Bab 62

Romance Series 30286

"Mana dia ni???Tak sampai lagi ke???".Tanya Nadz yang sedang duduk di atas motorbikenya.

"Ahh sakitnya tengkuk aku ni...Duduk menghadap laptop lama sangat".Keluh Nadzmirul Adam Bakri.

"Nak tunggu lagi ke tak nak..Ermmm???".Soal Nadz kepada dirinya sendiri sambil memandang jam tangannya.

"Tunggu lagi 2 minit..Kalau tak sampai jugak...Aku.....Hurmmm..Aku call je la..Mana tahu boleh ajak lunch sama-sama nanti".Fikir Nadz yang gembira apabila memikirkan gadis yang sering bermain di dalam fikirannya ketika itu.

"Good morning korangg!!".

Nadz memandang empunya suara yang menegur kawan-kawannya dari jauh.Dia melihat lima orang gadis didekati oleh dua orang pelajar perempuan di situ.Matanya hanya tertumpu pada gadis yang memakai tudung bawal rona violet.

"Dah jumpeeeee".Bisik Nadz di dalam hati dengan senyuman di bibirnya.

"Korang jom la sarapan dulu..Aku lapar ni".Ajak Khai seraya memegang perutnya yang kelaparan.

"Memang kita nak pergi makan la Khai..Kitaorang pun lapar jugak".Jawab Aleen yang sedang memikirkan makanan.

"Okay go!!".Tutur Nadz yang mula berjalan menuju ke Rin.

"Weii aku nak makan nasi lemak la..Tiba-tiba teringin pulak".Ujar Afra yang terasa mahu makan makanan berlemak.

"Aku macam biasa..Nasi ayam".Celah Rin sambil berjalan di sebelah Afra.

"Aku panggil je la nama dia".Fikir Nadz yang menghentikan langkahnya.

"Rrrii".Jerit Nadz yang tidak dapat menjerit nama Rin dengan betul kerana....

"Boleh aku join??".Tanya lelaki yang tiba-tiba sahaja berada di sisi Rin.

"Eh??Tengku??Bila masa Tengku ada dekat sini??".Soal Afifah memandang jejaka yang lebih tinggi daripadanya.

"Sejak orang tu tinggalkan aku lepas aku park kereta..Dengan selambanya dia keluar daripada kereta aku tanpa cakap apa-apa..Teruk betul orang tu..Bukan nak cakap terima kasih".Balas Izz dengan memandang tajam wajah Rin.

"Ahh terima kasih ye Tengku sebab tumpangkan saya".Ucap Rin kepada mamat senget itu.

"Aku rasa...Nanti nanti je la aku jumpa dia..Timing tak kena".Monolog Nadz dengan senyuman pahit.

"Oh awak ke orang yang saya maksudkan tu???".Tanya Izz sambil jari telunjuknya menunjuk gadis yang berada di sebelahnya.

"Bukan saya..Saya cuma ucapkan terima kasih bagi pihak dia".Jawab Rin pula seraya mengerlingkan matanya.

Izz menggelengkan kepalanya sambil tersenyum herot.Langkahnya dihentikan dan tubuhnya berada di hadapan Rin yang secara tidak langsung pergerakan gadis itu juga terhenti kerana Izz.

"Ohhh bagi pihak dia???Kalau macam tu..Tolong cakap dekat orang tu yang
saya ni tak puas hati dengan dia..Rasa nak bantai je dia tu".Pesan Izz seraya melanggar bahu Rin.

"Okay......Saya dah cakapkan..Orang tu minta maaf sangat pada awak sebab keluar kereta macam tuuuuuuuuuuuuu jeee".Balas Rin yang juga membalas perbuatan Izz yang telah melanggar bahunya dengan sengaja.

"Wow..Bila awak bagitahu dia???Saya tak nampak pon".Soal Izz dengan keningnya dijungkitkan.

"Kitaorang ada telepati..Tak payah gune any media sosial or phone".Jawab Rin yang sedang melihat telefon pintar Izz.

"Ermmm..Guys aku betul-betul lapar ni".Bisik Afra yang menjadi penonton drama telenovela itu lagi.

"Kejap kejap..Nanti aku belikan kau popcorn..Boleh jugak kita makan sama-sama sambil layan movie pendek ni".Balas Naziha yang menyandarkan dirinya pada tembok.

"Telepati???Interesting??Kalau betullah korang ada telepati,bagitahu dekat orang tu..Saya nak orang tu breakfast dengan saya sekarang kalau betul-betul orang tu ikhlas dengan maaf dia tu".Suruh Izz seraya menggerak-gerakkan jari telunjuknya.

"Orang tu kata...Yang dia tak nak.".Bicara Rin sambil memalingkan mukanya ke arah yang lain.

"Saya tak kira...Sekarang!!".Suruh Izz lagi yang sememangnya niat dia mahu bersarapan dengan Rin sampai dia sanggup menolak sarapan yang telah disediakan oleh Bik Siti.Kesian Bik Siti.

"Tak nak!!!".Tegas Rin yang masih kekal dengan jawapannya.

"Sekarang!!".Izz juga berkeras dengan kata-katanya.

"Aku rasa sekarang kau kena beli popcorn untuk aku..Aku tersangatlah lapar ni".Minta Afra kepada Naziha.

"Aku rasa,bukan setakat popcorn jee aku beli,aku beli nasi ambang je terus..Kita bentang tikar then makan ramai-ramai".Balas Naziha yang sedang menunggu dua orang pelajar yang seperti anjing dan kucing itu.Mereka memang sudah lali menonton drama mereka berdua yang pasti pengakhirannya,mereka akan berdamai juga.

"Janganlah cakap nasi ambang..Tiba-tiba aku craving pulak ni".Tambah Aleen yang turut memenuhi ruang yang hanya ada lima tempat duduk penonton.

"Aku nak makan dengan kawan-kawan aku la".Rin membalas kata-kata Izz dengan nada yang rendah.

"Ehh dah sedar diri ke yang perempuan dalam kereta aku tadi tu kau??".Perli Izz.

"Ye ye aku sedar diri..Sorry tapi aku nak makan dengan kawan-kawan aku. Boleh eh??".Rayu Rin dengan matanya dikelipkan beberapa kali.

"Pagi pagi aku dah melting..Hurmmm".Telah Izz di dalam hati yang ingin sahaja dia mencubit pipi gadis itu.

"Boleh eh Izz...Pleaseeeee".Pujuk Rin lagi sambil mencucuk-cucuk lengan Izz.

"Yow guys!!Aku bawak makanan".Beritahu Linda yang membeli roti untuk kawan-kawannya.

"Wow terbaik la Linda..Patutlah aku pelik..Aku rasa macam ada sorang hilang di kalangan kita ni".Ujar Afra yang matanya membulat apabila memandang roti-roti yang berada di dalam plastik merah.

"Hahaha aku memang nak sarapan roti tadi..Tu aku gerak dulu then tunggu korang..Tunggu punya tunggu..Korang tak muncul-muncul pastu aku patah baliklah..Lepas tu aku tengok Afra merungut lapar..Kebetulan aku memang beli lebih".Jelas Linda yang merupakan seorang yang menjaga pemakanan.

"Thank you Linda".Ucap Khai lalu mengambil satu biji roti berinti coklat.

"Makan dengan member kau??Tuuuuu~~Member-member kau tengah makan tu".Tutur Izz sambil menunjukkan sekumpulan pelajar yang sedang makan roti dan duduk di dalam satu bulatan.

Rin memandang gadis-gadis yang sedang berselera makan makanan yang berkarbohidrat itu.Dia tertawa dengan perilaku kawan-kawannya yang sedang menahan kelaparan disebabkan diri dia.

"Okay okay korang..Jom kita pergi makan".Ajak Rin yang juga terpaksa menahan lapar.

"Hah okay jom".Balas Afra yang sedang menelan rotinya.

"Wei wei wei wei wei..Aku macam mana???".Tanya Izz kepada Rin.

"Lunch okay??Deal??Bye".Kata Rin dengan wajah yang sangat selamba seraya melambaikan tangannya buat Izz.

"Bye Tengku..Sorry sebab kitaorang culik Rin tapi sebenarnya Tengku yang culik Rin dulu..Hahaha..Bye Tengku".Bicara Khai melihat mata Izz yang terkebil-kebil itu.

"Ahhhh what can I do..Lunch pon boleh la daripasa tak ada langsung".Monolog Izz yang sedang memandang sekumpulan gadis berjalan menuju ke kafeteria tetapi pandangannya berkalih kepada seorang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya.

"Nadzmirul....Terima kasih sebab tolong aku hari tu".Tutur Izz setelah Nadz berjalan di sisinya.

"Ermm okay sama-sama".Balas Nadz ringkas.

--------------

"La la la la la la la la la la la la la la".Rin menyanyi lagu "How come you don't know" yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Korea iaitu Kim Jong Kook.Dia tidak begitu fasih berbahasa Korea dan kerna itulah dia hanya mampu mengikut rentak lagu itu sahaja.Rin menggantikan lirik lagunya dengan la la la.

"Macam dah lama pulak tak datang sini".Ujar Rin yang berada di tepi tasik itu.

"Erm??Macam kenal je".Tutur Rin yang melihat seorang lelaki sedang duduk di atas bangku sambil memegang buku nota.

"Hai".Rin menegur lelaki yang sedang dilihatnya.

"Oh hai".Jawab lelaki yang berpura-pura perasan akan kehadiran gadis di hadapannya.

Pada waktu tengah hari,Nadz ada cuba menghubungi Rin untuk mengajaknya makan tengah hari bersama tetapi apakan daya baru sahaja dia mahu mendail nombor telefon Rin,dia ternampak yang Izz berjalan berdua dengan Rin menuju ke kafeteria.Percubaan kali kedua untuk makan bersama Rin juga tidak berjaya dan akhirnya dia menghabiskan masanya yang ada di perpustakaan.

"Lama tak nampak..Busy eh??".Soal Rin dengan seukir senyuman.

"Ahhhh..Busy sikitlah".Balas Nadz sambil membalas senyuman Rin.

"Kaki awak dah okay???".Tanya Rin yang risau akan Nadz.

"Yup ALHAMDULILLAH dah okay..Awak okay??".Soal Nadz pula yang teringat seketika tentang bagaimana dia boleh berada di tempat kejadian.

Throwback sikit.....

Sebelum pergi ke bangunan yang disuruh oleh penghantar mesej yang tidak bernama itu,Izz terjumpa Nadz yang sedang berjalan keluar daripada bilik pensyarah.Kapten bola keranjang itu memanggil Nadz lalu mendekati lelaki itu selepas melihat Nadz memandang wajahnya.

"Tolong ikut Rin..".Minta Izz yang sedang tergesa-gesa itu.

"Ikut???Kenapa??".Tanya Nadz yang hairan Izz tiba-tiba meminta bantuan daripadanya.

"Aku tak sedap hati..Aku rasa ada benda yang akan terjadi pada Rin".Sambung Izz yang hatinya tidak keruan memikirkan Rin.

"Kenapa kau je yang tak ikut Rin??".Soal Nadz yang bertambah hairan itu.

"Aku kena keluar kejap sebab ada game..Masa aku tak ada ni,tolong ikut dan tengok-tengokkan dia".Izz terus berlari setelah meminta pertolongan daripada Nadz seperti apa yang telah dirancang olehnya manakala Nadz pula mencari Rin dan terjumpa gadis itu berdekatan dengan jalan menuju ke tasik.

Back to the scene...

"Uiiii Nadz..Hello!Are you there??".Soal Rin yang menepuk tangannya beberapa kali ketika melihat Nadz seperti mengelamun.

"Ah??Yeah?".Nadz tersedar daripada lamunannya.

"Are you okay??".Tanya Rin.

"Yeah I'm fine..Rin sebenarnya saya nak cakap sesuatu dengan awak".Kata Nadz yang tidak mahu melepaskan peluang lagi.

"Bagitahu ape??".Soal Rin yang berminat ingin mendengarnya.

"Ahhh well..Sebenarnya saya".Tutur Nadz yang mula gugup lalu berdiri berhadapan dengan Rin.

"Erm?Sebernanya awak kenapa??".Tanya Rin yang mahu Nadz menyambung ayatnya.

"Sebenarnya saya cintakan awak".Luah Nadz yang tidak dapat pendam lagi perasaan yang telah dirasainya selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience