Bab 5

Romance Series 30286

Pingggg!!!!!!!

Aku membuka mataku luas pabila mendengar bunyi sesuatu terjatuh di atas lantai.Ketika aku membuka mata,pancaran daripada lampu pada syiling mengejutkan aku.

"Aku di mana ni??"soalku di dalam hati.

Aku bangun melihat sekeliling dan melihat seseorang sedang mengutip kaca pecah yang berada di atas lantai.

"Berani betul dia amik kaca macam tu je.Tak pakai sarung tangan pula tu.Nanti jari terluka sendiri yang sakit".telahku di dalam hati.

Sementara itu,kelihatan seseorang yang amat aku kenali berada di atas kerusi sambil bermain telefon miliknya.

"Khai"aku memanggil dirinya.Khai terus mengalihkan pandangannya kepadaku dan berlari ke arahku lantas memeluk aku.Aku membalas pelukan sahabat karibku itu.

"ALHAMDULILLAH kau ok wei..ya ALLAH risaunya aku dengan kau"kata Khai.Pelukan kami dilepaskan.Air mata Khai yang berjaya dia sekanya tadi mengalir kembali ketika melihat kawan karibnya itu terbaring di atas katil.

Aku mengelap air mata Khai dengan menggunakan ibu jari ku.Senyuman aku hadiahkan kepadanya.

"Apa yang jadi ni?Macam mana aku boleh berada di sini?Bukankah aku di tempat parking tadi?soalku bertalu² kepada Khai yang sudah tersenyum semula.

"Engkau pengsan tadi lepas ada orang hampir langgar kau.Doktor kate kau terkejut dan pitam tu yang sampai pengsan".Khai menjelaskan tentang apa yang telah terjadi kepadaku.

"Oh.Ok.Sekejap!Aku teringat sesuatu.Siape yang ada dengan kita selain Aleen,Piqah dan Qiesyah?tanyaku kepada Khai.Kerna ketika itu ada sesuatu yang bermain di fikiranku.

"Izz.Nasib baik dia ada.Kalau tidak..Aku tak tahu apa aku nak explain dekat parents kau nanti"kata Khai.Tetapi bukan jawapan yang itu aku mahukan.

"Bukan.Aku tahu Izz yang selamatkan aku tapi yang lagi seorang.Aku tak ingat muka dia.Tapi aku rasa dia macam stranger je".Terangku kepada Khai.

"Yang lagi sorang?Yang mana eh?Btw you should say thanks to Izz.Izz yang tarik lengan kau tau".Walaupun Khai masih tertanya² tentang orang yang aku sebutkan tu,sempat dia berkata mengenai Izz yang telah menjadi hero aku.

"Aku memang tahu orang yang selamatkan aku ialah Izz.Cuma yang lagi sorang tu.Aku macam rase yang aku tak pernah nampak dia sebelum ni.Cuba kau ingat betul-betul sape yang ada dengan kita tadi".Aku cuba membantu Khai mengingati semula tentang kejadian tadi.

"Ah siapa eh?Kejap.Oh yang laki tu ke?Ok aku ingat.Aku tak tahu siapa dia sebenarnya,yang aku tahu dia senior dan tak silap aku dialah yang hampir langgar kau tu".Penjelasan daripada Khai buat aku terdiam seketika.

"Kalau macam tu.Apa yang dia buat masa tu?".Semakin banyak pertanyaan aku kepada gadis yang berada di hadapanku ini.

"Ah ape yang dia lakukan memang mengejutkan kitaorang yang berada di situ".Lagi bertambah curious la aku jawabnya.

Aku menjungkitkan keningku tanda meminta Khai menyambung kata-katanya yang tersangkut.

Khai teringat kembali tentang apa yang terjadi tadi.Perkara itu memang benar diluar jangkaannya.Tidak sangka lelaki itu akan berbuat sedemikian.Melopong Khai memandang tindakannya.
---------------------
Khai menggengam erat tangan housematenya.Pakej dengan air mata mulai bergenang.Sayu melihat rakannya yang pengsan itu.Piqah ketika itu tidak dapat melakukan apa-apa hanya mampu mengalirkan air mata pabila mengenang nasib yang ditimpa Rin.Aleen memandang wajah kawannya.Rasa bersalah membina di hatinya.

"Kalaulah aku tak kejar Rin tadi.Tak jadi macam ni".Desisnya di dalam hati.

Izz yang tadinya terkaku memandang wajah yang cantik itu bangun dan cuba mengangkat gadis itu.

Tetapi ketika cubaannya untuk mengangkat gadis itu,dia ditolak tepi oleh seseorang.Orang itu mencempung Rin yang pengsan itu tanpa bersuara.

Jemari Rin terlepas daripada genggaman Khai.Khai memandang wajah lelaki itu.Namun lelaki itu,tidak mengendahkan orang yang disekelilingnya.Dibawa gadis itu pergi dari tempat itu.

Khai mula berasa hairan.Bingkas dia bangun mengikuti langkah lelaki itu.Mereka yang lain diarahkan oleh Khai untuk masuk ke kelas.Kawannya itu hanya menuruti arahannya melainkan Izz.

Izz cuba berlalu pergi daripada situ tapi tidak dapat dia menjauhi gadis yang disayanginya.Tambahan pula,gadis itu sedang berada di dalam kesakitan.Dia membuat keputusan untuk mengikuti langkah Khai.Hatinya tidak tenang jika gadis itu masih tidak menyedarkan diri.

Lelaki yang tidak dikenali itu membawa Rin ke klinik Universiti yang tidak jauh dari situ.Perasaan takut dan risau menyelubungi hatinya.Sungguh dia tidak sengaja melakukan perkara yang tragis itu tetapi dia menarik nafas lega sedikit sebab gadis itu dapat diselamatkan oleh kawannya.Sempat wajah gadis itu diamati olehnya.Senyuman kelat terukir di wajahnya."I'm so sorry"
-------
"What?Dia angkat aku?"tanyaku kepada Khai.Tidak sangka itu respon daripada Khai.

"Yes Babe.Dia dan Izz tunggu kau jugak tadi sebenarnya.Nampaklah jugak yang dia rasa bersalah tadi.Kesian aku tengok dia.Selalu dia pandang kau tengok kau da sedar ke belum.Tapi baru je dalam 10 minit lepas dia dah pergi dan Izz pula tak sampai 10 minit dia duduk sini.Katanya coach dia suruh buat meeting dengan player. "Terang Khai yang bagi aku panjang berjeler.

Aku menganggukkan kepalaku tanda aku memahami keterangan daripada Khai.

Tidak lama selepas itu,Khai menepuk-nepuk bahuku.Tersedar aku daripada lamunan.Aku memandang Khai sambil menjungkitkan keningku.Khai menudingkan jarinya ke arah sesuatu.Aku pon mengikut arah yang Khai tunjuki.

Muncul seorang lelaki dan dia menapakkan kakinya menuju ke kami.Aku terkejut pabila melihat raut wajahnya.Dia ialah kapten pasukan bola sepak di universiti ini.Walaupun tubuhnya agak lebih kurang sama dengan ketinggianku,dia amat mahir dalam bola sepak.Dia digelar The Skillet kerana skillnya bermain bola sepak amat dikagumi oleh pelajar lelaki.Termasuk aku yang tidaklah minat sangat dengan bola sepak tetapi bila tengok dia punya skill main bola sepak terus minat aku.

Nama dia Farzan Azril anak jati Pahang.Selain daripada Izz,he is one of the most popular person in this university especially among women.

Dia mendekati kami dan mula menghadiahkan seukir senyuman kepadaku.Secara tidak langsung muka aku berona merah.Cepat-cepat aku menundukkan pandanganku supaya dia tidak perasan.Dia ni dah la handsome,smart,berkarisma,friendly and macam-macam la babe.Tak tahu nak describe apa.First time aku mula belajar dekat sini ada la perasaan suke sikit dengan dia tetapi bukan suka yang cinta eh.I suka dengan attitude dia yang sentiasa humble je orangnya.Mana la perempuan tak cair bila dengan dia.Lembut aje bila dengan perempuan.Pertuturannya dengan perempuan tidaklah sekasar pertuturannya pabila berbual dengan lelaki.

"Awak??awak ok tak"tanya dia kepadaku.Aduh ber-awak awaks pulak dengan aku.Ahaha.

Aku memandang wajah dia sambil menganggukkan kepalaku.Sekali lagi senyuman terukir di garis bibirnya.

"Betul ke ni??Okay boleh saya tahu nama awak?"tanya dia kepadaku dan cuba mendapat kepastian.

"Saya Syarifah Nur Hedrina Liyana boleh panggil saya Rin"jawabku sambil memandang Khai yang tidak terhenti senyumannya.Wah Khai bukan main suke lagi eh.

"Ok Rin.Awak tahu kan siapa saya?"soalnya kepadaku.

Aku menganggukkan kepalaku tanda yang aku mengenali siapa dirinya.Ketika itu aku ada terpikir.Diakah yg membawa aku ke sini??Persoalan itu tertumbuh di dalam fikiranku.Kalau betullah orang tu dia.Alangkah bestnya.Ahaha gatal aku ni.

"Abang ke yang bawe saye ke sini?".
Auch berabang pulak aku.Ye lah dia tu lagi tua daripada aku.Jadi tidak hairanlah aku memanggil dia abang.

Dia memandang aku dengann pandangan yang tajam sehinggakan pandangannya terhanyut dalam bebola mataku.Senyuman herot diukirnya sambil menggelengkan kepala.

"Bukan saya yang bawak awak ke sini".Jawabnya dengan lagaknya tersendiri.

Aku yang sedang blur ni bertambah blur la jadinya pabila mendengar jawapan daripada dia.Betul juga katanya kerna bila aku fikir balik,lelaki itu berbadan tegap tetapi dia ni ahh taklah tegap sangat.Ahaha.

"Kawan saya yang bawak awak ke sini"jawapannya menghentikan kebuntuan yang aku alami ini.

"Kawan?Kawan dia yang mana satu".Desis aku di dalam hati.

"Dia tiada sekarang ni.Dia busy dengan kerjanya.Jadi saya yang menggantikan tempat dia untuk tengok keadaan awak"jawabnya sambil mengukir senyuman manis.

Tidak sempat aku bertanya,dia telah memberikan jawapan kepada soalanku.

"Awak marahkan dia ke?"soal Farzan itu buat aku tersengih.

"Eh tidak sama sekali.Cume saya nak ucap terima kasih padanya sebab membawa saye ke sini"itulah alasan mengapa aku mahu bertemu dengan teruna itu.

Khai mencelah perbualan kami.

"Eh kau ni.Dia da langgar kau tahu tak.Kau boleh pulak nak ucap terima kasih dengan dia.It's just waste your time dear".Kata-kata Khai buat aku terdiam seketika.

Memang ada betul juga katanya tetapi dalam hal ni aku rasa tidak perlu ambil berat sangat.Lagipun aku terselamat jadi tidak perlu rasanya untuk beri dia hukuman.

"Hey aku tahu yang dia bukannya sengaja pun.Everyone make mistakes dear.I think he deserves thank you from me.Cause he brought me here.Kalau tiada dia.Siape yang akan bawa aku ke sini?Kau ke?"

Khai terdiam dan mengetapkn bibirnya pabila mendengar kata-kata ku.

"Khai don't be like that.Janji aku ok sekarang ni kan?"

Khai tersenyum mendengar kata-kataku.Farzan yang berdiri di sebelah katil hanya memerhatikan kami berdua.

"Hurm.Baik awak ni walaupun dia dah langgar awak.Awak still nak ucap terima kasih dengan dia".Aku memandang tepat wajah tampan itu.

Wajah tampan itu aku berikan senyuman semanis yang boleh buatnya.

Kedengaran bunyi telefon berdering..
Aku dan Khai tercari-cari daripada mana datangnya bunyi deringan tersebut.Ketika itu Farzan sedang menyeluk poket seluar slacknya dan mengeluarkan telefonnya lalu menjawab panggilan itu.

Dia berkata"Ada ape ye call saya puan??? ooo okay okay.Saya pergi ke sana sekarang"Perbualan mereka terhenti pabila dia berkata sebegitu.Dah macam polis pula lagaknya.

"Maaf saya kena pergi.Ada hal yang perlu saya uruskan.Semoga awak ok ye Rin.Bye saya gerak dulu ye.Assalamualaikum

Kami menjawab salamnya dan dia beredar dari situ.Identiti lelaki yang membawa aku ke sini masih misteri.

"Kenapa kapten tidak memberitahu aku tentang sahabatnya?.

Ok cop!Kapten tu Farzan tau.Kebanyakkan orang memanggil dia kapten dan aku pun terikut-ikut juga.

Siapakah lelaki yang mengangkat aku seperti ala-ala Romeo And Juliet itu ke sini?Kenapa Kapten yang menggantikan tempat dia macam tiada orang lain pula?Kenapa Kapten handsome sangat?ahahaha tak ada la gurau je.Ciptaan ALLAH kan sememangnya indah.Nak-nak aku ni ha.Puih!!

Selepas itu,doktor memeriksa keadaan aku.Beliau menyatakan yang keadaan aku dapat mengizinkan diriku untuk kembali belajar.Aku mengucapkan terima kasih kepada doktor yang bernama Fazira lalu bergerak pergi dari situ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience