemikian kerana ada Izz di dalam bilik itu.

"Tak nak...Selesa pulak katil ni.Meh la tido sebelah aku ni".Tutur Izz.

"Okay".Jawab Rin ringkas.

"Okay???Ini chance untuk aku ke??".Terbeliak mata Izz mendengar jawapan daripada Rin.

Ketika itu,Izz terasa yang katil itu sedang diduduki.Tertelan air liur dibuatnya.Lalu,dia memusingkan badannya dan melihat Rin yang sedang...

"Adoi,adoi.Sakit lah Rin.Stop wei stop".Izz mengadu kesakitan pabila di serang secara bertubi-tubi oleh Rin yang memukulnya dengan menggunakan bantal.

"Nak tido sebelah eh??Ini makan dia".Kata Rin yang masih memukul Izz dengan bantal yang dipegangnya.

"Ohh nak lawan eh..Amik ni".Tambah Izz yang membalas pukulan Rin.

Kedua-duanya saling memukul antara satu sama lain dengan pakej gelak sakan.Ketika itu,senyuman terus diukirkan di bibir Izz pabila melihat gadis pujaannya tersenyum tanpa henti.Biarpun mereka seperti itu,baginya mungkin dengan cara ini...Ia lebih merapatkan dan mendekatkan hubungannya dengan Rin.

"Hah termenung ape??Amik ni".Ujar Rin yang melihat Izz terus memandangnya seraya dia memukul Izz dan tanpa di sangka...Kepala Izz terhantuk pada tiang katil.

"Izz weii Izz sorry.Wei buka mata Izz".Rin mula gusar tatkala melihat Izz yang tidak membuka matanya setelah kepalanya terhantuk.Rin meletakkan kepala Izz di atas pehanya.

"Izz please buka la mata tu.Izz".Air mata Rin mula bergenang.Hatinya mula tidak senang.

"Izz......".Akhirnya air mata Rin membasahi pipinya.Perasaan serba salah mula menyelubungi dirinya.

"Kau ni dah kenapa nangis?".Tanya Izz seraya mengelap air mata Rin dengan ibu jarinya.

Dada Izz menjadi tempat Rin melepaskan geramnya.

"Aku benci kau".Marah Rin pabila melihat Izz tertawa kecil.

"Bencilah aku tak kisah...tapi jangan nanti benci tu jadi sayang pulak".Balas Izz yang memandang sahaja wajah yang mengalirkan air mata itu disebabkan olehnya.

"Eeeee kau ni..Ahhhhhh....Izz dahi kau ada benjol".Kata Rin seraya menekan benjol di dahi Izz.

"Adoi sakit wei.Habis hilang hensem aku.Kau la ni".Izz menyalahkan Rin yang tidak sengaja berbuat sebegitu.

"Sorry la.Aku tak sengaja.Jap aku bubuhkan minyak".Ujar Rin seraya mencapai beg tangannya di atas meja dan mengambil minyak gamat di dalam beg itu.

"Handbag kau ni poket doraemon ke ape??".Soal Izz yang tidak sangka di dalam beg tangan gadis itu ada minyak gamat.

"Eish kau ni.Aku kan masak hari ini.So,aku bawak la semua ni.Nanti kalau aku luka kau pulak yang membebel".Jawab Rin yang menyapu minyak gamat di dahi Izz.

"Oi jangan la tekan benjol aku ni.Sakit tahu tak".Cakap Izz yang mengadu kesakitan itu.

"Okay sorry,janganlah gerak".Bicara Rin.

Izz masih leka memandang gadis yang menyapukan minyak untuknya.Di saat itu juga,hatinya berdebar-debar seperti mahu meletup sahaja hatinya itu.Kegembiraanya tidak dapat disorokkan dan dia masih tersenyum sahaja .

"Prihatin jugak kau eh kat aku".Kata Izz seraya mengenyitkan mata kanannya.

"Dah ini semua disebabkan aku,mestilah aku yang kena bertanggungjawab".Jawab Rin yang pipinya mula menjadi merah.Namun,pantas dia sorokkan daripada Izz.

Izz mahu sahaja adegan itu berkekalan buat beberapa minit lagi kerna itu akan menjadi salah satu moment yang indah baginya.

"Okay done.Sorry tau Izz,aku tak sengaja tadi".Rin meminta maaf pada Izz atas perbuatannya.

"It's okay aku tahu yang kau tak sengaja.Alright aku nak sambung tido".Ucap Izz yang mula melelapkan matanya.

"Kau nak kena bantai lagi dengan aku ke??".Soal Rin.

"Kenapa pulak??".Tanya Izz balik.

"Bilik kau bukan dekat sini..Dah dah pergi bilik kau".Suruh Rin yang mahu sahaja dia menghantukkan kepala Izz tetapi kali ini memang dia sengaja.

"Ahhh okay fine.Aku pergi ni".Jawab Izz yang malas pergi ke biliknya.

Sesampainya mereka di pintu..

"By the way,aku akan tidur dua jam.Nanti pukul 3 kau ketuk pintu aku eh.Kalau aku tak bangun jugak.Kau masuk je dan kejutkan aku sampai aku bangun.Ni kejap lagi,kau pergi la makan,aku tak nak.Aku dah kenyang".Kata Izz yang mula melangkahkan kakinya ke bilik di sebelah Rin.

Rin mengiakan kata-kata Rin dan melangkahkan kakinya ke ruang dapur di bawah.Mak Milah yang sedang sibuk mengemas ruang kerjanya itu tersenyum ketika melihat Rin.

"Eh Rin,kamu nak makan ke?Mak Milah baru nak hidangkan ni".Tanya Mak Milah kepada gadis yang sangat manis di matanya itu.

"Tak pe la Mak Milah.Saya makan dengan Izz nanti.Dia tidur tu.Penat drive".Jawab Rin yang kasihankan jejaka yang membawanya ke sini.

"Ohhhhh.Ni Mak Milah nak tanya.Kamu ada ape-ape ke dengan Tengku??".Soal Mak Milah yang mahu mengetahui hubungan sebenar di antara mereka berdua.

"Eh,mana ada ape-ape Mak Milah,kami cuma kawan je".Balas Rin seraya tersenyum.

"Maaflah Mak Milah tanya je..Sebab Mak Milah pelik".Tutur Mak Milah.

"Pelik??Mak Milah pelik dengan ape??".Tanya Rin yang pelik juga dengan Mak Milah tu.

"Setahu Mak Milah,Tengku tak pernah bawak kawan lelaki dia ke sini.Perempuan apatah lagi.Tan Sri dan Puan Sri pun tak pernah datang ke sini".Terang Mak Milah yang menambahkan rasa hairan di dalam diri Rin.

"Sebab tu la Mak Milah tanya kamu ni siapa dengan Tengku.Mak Milah rasa,hanya orang tertentu sahaja yang Tengku bawa".Jelas Mak Milah lagi.

"Oh ye ke??Saya pun tak tahu yang Izz nak bawa saya ke sini".Tutur Rin.

>>>>>>>>>>>

"Erm??Dah pukul 3.Aku kena kejutkan Izz ni".Bisik Rin perlahan sambil menekan butang power pada alat kawalan jauh Astro itu.

Rin menaiki tangga untuk pergi ke bilik Izz.Pintu kamar Izz diketuk tetapi tidak pula dia mendengar jawapan daripada Izz.

"Kalau aku tak bangun jugak.Kau masuk je dan kejutkan aku sampai aku bangun".Rin teringat pesanan daripada Izz.Lalu dia memusingkan tombol pintu dan Rin melihat Izz masih nyenyak dibuai mimpinya.

"Izz bangun Izz.Izz....".Rin mendekatkan dirinya dengan Izz dan juga mengejutkan Izz dengan lembut sekali nadanya.

"Izz..Izz dah pukul 3 ni.Bangun".Kejut Rin tetapi Izz masih tidak membuka matanya.

"Eh??Eh??Eh??Eh??".Rin terkejut tatkala badannya berada di atas katil Izz.Tangan Izz pula berada di atas tubuh Rin

"Izz..Izz kau sedar tak??".Soal Rin tetapi tiada sebarang respon daripada Izz.

Rin melihat wajah Izz yang sedang tidur lena.

"Comelnya!".Ucap Rin seraya tangannya mengusap kepala Izz yang sungguh comel di matanya.

Dalam pada masa yang sama,Izz membuka matanya perlahan-lahan.Dengan pantas Rin menjauhkan tangannya daripada kepala Izz.Tersenyum Izz yang melihat Rin di sebelahnya,spontan Rin juga tersenyum tatkala melihat jejaka itu tersenyum manis buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience